LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Nyonya. Show all posts
Showing posts with label Nyonya. Show all posts

Thursday, September 22, 2016

Bubur Ayam

Satu lagi menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Saya letak resipi di sini agar anak-anak saya serta anak-anak di luar sana yang baru nak belajar memasak dapat jadikan panduan.Inilah masakan yang paling senang.Pejam mata pun boleh buat hehe.Guna periuk letrik atau guna Noxxa :) pada siapa yang ada periuk Noxxa la kan hehe.

Bahan-bahannya:)

1 pot kecil beras .
1 ketul dada ayam.
Garam secukup rasa.
Lada sulah,
1 ketul kecil halia-ketuk.
2 ulas bawang putih ketuk.

Geng-gengnya :)

Daun bawang,
Daun sup.
Kacang tanah goreng.
Telur masin rebus,
cili masak hiris.
Cili api hiris.
Ikan bilis goreng.
Limau kasturi,
Lobak asin.

  Cara-caranya:)


  • Rebus dada ayam dengan air yang mencukupi sehingga empuk.
  • Keluarkan dada ayam tadi dan siat-siat ambik isinya.
  • Tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk eletrik.Tambah air jika perlu.
  • Masukkan  beras yang siap di cuci dan toskan airnya.
  • Tekan butang congee.(boleh pejam mata dah lepas ni hehe)
  • Setelah masak bolehlah di hidangkan dengan kawan-kawannya di atas ya :)
*Kan makcikmanggis dah cakap pejam mata pun dan boleh masak bubur ayam ni.Selamat mencuba ya :)





Tuesday, September 20, 2016

Kuih Angku KeledekUnggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ini pagi-pagi lagi saya masak kuih Angku keledek Unggu.Dan ada kawan-kawan yang inginkan resipinya.Sebenarnya resipi yang sama dengan Angku labu untuk warna kuning dan kali ini tukar kaler saja.Kuih in memang kegemaran saya dan suami.Saya buat saiz yang agak kecik jadi setakat 5 biji tu sekali hadap je hehe....


Ada kawan yang bertanya katanya nak buat kuih ni mesti susah errkk...Oh tidak jika kita rancang awal-awal iannya sungguh mudah.Sehari sebelumnya saya telah siap sediakan intinya dan saya dah kukus keledek dan simpan dalam peti sejuk.Hari ini tinggal buat doh untuk kulitnya sahaja.Jom kita lihat resipinya.Insyallah kawan-kawan pun boleh buat ni :)p

Kuih Angku Unggu.

Bahan-bahannya:)

Doh Kulitnya.

200m tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
150gm keledek unggu-kukus dan hancurkan.
1 tbsp gula.
150ml santan-saya guna santan kotak.

Intinya.

150 gm kacang hijau tanpa kulit.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:)

  • Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan.
  • Kukus sehingga empuk.
  • kisar dengan food processor sehingga halus.
  • Panaskan 4 tbsp  minyak dalam kuali yang tidak melekat dan masukkan kacang kisar tadi serta gula.Masak dengan api perlahan sehingga dapat dibentuk bebola kecil untuk intinya terpulang pada saiz acuan kuih Angku anda.
Kulit.

  • Satukan gula,minyak dan keledek serta santan dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Masukkan tepung dan uli sehingga licin dan sebati.
  • Bulat-bulatkan mengikut saiz acuan masing-masing.saiz... acuan kuih saya sangat kecil.
  • Balut inti dengan doh dan bulat bulatkan dengan kemas.
  • Masukkan kedalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk coraknya.
  • Keluarkan dengan mengetuk perlahan-lahan ke atas daun pisang yang disapu dengan sedikit miyak masak.
  • Aturkan dalam pengukus dan kukus selama 3-5 minit dengan api yang kuat.
  • Keluarkan kuih dari pengukus dan sapukan dengan miyak pada permukaan nya.
  • Trim daun pisang dibahagian bawahnya agar nampak kemas serta menarik.

Tunggu sehingga kuih benar-benar sejuk baru di hidangkan .Enjoy :)


Saturday, January 10, 2015

Kuih Ee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Ee

Bahan-bahannya:

1/2 peket tepung pulut.
1/2 biji beetroot
3 helai daun pandan.
3 helai daun pandan serani.

3 keping hirisan halia
Gula Pasir secukup  rasa untuk di jadikan sirap.
1 helai daun pandan.

Air batu secukupnya.


