LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Kenduri Kahwin Di Al-Rawsha Restaurant kg.Pandan.





Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sepanjang dua minggu cuti sekolah ini Cm banyak menerima jemputan ke majlis Kenduri Kahwin.Malam ini kami baru balik menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak lelaki kawan baik Cm di Restaurant Al-Rawsha Kampung Pandan.Alhamdulillah kenduri   ini agak special kerana bukan makan nasi beriani atau nasi minyak tetapi nasi Arab.:)







Sempat "posing" walaupun dalam gelap hehe.




Saturday, February 11, 2012

Nostalgia.......





Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat kawan-kawan yang Cm kasihi.Hari ini Cm nak letakkan gambar-gambar semasa perkahwinan puteri  yang kedua ...Angah beberapa bulan yang lepas.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Kami mengadakan majlis secara kecil-kecilan .Selain dari sedara mara kami hanya mengundang kawan-kawan rapat sahaja.Syukur Alhamdulillah....Cm nak letakkan gambar-gambar ini sebagai kenang kenangan.



Ipar duai dan anak-anak buah datang meraikan majlis tersebut.Terima kasih semua:)



Si adik bersama kakak dan sepupunya.

Saudara sepupu serta anak-anak dan menantunya.

Puan Neo dan Along.

Puan Didik & anak anak.

Makasih ilah:)


Tetamu paling comel hehe:)..Thanks Sonia!












Semoga Jodoh anakanda akan berkekalan sehingga akhir hayat.Doa dari seorang ibu agar dipermudahkan olehNya setiap perjalanan hidup ini.Semoga menjadi isteri yang solehah...seorang muslim yang baik...Amin..amin..amin ya rabbil alamin...

Saturday, July 25, 2009

kenduri kahwin








Assalamualaikum dan salam sejahtera.Petang tadi cikmanggis dan suami menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Puan azizah dan En.Zulkifli di percint 16.Wah sangat meriah dengan kehadiran seribu lebih tetamu....yang bestnya makanan sangat sedap..ada nasi beriani,nasi putih,rendang daging,ayam goreng bijan,acar buah,masak tempoyak pucuk ubi,ikan masin..apa lagi ya...oh ya dalca,sayur-sayuran..banyak lagi.Yang bestnya ayam goreng bijannya digoreng ditempat kenduri tu..panas-panas!..minumannya ada teh tarik,sirap dan air mineral.

Ramai pegawai kanan kerajaan yang dijemput...seorang kenalan cikmanggis sempat berseloroh mengatakan jika kita baling batu kat kenduri tu mesti terjatuh kat kepala datuk-datuk..hehe betapa ramainya datuk kat Putrajaya ni........maklumlah kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan atau kementerian telah berpindah ke Putrajaya.. dan ramai juga pegawai kanan kerajaan yang menduduki rumah kerajaan yang disediakan.

Teringat semasa cikmanggis dan suami menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan kenalan kami warga UKM Bangi.Seorang teman buat lawak yang sama......jika kita baling batu pasti akan terjatuh atas kepala professors sebab ramainya prof. yang hadhir pada hari tu hihi

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat cikmanggis"tangkap" hehe