Alhamdulillah syukur padaNya kerana diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk menjalani kehidupan dengan penuh rasa rendah diri yang kita ini makhluk yang sungguh kerdil lagi daif...tanpa bantuan dariNya siapalah kita.
Terima kasih pada Puan Rahuda kerana mengirimkan saya benih pokok Pandan Serani dan saya tanam serta jaga sehingga merimbun daunnya.Semalam baru berani petik daunnya untuk dijadikan pewarna hijau kuih lapis di atas.Alhamdulillah saya suka akan warnanya.Kuih lapis ini saya kurangkan gula dan santannya tetapi alhamdulillah sesuai dengan selera kami.
Kuih Lapis Pandan Serani.
Bahan-bahannya:
175 gm tepung gandum.
125 gm tepung beras.
1 tbsp tepung jagung.
1/2 tsp garam.
1 cawan gula pasir +1 1/2 cawan air dimasak hingga larut.Sejukkan.
1 biji kelapa kisar dengan air jadikan 800ml.
10 helai daun pandan serani.
3 helai daun pandan biasa.
Cara-caranya:
- Kelapa parut dikisar dengan air untuk dapatkan 800ml santan.
- Jadikan 3 bahagian. 1 bekas 600ml...2 bekas 100ml.
- Daun pandan digunting halus dan kisar dengan 100ml santan.Jika perlu tambahkan 1/2 cawan air agar senang untuk mengisarnya.Tapis.Ketepikan.
- Gula dimasak dengan 1/1/2 cawan air sehingga larut dan di sejukkan.
- Satukan tepung beras,tepung gandum,garam dan tepung jagung.
- Tuangkan air gula dan 600 ml santan.Gaul rata dan tapis.
- Bahagikan adunan kepada 2 bekas sama banyak.
- Tuangkan air pandan ke dalam salah satu bekas dan kacau rata.
- Tuangkan 100ml santan ke dalam adunan satu lagi dan kacau sehingga sebati.
- Panaskan pengukus.
- Sapukan sedikit minyak pada loyang pilihan anda.
- Tuangkan 2 senduk kecik adunan warna putih dan kukus sehingga masak.
- Kemudian tuangkan adunan warna hijau ke atasnya dan kukus lagi.
- Lakukan berselang seli warna hijau dan putih sehingga selesai.
- Lapisan akhir tu kukus lebih lama dari lapis sebelumnya.
- Akhir sekali buka penutup pengukus dan biarkan kuih di dalam pengukus .Jangan padamkan api.Masak sehingga permukaan kuih kering.
- Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru dipotong dengan pemotong plastik untuk dapatkan potongan yang cantik.
Inilah rupa pokok pandan serani saya.Ditanam dalam pasu agar senang untuk dibawa ke rumah baru kami nanti.Jika tanam di atas tanah lagi elok kerana pokok pandan serani ni senang membiak.
Dulu masa kat kg arwah nenek buat pagar perigi.. skrg susah nak cari daun pandan nasrani kan..
ReplyDeleteCantik pulak warna hijau kuih lapis tu.. lembut jer kombinasi warnanya CM .. ;)
Dulu saya tak tahu kegunaan pandan ni.Maid Indon yg jaga cucu saya tu yg beritahu boleh ganti pandan
DeleteAssalamualaikum & salam perkenalan. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement keluaran Shaklee
ReplyDeleteCantiknya kuih lapis ni.. sayang nak makan :)
T.kasih
DeleteKat rumah pun tanam ,tapi tak guna hahaha asyik lupa ja
ReplyDeletek nah ada rasa tak daun tu?
Cikmi daun ni tkde rasa .Kena campur pandan biasa sikit
DeleteYour kueh so nicely done. Bravo. Kalau bagi saya, tapi tak sampai hati nak makan kerana will spoil the beautiful kueh....hahaha
ReplyDeleteHehehe Thank you Amy :)
Deletenyummy!! sedapnyerrrrr.... tun suka makan kuih lapis, tp malas betul nk melapis..
ReplyDeleteHehe nk melapis tu yg malasnya kan Tun ;)
DeleteSalam cm
ReplyDeleteBiasa tengok tapi tak tahu nama dia pandan serani. Terima kasih kongsi resepi.
Sama sama Zai.Org tanam utk hiasan
DeleteSedap nampak menarik.
ReplyDeleteBila pindah pindahkan sepokok ke kebun Diana juga ya
he he he. ..
Insyallah nnt makcik semaikan satu utk Diana.Pokok pandan serani ni jika Diana tanam kat bawah mmg cpt membiak seperti ginseng jawa tu.Makcik tanam dlm pasu jd lambat merebak
Deletelahaiii nekcik ni pantang tau CM...pantang jumpa kuih tradisional yg sedap lemak berkrim nih
ReplyDeletemcm nsk buat jer..gedik gedik tekak dah
as salam.mak cik boleh tak saya dapatkan benih pandan serani tu
ReplyDeletesalam....boleh kongsi benih ngan saye.....tolong 0199482231...
ReplyDelete