LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, February 6, 2009

Flaky currypuff

Flacky currypuff Bahan-bahan untuk kulitnya: 400 gm tepung gandum 1 tsp baking powder 2 biji telur 70 gm butter 1 tsp cream of tartar 1 tsp garam 125 gm air 225 gm pastry marjerin Cara-caranya: 1. Gaulkan tepung gandum,garam,baking powder,marjerin,cream of tartar,telur,dan air.Uli hingga sebati 2. Bahagikan marjerin pastry kepada 3 bahagian dan buat seperti gambarajah berikut: Canai adunan memanjang letakkan marjerin pastry kemudian lipat.Letak lagi marjerin tadi dan lipat.Akhir sekali letakkan marjerin dihujung adunan dan lipat seperti dalam gambarajah. 3. Canai betul-betul nipis.Jangan banyak kali.Cukup 4-5 kali sahaja. 4. Akhir sekali canai biar nipis dan potong dengan pisau pemotong pizza dalam saiz yang dikehendaki. Lepas potong jangan dicanai lagi. Masukkan inti, seal dengan putih telur Bahan-bahan untuk intinya: 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu) 300 gm isi ayam dicincang halus. 2 camca besar rempah kari daging 1 labu bawang besar(cincang) 2 ulas bawang putih(cincang) sedikit daun sup Garam dan sedikit gula. Minyak masak untuk menumis. Cara-caranya: Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik baunya.Masukkan rempah kari dan masak sampai rempah kari betul-betul masak baru dimasukkan daging ayam.Masukkan kentang dan sedikit air serta garam dan gula,biarkan kentang empuk dan airnya kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup. Sejukkan dahulu baru dimasukkan kedalam kulit pastry. Nota:Resepi ni cikmanggis perolehi dari kelas memasak di rumah Azrah khan kat Subang jaya kira-kira 14 tahun dulu.Gambarajah tu cikmanggis yang lukis ketika Azrah khan mengajar tapi yang lukis tangan tu dah blur kerana lama sangat. yang ni lukis dgn komputer...punya la susah nak guna komputer baru perasan errow tu cam terbalik je.....orang tua!. Nostalgia betul.Harap dapat berkongsi dengan kawan-kawan.

8 comments:

  1. kak..bahan2 nye nmpak mudah tp caranye pulak remeh bebeno..rasa cam nk wat tp nengok gaya x taula menjadi ke tidak canai nye nnti..huhu!

    ReplyDelete
  2. cikmanggis kalau datang beranang singgahlah umah el ye..tp bgtau dulu tau...bukan apa selalunya hari minggu el keluar sarang..

    ReplyDelete
  3. inahar:Tak susah sangat...1st time mmg rasa susah tapi akak gerenti kali kedua rasa seronok.Pastry tu boleh simpan frozen.Potong siap siap dan setiap lapis tu alas dengan plastic , masukkan dalam tupperware frozen kan.Bila nak guna keluarkan dari peti sejuk biarkan dlm suhu bilik.

    ReplyDelete
  4. Datin el:mmg dah lama teringin nak g beranang tapi mengenangkan sgt jauh tu....lemah semangat.Insyallah jika jd kita pit stop jap kat umah datin.

    ReplyDelete
  5. eh..apsal datin el dok jauh sangat ek? betulla cikmanggis dgr branang je dh patah semangat..hehe!susahla klu kita nk pi beraya nnti..cewaah!(perasan je pdhal xde owg mengajak pun)..

    ReplyDelete
  6. cikmanggis, mana de jauh kita hari2 berulang ke putrajaya 20 min je..

    inahar,akak tinggal di semenyeh nak beli umah kat kl x mampu. laa..apalak nak tgu raya baru nak dtg silalah anytime bole tp umah kg je..

    ReplyDelete
  7. mana jauhnya cikmanggis tiap2 hari el berulang ke putrajaya 20 min je.

    inahar, akak tinggal disemenyeh nak beli umah kt kl x mampu..laa nape lak nak tggu raya anytime je blh dtg tp umah kg je,
    .

    ReplyDelete