LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Sunday, June 26, 2022

Serimuka Durian


 Sekarang ini musim durian jadi kuih Serimuka Durian datang bermusim juga di dapur saya.Semalam saya beli durian kampung dan ambil isinya untuk dijadikan topping serimuka durian ini.Bila masak sendiri bolehlah letak extra durian baru puas makannya.

Ohya sudah bertahun saya tak buat posting di dapur makcikmanggis ini hingga terlupa password nak masuk dapur sendiri.ini dapur kesayangan saya yang banyak menyimpan kenangan indah memasak dengan kawan-kawan bloggers,ramai yang tidak aktif lagi tetapi blog masih ada untuk saya mendapatkan resipi2 yang menarik.


Serimuka Durian.

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah:


2 cawan beras pulut -rendam selama lebih kurang 3-4 jam.

2 cawan santan kelapa.

2 sudu teh garam halus.

*loyang empat segi 9x9 inci sapu dengan sedikit minyak masak dan alas dengan plastik.

Lapisan Atas:

1 cawan isi durian

2 cawan santan

3/4 cawan gula pasir

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad

1 sudu makan tepung beras

2 biji telur grade B

sedikit pewarna kning.

1 sudu teh garam halus.


Cara-caranya:

1.Panaskan pengukus.

2.Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan airnya.Masukkan kedalam loyang.Bancuhkan santan dengan garam dan tuangkan ke atas pulut.Gaul rata dan kukus sehngga masak.Jangan lupa balut penutup kukusan dengan tuala dapur agar wap tidak jatuh ke permukaan kuih.Apabila pulut sudah masak ratakan dan tekan-tekankan agar pulut lebih padat.

3.Satukan semua bahan-bahan lapisan atas sehingga rata dan kisar sehingga halus.Masukkan ke dalam periuk dan masak sekejap sehingga naik wap tapi jangan sampai mendidih.kacau jgn stop ya.

4.Tuangkan bancuhan durian kedalam loyang pulut tadi dan kukus sehingga masak.Apabila sudah masak buka penutup kukusan dan biarkan di atas api selama 5 ke 10 minit agar air wap di permukaan kuih kering dan dengan cara ini kuih tidak cepat basi.

5.Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.Insyallah sedap sangat kuih serimuka Durian ini.Selamat mencuba semoga bermanafaat.


Sunday, April 21, 2019

Kaswi Labu







Kaswi Labu.

Bahan-bahannya.

1 cawan labu.(kukus )
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Sedikit air kapur.

Kelapa parut.*
Sedikit garam*
kukus sekejap.
Cara-caranya

Larutkan gula dengan dua cawan air..masak dan kacau sehingga hancur..sejukkan.

kisar labu dengan air gula ,air kapur sehingga sebati,masukkan tepung gandum dan tepung ubi..kisar sehingga sekata.

Panaskan pengukus.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.Tuangkan adunan dan kukus sehingga masak.

Sejukkan dan gaulkan dengan kelapa parut yang diletakkan dengan sedikit garam.. enjoy .

Terima kasih pada tuan punya resipi ini ,saya dah lupa namanya.Semoga Allah murahkan rezeki anda di mana anda berada.

Tuesday, September 20, 2016

Kuih Angku KeledekUnggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ini pagi-pagi lagi saya masak kuih Angku keledek Unggu.Dan ada kawan-kawan yang inginkan resipinya.Sebenarnya resipi yang sama dengan Angku labu untuk warna kuning dan kali ini tukar kaler saja.Kuih in memang kegemaran saya dan suami.Saya buat saiz yang agak kecik jadi setakat 5 biji tu sekali hadap je hehe....


Ada kawan yang bertanya katanya nak buat kuih ni mesti susah errkk...Oh tidak jika kita rancang awal-awal iannya sungguh mudah.Sehari sebelumnya saya telah siap sediakan intinya dan saya dah kukus keledek dan simpan dalam peti sejuk.Hari ini tinggal buat doh untuk kulitnya sahaja.Jom kita lihat resipinya.Insyallah kawan-kawan pun boleh buat ni :)p

Kuih Angku Unggu.

