
campurkan semua bahan-bahan kering

1 cawan air

Inti keladi

Bahagikan 2 bahagian..

sapukan sedikit air pada permukaan doh putih

Letakkan doh warna purple keatasnya

Gulung kemas-kemas

Kemaskan betul-betul..

potong kepada 18 bahagian,isikan inti kedalamnya

Biarkan selama 15 minit..baru dikukus samapai masak

Hujung minggu hari yang paling sibuk,sibuk mendobi baju sekolah,memasak untuk pagi petang siang malam.....tapi hati gembira melihat anak-anak dan suami makan dengan berseleranya.Bahan-bahan dalam masakan dijaga dan dipantau,kebersihan terjaga...inilah keistimewaan memasak sendiri tapi dengan satu syarat..dengan ikhlas dan penuh kasih sayang :)
Petang ni cikmanggis buat Pau Keladi.Resepi asal dari blog
Ayin,dah lama nak buat pau ni tapi sukar nak dapatkan keladi.Jika ada pun kat pasar Putrajaya ni keladi yang dah kecut.Kata peniaga sayur tu..permintaan kurang.Terima kasi untuk Ayin dan minta maaf kerana ada ubah suai sikit resepi tu..mengikut bahan-bahan yang ada kat dapur ni.
Bahan-bahannya :)
Untuk kulit pau
3 cawan tepung pau
3 tsp gula halus
1 tsp yis segera
1 cawan air
2 tbsp minyak jagung
2 tsp baking paowder
1 tsp perisa keladi(yam)
sedikit pewarna makanan warna purple
Car-caranya:
Masukkan semua bahan-bahan kering kedalam mangkuk.Kacau rata.Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli sampai rata.Kemudian masukkan minyak dan uli sampai elastik(kenyal rasanya).Biarkan doh selama 15 minit dan bahagikan doh kepada 2 bahagian.Biarkan satu bahagian warna asal dan satu lagi masukkan perisa yam dan warna purple.Uli sampai sebati.
Gelekkan nipis doh warna asal,bentuk empat segi bujur,ketepikan.Gelekkan doh yang warna purple seperti doh yang pertama tadi.Sapukan sedikit air pada permukaan doh putih..Letakkan doh purple keatas doh putih.Gulungkan kemas-kemas dan potong kepada 18 bahagian.
Gelek potongan doh tadi dan masukkan inti keladi.Tutup dengan kemas seperti pau biasa.Biarkan lebih kurang 15 minit.Kukus hingga masak.
Bahan-bahan untuk intinya:
1 ketul keladi
1/2 cwan gula
1 tbsp tepung gandum
3 tbsp tepung jagung
1/3 cawan susu segar
1 tbsp minyak jagung
Cara-caranya:)
Rebus keladi dengan sedikit air.Masukkan sedikit garam.Bila keladi dah masak lenyek keladi semasa ianya masih panas.masukkan semua bahan-bahan diatas dan kacau sampai sebati kemudian panaskan dalam kuali yang tak melekat hingga inti keladi ni pekat dan kental.Sejukkan.(guna api yang sangat perlahan)