LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kekacang. Show all posts
Showing posts with label kekacang. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Mieng Kham

Aroy mak mak...Sedapnya rasa tak boleh berhenti mengunyah "sireh" special ni tetapi anak-anak dan suami tak menggemarinya.Tak apa ....sekadar mencuba sesuatu yang baru.Lain kali tukar dengan daun salad sebab dorang tak suka rasa daun kadok...
Akibat kesedapan Mieng Kham ni...hampir botak pokok kaduk ku hehe.....
Bahan-bahannya:(Filling)

Cili padi-potong kecik.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak.
Isi kelapa (warna merah dan putih tu ada  jual dikedai)
Halia muda-potong kecik.
Limau kasturi-potong kecik-dengan kulitnya.
Bawang merah-cincang (Cm guna bawang besar)
Udang kering-goreng tanpa minyak.
\
Bahan-bahan untuk Sos:

1 tbsp serbuk belacan.
2 inci lengkuas-hiris nipis dan goreng tanpa minyak.
2 inci halia-hiris nipis dan goreng tanpa minyak.
1/3 cawan kelapa-goreng tanpa minyak hingga perang.
2 tbsp udang kering-goreng tanpa minyak.
5 ulas bawang merah-kupas dan potong kasar dan goreng tanpa minyak.
1/2 ketul gula melaka.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam food processor dan kisar hingga sebati.Masukkan kedalam periuk dengan sedikit air dan masak hingga pekat.

Cara-cara menghidang:

Ambil sehelai daun kaduk.Masukkan baha-bahan fillingnya dan last sekali letak sos.Balut kemas-kemas dan sedia untuk di makan.Balutannya seakan-akan nak balut sireh pinang gitu :)..Selamat mencuba.

Tuesday, August 9, 2011

Stir fry chickpeas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Pertamanya mohon kemaafan kerana tak sempat nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan yang Cm sayangi semua.....teramat lah busy.....Insyallah nanti bila ada masa terluang Cm akan singgah ke blog kawan-kawan ya....

Cm pernah masak Kacang Kuda Pedas Manis dan ada lagi baki kacang dalam peti sejuk .Jadi hari ini untuk kudapan selepas solat terawih Cm rebus kacang kuda tu dan masak bersama bawang,cili kering dan rempah kari.Resepinya Cm ambik kat dapur Quay Po Cooks..Thanks Quay Po dear:)..leka juga kunyah kacang ni.Sambil baca surat khabar pun dok ngap ngap :)


Bahan-bahannya:

2 cawan kacang kuda rebus.
1 labu bawang besar(saiz sederhana)-potong dadu.
5 tangkai cili kering.-rendam dengan air panas dan potong kecik (Cm potong 3)
1 cawan daun kari-Cm guna segenggam)
1 tsp serbuk kari.
1 tsp biji sawi(tak bubuh sebab stok dah habis)
1 tsp minyak zaitun.(Cm guna 1 tbsp minyak jagung)
sedikit garam dan gula.
Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan cili kering hingga layu .Kemudian masukkan biji sawi dan daun kari.Tumis hingga wangi baru masukkan serbuk kari.Lepas tu masukkan kacang kuda serta rasa lah garam dan gulanya.Siap untuk dimakan:)


Thursday, July 14, 2011

Kacang Kuda Pedas Manis



Dulu-dulu semasa Cm di sekolah menengah kakak-kakak senior selalu masak kacang kuda pedas ni untuk jualan jika ada program masak-masak atau nak kumpul duit untuk persatuan.Dalam memori Cm ni rasa kacang kuda yang dijual tu sungguh sedap.Hingga ke hari ini Cm tak pernah jumpa kacang kuda pedas sesedap itu..atau hanya memori budak-budak yang sentiasa lapar yang tinggal di asrama hehe...nak minta sokongan KakPah..betul tak kakpah?.




Bahan-bahannya:

500 gm kacang kuda-cuci bersih dan rendam selama 1 jam.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
10 tangkai cili kering-rebus sekejap.
1 tangkai daun kari
Gula melaka secukupnya.
garam secukup rasa.
Cara-caranya:

  • Kacang kuda di masak dengan menggunakan pressure cooker hingga empuk.jangan lupa letakkan sedikit garam.
  • Sementara tu blend bawang merah,bawang putih dan cili kering hingga halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang di kisar tadi hingga masak dan wangi.
  • Masukkan garam,gula melaka dan sedikit air asam jawa dan masak lagi hingga pekat.
  • Toskan kacang kuda yang direbus tadi dan masukkan kedalam bahan tumis dan kacau hingga rata.Masukkan daun kari dan gaul lagi hingga sekata.Siap untuk dihidangkan.

Saturday, May 29, 2010

Homemade Nutella (hazelnut Chocolate Spread)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Niat dihati nak gantung periuk dan "berfoya-foya"depan tv tapi biasalah ....kan....tak sedap duduk jika tak masuk dapur.Memang sesuai jika dapat gelaran "permaisuri"dapur hehe.Cm baru siap buat hazelnut chocolate spread atau nutella.Pertama kali mencubanya.Hasilnya ok tapi boleh improve lagi bila buat kali kedua nanti.Insyallah jika sambutan baik boleh buat sekali lagi. Jom kita lihat bagaimana nak buat Nutella ni: Bahan-bahannya: 150 g hazelnut-panggang dan buang kulitnya kisar hingga jadi seperti peanut butter paste. 1/2 cawan gula ising. 1/2 cawan serbuk koko. sedikit esen vanila. sedikit minyak jagung. 100 g milk chocolate-cairkan. Cara-caranya:) Cairkan coklat dengan double boiler.Masukkan gula,koko,kacang hazel dan esen vanila.Kacau hingga sebati kemudian masukkan minyak jagung dan kacau lagi sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Masukkan dalam blender dan sambung blend lagi agar dapt smooth paste.Simpan dalam bekas yang sesuai.boleh di sapu pada roti,biskut lemak atau apa saja yang anda fikir sesuai:) selamat mencuba!! *resepi asalnya DISINI *rese