Bahan-bahannya:)

Doh Kulitnya.

200m tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
150gm keledek unggu-kukus dan hancurkan.
1 tbsp gula.
150ml santan-saya guna santan kotak.

Intinya.

150 gm kacang hijau tanpa kulit.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:)

  • Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan.
  • Kukus sehingga empuk.
  • kisar dengan food processor sehingga halus.
  • Panaskan 4 tbsp  minyak dalam kuali yang tidak melekat dan masukkan kacang kisar tadi serta gula.Masak dengan api perlahan sehingga dapat dibentuk bebola kecil untuk intinya terpulang pada saiz acuan kuih Angku anda.
Kulit.

  • Satukan gula,minyak dan keledek serta santan dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Masukkan tepung dan uli sehingga licin dan sebati.
  • Bulat-bulatkan mengikut saiz acuan masing-masing.saiz... acuan kuih saya sangat kecil.
  • Balut inti dengan doh dan bulat bulatkan dengan kemas.
  • Masukkan kedalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk coraknya.
  • Keluarkan dengan mengetuk perlahan-lahan ke atas daun pisang yang disapu dengan sedikit miyak masak.
  • Aturkan dalam pengukus dan kukus selama 3-5 minit dengan api yang kuat.
  • Keluarkan kuih dari pengukus dan sapukan dengan miyak pada permukaan nya.
  • Trim daun pisang dibahagian bawahnya agar nampak kemas serta menarik.

Tunggu sehingga kuih benar-benar sejuk baru di hidangkan .Enjoy :)


Wednesday, September 2, 2015

Mooncake (Traditional)

Mooncake.

Bahan-bahanya:

150g golden sirap.
60g minyak kacang.(peanut oil)
5g alkali water.
250g tepung kek

Inti.

350g pes kacang merah.
7 biji telur masin .
(Masak dan ambil kuningnya)

Sapuan.

1 biji kuning telur +1 tbsp fresh milk.
Cara-caranya:


  • Satukan air alkali+minyak kacang +golden sirap.
  • Guna whisk dan whisk hingga sebati.
  • Ayakkan tepung dan masukkan ke dalam mangkuk di atas.
  • Kacau hingga sebati tetapi jangan uli ya.
  • Perap selama 1-2 jam.
  • Uli sekejap.
  • Bulat-bulatkan seberat 60g setiap satu.Acuan mooncake saya agak besar jadi hanya dapat 7 biji semuanya.
  • Sementara itu bulat-bulatkan inti kacang merah seberat 50g setiap satu.
  • Jika mahu isikan telur masin pun boleh tapi hanya kuningnya saja ya.Ikut selera masing-masing.
  • Balutkan telur masin dengan pes kacang merah.
  • Kemudian balutkan inti dengan doh kulit mooncake hingga rapi.Perlu hati-hati agar inti tidak terkeluar semasa mencetakkannya nanti.
  • Taburkan acuan mooncake dengan sedikit tepung.
  • Masukkan doh yang di bulatkan tadi ke dalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk corak-corak mooncake ke atas doh tadi.Tekan terus ke atas dulang yang di sapu dengan sedikit minyak.Boleh juga di alaskan dengan baking paper.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Spray dengan sedikit air pada permukaan mooncake sebelum di masukkan ke dalam oven agar mooncake tidak retak semasa proses membakarnya nanti.
  • Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ya.
  • Bakar selama 10 minit.
  • Kemudian keluarkan dari oven.Sejukkan selama lebih kurang 15 minit.
  • Sapukan mooncake dengan bancuhan kuning telur dan susu segar.
  • Akhir sekali masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15 -20 minit lagi sehingga kuih masak.Perang keemasan.
Inilah rupanya kuih bulan selepas di cetak dengan acuan sementara menunggu untuk masuk oven.Setiap kali saya buat kuih bulan atau mooncake ni ,perkara yang paling saya risau adalah takut kuih retak selepas di bakar.

