LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label herba. Show all posts
Showing posts with label herba. Show all posts

Saturday, April 6, 2019

Sayur Pedas Daun Moringa



Bahan-bahannya.

Daun moringa
Keledek-potong kecil
Bawang merah
Lada hitam
Sedikit budu(Optional)
Isi ikan..ikan rebus ambil isinya
Sedikit gula,(Optional)
Sedikit garam.

Cara-caranya:)

Didihkan air secukupnya..jangan banyak nanti tak sedap.

Tumbuk bawang merah,lada hitam dan isi ikan sehingga hancur..kasar kasar pun ok.

Masukkan bahan tumbuk dengan keledek ke dalam periuk.Masak sehingga keledek empuk.

Akhir sekali baru masukkan daun moringa,garam,gula dan budu.

Bila mendidih matikan api.
Siap.

Thursday, September 22, 2016

Sup Bebola Ikan

Menu ringkas dan senang untuk dimasak.Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:)

Bebola ikan.

2 keping ikan tenggiri.
Sedikit serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
4 tbsp tepung ubi.

Sup.

1/2 biji timun tua buang biji dan potong kiub
1/2 ketul akar teratai.-potong bulat
Beberapa hirisan halia.
2 ulas bawang putih-ketuk.
Sedikit serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.

Bahan-bahan untuk tabur.

Bawang goreng.
Hirisan daun bawang.
Cili api potong(jika suka pedas)
Cara-caranya:)


  • Asingkan isi ikan dari tulang serta kulitnya.
  • Kisar isi ikan dengan food processor sehingga halus.Masukkan garam serta serbuk lada sulah.
  • Kemudian masukkan tepung ubi dan kisar lagi sehingga sebati.
  • Keluarkan dari pengisar dan bulat-bulatkan  mengikut saiz yang di kehendaki.
  • Sementara itu didihkan  air dalam periuk dan rebuskan tulang serta kulit ikan sehingga mendidih.
  • Tapiskan dan ambil air rebusannya.
  • Didihkan sup tadi .Masukkan bebola ikan dan masak sehingga ianya timbul.
  • Kemudian masukkan Timun tua serta akar teratai,hirisan halia,bawang putih ketuk,garam serta lada sulah.
  • Masak sehingga sayur-sayuran itu empuk.
  • Hidangkan bersama taburan bawang goreng serta daun bawang.
  • Jika anda seorang yang suka masakan pedas boleh tambah potongan cili api.Barulah berpeluh-peluh hehe terus sihat jika demam :)

Sunday, September 18, 2016

kebun mini saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Lama betul saya tidak kemaskini blog Jom Masak Jom Makan makan ini sehingga hampir lupa passwordnya.Alhamdulillah Makcikmanggis baik-baik saja.Rindu sangat untuk berblog kembali seperti dulu-dulu...memasak dan berkongsi resipi.

Setelah Makcik berpindah ke Negeri Sembilan  masa  banyak dihabiskan dengan berkebun di halaman rumah.Walaupun kawasan yang sangat terhad dapatlah juga keluarkan peluh dan merasai hasil kebun mini yang bebas racun.Satu kejayaan apabila berjaya menanam lebih kurang 20 pasu pokok  bunga kobis.Sekarang hanya tinggal 7 pasu lagi yang belum di tuai.Alhamdulillah.....rezeki yang Allah bagi jika kita berusaha.

Makcik ada menanam 2 pasu pokok limau kasturi.Alhamdulillah rajin sungguh berbuah tanpa henti.Setakat nak guna untuk bahan masakan seperti sambal belacan dan jus tu tak perlu beli.Petik saja ..fresh...betapa seronoknya dapat hasil dari kebun sendiri.Satu kepuasan.....

Ada kawan-kawan bertanya baja apa yang Makcik gunakan .Untuk pokok limau ini Makcik guna baja AB yang di perolehi semasa kami membeli pokok Tin di Seremban 6 bulan yang lalu.Kami dapat percuma dari Nurseri Sudin & Sheila Jalan Pantai Seremban tempohari (free gift).Baja jenis ini sungguh jimat sekali dan amat berkesan untuk tanaman seperti limau kasturi dan pokok Tin.


Disamping baja AB kami juga dapat hadiah percuma keratan pokok tin dari nurseri Sudin & sheila.Dalam banyak banyak batang ini hanya 5 keratan yang  tumbuh dan sekarang sudah mulai berbuah.Alhamdulillah.


Pokok di atas adalah hasil semaian dari free gift nurseri Sudin&Sheila tempohari.Gambar ini  saya ambil ketika usia pokok ini 2 bulan.Sekarang dan hampir 6 bulan jika tak silap saya lah..lupa tarikh tanamnya.....Ok lah untuk cerita KEBUNMINISAYA  akan saya sambung lagi  dalam next posting ya....dan jika ada masa saya akan berkongsi resipi terkini saya membuat roti Sourdough pula.Hobi terkini saya  hehe.



Monday, March 11, 2013

Menu Makan Tengahari



Empat hari kami tiga beranak "berkelana " di utara tanah air dan tiap tiap hari kami bersarapan,lunch dan dinner ditempat kami menginap......bila dah macam ni baru teringat ......makanan yang paling sedap adalah makanan yang di masak dirumah..simple dan lebih sihat.

Pagi tadi suami Cm minta disediakan menu yang simple untuk lunch kami tiga beranak.Katanya dah muak makanan yang bergoreng dan berlemak.Apabila diselongkar dalam peti sejuk...ada ikan salmon,lobak putih , karot serta celery dan  labu manis.....