Cara-caranya:


  • Ubi bit di kupas kulitnya dan di kisar dengan sedikit air.Tapis ambil jusnya.
  • Daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya.
  • Bahagikan tepung pulut kepada tiga bahagian.
  • Satu bahagian biarkan warna asal.Bancuh dengan air biasa sehingga dapat di bentuk bulat bulat kecil.
  • Satu bahagian lagi di bancuh dengan jus pandan sehingga menjadih doh dan dapat dibentuk  bulat-bulat kecil.
  • Bahagian terakhir di bancuh dengan jus beetroot.Uli sehingga sebati  dan bentuk  menjadi bebola kecil seperti yang sebelumnya.



  • Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan doh yg telah dibentuk seperti bebola kecil tadi ke dalam periuk.
  • Kuih akan timbul ke permukaan air apabila masak.
  • Masukkan kuih yang telah masak ke dalam air batu dan biarkan sekejap.
  • Kemudian toskan airnya dalam penapis..
  • Masakkan air gula dengan hirisan halia serta daun pandan.
  • Masukkan kuih yang telah direndam tadi ke dalam sirap gula halia.
  • Siap untuk di hidangkan sebagai pencuci mulut.
Kali ini Cm guna pewarna asli menggantikan pewarna tiruan.Alhamdulillah warnanya cantik dan pastinya selamat di makan tanpa was was.

Friday, January 9, 2015

Kuih Angku Labu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih Angku

Resipi asal: Mel


Bahan-bahannya:

Kulit.

200 gm tepung pulut.
100 gm labu-kukus dan lenyek halus.
100 ml santan pekat.
1 tbsp gula kastor.

Inti

Bahan-bahannya:

150 gm kacang hijau tanpa kulit (ada jual dikedai)
60 gm gula kastor
4 tbsp minyak jagung.

Daun pisang secukupnya.Sapukan dengan sedikit minyak masak.

Cara-caranya:


Inti.


  • Rendam kacang hijau tanpa kulit  selama 4 jam.
  • Kukus sehingga empuk.
  • Kisar dengan menggunakan food processor sehingga jadi paste.
  • Panaskan minyak dalam kuali  dan masukkan kacang hijau yang telah di kisar tadi dengan gula.
  • Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau sehingga ianya tidak melekat pada kuali dan sebati.
  • Sejukkan.bentukkan bebola kecil  seberat lebih kuran 13 gm setiap satu.

Kulit.

  • Satukan semua bahan-bahan doh  untuk  kulit  angku  sehingga sebati.
  • Bentukkan bulat bulat seberat lebih kurang 17 gm setiap satu.
  • Leperkan dan masukkan inti ditengah tengahnya.Tutup dengan kemas dan bulat-bulatkan.
  • Masukkan ke dalam acuan Kuih angku.Tekat sehingga terbentuk corak seperti foto di atas.
  • Ketukkan acuan ke atas daun pisang.
  • Kukus selama 2-3 minit.Jangan terlebih kukus nanti kuih terlalu kembang dan coraknya akan hilang.
  • Keluarkan dari pengukus dan sapu dengan sedikit minyak jagung.


Saturday, November 29, 2014

Kuih Angku Keledek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Wahhh lamanya CikManggis tak masuk dapur mayanya....dah berhabuk ...maaf lah pada pengunjung setia dapur Cm ni   ...Terima kasih banyak banyak atas sokongan.Sebenarnya Cm telah berpindah  dari Putrajaya ke rumah sendiri di Negeri Sembilan .Dalam masa sebelum dan selepas berpindah Cm agak sibuk tetapi Cm ada update kat Instagram apa yang berlaku di dapur Cm :)

Ok lah nak cakap pasal kuih kat atas ni ya..kuih Angku , kuih kegemaran suami tersayang.Sudah beberapa kali Cm letak resipinya tetapi kali ini Cm guna keledek kuning sebagai pewarnanya.Insyallah Cm cuba sedaya yang boleh untuk tidak menggunakan pewarna tiruan dalam masakan .

Bahan-bahannya:

Kulit.


200 gm tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
100 gm keledek kuning yang di rebus dan di lenyek halus.
1 tbsp gula pasir.
100ml santan pekat.

Inti

150 gm kacang hijau tanpa kulit-ada jual di kedai.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:

Inti


  • Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan .
  • Kukus sehingga empuk.
  • Kisar menggunakan food processor sehingga halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat.masukkan gula dan kacang hijau yang telah dikisar dan masak dengan api perlahan  sehingga dapat di bentuk bulat bulat lebih kurang 13 gm setiap satu.
  Kulit.

