LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Apple Crumble


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ini lah menu minum petang @ pencuci mulut  kami 3 beranak petang ini.Resipinya Cm ambil dari dapur Periuktanah tetapi Cm ubah sikit sana sini agar sesuai dengan selera sendiri.

Bahan-bahanya:

5 biji epal hijau-kupas kulit dan belah-belahkan mengikut saiz yg disukai.
1/2 cawan gula merah.(jika suka manis boleh tambah lagi  gula)
1 tsp serbuk kayu manis.
1/3 cawan air.
1 tsp jus lemon.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang sesuai dan masak dengan api yang perlahan  sambil sentiasa mengacaunya.Apabila epal  dah lembut dan pekat boleh padamkan api.Ketepikan.

Crumble.

Bahan-bahannya:

200 gm tepung gandum.
120 gm butter atau marjerin.
1/2 cawan oats.

Cara-caranya:


  • Masukkan tepung dan butter ke dalam mangkuk.Gaul dengan menggunakan hujung jari sehingga jadi serbuk roti.
  • Akhir sekali masukkan oats dan gaul hingga sebati.
  • Sapu loyang dengan sedikit butter.
  • Taburkan 1 cawan crumble ke dalam loyang.Jangan ditekan ya.
  • Tuangkan semua inti ke atasnya dan ratakan.
  • Akhir sekali taburkan kesemua baki crumble dan ratakan.Taburkan sedikit gula merah di permukaannya.
  • Bakar hingga perang.Sedap dimakan bersama sos kastad dan ice cream :)

Satu resipi pencuci mulut yang sungguh ringkas dan senang membuatnya.Cm sukakan rasa epal yang masam-masam manis dan diganding dengan sos kastad yang lemak-lemak rasanya.

Sos kastad.

1 tin susu cair.
2 tbsp gula pasir.
2 tbsp tepung kastad.

Cara-caranya:

satukan bahan-bahan ke dalam bekas yang sesuai.kacau dan tapis ke dalam periuk,Masak dengan api yang perlahan sehingga pekat,

Yum yum..sehingga menjilat sudu :)

Saturday, July 21, 2012

Cornish Pasties & Solat Terawih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Terawih.

Alhamdulillah hari pertama, berpuasa semoga di permudahkan perjalanan untuk hari ini.Insyallah.Malam tadi kami sungguh teruja untuk menunaikan solat terawih  di masjid Putra tetapi sayangnya apabila sampai tiada tempat langsung untuk letak kereta. Seronok & teruja apabila  melihat  begitu  ramai  orang  yang berpusu pusu menuju ke masjid...alangkah bagusnya jika hari hari biasa pun jemaahnya ramai sebegini..Allah....

Kami sekeluarga terpaksa berpatah ke Masjid Besi.Alhamdulillah walaupun parking agak jauh tetapi banyak tempat  parking.Apabila memasuki ruang solat  rasa seronok kerana   nampak begitu ramai sekali jemaah.

Tertarik dengan pesanan imam sebelum solat isyak.Katanya marilah kita amalkan budaya "bola sepak" semasa bulan Ramadhan ni.........bila perlawanan akhir lagi ramai penonton.....maksudnya beliau berharap  di akhir Ramadhan nanti  makin ramai jemaah yang akan  datang ke masjid... ....kebiasaannya apabila tiba di penghujung Ramadhan jemaah makin berkurangan.:(


Cornish.

Beberapa hari yang lepas Cm cuba resipi Cornish dari buku Bukan Sekadar Resipi.walaupun rupanya tak cantik tetapi anak-anak dan suami menggemarinya.Habis licin:).Anak bongsu Cm cakap...ini karipap giant hehe.Cara membuatnya tak susah kerana intinya tak perlu dimasak terlebih dahulu seperti karipap.

Bahan-bahan untuk kulit:

110 gm tepung gandum.
55 gm butter-potong kiub.
2-3 tbsp air sejuk.
Secubit garam.

Bahan-bahan untuk Inti:

110 gm daging cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 biji kentang-potong dadu.
1 batang lobak merah-potong dadu.
1 batang saderi-potong kecil.
Garam dan lada sulah secukupnya.

1 ulas bawang putih.
1 tsp rempah kari.
1 tangkai daun ketumbar.
1/2 tsp serbuk halia.

1 biji telur-untuk sapu.

Gaulkan  semua bahan-bahan untuk inti  hingga sekata.ketepikan.

Cara membuat kulit:

Masukkan tepung,garam dan butter ke dalam bekas yang sesuai.Gaul dan ramas dengan menggunakan hujung jari sehingga jadi seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit tetapi lakukan dengan pantas untuk mengelakkan doh jadi suam.
Masukkan doh kedalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais selama 15-20 minit.

Cara membuat Cornish.

Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan gelek setiap satu menjadi kepingan sebesar piring teh.Masukkan inti dan lakukan seperti membuat karipap.Aturkan di atas dulang secara menegak.Sapukan dengan telur dan bakar hingga masak.




Monday, October 17, 2011

Pisang Molen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah  setelah beberapa kali hajat nak masak Pisang Molen ni tergendala akhirnya tercapai jua. Walaupun rupa parasnya tak seberapa tapi rasanya sedap sekali.(Psttt apa ada pada rupa :)Semasa Angah bawa balik Pisang Molen ni dari Bandung dulu Cm asyik tercari cari resepinya.Anak lelaki bongsu Cm sangat menyukai kuih ni.