Untuk elakkan mooncake dari retak ,perlu di sembur dengan sedikit air sebelum di bakar.Alhamdulillah teknik ini berjaya menghasilkan mooncake yang sempurna bentuknya.Terima kasih pada sahabat blogger saya My kitchen Snippet kerana beri tunjuk ajar...dan saya guna recipe beliau.Sejak pertama kali cuba buat mooncake.

Setelah mooncake masak ,tunggu sehingga sejuk baru di masukkan ke dalam tupperware atau bekas yang sesuai dan kedap udara.Biarkan sehingga 3-4 hari agar mooncake tadi  mengeluarkan minyak dan lembut sebelum di potong dan di hidangkan.

Perlu sabar ya hehe.Tahun lepas saya hadiahkan 2 biji  kuih bulan yang saya buat untuk seorang sahabat saya dan pesan agar tunggu beberapa hari sebelum makan.

Setelah saya sampai di rumah dari menghantar kuih bulan ke rumahnya ,kawan saya called saya katanya dia dah makan kuih tu hahaha...katanya tak dapat tunggu walaupun sehari haha adoi....menguji kesabaran untuk makan kuih bulan ini.Katanya sedap je walaupun tak tunggu seperti yang saya pesan...hehe geli hati betul :)

*Satu adunan ini saya dapat 7 biji mooncake dan ada sedikit lebihan doh seberat lebih kurang 20g.

Wednesday, June 17, 2015

Kuih Bom

Resipi kuih bom ini saya dapat dari blog AlongRoz dan inilah resipi yg selalu saya guna.Gerenti tidak meletup dan sungguh sedap.Rasa kenyal-kenyal memang best.Terima kasih AlongRoz

Bahan-bahannya:

80g keledek di kukus dan lenyek halus.
120g tepung pulut.
20g tepung gandum.
35g gula halus.
secubit garam.
100ml air.

Inti kacang merah secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.
Bijan secukupnya.


Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali bijan,minyak masak dan inti kacang merah.

Uli sehingga sebati.Bahagikan doh kepada 13 biji bebola kecil.

Isikan inti secukupnya dan tutup kemas dan bulat-bulatkan.Golek dengan bijan sehingga rata.Lakukan sehingga selesai.

Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng hingga perang.

Letak kuih bom atas kitchen paper agar minyak di toskan.Sedia untuk di hidangkan.Enjoy 😃

Saturday, January 10, 2015

Kuih Ee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Ee

Bahan-bahannya:

1/2 peket tepung pulut.
1/2 biji beetroot
3 helai daun pandan.
3 helai daun pandan serani.

3 keping hirisan halia
Gula Pasir secukup  rasa untuk di jadikan sirap.
1 helai daun pandan.

Air batu secukupnya.


Cara-caranya:


  • Ubi bit di kupas kulitnya dan di kisar dengan sedikit air.Tapis ambil jusnya.
  • Daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya.
  • Bahagikan tepung pulut kepada tiga bahagian.
  • Satu bahagian biarkan warna asal.Bancuh dengan air biasa sehingga dapat di bentuk bulat bulat kecil.
  • Satu bahagian lagi di bancuh dengan jus pandan sehingga menjadih doh dan dapat dibentuk  bulat-bulat kecil.
  • Bahagian terakhir di bancuh dengan jus beetroot.Uli sehingga sebati  dan bentuk  menjadi bebola kecil seperti yang sebelumnya.



  • Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan doh yg telah dibentuk seperti bebola kecil tadi ke dalam periuk.
  • Kuih akan timbul ke permukaan air apabila masak.
  • Masukkan kuih yang telah masak ke dalam air batu dan biarkan sekejap.
  • Kemudian toskan airnya dalam penapis..
  • Masakkan air gula dengan hirisan halia serta daun pandan.
  • Masukkan kuih yang telah direndam tadi ke dalam sirap gula halia.
  • Siap untuk di hidangkan sebagai pencuci mulut.
Kali ini Cm guna pewarna asli menggantikan pewarna tiruan.Alhamdulillah warnanya cantik dan pastinya selamat di makan tanpa was was.

Friday, January 9, 2015

Kuih Angku Labu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Angku

Resipi asal: Mel


Bahan-bahannya:

Kulit.

200 gm tepung pulut.
100 gm labu-kukus dan lenyek halus.
100 ml santan pekat.
1 tbsp gula kastor.

Inti

Bahan-bahannya:

150 gm kacang hijau tanpa kulit (ada jual dikedai)
60 gm gula kastor
4 tbsp minyak jagung.

Daun pisang secukupnya.Sapukan dengan sedikit minyak masak.

Cara-caranya:


Inti.


  • Rendam kacang hijau tanpa kulit  selama 4 jam.
  • Kukus sehingga empuk.
  • Kisar dengan menggunakan food processor sehingga jadi paste.
  • Panaskan minyak dalam kuali  dan masukkan kacang hijau yang telah di kisar tadi dengan gula.
  • Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau sehingga ianya tidak melekat pada kuali dan sebati.
  • Sejukkan.bentukkan bebola kecil  seberat lebih kuran 13 gm setiap satu.

Kulit.

  • Satukan semua bahan-bahan doh  untuk  kulit  angku  sehingga sebati.
  • Bentukkan bulat bulat seberat lebih kurang 17 gm setiap satu.
  • Leperkan dan masukkan inti ditengah tengahnya.Tutup dengan kemas dan bulat-bulatkan.
  • Masukkan ke dalam acuan Kuih angku.Tekat sehingga terbentuk corak seperti foto di atas.
  • Ketukkan acuan ke atas daun pisang.
  • Kukus selama 2-3 minit.Jangan terlebih kukus nanti kuih terlalu kembang dan coraknya akan hilang.
  • Keluarkan dari pengukus dan sapu dengan sedikit minyak jagung.


Thursday, January 8, 2015

Bingka Ubi Kayu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bingka ubi Kayu.

Resipi asal :Citarasawan.
Sedikit ubah suai oleh :Makcikmanggis ;)

Bahan-bahannya:

400 gm ubi kayu parut.
100 gm kelapa parut.
200 ml santan kotak kara.
1 tbsp tepung kastad.
1 biji telur bersaiz kecil( Cm guna telur ayam kampung)
60 ml air.
100 ml sirap gula merah.(100 gm gula merah +50 gm gula perang+60ml air+1 helai daun pandan)masak hingga larut dan tapis.
1/4 tsp garam.
1 helai daun pandan.


Cara-caranya:


  • Ubi dikupas kulit dan di cuci bersih.Parut dan timbang.
  • Perah dan tos airnya dalam bekas selama 15 minit.Buang air jernih di permukaannya dan ambil pati ubi di bahagian bawah dan gaul dengan parutan ubi yang di perah  tadi.
  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak dan alas dengan daun pisang.
  • Satukan semua bahan-bahan di atas,gaul sehingga sebati dan tuangkan kedalam loyang.
  • Bakar dalam ketuhar sehingga masak.

Alhamdulillah dapat juga Cm buat entry untuk permulaan tahun 2015 ini walau pun agak lewat.Selamat tahun baru semua.Cm tak nak cakap  azam tahun baru  sebab  yang tahun lepas pun belum tertunai :) hehe.semoga tahun 2015 ini   di berikan kesihatan yang baik dan dijauhi olehNya  dari sebarang musibah.......insyallah....doa untuk sahabat sahabat semua pun begitu juga...

