LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, January 29, 2012

Kuih Cara Berlauk...Muhibbah Malaysian Monday


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Resepi Kuih Cara berlauk ini Cm ambil dari blog Ros Jintan Manis.Intinya Cm guna resepi sendiri.Terima kasih Ros.


Bahan-bahan :)

A

3 cawan tepung gandum.
2 biji telur.
1/2 tsp garam.
1 cawan santan.
2 1/2 cawan air.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1 tbsp minyak masak.

Intinya:)

B

250 gm daging kisar.
1/2 tbsp serbuk kari.
1 labu bawang besar-cincang.
2 ulas bawang putih.-cincang.
garam dan gula secukup rasa.
Muhibbah Malaysian Monday
Hiasan:)

C

1 biji cili masak-cincang kasar.
1 tangkai daun sup-potong  halus.
1 tangkai daun bawang-potong halus.


Cara-caranya:)


  • Masukkan semua bahan-bahan A kedalam blender dan blend hingga sebati.Adunan yang Cm blend tadi agak pekat jadi Cm   tambahkan 1/2 cawan air dan blend lagi sekejap.Tuangkan kedalam jug dan biarkan selama 30 minit.
  • Untuk intinya...Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga masak rempahnya.Kemudian masukkan daging cincang dan kacau hingga rata. Letakkan sedikit air.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan inti agak kering angkat dan sedia untuk digunakan.
  • Panaskan acuan diatas dapur dan sapukan dengan sedikit minyak masak.Tuangkan adunan agak-agak penuh dan masukkan 1 tsp inti.Taburkan sedikit daun bawang dan daun sup serta cili masak.Tutup acuan kuih cara dengan tudung periuk(Acuan kuih cara Cm tidak bertudung).Masak dengan api yang perlahan.
  • Cucuk permukaan kuih dengan lidi .Jika tidak melekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Selamat mencuba.


Pisang Goreng/Goreng Pisang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setiap kali kawan Cm Liza balik kampung Ayahanda Liza akan  kirimkan  pisang untuk Cm.Alhamdulillah kami anak beranak "mewah" makan pisang goreng hari ini.Terima kasih Pak cik..terima kasih daun keladi.Setiap kali Cm goreng pisang Cm akan gunakan resepi Ayin untuk bancuhan tepungnya.Sedap dan ranggup.Wangi bau tepung kastad dan warnanya sungguh cantik.


Bahan-bahanya:

180 gm tepung gandum.
20 gm tepung kastad.
20 gm tepung ubi(Cm guna tepung jagung)
20 gm tepung beras.
1 tbsp minyak masak.
1/2 tsp baking powder.
300 ml air.
secubit garam.
1 biji telur.

Muhibbah Malaysian Monday

Cara-caranya:

  • Satukan tepung gandum,tepung ubi atau tepung jagung,tepung beras,garam ,baking powder kedalam mangkuk yang sesuai.
  • Masukkan minyak masak dan telur kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tidak berketul ketul adunannya.
  • Potong pisang mengikut cara yang anda suka.Celupkan kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga perang  keemasan atau sehingga ranggup tepung salutnya.
  • Sedap dimakan bersama sambal kicap.


Saturday, January 28, 2012

Skon Buah-buahan Campuran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru selesai membaca Buku Travelog Dakwah..Meniti Hari Esok.Penuh keinsafan.Buku ini sambungan dari Buku Travelog Haji oleh Prof .Dr.Kamil.....Patut dibaca oleh semua kawan kawan muslimin dan muslimat  yang Cm kasihi......Buku ini dihadiahkan oleh suami Cm semalam.Terima kasih  wahai suami ku tercinta...

Semalam juga Cm menerima mesej pesanan ringkas dari kawan sekelas semasa sekolah menengah dulu Puan NM yang mengkhabarkan berita sedih. Seorang  kawan Cm Dr.F telah kembali menemui penciptaNya buat selama-lamanya  minggu lepas.Berita yang terlewat sampai..Innalillah....semoga rohnya bersama para syuhada' dan orang orang soleh......Sebak.

