LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kukus. Show all posts
Showing posts with label kukus. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

Kuih Angku KeledekUnggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ini pagi-pagi lagi saya masak kuih Angku keledek Unggu.Dan ada kawan-kawan yang inginkan resipinya.Sebenarnya resipi yang sama dengan Angku labu untuk warna kuning dan kali ini tukar kaler saja.Kuih in memang kegemaran saya dan suami.Saya buat saiz yang agak kecik jadi setakat 5 biji tu sekali hadap je hehe....


Ada kawan yang bertanya katanya nak buat kuih ni mesti susah errkk...Oh tidak jika kita rancang awal-awal iannya sungguh mudah.Sehari sebelumnya saya telah siap sediakan intinya dan saya dah kukus keledek dan simpan dalam peti sejuk.Hari ini tinggal buat doh untuk kulitnya sahaja.Jom kita lihat resipinya.Insyallah kawan-kawan pun boleh buat ni :)p

Kuih Angku Unggu.

Bahan-bahannya:)

Doh Kulitnya.

200m tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
150gm keledek unggu-kukus dan hancurkan.
1 tbsp gula.
150ml santan-saya guna santan kotak.

Intinya.

150 gm kacang hijau tanpa kulit.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:)

  • Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan.
  • Kukus sehingga empuk.
  • kisar dengan food processor sehingga halus.
  • Panaskan 4 tbsp  minyak dalam kuali yang tidak melekat dan masukkan kacang kisar tadi serta gula.Masak dengan api perlahan sehingga dapat dibentuk bebola kecil untuk intinya terpulang pada saiz acuan kuih Angku anda.
Kulit.

  • Satukan gula,minyak dan keledek serta santan dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Masukkan tepung dan uli sehingga licin dan sebati.
  • Bulat-bulatkan mengikut saiz acuan masing-masing.saiz... acuan kuih saya sangat kecil.
  • Balut inti dengan doh dan bulat bulatkan dengan kemas.
  • Masukkan kedalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk coraknya.
  • Keluarkan dengan mengetuk perlahan-lahan ke atas daun pisang yang disapu dengan sedikit miyak masak.
  • Aturkan dalam pengukus dan kukus selama 3-5 minit dengan api yang kuat.
  • Keluarkan kuih dari pengukus dan sapukan dengan miyak pada permukaan nya.
  • Trim daun pisang dibahagian bawahnya agar nampak kemas serta menarik.

Tunggu sehingga kuih benar-benar sejuk baru di hidangkan .Enjoy :)


Sunday, October 20, 2013

Roti Kukus Bunga /Roti Bunga Kukus :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Petang tadi Cm sediakan Roti Kukus untuk minum petang.Satu menu yang simple dan agak sihat.Masa raya haji minggu lepas , makan tak ingat dunia :)p...makan nasi dagang...makan sup tulang...makan lontong ..haish menyesal pun ada tapi yang berlaku dah pun berlalu jadi teruskan azam untuk makan makanan yang lebih sihat  selepas ini :)
sebenarnya tadi dah terlebih rajin nak main "masak-masak" dengan doh roti ni.Bila tengok di Buku Resipi doh roti dibentuk seperti bunga ros,sungguh cantik bila diwarnakan merah tapi Cm tak letak warna kerana suami Cm memang tak suka makanan yang warna warni ni.Jika boleh elak,memang di elakkan....Dulu Cm pernah masak Roti Kukus  yang plain seperti ini tetapi resipi Cm ambik dari Ayin Taiwan.

Bahan-bahannya:

2 1/3 cawan tepung gandum.
1 cawan air suam.
1 tsp yeast.
4 tbsp gula halus.

Cara-caranya:


  • Masukkan air suam,yeast dan gula ke dalam mangkuk.
  • Kacau sehingga sebati .Masukkan tepung gandum dan uli sehingga sebati.Untuk mengelakkan doh melekat pada tangan ,taburkan dengan sedikit tepung gandum.Uli sehingga licin.
  • Rehatkan doh sehingga naik dua kali dari  saiz asal.Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  • Gulungkan doh memanjang mengikut saiz yang di kehendaki dan potong doh 25 gm setiap satu.Bulat bulatkan dan gelek nipis.Sebiji roti bunga memerlukan 4 keping doh.Bentukkan doh seperti bunga dan rehatkan sekejap sehingga doh  naik.
  • Panaskan pengukus dan kukus roti sehingga masak.
Nota::)

  • Roti ini boleh di makan begitu saja tapi  lebih sedap jika di cicah dengan kuah kari,sambal ikan bilis atau di sapu dengan kaya.Selamat mencuba.