  • Satukan semua bahan-bahan untuk kulit dalam bekas yang sesuai.
  • Uli sehingga sebati dan lembut.Jika nampak agak keras renjiskan sedikit air.
  • Bentukkan menjadi bebola kecil seberat 25gm setiap satu.
  • Isikan inti dan tutup dengan kemas.
  • Masukkan kedalam acuan angku ,tekan agar terhasil corak untuk kuih angku.
  • Ketuk perlahan-lahan acuan angku ke atas daun pisang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Kukus sehingga masak.
  • Sapukan dengan sedikit minyak.
  • Sedia untuk di hidangkan.
Kali ini Cm tak sempat nak frozenkan kuih Angku ni.Sekejap je dah lesap.Jika masak banyak Cm simpan dalam freezer.Jika nak makan keluarkan 20 minit lebih awal  dan kukus sekali lagi...ok selamat mencuba ya :)

Thursday, June 5, 2014

Cendol

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera,

Cendol

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.
2 tsp air kapur.
6 cawan air.

Ketulan air batu secukupnya.

Cara-caranya:


  • Daun pandan di gunting kecik dan kisar dengan 6 cawan air sehingga hancur.Tapiskan .
  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam periuk yang sesuai dan masak dengan api sederhana.Sentiasa kacau agar adunan tidak berketul ketul.
  • Apabila adunan mula mendidih dan nampak likat perlahankan api.Sentiasa kacau.


  • Kecilkan api dan tutup periuk 3-4 minit.Kemudian kacau lagi sehingga adunan berkilat dan naik wapnya.
  • Bila adunan nampak  seperti  foto di atas ,ianya sedia untuk di masukkan kedalam acuan cendol.Pstt sila abaikan periuk belanga di bahagian belakang tu ya.Cm tak sempat nak kemas sebab waktu berbuka dah dekat tp cendol dalam proses di atas dapur  lagi  hehe.
  • Isikan satu mangkuk air dengan ketulan air batu.Masukkan adunan ke dalam acuan cendul dan tekan perlahan-lahan sehingga selesai.
  • Inilah hasilnya.Jika kawan-kawan ingin mencuba bolehlah guna 1/2 daripada resipi ini ya.Cm harap kawan-kawan dapat beritahu Cm samada berpuas hati atau tidak dengan resipi ini.Nanti dapatlah kita perbaikinya.

Cm suka cendol di campur dengan susu cair dan sirap gula Melaka.Terpulanglah jika ada yang suka campur dengan santan.Sesuaikan dengan selera masing masing.Selamat mencuba ...

Wednesday, June 4, 2014

Kaswi Pandan Lemak Manis.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kaswi Pandan.(resipi asal dari Myresipi)

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum.
1 cawan tepung ubi.
1 cawan santan kelapa(cair)
2 cawan air .
5 helai daun pandan.
3 helai daun suji (pandan serani)
1/2 cawan gula pasir.
1 biji telur.
Secubit garam.
Sedikit air kapur.
1 biji kelapa parut putih +sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Daun pandan digunting kecil dan kisar dengan 2 cawan air,Tapis ambil jusnya.
  • Satukan tepung gandum dan tepung ubi dalam mangkuk yang sesuai.
  • Tuangkan santan,air daun pandan,garam,gula ,air kapur dan telur.Gaul sehingga sebati.
  • Tapiskan adunan.Tuangkan ke dalam jug.
  • Panaskan pengukus dan  aturkan cawan apam .Panaskan sekejap kemudian tuangkan adunan sehingga penuh.
  • Kukus sehingga masak.
  • Biarkan kuih sejuk baru keluarkan dari acuan.
  • Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa parut.Kukus sekejap.
  • Salutkan kuih dengan  kelapa parut,Sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah saya suka rasa kuih kaswi ini.Ada rasa lemak dari santan dan telur  serta  manis dan harum bau pandannya.Saya kurangkan gula kerana kami tidak suka jika kuih rasa terlalu manis.
Wahhhh gembira tak terkira apabila kuih kaswi Lemak Manis ini mendapat sambutan dari suami dan anak bongsu saya.Si kecil tak perlu cakap apa apa .... saya dah tahu dia sukakan kuih ini apabila dia habiskan satu pinggan besar hehe.

Psttt hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 33 tahun.Hmm terasa sangat tua bila lihat angka 33 ini.Tiada majlis atau makan malam special... cukuplah sekadar memanjatkan doa pada Allah taala agar kami  dikurniakan kesihatan yang baik ,ditambahkan iman serta rezeki yang penuh berkat.Kami berdoa agar jodoh kami kekal hingga ke syurga.Hidup dengan penuh kasih sayang.....Doakanlah untuk kami berdua ya.......