Pagi tadi hanya kami berdua (Cm & Si Adik) yang bersarapan .Tiba -tiba terasa nak makan skon cicah teh O
Semua bahan-bahan ada dalam peti sejuk.Nak buat skon ni senang je main campur-campur dan gaul hingga rata tanpa perlu pukul telur atau sebagainya.Hasilnya Alhamdulillah..sedap.
Bahan-bahanya:

2 cawan tepung naik sendiri.
1 tsp baking powder.
1/2 cawan mixed fruits.
55 gm cold butter.
2 tbs gula halus(jika tak suka manis kurangkan jadi 1 tbsp)
1 biji telur campurkan dengan susu segar =100ml.
1/2 tsp garam halus.


Cara-caranya:


  • Butter dipotong kiub kecil dan digaul dengan tepung & baking powder hingga sebati.
  • Masukkan buah-buahan kering,garam dan gula.Gaul hingga rata,
  • Masukkan bancuhan telur dan susu segar sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati .
  • Letakkan doh atas papan pencanai dan ratakan dengan tangan mengikut ketepalan yang anda suka,
  • Terap dengan acuan bulat dan bakar hingga masak.
  • Selamat mencuba ya:)

Friday, January 27, 2012

Kek Keju Markisa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam kami petik buah Markisa dari pokok yang kami tanam di tepi rumah.Alhamdulillah dapat rasa hasil kebun yang "sekangkang Kera" tu.ada kira kira 15 biji semuanya.Suami Cm orang yang paling seronok apabila melihat buah Markisa tu kerana beliau menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.Hari hari di siramnya .Cm dah lama "letak" jawatan kerana masalah sakit lutut yang berterusan sehingga sukar untuk melakukan aktiviti berkebun apatah lagi untuk berjoging seperti biasa.Sedih  tapi kena terima hakikat yang Cm kena ucapkan selamat tinggal pada semua itu:(


Bahan-bahannya:

400 gm biskut  digestive(original).
200 gm melted butter,
1/2 cawan gula halus.
3 biji telur.
500 gm cream cheese.
1 tbsp gelatin bancuh dengan 2 tbsp air panas.
210 gm sour cream.
1/2 cawan buah markisa.



Cara-caranya:


  • Masukkan biskut kedalam plastik dan gelek dengan rolling pin sehingga hancur.
  • Masukkan kedalam mangkuk dan tuangkan melted butter.Gaul hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang spring form dan ratakan dibahagian bawah dan keliling bahagian tepi loyang.Tekan-tekankan agar melekat di tepi loyang.Masukkan loyang kedalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
  • Sementara menunggu adunan biskut mengeras pukul cream cheese sehingga kembang.Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul hingga gebu.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga kembang.
  • Masukkan sour cream & gelatin dan pukul lagi hingga sebati.Pastikan tiada ketulan.
  • Akhir sekali masukkan buah markisa dan gaul hingga rata.
  • Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan Cheese kedalam loyang.
  • Bakar hingga masak(Suhu 180 darjah celcius)Jangan lupa letakkan semangkuk air panas mendidih dirak paling bawah oven.
  • Apabila kek telah masak matikan oven dan buka pintu oven dan biarkan kek sejuk didalam oven.
  • Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 5 jam atau lebih baru di potong dan dihidangkan.





Thursday, January 26, 2012

Sambal Petai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bahan-bahannya:)

1/2 cawan petai yang siap dikupas.
10-15 ekor udang.
8 tangkai cili kering-rebus sekejap.
1 ulas bawang putih.
1 labu bawang besar.
Sedikit belacan.
Garam dan gula melaka secukup rasa.
1/2 keping asam gelugur.

Cara-caranya:)


  • Kisar bawang besar,cili kering,belacan dan bawang putih hingga hancur.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan petai dan udang.Gaul hingga rata.Masukkan asam keping ,garam dan gula melaka.Seimbangkan rasa masin dan manisnya.
  • Masak sehingga sambal agak pekat.Siap untuk di hidangkan bersama nasi putih.(Cm makan dengan bubur nasi)