Terima kasih pada Ayin kerana berkongsi resepi yang best ni.Caranya senang je sebab Cm guna puff pastry segera jenama Kawan.Jom kita lihat resepinya:)

Puff Pastry segera jenama kawan secukupnya.
Pisang awak secukupnya.
Gula pasir.
Keju cheddar(keping) secukupnya.
Kuning telur untuk sapu.

Cara-caranya:)

  • Kukus pisang hingga masak dan potong  bulat agak agak lebih kurang 2 inci tebalnya.
  • Belah potongan pisang ditengahnya dan masukkan  keju potong  kedalamnya.
  • Ambil sekeping puff pasry kemudian gelekkan sikit.Taburkan gula pasir diatasnya.
  • Letakkan potongan pisang tadi dan taburkan sedikit gula pasir  diatasnya.
  • Tutup pastry kemas kemas seperti menutup  sampul surat.Sapukan dengan sedikit kuning telur.
  • Bakar dengan kepanasan suhu oven 180-200 darjah celcius .(terpulang pada jenis oven yg digunakan).
  • Masak hingga kekuningan.Sedap dimakan ketika masih panas.
Cm nak minta maaf banyak-banyak pada kawan-kawan yang sudi tinggalkan jejak kat dapur Cm ni kerana tak dapat nak balas komen komen kawan kawan kerana  masa yg tak mengizinkan.Insyallah bila "kerja" Cm selesai  Cm akan membalasnya perlahan lahan:).Selalu selalu lah masuk dapur Cm ni ya..jemputlah makan apa yang ada hehe.

Thursday, May 13, 2010

Lemon pie meringue

Meringue:

 3 biji putih telur
 1/2 cawan gula halus

 Cara-caranya:
  • Pukul putih telur dan gula hingga kental.
  • Swirl meringue over filling.
  • Bakar dengan kepanasan oven 220 darjah celcius hingga golden brown.
  • sejukkan
  • Masukkan kedalam peti ais.......Sejukkan.......Hidang......Selamat mencuba:)
Filling:
 1/2 cawan gula halus
 1/3 cawan tepung jagung
 1 cawan air.
 2 biji parutan  kulit lemon
3 biji kuning telur
1/2 cawan lemon jus

 Cara-caranya:
  • Satukan semua bahan bahan diatas kedalam periuk kecuali kuning telur.Kacau diatas api yang sederhana hingga pekat.Matikan api.
  • Pukul kuning telur hingga sebati
  • Masukkan kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit dgn mengacau guna whisk.
  • Panaskan kembali atas dapur sekejap-2-3 minit sambil kacau hingga rata.
  • Tuangkan keatas pastri.
Guna kacang hijau atau apa apa yang dapat elak dari pastry gelembung. Pastry

 1 1/2 cawan tepung gandum.
1 tbsp gula caster
125 gn butter chopped
 1 biji telur kuning
1 tbsp air sejuk dalam peti ais

 Cara-caranya:

 Preheat oven 220 darjah celcius. Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali telur dan air.Bila dah jadi serbuk roti baru masukkan air dan telur.Uli hingga sebati.Guna flan tin 20 cm .masukkan doh kedalam flan tin dan tekan-tekan biar sekata seperti dalam gambar diatas.Cucuk-cucuk dengan garfu pada permukaannya. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Kemudian bakar selama 15 minit dengan kaedah BAKE BLIND. Terima kasih pada Liza sebab bagi recipe ni...siap tulis lagi..terima kasih banyak-banyak:)

Friday, February 6, 2009

Flaky currypuff

Flacky currypuff Bahan-bahan untuk kulitnya: 400 gm tepung gandum 1 tsp baking powder 2 biji telur 70 gm butter 1 tsp cream of tartar 1 tsp garam 125 gm air 225 gm pastry marjerin Cara-caranya: 1. Gaulkan tepung gandum,garam,baking powder,marjerin,cream of tartar,telur,dan air.Uli hingga sebati 2. Bahagikan marjerin pastry kepada 3 bahagian dan buat seperti gambarajah berikut: Canai adunan memanjang letakkan marjerin pastry kemudian lipat.Letak lagi marjerin tadi dan lipat.Akhir sekali letakkan marjerin dihujung adunan dan lipat seperti dalam gambarajah. 3. Canai betul-betul nipis.Jangan banyak kali.Cukup 4-5 kali sahaja. 4. Akhir sekali canai biar nipis dan potong dengan pisau pemotong pizza dalam saiz yang dikehendaki. Lepas potong jangan dicanai lagi. Masukkan inti, seal dengan putih telur Bahan-bahan untuk intinya: 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu) 300 gm isi ayam dicincang halus. 2 camca besar rempah kari daging 1 labu bawang besar(cincang) 2 ulas bawang putih(cincang) sedikit daun sup Garam dan sedikit gula. Minyak masak untuk menumis. Cara-caranya: Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik baunya.Masukkan rempah kari dan masak sampai rempah kari betul-betul masak baru dimasukkan daging ayam.Masukkan kentang dan sedikit air serta garam dan gula,biarkan kentang empuk dan airnya kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup. Sejukkan dahulu baru dimasukkan kedalam kulit pastry. Nota:Resepi ni cikmanggis perolehi dari kelas memasak di rumah Azrah khan kat Subang jaya kira-kira 14 tahun dulu.Gambarajah tu cikmanggis yang lukis ketika Azrah khan mengajar tapi yang lukis tangan tu dah blur kerana lama sangat. yang ni lukis dgn komputer...punya la susah nak guna komputer baru perasan errow tu cam terbalik je.....orang tua!. Nostalgia betul.Harap dapat berkongsi dengan kawan-kawan.