LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label drinks. Show all posts
Showing posts with label drinks. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Green Smoothi

Bahan-bahanya:

1 batang celery.
1 biji peria katak.
1 biji epal hijau.
1 hirisan limau nipis.

Cara-caranya:

Bersihkan sayur sayuran serta buah epal.Buang biji peria.Masukkan kedalam mesin pemerah jus.Tuang jus ke dalam bekas yang sesuai.

Campurkan dengan ketulan ais.Siap untuk di minum.
Kepada yang tak tahan rasa pahit boleh campurkan dengan air sejuk....cairkan sedikit.Dapat satu jug kecik.

Alhamdulillah setelah seminggu saya minum jus ini kandungan gula dalam darah saya semakin menurun daripada 6 (puasa) ke 5.5 (tak puasa)


Thursday, September 3, 2015

Minuman Yang Menyegarkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ada menanam beberapa pasu pokok pudina.Alhamdulillah semuanya hidup subur.Selalunya saya masukkan ke dalam teh O dan minum ketika teh masih panas.Sedap betul ... saya letak sedikit gula ...manis buah kata orang tu kan.

Kali ini saya ubah sikit bahan-bahannya untuk minuman sejuk sesuai sangat dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini.

Bahan-bahannya:
(Untuk 1 jug saiz sederhana)

Daun pudina secukupnya.
1 biji lemon.
3-4 tbsp madu.
Kiub ais secukupnya.
Cara-caranya:


  • Lemon di potong nipis.Beberapa keping
  • Selebihnya di perah untuk jusnya.
  • Ambil beberapa tangkai daun pudina.Masak dengan 2 gelas air sehingga mendidih.Sejukkan &masukkan 3 -4 tbsp madu dan kacau hingga sebati.
  • Tuangkan air rebusan pudina ke dalam jug dan tambah dengan air sejuk secukupnya &tambah dengan jus lemon.
  • Masukkan daun pudina yang segar serta hirisan buah lemon.
  • Letakkan  kiub ais secukupnya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Monday, May 24, 2010

Air Kurma Merah

Salam dan selamat petang.Pagi -pagi lagi cm telah masakkan air bersama kurma merah dengan menggunakan slow cooker.Petang ni ready untuk diminum.Mengikut kata my MIL minuman ini bagus untuk digestion & calm mind dan untuk kanak-kanak yang kurang selera makan.My MIL yang mula memperkenalkan minuman red dates ni pada cm.Jika kawan-kawan rasa letih ,lesu dan tak larat nak buat kerja-kerja rumah...jom cuba minum air rebusan kurma merah tapi pada mereka yang ada masalah gestrik tidak digalakkan.Jika suka manis tambahkan sedikit honey atau pun minum begitu saja:)

Sunday, May 23, 2010

Minum Petang

Salam dan selamat petang.Cuaca sungguh panas mari kita basahkan tekak dengan minum teh bunga chrysanthemums . Masakkan air dengan bunga crysanthemums kering & gula batu....masak hingga mendidih dan bunganya kembang...tapis.....jika suka sejuk boleh ditambah dengan ketulan ais.Cm suka teh bunga panas ..... diganding dengan jemput-jemput udang.....cicah dengan sos cili...hmmm hingga tak terkata-kata.(hehe seperti iklan la pulak)

Thursday, April 29, 2010

jus lemon & honey

Salam dan selamat malam.Baru siap mengemas dapur dan menyental apa yang patut disental dan rasa dahaga sangat jadi cm buatkan jus lemon untuk diri sendiri.Layan diri sebab semua penghuni rumah ni dah melabuhkan tirai...dah zzzzzz.jika dah siap kerja rumah malam ni besok pagi cuma tinggal nak jemur pakaian je lepas tu boleh terus jogging dengan Liza....semoga projek nak menguruskan badan ni berjaya dan bukan hangat-hangat tahi ayam hehe.Ada kalanya nak give up je .....camana nak kurus jika asyik memasak dan memasak:)....terima kasih Liza kerana jadi Partner I...beberapa hari ni kami jogging 2km setiap pagi rasanya perlu tambah jadi 4 km hehe Jom kita minum jus lemon madu:) Bahan-bahannya: perahan jus lemon Madu Ketulan ais air Cara-caranya: Bancuh air bersama madu.Kacau hingga rata dan masukkan jus lemon.tambah dengan ketulan ais.Siap untuk diminum....selamat malam..sweet dream:)

Tuesday, April 6, 2010

Strawberry Panna Cotta

Salam dan selamat petang.Mari makan srawberry panna cotta...yum yum sedapnya selepas disimpan dalam peti ais sekejap..hmmm sejukkkk dan sangat nyaman tambahan cuaca hari ini sungguh panas.Terima kasih HANA ku sayang.Cm ambil resepi HANA ni..minta izin C&P ya...Terima kasih daun keladi,lain hari c& p lagi kihkih. Bahan-bahannya:)
  • 7g gelatin + 3 sudu besar air panas
  • 2 ½ cawan susu segar
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sk esen vanila
  • Buah2an pilihan - cikmanggis guna srawberry
Cara-cara
  • Campurkan gelatin dan air panas. Satukan hingga sebati tanpa ketul2. Kemudian ketepikan.
  • Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.
  • Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.
  • Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan lam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree.
  • Kisar buah2an pilihan menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula.
  • Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan buah2an tadi.
  • Siap dihidang.

Wednesday, February 4, 2009

Teh pudina

Hari ni masak ayam masak merah.entahla la bila tengok kat majalah saji gambar ayam masak merah teringin la pulak.Ubahsuai sana sini jadilah ayam masak merah versi sendiri.Ayam masak merah yang tidak pedas langsung.Anak anak dan suami tidak dapat makan makanan pedas jadi terpaksalah korban selera sendiri hehe. Peria sudah menjadi sayur utama bagi keluarga cikmanggis.Peria goreng,peria kerabu,peria buat ulam dan jus peria. Hari ni cikmanggis masak kerabu peria. Minuman utama pulak ialah teh cina.Pernah beberapa minggu yang lalu anak-anak buah datang bertandang,awal awal lagi sebelum masuk rumah dorang cakap takmau teh cina ya..hahaha. Hari ni kami sekeluarga minum teh pudina...wah,segar rasanya lepas makan tengahari dapat minum teh pudina...

Thursday, January 29, 2009

jus peria katak

Bahan-bahannya: 2 biji peria katak 2 biji epal hijau 1 biji lemon sedikit gula Potong kecil buah-buahan diatas,lemon dikupas kulitnya, Masukkan kedalam mesin pemerah jus.Campurkan jus yang siap diperah dgn sedikit gula dan 3 cawan air.Tambahkan dengan ketulan ais.

Saturday, January 24, 2009

Celery juice

Lighten up a hot,sticky afternoon with a glass of cold and fresh drinks....