Thursday, March 8, 2012

Bolu kukus Putih Telur.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berpuasa Cm ucapkan kepada kawan kawan yang berpuasa sunat khamis hari ini.Semoga  ibadat puasa kita diterima oleh  Allah subhanahuwataala.Setelah mula berpuasa beberapa  hari dalam sebulan mulai beberapa bulan yang lalu badan terasa ringan dan kesakitan dibahagian lutut sudah mula berkurangan..Kita berpuasa dengan niat kerana Allah semata-mata tetapi apabila dapat kurangkan berat badan merupakan satu bonus..Alhamdulillah.....tak perlu keluarkan wang yang banyak untuk kuruskan badan:)

.Alhamdulillah.Terima kasih pada Prof Kamil......Jika kawan-kawan ada membaca blog Prof Kamil pastinya dapat jawapan kenapa Cm sangat berterima kasih kepada Prof Kamil dan Puan Roza.Mereka berdua adalah sumber inspirasi Cm untuk sentiasa  memperbaiki  kelemahan diri agar menjadi insan muslimah yang lebih baik.... ......Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga dengan rezeki dan kesihatan yang baik.....Amin.




Semasa singgah kat dapur kak wan dan Ibu Tio Cm tertarik dengan Bolu Kukus ini.Pertamanya kerana ianya hanya menggunakan putih telur (lebih sihat) dan di kukus.Sangat senang membuatnya.bila lihat lapisan warna warni ni lagi tertarik  kerana  menjadi daya tarikan pada anak-anak.Terima kasih pada Kak Wan dan Ibu Tio.

Bahan-bahannya:

A

500 gm putih telur.
1/2 tsp garam.
280 gm gula halus.
1/2 tbsp ovelette.

B.

250 gm tepung gandum.
1 tsp baking powder.
25 gm susu tepung.

C

80 gm butter-melted.
100 ml susu cair.

Sedikit pewarna hijau&perisa pandan.
sedikit pewarna merah & perisa strawberry,
sedikit pewarna kuning & perisa banana.
Cara-caranya:


  • Pukul A dengan kelajuan tinggi hingga kental.
  • Kemudian masukkan B dan C dan pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Warna merah & perisa strawberry,warna hijau dengan perisa pandan dan warna kuning dengan perisa pisang.
  • Panaskan pengukus dan kukus adunan warna merah selama selama 7-8 minit.kemudian lapiskan dengan warna hijau.Akhir sekali lapiskan dengan adunan warna kuning ,tutup dengan foil aluminium &.kukus selama 20 minit.  atau sehingga masak.
  • Apabila bolu  sejuk barulah  dipotong.

Sunday, August 14, 2011

Tepung Pelita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Lihat ni  .tepung pelita kita dah siap:)pertama kali guna daun pisang.Selalunya Cm buat guna cawan plastik je..senang...tapi kali ini Cm dah belajar buat bekas Tepung pelita dari adinda ku Ilahjy..terima kasih ilah..dah botak pokok pisang sebelah rumah Cm ni gara-gara buat kotak bekas  Tepung Pelita.Terima kasih banyak-banyak ya:)

Bahan-bahan bahagian bawah:

1 cawan tepung beras.
1 tbsp tepung jagung.
3 1/2 cawan air daun pandan.(Cm blend 6-7 helai daun pandan).
Sedikit air kapur.

Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali dan masak hingga naik wap .Kemudian sudukan kedalam kotak daun pisang seperti diatas.Jangan lupa masukkan 3/4 sudu teh gula pasir kedalam kotak terlebih dahulu.Ketepikan.

Bahan-bahan bahagian atas.

1/2 cawan santan pekat.
1 cawan air.
2 tbsp tepung jagung.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali.Masak dengan api sederhana hingga pekat.Tuangkan keatas adunan pertama tadi.Lakukan sehingga habis.Aturkan dalam lbekas yang sesuai dan kukus hingga masak.Akhir sekali buka penutup pengukus dan biarkan diatas api selama 5-10 minit.Siap untuk dihidangkan.Selamat berbuka puasa:)


Thursday, July 28, 2011

Kuih Ketupor

Salam dan selamat sejahtera.