Setiap kali menyambut tahun baru terasa usia semakin pendek......Semoga kita dapat melakukan sebanyak banyak kebaikan yang termampu....terima kasih kak1 Citarasawan kerana sentiasa berkongsi resipi dan tidak lokek ilmu.Cm doakan agar rezeki kakwan melimpah ruah.Insyallah.
Apabila di tambah dengan telur serta tepung kastad,bau bingka ini sungguh wangi  terutamanya ketika masih di dalam oven .
Rasa bingka Ubi kayu yang ini sungguh "kena" dengan selera Cm.:)
Selamat mencuba ya.....bak kata kak wan....Jika tak sedap beritahu kakWan tapi jika sedap beritahu kawan-kawan. 

Saturday, November 29, 2014

Kuih Angku Keledek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Wahhh lamanya CikManggis tak masuk dapur mayanya....dah berhabuk ...maaf lah pada pengunjung setia dapur Cm ni   ...Terima kasih banyak banyak atas sokongan.Sebenarnya Cm telah berpindah  dari Putrajaya ke rumah sendiri di Negeri Sembilan .Dalam masa sebelum dan selepas berpindah Cm agak sibuk tetapi Cm ada update kat Instagram apa yang berlaku di dapur Cm :)

Ok lah nak cakap pasal kuih kat atas ni ya..kuih Angku , kuih kegemaran suami tersayang.Sudah beberapa kali Cm letak resipinya tetapi kali ini Cm guna keledek kuning sebagai pewarnanya.Insyallah Cm cuba sedaya yang boleh untuk tidak menggunakan pewarna tiruan dalam masakan .

Bahan-bahannya:

Kulit.


200 gm tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
100 gm keledek kuning yang di rebus dan di lenyek halus.
1 tbsp gula pasir.
100ml santan pekat.

Inti

150 gm kacang hijau tanpa kulit-ada jual di kedai.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:

Inti


  • Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan .
  • Kukus sehingga empuk.
  • Kisar menggunakan food processor sehingga halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat.masukkan gula dan kacang hijau yang telah dikisar dan masak dengan api perlahan  sehingga dapat di bentuk bulat bulat lebih kurang 13 gm setiap satu.
  Kulit.

  • Satukan semua bahan-bahan untuk kulit dalam bekas yang sesuai.
  • Uli sehingga sebati dan lembut.Jika nampak agak keras renjiskan sedikit air.
  • Bentukkan menjadi bebola kecil seberat 25gm setiap satu.
  • Isikan inti dan tutup dengan kemas.
  • Masukkan kedalam acuan angku ,tekan agar terhasil corak untuk kuih angku.
  • Ketuk perlahan-lahan acuan angku ke atas daun pisang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Kukus sehingga masak.
  • Sapukan dengan sedikit minyak.
  • Sedia untuk di hidangkan.
Kali ini Cm tak sempat nak frozenkan kuih Angku ni.Sekejap je dah lesap.Jika masak banyak Cm simpan dalam freezer.Jika nak makan keluarkan 20 minit lebih awal  dan kukus sekali lagi...ok selamat mencuba ya :)

Friday, October 10, 2014

Kuih Lompang Pandan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu lagi resipi kuih yang menggunakan pewarna hijau dari daun pandan dan daun suji @ pandan serani.Kombinasi dua jenis daun pandan ini menghasilkan warna hijau yang sungguh menarik.Tidak perlu menggunaka pewarna tiruan yang tidak baik untuk kesihatan.

Untuk pewarna merah Cm pernah gunakan warna merah dari buah naga dan ubi bit.Satu lagi alternatif pilihan agar kurangkan pewarna tiruan.Warna biru pula dari bunga Telang.Warna kuning boleh guna serbuk kunyit.


Ok lah...jom kita lihat resipi kuih Lompang Pandan ni ya. Ada kawan-kawan yang cakap kadang kala kuih lompang yang mereka masak  tiada lesung pipit....Rasanya jika resipi yang betul dan cara-cara mengukus yang betul Insyallah lesung pipit akan timbul .