Nasi: Cm tanak 1 pot nasi dan apabila hampir masak ,masukkan  labu manis dan tutup periuk...Siap.


 Lauk :Perapkan ikan salmon dengan sedikit garam,lada hitam dan sos tiram.Panaskan kuali nonstick.Letakkan 1 tsp butter dan goreng ikan hingga masak.Last sekali taburkan daun rosemary..Siap :)

Sup Sayur Dengan  Ayam kampung.

Bahan-bahanya:

2 ketul paha ayam-potong kecik.
2 batang kaki ayam-cincang.
4-5 biji red date
1 tsp Khee Chee
2 hirisan halia.
Air secukupnya.
Sedikit lobak putih-potong kiub.
Sedikit lobak merah-potong kiub.
Sedikit batang celery-potong kiub.
Sedikit serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

  • Masukkan air,kurma merah ,Khee chee  dan ayam ke dalam periuk dan masak hingga ayam empuk.
  • Kemudian masukkan sayur sayuran dan garam.Biarkan mendidih.
  • Taburkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Siap :)

Thursday, March 10, 2011

Telur Pindang



Tengok kat atas ni....haa...telur pindang!!!walaupun rupanya tak cantik tapi Cm tetap seronok kerana berjaya buat telur pindang sendiri...first time cuba ni.Rasanya tetap rasa telur pindang walau rupanya agak jelik hehe.Penat Cm  dengan atiqa mencari daun daun herba yang diperlukan dikawasan tempat kami berjogging...berhampiran p10 putrajaya.
Ini lah daun daun yang diperlukan untuk membuat telur pindang.

Bahannya:
telur ayam
Daun senduduk,
Daun mengkudu,
daun salam
daun kunyit.
Lengkuas-diketuk
Daun pandan
Daun lengkuas
daun serai wangi,
Kulit bawang
kicap manis
Ketumbar biji
Jintan manis
Jintan putih.
serai
1 ketul asam jawa.
 Garam,

susunkan daun daun dan bahan bahannya yang diperlukan  kedalam periuk baru susunkan telur diatasnya.


garam,kicap
Ketumbar,kulit bawang dan asam jawa
Ketumbar,jintan manis dan jintan putih dikisar kasar.Masukkan semua bahan bahan ini kedalam periuk dan tutup telur dengan daun daun yang selebihnya.Tuangkan kicap (1 cawan) dan garam(2 tbsp).masukkan air yang mencukupi dan rebus telur dengan api yang perlahan..opps jangan lupa asam jawa tu ya ...kena masukkan jugak .

.Malamnya Cm padamkan api dapur dan sambung merebus besoknya.Oleh kerana Telur 15 biji je jadi masa rebus tu tak lama.Jika 1000 biji  telur kena lah rebus 3 hari 3 malam..hehe jadi hikayat 1001 malam nak rebus telur pindang ni hehe.

Friday, November 5, 2010

Matcha Chiffon Cake

Salam dan selamat sejahtera.Pertamanya nak ucapkan happy diwali to all kawan kawan yang beragama hindu   terutama teman setia Cm Love...dengan pertanyaan..banyak ke buat muruku? hehe....teringin nak makan Muruku la pulak:)..semoga bergembira bersama keluarga tersayang.

Petang ni cm buat kek chiffon resepi dari blog Hana.Dah lama nak cuba resepi tu baru hari ini tertunailah hasrat dihati(teringat kat Ina Kl) Alhamdulillah hasilnya ok sebab ini percubaan yang pertama.Terima kasih buat Hana.Minta maaf sebab "menderhaka" sikit tapi bukan sengaja..tak perasan:).Cm sapu sedikit minyak jagung pada loyang kek dan tabur dengan sedikit tepung. Jadi sebaik saja  kek tu masak cm tonggengkan loyang seperti yang Hana cakap tiba tiba kek tu menggelungsur keluar hehe ..tak sempat nak tunggu sejuk:)
Cuba lihat dikeliling kek tu licin je tak nampak Spongenya hehe.Jom kita lihat resepinya :)..minta izin nak C & Paste dari blog Hana.Terima kasih Mama Darwish:)
Bahan-bahannya:
Bahan A
  • 2 biji kuning telur
  • 40g tepung naik sendiri
  • 20g gula
  • 20ml minyak jagung@minyak masak
  • 30ml susu segar
  • 1 sudu makan green tea powder@serbuk matcha
Bahan B
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sk tartar
  • 50g gula

Cara-caranya:)
  • Panaskan oven suhu 175darjah.
  • Satukan tepung dan serbuk matcha. Gaul rata dan ayak.
  • Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian susu dan akhir skali minyak. Ketepikan.
  • Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
  • Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2.
  • Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat `memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
  • Bakar selama 30min atau hingga masak.
  • Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
  • Sedia dihidang.


Matcha Chiffon Cake ni digandingkan  dengan sejenis minuman herba China yang dikenali sebagai Lok Mei.....minuman kegemaran suami Cm ni:).ianya dimasak/rebus dengan menggunakan gula batu yang berwarna perang.
Jemput minum kawan-kawan...aaahhhh bau serbuk green tea dan bau minuman herba ni...nyaman:)...gandingan yang ..sungguh serasi.....

***Note-  untuk kek bersaiz besar seperti diatas cm buat 3 adunan.