Ramadhan makin hampir ..perasaan bercampur baur susah untuk dinyatakan disini...sedih ada..rindu ada dan tak sabar pun ya jugak.....azam baru setiap tiba Ramadhan....

Sedih kerana Cm kehilangan Ayahanda tersayang bermakna Ramadhan tahun ni ibu ku berpuasa tanpa Wan.Tahun lepas walau pun uzur Wan tetap berpuasa........

Bulan puasa merupakan bulan yang dapat mengikis lemak-lemak tepu dibadan ni..Bulan bulan lain hanya menambahkan lemak je.....Mudah-mudahan memperolehi kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.Insyallah....

Semalam singgah ke dapur Along Roz dan terjumpa resepi yang agak unik......lain dari yang lain.Namanya pun pelik....Ketupor...Jadi  petang ni Cm mencuba resepi dari Along dan Alhamdulillah menjadi.Cm suka sangat bahagian lapis bawahnya..rasa lemak-lemak kelapa parut....Bahagian atas tu rasa seperti kuih talam biasa atau kuih seri muka.....Tadi Cm guna pewarna kuning sebab pewarna unggu dah kering:(
Bahan-bahannya:

 Atas:
1 cawan beras-rendam hingga kembang.
3 cawan santan cair.
Secubit garam.
120 gm kelapa parut-putih

Bawah:
200 ml santan.
2 biji telur
40 gm tepung gandum.
100 gm gula pasir.
Secubit garam.
pewarna unggu(cm guna warna kuning)
Cara-caranya:

Untuk lapisan bawah:

  • Toskan beras.Blend dengan 3 cawan santan hingga hancur.(bukan hancur jadi tepung ya..ada biji-biji halus)
  • Masukkan dalam kuali,bubuh sedikit garam dan kelapa parut.Masak hingga pekat.
  • Sendukkan kedalam loyang dan ratakan permukaannya.kukus hingga masak.
Lapis Atas:

  • Satukan semua bahan-bahannya dalam blender dan blend hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang tadi dan kukus hingga masak.
  • Bila dah masak buka penutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong.Gambar diatas ni hasil daripada orang yang tak sabar nak rasa kuih ni..potong ketika masih panas hehe..terukkan:)..selamat mencuba.

Terima kasih along sebab berkongsi resepi yang sungguh istimewa ni.

Thursday, July 14, 2011

Apam Gula Hangus

Salam dan selamat sejahtera....


Jika asyik terbaring dan terlalu mengikut perasaan  badan terasa makin lemah dan kurang bermaya.Dah biasa kerja tak berhenti  .....tak pernah stop kerja kecuali tidur.......Bila rasa dah sihat sikit selera pun dah terbuka nak makan.Tiba-tiba terasa nak makan kuih apam gula  hangus.Dulu Cm pernah buat tapi nak cuba resepi yang lain la pulak.Jika kuih lama-lama begini selalunya ada kat dapur Tokcik jadi Cm pun mengeledah dapur TC cari resepi.....

Bahan-bahannya:
2 biji telur.
1/2 cawan minyak jagung.
 2 tbsp susu pekat manis.(resepi asal 3 tbsp)
2 tbsp marjerin(tak letak)
1  3/4 cawan tepung gandum.
1 tsp soda bicarbonate.
1  cawan gula pasir(resepi asal 1 1/4 cawan)
1 1/3 cawan air.(Resepi asal 3/4 cawan)

Cara-caranya:
  1. Sapukan loyang dengan minyak.
  2. Ayakkan tepung bersama soda bicarbonate.
  3. Masak gula dalam kuali untuk dijadikan gula hangus.Bila gula telah cair dan berwarna perang masukkan air dan kacau hingga rata.Ketepikan.(CM guna ketika masih panas)
  4. Masukkan telur,minyak masak dan susu pekat manis kedalam blender dan blend hingga rata.
  5. Kemudian masukkan tepung dan gula hangus dan blend lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak.

Apam kukus sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.Kepada anak anak yang tak suka kan kelapa makan begitu saja pun sedap.Cm sangat berpuas hati dengan resepi ini.Apam yang sungguh lembut dan gebu.


Terima kasih kepada tuan empunya resepi ini ......Terima kasih buat Tokcik kerana sudi berkongsi resepi yang enak ini..Mintaa maaf dan minta dihalalkan kerana Cm ubah suai sikit bahan-bahannya  mengikut citarasa sendiri .