LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kerabu mangga. Show all posts
Showing posts with label kerabu mangga. Show all posts

Sunday, September 25, 2016

Sambal Kicap


Assalamualaikum dan selamat sejahtera;


Pagi tadi saya letak gambar sambal kicap ini di FB dan ada kawan-kawan yang bertanyakan bagaimana cara-cara nak buat sambal ini.Sebenarnya tiada resipi hanya pakai campak-campak saja atau agak-agak.Orang dulu-dulu tiada sukatan yang tepat jika memasak tapi hanya agak-agak mengikut pengalaman atau trial and error .
Tetapi jangan risau untuk membuat sambal kicap ni tak susah insyallah jadi dan sedap.

Bahan-bahan yang di perlukan...

6-7 biji cili api-terpulang pada selera masing-masing jika suka pedas letaklah lebih.

1 ketul kecil gula Melaka.

1 sudu makan gula pasir.

1 sudu teh garam.

1 ketul kecil..agak2 sebesar ibu jari belacan-panggang sekejap.

4 sudu makan cuka

4 sudu makan kicap manis.

Cara-caranya:)


  • Tumbuk cili api sehingga hancur.
  • Masukkan gula melaka,garam,gula pasir,kicap serta cuka.Lenyek sehingga semua bahan-bahan sebati.
  • Siap untuk di hidangkan  dengan keropok lekor,mangga muda ,soto dll.Selamat mencuba ya.





Tuesday, March 5, 2013

Kerabu Betik Muda.(Ringkas)

Bahan-bahannya:

1/2 biji betik muda-saiz kecil.-parut halus  memanjang.
1 biji mempelam telur (pauh ringan)-parut halus .
1 labu bawang besar-mayang halus.
3 tbsp kerisik.
2-3 tabs udang kering-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Garam dan gula secukup rasa.
1 batang serai-hiris nipis.
7 biji cili padi.-potong kecil.
3 biji limau kasturi-perah jusnya.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata.Seimbangkan rasa masam masin dan manis mengikut selera masing-masing,Siap :)


Satu menu yang ringkas dan bagus untuk kawan-kawan yang sedang berdiet.Jangan terikat sangat dengan resipinya.Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti nampla,kacang tanah atau tauge.Sesuaikan dengan selera masing-masing.Resipi yang Cm letak ni hanyalah sebagai panduan.

Resipi orang pantai timur ,mereka masukkan isi ikan yang dipanggang,kerisik dan santan pekat serta perahan jus limau nipis.Sedap....Oh ya...maaf kerana belum dapat membalas komen-komen yang ditinggalkan kat dapur Cm ni..... ..Insyallah malam nanti   Cm akan singgah   melawat dapur kawan kawan ya:)......bye..bye..

Tuesday, April 19, 2011

Kerabu Mangga


Assalamualaikum & salam Sejahtera.

Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Liza my friend..my dear friend.Terima kasih sebab bagi mangga muda,buah markisa dan buah delima.Buah markisa tu sungguh sedap.tak sabar nak tunggu hasil dari kebun sendiri.Nampaknya pokok tu hidup dengan subur.Terima kasih sekali lagi kerana bagi anak benih markisa tu tempohari:)


Selepas semalam agak grumpy  sorang sorang ..hari ini dah ok..alhamdulillah...Cm buat kerabu mangga untuk lunch nanti.....

Bahan-bahannya:
1 biji mangga muda-parut kasar.
1 labu bawang besar-potong bulat.
2 batang serai-potong nipis
3 tbsp udang kering-goreng tanpa minyak dan tumbuk.
5 biji cili api-potong kecil
1 biji cili merah-potong bulat.
1 biji cili hijau potong bulat.
2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
3 helai daun limau purut-mayang.
3 tbsp kacang tanah-tumbuk dan tinggalkan sedikit untuk hiasan.
3 tbsp kerisik.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati dan rasakan masin,manis dan masamnya.Seimbangkan rasanya.Jika suka pedas tambahlah lagi cilinya...selamat mencuba.

Thursday, February 10, 2011

Kerabu Betik Muda.

Salam dan selamat sejahtera.Apa khabar?dah tengahari dah tentu semuanya dah ready untuk makan tengahari.Hari ni Cm tak seronok,berserabut kat kepala ni.Hidup ni penuh dengan dugaan dan ujian.Selalu berdoa pada Illahi agar diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cubaan dgn tabah.Jika kita selalu diuji menandakan Allah sayangkan kita..itulah kata kata seorang teman bila Cm mengadu padanya.....sabar...sabar itu separuh dari iman...maka bersabarlah.......tak cukup sabar ke aku ini.......
Semalam jumpa doktor dan doktor cakap jangan makan ni,jangan makan tu...elakkan ini..elakkan itu....buntu juga jika  banyak kena pantang...hilang nikmat hidup ini.Tadi Cm buat kerabu betik muda.Versi sendiri main campur campur je segala benda dan rasanya boleh tahan juga.
Bahan-bahannya:
1/2 biji betik muda -parut.
1/2 kuntum bunga kantan.-mayang halus
4 tbsp kacang tanah masin.
1/2 labu bawang besar-mayang
1 batang serai-mayang halus
Sedikit taugeh
1 biji mangga muda -parut.
3 tbsp udang kering-rendam dan tumbuk halus.
4 tbsp kelapa parut-sangai sekejap dan tumbuk kasar.
4 biji cili api potong kecik
1/2 biji perahan jus limau nipis.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
Gaulkan semua bahan bahan di atas dan seimbangkan rasa masin,manis dan masamnya.Taburkan kacang tanah masin.Siap untuk dihidangkan.

Friday, May 29, 2009

Spicy Manggo Salad

Dah 2-3 hari buah mangga muda ni dalam peti ais.Mulanya nak buat rojak buah tapi asyik dok tangguh je sampai mangga ni bertukar kuning isinya tapi ...ke mangga ni memang isi kuning?..entah la ya...tak pasti la pulak. Bahan-bahannya:) 1 cawan parutan mangga muda 1 tbsp gula pasir 1 tsp garam 6 biji cili api 1 tbsp nampla 3 tbsp roasted peanut 1 tbsp udang kering 1/2 biji limau nipis-ambil jusnya 1/2 biji bawang besar Cara-caranya sangat senang.Udang kering ditumbuk kasar.Potong bawang nipis-nipis,cili api dipotong kecil-kecil.Gaulkan semua bahan-bahan diatas...Siap!cm ambil resepinya kat SINI