Saturday, May 31, 2014

Kuih Lapis Pandan Serani.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah syukur padaNya kerana diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk menjalani kehidupan dengan penuh rasa rendah diri  yang kita ini makhluk yang sungguh kerdil lagi daif...tanpa bantuan dariNya siapalah kita.

Terima kasih pada Puan Rahuda kerana mengirimkan saya benih pokok Pandan Serani dan saya tanam serta jaga sehingga merimbun daunnya.Semalam baru berani petik daunnya untuk dijadikan pewarna hijau kuih lapis di atas.Alhamdulillah saya suka akan warnanya.Kuih lapis ini saya kurangkan gula dan santannya tetapi alhamdulillah sesuai dengan selera kami.
Kuih Lapis Pandan Serani.

Bahan-bahannya:

175 gm tepung gandum.
125 gm tepung beras.
1 tbsp tepung jagung.
1/2 tsp garam.
1 cawan gula pasir +1 1/2 cawan air dimasak hingga larut.Sejukkan.
1 biji kelapa kisar dengan air jadikan 800ml.
10 helai daun pandan serani.
3 helai daun pandan biasa.

Cara-caranya:


  • Kelapa parut dikisar dengan air untuk dapatkan 800ml santan.
  • Jadikan 3 bahagian. 1 bekas 600ml...2 bekas 100ml.
  • Daun pandan digunting halus dan kisar dengan 100ml santan.Jika perlu tambahkan 1/2 cawan air agar senang untuk mengisarnya.Tapis.Ketepikan.
  • Gula dimasak  dengan 1/1/2 cawan air sehingga larut dan di sejukkan.
  • Satukan tepung beras,tepung gandum,garam dan tepung jagung.
  • Tuangkan air gula dan 600 ml santan.Gaul rata dan tapis.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bekas sama banyak.
  • Tuangkan air pandan ke dalam salah satu bekas dan kacau rata.
  • Tuangkan 100ml santan ke dalam adunan satu lagi dan kacau sehingga sebati.
  • Panaskan pengukus.
  • Sapukan sedikit minyak pada loyang pilihan anda.
  • Tuangkan 2 senduk kecik adunan warna putih dan kukus sehingga masak.
  • Kemudian tuangkan adunan warna hijau ke atasnya dan kukus lagi.
  • Lakukan berselang seli warna hijau dan putih sehingga selesai.
  • Lapisan akhir tu kukus lebih lama dari lapis sebelumnya.
  • Akhir sekali buka penutup pengukus dan biarkan kuih di dalam pengukus .Jangan padamkan api.Masak sehingga permukaan kuih kering.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru dipotong dengan pemotong plastik untuk dapatkan potongan yang cantik.
Inilah rupa pokok  pandan serani saya.Ditanam dalam pasu agar senang untuk dibawa ke rumah baru kami nanti.Jika tanam di atas tanah lagi elok kerana pokok pandan serani ni senang membiak.

Wednesday, May 7, 2014

Pulut Mangga & Pulut Inti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali saya ke kedai yang "ada nama" dan harga yang " agak" boleh tahan tetapi kecewa dengan mutu makanan atau masakannya, saya sedayanya cuba memasak sendiri dirumah menu  tersebut.Lebih-lebih lagi jika menu yang sungguh simple seperti  ini.
Saya tidak suka pulut yang ditambah gula atau manis.Cukup sekadar santan dan sedikit garam.
Kuah santannya  pun biar ada rasa masin je.Jangan tambah gula.Manisnya dari buah mangga sudah cukup sedap....Ini selera Cikmanggis la..terpulang pada anda jika suka yang manis....

Supaya lebih menarik saya suka letakkan pewarna bunga telang pada pulut .Renjiskan sedikit sahaja dan biarkan bertompok-tompok.

Pulut

Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut
1/2 cawan santan pekat.
1 helai daun pandan.
Sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Rendam beras pulut 30 minit (saya guna pulut susu).
  • Kukus sehingga lembut.(letakkan daun pandan)
  • Keluarkan dari pengukus ,tuangkan santan dan garam .Kacau sehingga sebati.
  • Kukus sehingga masak.Renjiskan sedikit pewarna biru bunga telang dan biarkan dalam pengukus sekejap.
  • Bukakan penutup dan biarkan di atas api selama 10 minit.
  • Keluarkan dari pengukus dan hidangkan bersama kuah santan dan mangga.
Kuah Santan.

