LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label pie. Show all posts
Showing posts with label pie. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Apple Almond Puff Pie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat petang semua..dan selamat berbuka puasa pada mereka yang berpuasa sunat Khamis di bulan Syaaban yang penuh keberkatan ini.Semoga ibadah puasa kita di terima olehNya.Insyallah.

Lama betul Cm tak buat Puff sendiri.Selalunya beli kulit puff Kawan tetapi kali ini terajin sikit...sikit je rajinnya hehe. Dulu pertama kali belajar membuat kulit puff ni ,boleh dikatakan setiap hari Cm buat sampai semua orang kat rumah ni dah jemu....Semalam bila lihat Inahar masak Puff terus Cm ambil resepi intinya.Terima kasih Inahar.
Kulitnya.

Bahan-bahannya:

400 gm tepung gandum.
2 biji telur.
125 gm air.
1/2 tsp serbuk cream of tartar.
1/2 tsp baking powder.
1 tsp garam.
80 gm butter.
225 gm marjerin pastry.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali marjerin pastry ke dalam mangkuk.Uli hingga sebati.Kemudian gelek doh agar terbentuk empat segi bujur.Aturkan marjerin pastry yang di potong dalam bentuk  kiub kecil di bahagian tengah  doh.Lipatkan bahagian hujung ke dalam seperti gambar rajah dibawah.lakukan proses yang sama di hujung yang satu lagi.



Kemudian gelekkan agar terbentuk empat segi bujur sekali lagi.Lakukan proses yang sama 4 kali.Kemudian potongkan mengikut saiz yang dikehendaki.Gelekkan nipis baru di letakkan inti.Tekan tepi doh dengan hujung garfu.Sapukan dengan kuning telur .bakar hingga masak  atau hingga warna perang keemasan.


Inti.

Bahan-bahannya:

2 biji epal hijau-potong kiub kecil.
1/2 cawan kismis.
2 tbsp butter.
4 tbsp serbuk badam.
Sedikit garam.
3 tbsp gula perang.
1 tsp serbuk kayu manis.
1/2 tsp serbuk kayu manis.

Cara-caranya:

Panaskan butter dalam kuali.Masukkan potongan buah  epal.Gaul rata.Kemudian masukkan semua bahan-bahan selebihnya.Masak sehingga inti agak pekat.Siap untuk di gunakan.

Thursday, May 13, 2010

Lemon pie meringue

Meringue:

 3 biji putih telur
 1/2 cawan gula halus

 Cara-caranya:
  • Pukul putih telur dan gula hingga kental.
  • Swirl meringue over filling.
  • Bakar dengan kepanasan oven 220 darjah celcius hingga golden brown.
  • sejukkan
  • Masukkan kedalam peti ais.......Sejukkan.......Hidang......Selamat mencuba:)
Filling:
 1/2 cawan gula halus
 1/3 cawan tepung jagung
 1 cawan air.
 2 biji parutan  kulit lemon
3 biji kuning telur
1/2 cawan lemon jus

 Cara-caranya:
  • Satukan semua bahan bahan diatas kedalam periuk kecuali kuning telur.Kacau diatas api yang sederhana hingga pekat.Matikan api.
  • Pukul kuning telur hingga sebati
  • Masukkan kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit dgn mengacau guna whisk.
  • Panaskan kembali atas dapur sekejap-2-3 minit sambil kacau hingga rata.
  • Tuangkan keatas pastri.
Guna kacang hijau atau apa apa yang dapat elak dari pastry gelembung. Pastry

 1 1/2 cawan tepung gandum.
1 tbsp gula caster
125 gn butter chopped
 1 biji telur kuning
1 tbsp air sejuk dalam peti ais

 Cara-caranya:

 Preheat oven 220 darjah celcius. Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali telur dan air.Bila dah jadi serbuk roti baru masukkan air dan telur.Uli hingga sebati.Guna flan tin 20 cm .masukkan doh kedalam flan tin dan tekan-tekan biar sekata seperti dalam gambar diatas.Cucuk-cucuk dengan garfu pada permukaannya. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Kemudian bakar selama 15 minit dengan kaedah BAKE BLIND. Terima kasih pada Liza sebab bagi recipe ni...siap tulis lagi..terima kasih banyak-banyak:)

Saturday, March 6, 2010

Pie Labu

Salam dan selamat berhujung minggu ya terutama sekali buat Liza mama faiz yang tinggal se pelaung dari rumah cm ni.Terima kasih sebab bagi sumbangan "ehsan" tapi bukan wang ehsan atau royalti minyak ke apa-apa...hehe ehsan yang cm maksudkan adalah pie labu dan resepinya sekali ......sedap weh mung!!!

Mari kita lihat apa bahan-bahan yang menyebabkan pie ni sungguh enak sekali :)

 Kulit:
 1 1/2 cawan tepung gandum
100 gm butter potong kecil
 2 tsp gula halus
 1 kuning telur-pukul sikit dgn garfu
 1 tbsp susu segar

 Filling:)

 2 telur -pukul sikit
3/4 soft brown sugar(gula perang)
 500 gm labu-masak dan lenyek halus
 1/3 cawan cream
 1 tsp serbuk kayu manis
1/2 tsp serbuk buah pala
 1/2 tsp halia parut
  • Panaskan oven 180 darjah celcius
  • Ayak tepung dalam bekas yang sesuai.Masukkan butter dan guna rub in method hingga jadi serbuk roti.Masukkan gula dan susu serta telur.Uli hingga jadi doh .Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
  • Gelekkan doh sehingga dapat cover keseluruhan 23 cm pie dish.
  • Letakkan kertas minyak atas doh pie tadi dan taburkan kacang hijau diatasnya.Bakar selama 10 minit.
  • kelurkan kertas dan kacang hijau dan bakar lagi selama 5 minit atau sehingga kekuningan
  • keluarkan dari oven dan sejukkan
Cara-cara untuk membuat fillingnya:) Pukul telur dan gula hingga sebati.Masukkan labu,cream dan spices gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam kulit pie dan bakar hingga masak. terima kasih Liza...sori la kita translate tak betul sangat ni..harap-harap orang faham.