LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label jeruk. Show all posts
Showing posts with label jeruk. Show all posts

Sunday, September 25, 2016

Cili Api Jeruk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bahan-bahan yang di perlukan...
Cili api.
Garam.
Gula.
Cuka makan.
Botol kaca yang sesuai.


Kali ini  saya ingin berkongsi cara-cara untuk menjeruk cili api agar ia bertahan lama.Selalunya jika kita simpan dalam peti ais dalam tempoh yang lama cili akan reput atau rosak dan jika   kita simpan dalam freezer pun cili akan jadi lebam dan akhirnya rosak juga.Jalan paling selamat adalah dengan di jadikan jeruk.
Saya ada menanam 5 pasu pokok cili api dan semuanya berbuah serentak.Alhamdulillah seronok sangat apabila melihat pokok_pokok itu berbuah dengan lebatnya.Tak habis untuk kegunaan harian kerana kami sekeluarga bukan pemakan cili tegar  jadi saya mengambil keputusan untuk menjeruk lebihan cili api yang saya petik petang tadi agar bertahan lama.


Inilah hasil tuaian petang tadi.Saya cuci bersih dan keringkan betul-betul sebelum di jeruk.

Cili api yang sudah di keringkan airnya tadi perlu di gaul dengan garam serta gula.

Kemudian cili api tadi di isikan kedalam botol yang telah di rendam dengan air mendidih dan keringkan sebelum di gunakan.Akhir sekali tuangkan cuka makan kedalam botol cili sehingga penuh.

Sekarang jeruk cili api kita sudah siap.Dalam masa empat lima hari lagi boleh lah di makan bersama bihun sup,sup tulang ,mee goreng atau apa-apa saja yang di sukai.Ada juga yang makan dengan nasi panas atau dengan ikan pekasam.Selamat mencuba...






Tuesday, October 2, 2012

Jeruk Betik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selagi tak habis 4 biji betik pemberian kawan Cm hari tu ,selagi tu lah menu dapur Cm berkaitan dengan betik hehe...Semalam Masak Lemak Betik Dengan Udang,hari ini pulak Betik Jeruk,esok Somtam,lusa Betik Masak Bening,tulat Kerabu Betik ...esok esoknya..semua orang pening mabuk betik hihi....


Bahan-bahannya:

1/2 biji betik yang mengkal.-hiris nipis.
1/3 tsp kapur masakan.
1/3 cawan cuka.
2 tbsp garam.
7-8 biji cili padi.
1/2 cawan gula pasir.
Air secukupnya untuk merendan hirisan buah betik.

Cara-caranya:


  • Betik di hiris nipis dan dibersihkan-toskan.
  • Masukkan betik dalam mangkuk yang sesuai.Larutkan kapur dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam bekas betik tadi.
  • Masukkan garam dan kacau hingga sebati.Tuangkan air ke dalam mangkuk agak-agak tenggelamkan hirisan betik,.
  • Simpan dalam peti sejuk beberapa jam.(Cm letak dlm peti ais disebelah malam dan pagi-pagi lagi dah dikeluarkan)
  • Cucikan hirisan betik sehingga bersih dan toskan.
  • Gaulkan dengan gula dan cuka hingga rata.
  • Masukkan kedalam balang yang sesuai bersama-sama cili api dan perapkan beberapa jam.Simpan dalam peti sejuk.Insyallah terhasilnya jeruk betik yang ranggup:)


Tuesday, November 23, 2010

Jeruk Bawang Putih.

Salam dan selamat sejahtera.Bawang putih adalah salah satu  bahan utama dalam masakan.Tak kiralah masakan melayu,Cina atau India.Bawang putih juga mempunyai banyak khasiat.Cm suka sangat makan bawang putih jeruk.Jadi semalam Cm cuba buat sendiri :) Alhamdulillah tak mengecewakan tapi .untuk dapatkan rasa yang sebenar  kena tunggu beberapa hari lagi agar garam,gula dan cuka meresap kedalam bawang putih.Jeruk bawang putih ni sangat sedap dimakan dengan nasi kerabu.
Terima kasih pada Masakan kelate sebab berkongsi resepi yang agak unik ini.Jom kita lihat  bahan bahannya.

Bahana-bahannya:)
20 labu bawang putih.-cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 tbsp garam(cm guna 4 tbsp je)
Cara-caranya:)
  1. Satukan air,garam,gula dan garam kedalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih
  3. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk kedalam balang yang kedap udara.
  5. Jika simpan dalam peti sejuk jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.

Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang   agar jeruk bawang ni dapat bertahan lama ..Selamat mencuba.