Bahan-bahannya:

1 cawan santan pekat.
1/2 cawan air.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.
1 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:

  • Satukan santan,air,garam dan daun pandan dan masak sehingga mendidih.
  • Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk.
  • Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidangkan.
Kebetulan ada inti kelapa dalam peti sejuk jadi saya panaskan untuk di makan dengan pulut.Teruja pula hendak membalut pulut inti dengan balutan yang comel dan kecik seperti yang terdapat di kedai Nyonya Kueh di Klcc.Tapi sayangnya balutan yang saya balut tidak secomel itu.
Alhamdulillah saya berpuas hati dengan hasil  masakan saya hari ini.Kepada yang mengusahakan kafe/kedai makan  yang "mahal" atau ada "Kelas " gitu...orang sanggup membayar dengan harga yang lebih jika rasa dan mutu makanan yang di jual  sedap dan memuaskan hati tetapi jika rasa ala kadar .. hmm bai bai lah..sekali je 
datang... 


Thursday, February 20, 2014

Yam Cake / Orr Kueh.

Yam Cake / Orr Kueh.

Bahan-bahannya:

1 biji keladi -sederhana saiznya.
1/3 cawan udang kering.
8 ulas bawang merah.(1/2 untuk ditabur di atas kuih)
200 gm tepung beras.
3 biji cendawan kering-rendam sehingga kembang.
700ml air.
1/2 tsp serbuk lada sulah.
2 tbsp sos tiram.
2 tbsp kicap manis.
Sedikit garam.
1 ketul kiub pati ayam-optional.

Tabur

Daun sup.*
Daun bawang.*
Bawang goreng.
Cili masak*
Sedikit bijan-goreng tanpa minyak.

* Hiris halus.

Cara-caranya:


  • Keladi di kupas kulit dan dipotong kiub kecil-kecil.
  • Udang kering direndam dan ditumbuk kasar.
  • Cendawan di hiris nipis.
  • Bawang merah di hiris nipis dan ditabur dgn sedikit tepung gandum.Goreng untuk di jadikan bawang goreng.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis udang kering sehingga garing.Masukkan keladi dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan kiub ayam ,bawang goreng ,cendawan,sos tiram,kicap manis,lada sulah dan sedikit garam.
  • Kacau sehingga semuanya sebati.Keluarkan dari kuali.
  • Dengan menggunakan kuali yang sama masukkan 700ml air dan tepung gandum.Kacau  sehingga sebati dan pastikan tidak berketul.
  • Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga naik wap.Jika terlalu keras tambahkan sedikit air panas.
  • Kemudian masukkan keladi dan gaul sehingga mesra.
  • Sapukan loyang dengan minyak lebihan goreng bawang tadi.Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudip.
  • Kukus sehingga masak lebih kurang 25-30 minit.
  • Biarkan kuih sejuk baru di potong.


Sedap dimakan bersama sos cili.Jangan terikat sangat dengan resipi.Selalunya saya ubah suai mengikut citarasa sendiri :)..Ada masanya saya tabur lobak asin,cili api potong  dan udang kering di atasnya  atau makan dengan sos cili Thai.

Monday, June 10, 2013

Pulut Tai Tai / Pulut Tekan.

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Semalam Cm ada bercerita tentang kaya karamel yang di masak untuk dimakan bersama Pulut Tai Tai salah satu menu Cina  Peranakan.Pokok bunga  telang di kebun Cm sentiasa menghasilkan bunga jadi untuk  tidak membazir Cm gunakan sepenuhnya.Bunga telang ni boleh di jadikan salad ,campur dengan sayur-sayuran lain.Sungguh menarik warnanya.Adakalanya Cm masukkan ke dalam minuman sebagai warna semula jadi..menarik :)..suka sangat melihat warna biru dalam minuman.

Pagi semalam Cm memasak  3 jenis kuih  untuk sesi bergambar  dengan akhbar New Straits Times untuk edisi  sisipan STREETS hari selasa ,besok :)...ngeee hehe ...Just for fun :)p ..jangan lupa beli Nst esok ya hehe.

Bahan-bahannya:

2  1/2 cawan beras pulut-rendam sekejap.
1/2 cawan santan pekat.
1 cawan santan cair.
10 kuntum bunga telang -masak dengan sedikit air sehingga keluar warnanya.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan-simpulkan.