Lompang Pandan.


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras.
3/4 cawan gula halus.
2 cawan air.
5 helai daun pandan.
5 helai daun suji @ pandan serani.
1 tsp air kapur.
1 tbsp tepung jagung.
Kelapa parut putih.
Secubit garam.

Cara-caranya:


  • Kisar kedua-dua jenis daun pandan dengan 2 cawan air.Tapis.
  • Satukan air pandan,tepung gandum,gula,tepung jagung  dan air kapur.Kacau sehuingga sebati.tapis.
  • Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap.Jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak masak agar senang untuk keluarkan kuih nanti.
  • Masukkan adunan ke dalam jag dan tuangkan ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
  • Kukus selama 15-20 minit sehingga "lesung pipit" terbentuk 
  • Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.
  • Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam.
  • Hidang kuih lompang dengan kelapa parut.

Thursday, August 21, 2014

Apam Perlis.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apam Perlis.

Resipi dari dapur ;Anim Ismail.
                            Wendy

Bahan-bahan untuk Kulit

150 gm tepung gandum.
250 gm jus pandan.
1 tsp Eno fruit salt (putih)

Cara-caranya:


  • Campurkan tepung gandum  dan jus pandan.Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.Cm guna whisk.
  • Bila sudah sebati baru masukkan Eno dan kacau biar rata.
  • Adunan akan berbuih,berbunyi seperti berdesir  dan biarkan selama 10-15 minit.
  • Panaskan kuali dengan api yang kecil.Sapukan dengan sedikit minyak masak .Lap dengan tisu dapur,
  • Dengan menggunakan  Chinese soup spoon.Sudukan satu sudu  adunan ke dalam kuali dan masak sehingga permukaannya kering dan berlubang-lubang,Angkat dan letakkan satu tsp inti kastad.Tutup dan tekan perlahan-lahan agar terkatup seperti bentuk apam balik.lakukan ketika kuih masih panas agar ianya melekat dengan sempurna.
  • Lakukan  proses yang sama sehingga selesai.
Inti Kastad.

Bahan-bahannya:

2 biji telur.
80 gm gula .
20 gm tepung jagung.
100 gm santan kelapa.
100 gm jus pandan.
Secubit garam.

Cara-caranya:

  • Masukkan telur ,garam dan gula dalam mangkuk yang sesuai bersaiz kecil.Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan tepung jagung,jus pandan dan air.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga pekat dan berkilat.Jangan lupa sentiasa mengacaunya agar adunan tidak hangus.(guna api yang perlahan)
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Wednesday, August 20, 2014

Siew Pau




Siew Pau

Resipi dari dapur Sonia Nasi Lemak Lover.

Bahan-bahannya:

Inti

300 gm isi ayam di potong dadu.
80 gm bawang besar-cincang.
40 gm green peas-Cm guna yang dalam tin.

Perasa.

1 tsp garam.
2 tbsp gula atau secukup rasa.
1 tbsp sos tiram.
1/2 tbsp minyak bijan.
1 tbsp kicap cair.
1 tsp kicap pekat.
1 tsp kicap pekat berkaramel-optional.
Secubit serbuk Chinese five spices.

Bahan pemekat
 1/2 tbsp tepung jagung +1 tbsp air.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan perasa di dalam satu bekas.Gaul rata.
  • Panaskan 3 tbsp minyak masak dan tumis bawang besar sehingga wangi.
  • Masukkan isi ayam dan masak sehingga bertukar warna ,masukkan green peas.Gaul sehingga sekata.
  • Masukkan bahan-bahan perasa  dan kacau perlahan-lahan jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  • Akhir sekali masukkan bahan pemekat.
  • Bila telah siap ,ketepikan.


Doh A (Water dough)

200 gm tepung gandum biasa.
60 gm salted butter.
2 tsp gula halus.
100 gm air.

Doh B (oil dough)

160 gm tepung gandum biasa.
100 gm lemak sayuran.

