Ramadhan makin hampir ..perasaan bercampur baur susah untuk dinyatakan disini...sedih ada..rindu ada dan tak sabar pun ya jugak.....azam baru setiap tiba Ramadhan....
Sedih kerana Cm kehilangan Ayahanda tersayang bermakna Ramadhan tahun ni ibu ku berpuasa tanpa Wan.Tahun lepas walau pun uzur Wan tetap berpuasa........
Bulan puasa merupakan bulan yang dapat mengikis lemak-lemak tepu dibadan ni..Bulan bulan lain hanya menambahkan lemak je.....Mudah-mudahan memperolehi kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.Insyallah....
Semalam singgah ke dapur Along Roz dan terjumpa resepi yang agak unik......lain dari yang lain.Namanya pun pelik....Ketupor...Jadi petang ni Cm mencuba resepi dari Along dan Alhamdulillah menjadi.Cm suka sangat bahagian lapis bawahnya..rasa lemak-lemak kelapa parut....Bahagian atas tu rasa seperti kuih talam biasa atau kuih seri muka.....Tadi Cm guna pewarna kuning sebab pewarna unggu dah kering:(
Bahan-bahannya:
Atas:
1 cawan beras-rendam hingga kembang.
3 cawan santan cair.
Secubit garam.
120 gm kelapa parut-putih
Bawah:
200 ml santan.
2 biji telur
40 gm tepung gandum.
100 gm gula pasir.
Secubit garam.
pewarna unggu(cm guna warna kuning)
Cara-caranya:
Untuk lapisan bawah:
- Toskan beras.Blend dengan 3 cawan santan hingga hancur.(bukan hancur jadi tepung ya..ada biji-biji halus)
- Masukkan dalam kuali,bubuh sedikit garam dan kelapa parut.Masak hingga pekat.
- Sendukkan kedalam loyang dan ratakan permukaannya.kukus hingga masak.
- Satukan semua bahan-bahannya dalam blender dan blend hingga sebati.
- Tuangkan kedalam loyang tadi dan kukus hingga masak.
- Bila dah masak buka penutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit.
- Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong.Gambar diatas ni hasil daripada orang yang tak sabar nak rasa kuih ni..potong ketika masih panas hehe..terukkan:)..selamat mencuba.
Terima kasih along sebab berkongsi resepi yang sungguh istimewa ni.
sedap ya kak?..saya memang tertunggu2 kalau2 ada kawan2 yang buat sebab nak tanya sebab tak pernah makan lagi kuih ni.:P
ReplyDeletesedap ya kuih ni..yatie ingatkan ketupor tu apa benda...tngk bahan2 menarik dan mudah plk..leh cuba ni..
ReplyDeleteOooh......I remeber eating these back home....just delicious! Drooling looking at your pictures :D Thanks very much for sharing! MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com
ReplyDeletesalam kak CM, nampak mcm sedap, rasa macam kue serimuka tu ke? Nanti boleh cuba nie..namanya pun nampak pelik jer!!
ReplyDeletecepatnya cm buat..
ReplyDeletebaru tadi mas tengok kat dapur along....
wahhh..memang nmpk sedappp la..
first time dengar nama, apatah lagi makan, tp nampaknyer sedap...lemak2 manis mmg sedap kan...uish...hancus diet ku...hehehe
ReplyDeleteWah laju betul CM ni ya. Boleh kasi markah tinggi sbb siap homework dlm maa 24 jam & kuih pun cun gitu....hehe. Maceh cuba.
ReplyDeleteanymz...sesuai dengan selera akak terutama bahagian bawah tu.Yang atas rasa seperti seri muka.Unik sikit rasanya.Cuba lah buat Anymz:)
ReplyDeleteYatie..akak suka kuih kuih yang seoerti ni.penggemar kuih talam.Tadi tak sabar nak potong ketika masih panas.Nak lihat yg ori sila ke dapur Along Ros hehe.
ReplyDeleteMaryMoh..Hi Mary terima kasih sudi singgah ke dapur makcikmanggis..ooo Mary orang Sarawak kan?pasti tahu dan pernah makan kuih ketupor ni:)
ReplyDeleteZana sweet ros..haha namanya pelik sikit tapi rasanya sedap.sesuai dengan selera kami anak beranak.
ReplyDeleteMas..jika akak teringin nak makan sesuatu kuih maka secepat kilat akak buat .Bila dah buat rasa puas hati betul...cam orang mengidam tapi akak tak mengidam ahak:)
ReplyDeleteCendana kasih..selamat berpuasa kita ya..Insyallah lihat anak bulan ahad kan?hehe menambah lemak jugak ni.
ReplyDeleteHomeKreation..salam along..Terima kasih Cikgu:)sila bagi markah lebih ya..Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kuih yang agak unik dan sedap ni:)
ReplyDeleteyummy nye nmpak~ jakun sikit, x pernah jumpe kueh ni lg~~hehe dtg2 cni mesti teringat kt cik Maryam si kecik tu..
ReplyDeleteAssalam cm,
ReplyDeletewah mesti sedap kuih ni ..nampak pun dah tahu sedap..rasa nak minta sepotng aje cm ..
Assalam CM..
ReplyDeleteSaya pun tertarik hati nak mencuba kuih ketupor yg Along tunjuk semalam.. tp ada kemusykilan sikit pasal kisar beras tu tak tau kisar sampai betul2 halus atau kisar gitu2 jer..(dlm resepi along tak dinyatakan.. kat sini ada CM tulis.. hehe) jiwa kita ni ada sikit persamaan kot ye CM.. tertarik bila ada kuih2 tradisi yg agak pelik & tak pernah jumpa.. rasa dan dan tu juga nak cuba.. insyaAllah.. mesti cuba kuih ni.. kalau tak sempat skrg.. bln puasa harus cuba..
pasal perasaan yg CM luahkan tu.. kita sama2 faham sebab sy dah laluinya dulu... Kak.. sy redho pemergian ayahanda tercinta.. cuma.. agak terkejut & terkilan sebab dia pergi secara tiba2.. hari ni sakit.. esok dah takde.. sy yg baru balik dari kg.. tiba2 adik tel bgtau ayah sakit padahal masa kami kat kg takde tanda2 dia sakit atau apa.. tambah menyedihkan kami.. dia pergi sorang2 tanpa kami disisi.. hanya nurse yg ada masa tu sbb kami masa tu dlm kepayahan.. adik no. 2 dalam pantang, adik bungsu sedang sakit teruk juga tak boleh ditinggalkan (kerasukan).. sy pula masa tu masih dlm perjalanan ke kg.. jd ayah ke hospital besar sorang2 di bawa ambulan.. mak hanya mampu hantar sampai hospital daerah je.. nak ikut teman.. ada 2 adik yg sedang uzur juga yg perlu diuruskan.. tp arwah faham keadaan tu dan dia pun kata takper..(masa tu dia nampak mcm ok jer lepas diserang sakit..) itu yg buat kami sedih sgt kak.. bila nak pergi melawat esoknya..(jarak dr rumah ke hospital besar agak jauh.. 2 jam lebih perjalanan) rupanya2.. hanya jenazah yg menanti kami.. kami tau pun bila dah sampai hospital.. arwah meninggal masa kami dlm perjalanan.. itu yg buatkan hati kami berasa sedih sgt2.. (maaf kak ye sbb luahkan perasaan kat sini..)
dah lama idup tapi tak penah dengar nama kue ni haha..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak
ReplyDeleteHappy nye tengok rakan2 blogger mencuba resepi keluarga saya ni. Alhamdulillah. Tq kerana sudi mencuba. p)