Cara-caranya:


  • Gaul pulut bersama santan cair  & daun pandan dan kukus sehingga lembut.
  • Keluarkan dari pengukus .Masukkan santan pekat bersama garam gaul sehingga rata.Sudukan air bunga telang ke atas pulut .Biarkan bertompok-tompok agar warnanya tidak sekata.
  • Kukus lagi sehingga masak.
  • Tekan-tekan pulut sehingga padat dan rata.Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.
Nota:

Sukatan santan bergantung pada jenis pulut yang kita gunakan.Adjust mengikut keadaan.

Kaya Karamel.

Assallamualaikum dan selamat sejahtera.

Kami memang suka makan roti yang disapu dengan kaya.Sarapan yang paling ringkas dan cepat.Stok roti dan kaya sentiasa ada di dalam peti sejuk.Kaya yang dimasak sendiri sentiasa menjadi pilihan kerana ianya kurang manis.Cm masak Kaya ini semalam untuk dimakan bersama  pulut tai tai.

Resipi asal Cm ambil dari dapur Sonia tetapi diubah suai mengikut  bahan-bahan yang ada kat dapur Cm :) .Terima kasih Sonia.Kaya ni memang sedap dan baunya sungguh wangi.

Bahan-bahannya:

8 biji telur ayam kampung.
500 gm gula pasir.
700 ml santan pekat dari 2 biji kelapa.
3 helai daun pandan-simpul.

Cara-caranya:


  • Bancuh 300 gm gula dengan santan.Kacau sehingga larut.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati
  • Masak lebihan 200 gm gula sehingga menjadi karamel.(golden syrup)
  • Tuangkan karamel  kedalam adunan santan  dan kacau perlahan-lahan sehingga larut,
  • Masukkan adunan kedalam periuk stainless steel jangan lupa masukkan daun pandan.
  • Masak menggunakan kaedah double boil.Kacau perlahan-lahan untuk dapatkan adunan kaya yang licin dan cantik.Jika berhenti jangan terlalu lama.(1-2 minit rihat je )
  • Apabila masak dan memperolehi kepekatan yang sesuai padamkan api.Keluarkan daun pandan
  • Biarkan kaya betul-betul sejuk  sebelum di isikan  kedalam botol yang sesuai.Simpan didalam peti sejuk.
Keistimewaan Kaya yang di buat sendiri ni kerana tiada bahan pengawit.Makan tanpa was-was tetapi kena simpan di dalam peti ais untuk mengelakkan dari berkulat.Hasil dari resipi di atas Cm dapat satu botol besar.Jika kawan-kawan  ingin mencuba buat pertama kalinya eloklah masak 1/2  resipi  dah cukup.Oh ya ,jika mahukan  kaya yang  lebih gelap ,gula hendaklah dimasak sehingga agak gelap sikit warnanya.(Gula hangus)

Selamat mencuba.Semoga kita dapat bekalkan makanan yang terbaik untuk insan-insan yang kita sayangi.

Tuesday, December 18, 2012

Pulut Tai Tai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Telah beberapa kali Cm masak pulut tai tai ini.Tak pernah jemu.Ada kalanya Cm makan dengan homemade kaya tetapi jika malas cicah je dengan sos kastad.Senang dan cepat.

Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut -cuci dan rendam selama 30 minit.-toskan.
1/2  cawan santan pekat.
1  cawan santan cair.
1/2 tsp garam.
1 helai daun pandan.

10 kuntum bunga Telang.-dimasak dengan sedikit air untuk dapatkan warna biru.


Cara-caranya:


  • Masukkan pulut bersama santan cair kedalam bekas yang sesuai dan kukus hingga pulut masak.
  • Kemudian keluarkan dari pengukus dan gaul bersama santan pekat serta garam.Gaul hingga rata.
  • Masukkan kembali kedalam pengukus dengan sehelai daun pandan dan kukus selama 20 minit.
  • Renjis-renjiskan dengan sedikit air bunga telang tadi agar warnanya bertompok-tompok dan kukus lagi sekejap.
  • .Jangan lupa ya.. hendaklah di tekan-tekan  agar mampat supaya senang di potong semasa menghidangnya nanti.
  • Hidang bersama kaya atau sos kastad.

Ada seorang kawan bertanya samada boleh atau tidak pulut tai tai di makan bersama rendang.Rasanya boleh kerana cara memasak pulut ni sama dengan pulut kuning cuma kaler nya yang berlainan.Insyallah lain kali Cm nak cicah dengan rendang pulak :)