Bahan sapuan : telur kuning +sedikit air.
Bijan putih secukupnya.

Cara-caranya:


  • Doh A(dengan cara rub in method)satukan butter ,tepung serta gula menjadi serbuk roti .Perlahan-lahan masukkan air hingga menjadi doh yang licin.Biarkan rehat selama 10 minit.
  • Doh B,campurkan lemak sayuran dan tepung sehingga menjadi doh yang licin dan biarkan selama 10 minit.
  • Bahagikan doh A dan doh B menjadi 20 biji.(doh A~19 gm,doh B ~12 gm )Bulat-bulatkan menjdi bentuk bebola kecil.
  • Balutkan doh Adengan doh B,macam nak buat karipap pusing tu ya.Bulat-bulatkan.
  • Gelek membujur dan gulung.Kemudian gelek sekali lagi dan gulung,kerat dua dan bentukkan menjadi bebola .
  • Gelek doh dan isikan dengan inti lebih kurang 25 gm.Tutup dengan kemas dengan cara memicit bahagian hujung sehingga bercantum.
  • Sapukan dengan kuning telur dan bakar selama 15 minit dengan kepanasan oven lebih kurang 200C terpulang pada jenis oven yang di gunakan.
  • Setelah 15 minit keluarkan dari oven dan sapukan sekali lagi dengan kuning telur dan tabur bijan secukupnya.Kembalikan ke dalam oven selama 15 minit lagi.





Tuesday, August 19, 2014

Bingka Pandan.

Bingka Pandan.
Resipi Asal : Madiha.

Bahan-bahannya:

10 helai daun pandan-gunting halus dan kisar ambil patinya 1 cawan.
3 cawan santan-sukatan cecairnya santan+jus pandan =4 cawan.
4 biji telur AA.
1 3/4 cawan gula pasir.
3 cawan tepung gandum.
Secubit garam.
Bijan secukupnya untuk tabur.


Cara-caranya:


  • Masukkan telur,gula dan garam dalam mangkuk yang sesuai dan kacau menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan santan serta jus pandan ke dalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga rata.
  • Seterusnya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali tapis adunan ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan sedikit minyak masak atau marjerin.
  • Bakar sehingga kuih agak pekat sedikit ,  keluarkan dari oven  dan taburkan dengan bijan.
  • Masukkan loyang kuih kembali ke dalam oven dan bakar sehingga masak.
  • Akhir sekali guna api atas sekejap agar bahagian atas kuih nampak perang dan cantik warnanya.
  • Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.
Alhamdulillah kuih bingka ini tidak terlalu manis.Sedang elok rasanya.Terima kasih pada Madiha kerana Cm ambil resipi dari dapurnya.Sebenarnya Cm tak sempat tunggu bingka sejuk kerana ramai yang sedang menunggu untuk minum petang.Bau aroma pandannya tidak dapat di tunggu-tunggu lagi  hehe.Selamat mencuba...


Thursday, July 17, 2014

Taiyaki


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini Cm merasmikan acuan Taiyaki yang baru dapat semalam.Acuan ini Cm pesan jauh dari  negara matahari terbit .Perasaannya sungguh gembira sekali kerana Cm adalah  pengumpul tegar barang-barang seperti ini hehe.Terima kasih Ika kerana susah payah membawanya turun naik kapal terbang.Terima kasih daun keladi.

Bahan-bahan untuk membuat  kuih Taiyaki lebih kurang resipi waffle.Cm dapat resipi ini  dari blog Anncoo Journal.Biasanya  intinya terdiri dari pes kacang merah ,kastad atau coklat tetapi  Cm guna Nutella.(apa yang ada kat dapur)

Taiyaki.
Resipi asal: Anncoo Journal.

Bahan-bahannya:

 A
1 cawan tepung gandum.
1 1/2 tsp baking powder.
2 tbsp gula halus.
1/2 tsp garam.

B
1 cawan susu segar.
1 biji telur-pukul ringan dengan garfu.
2 tbsp melted butter.
1/2 tsp esen vanilla.

Cara-caranya:


  • Ayak bahan-bahan A ke dalam bekas yang sesuai.
  • Masukkan susu segar  dan pukul  perlahan-lahan dengan whisk.
  • Kemudian masukkan telur serta butter dan kacau sehingga sebati /smooth.
  • Kacau sekejap saja.Jangan terlebih kacau ya.
  • Panaskan acuan ,guna api yang sederhana dan  sapukan dengan sedikit  butter.
  • Tuangkan adunan lebih kurang 80 peratus.Isikan dengan sesudu kecil Nuttela.Kemudian sudukan lagi adunan kedalam acuan sehingga penuh.
  • Tutup acuan dan masak selama 3 minit kemudian terbalikkan acuan dan masak selama 2-3 minit lagi.
  • Buka sedikit acuan dan lihat samada Taiyaki masak dan warnanya bertukar jadi  perang keemasan.Jika belum, masak lagi sekejap.
  • Sesuaikan masa memasak mengikut jenis dapur yang kita gunakan.
Setelah Taiyaki masak trim bahagian tepi atau  lebihan adunan di kelilingnya dengan gunting agar kelihatan cantik dan kemas.

Friday, July 11, 2014

Talam Tokyo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alahamdulillah dah masuk hari ke 13 umat islam berpuasa.Begitu cepat masa berlalu.Apabila makin menghampiri ke penghujung Ramadhan , makin buntu memikirkan menu untuk di masak pada anak-anak serta suami tersayang.Selalu inginkan yang terbaik untuk mereka.Terbaik bukan bermaksud sedap semata-mata tetapi bersih,halal dan sihat.

Semalam teringin nak makan kuih Talam Tokyo .Kuih seperti ini bukan pilihan anak-anak.Tak apa biarlan tukang masak nak tunaikan keinginan sendiri sekali sekala ya.. Cm buat satu loyang dan agih-agihan pada jiran .Apabila membaca resipinya ,perkara pertama yang perlu Cm buat adalah kurangkan gula sebab kuih talam biasanya manis. hmm.....betul tekaan Cm ,bila  kurangkan 100gm gula  sedikit pun tidak menjejaskan keenakan kuih ini.
Talam Tokyo.

Resipi Asal: Chef Asma,Azie,Damai Qalbu,Yatie.

Bahan-bahannya:

Lapis bawah:

300 gm sagu kecil.
60 gm soon.
100 ml santan.
100 gm kelapa parut-putih.
300 ml air.
6 kuntum bunga Telang-rendam dengan sedikit air .Tapis ambil airnya.
1 tsp  garam.

Lapis atas.

4 biji telur.
400 ml santan pekat.
400ml air.
300gm gula pasir ( Cm guna 200gm)
100 gm tepung kastad.
1 tsp air  kapur.
1/2 tsp garam.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.

Lapis bawah.

Cara-caranya:

  • Rendam sagu dengan 300ml air di dalam loyang.Jangan di tapis ya.Biarkan sagu kembang.
  • Rendam sohoon dengan air suam sekejap -toskan dan potongkan pendek -pendek.
  • Jangan lupa sapu  sedikit minyak pada loyang 10x10x2" atau  alas dengan plastik(optional ..Cm tak suka guna plastik sebab tidak elok untuk kesihatan.)
  • Satukan semua bahan-bahan di atas gaul perlahan-lahan hingga rata,renjis-renjiskan dengan air Bunga Telang dan kukus sehingga masak.
  • Tekan -tekankan dengan sudu agar padat.
Lapis bawah.

  • Kisar daun pandan dengan 400ml air sehingga halus.Tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahannya dan  blend sehingga sebati.
  • Tapiskan.
  • Masak atas api sehingga naik wap.Tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi adunan sagu tadi.
  • Kukus sehingga masak.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong.