10.00 am...Datin T dan Nahar datang ziarah nak lihat Maryam tapi Maryam dah kat Penang....banyak perkara yang kami bualkan dari hal /isu semasa hinggalah ke kelas pengajian...tersentuh dengan kata-kata Nahar...katanya..kak mari lah kita belajar agama sementara kudrat masih ada..bila dah sakit ..tak dapat nak buat apa dah...Insyallah...
12.00 tengahari...talipon mak..rutin biasa semenjak Wan meninggal.....tipon 3-4 kali sehari.....rindu sangat kat wan.....rindu sangat kat mak....Soalan biasa..mak makan ubat tak?makan apa?siapa teman hari ni..malam ni siapa datang temankan mak?.......
1.00 tengahari...adik lelaki cm talipon.....
1.34 pm..datin el talipon bertanyakan khabar N....
3.00 pm.....zuhri ke Alamanda ambik komputer yang telah siap dibaiki..Alhamdulillah...cepat siapnya.
3.00 pm...pekerja datang baiki bilik air tersumbat....macam macam rosak tapi tak apalah sabar je...kami pun dah nak pindah .....
4 .00 pm...keluarkan bahan-bahan untuk buat roti......pembantu setia ..KA.
Selalunya bila guna Rosemary ni punya lah berjimat sebab susah nak dapat daun yang segar dan harganya pun boleh tahan.Tapi kali ini pokok yang Cm tanam hidup dengan subur walaupun Liza dah warning katanya..kakNah...nanti pokok ni mati cam pokok saya.....harap harap pokok ni hidup dengan subur dan panjang hayatnya:)
Bahan-bahanya:(resepi asal dari Alex Goh)
A
400 gm tepung roti.
30 gm gula halus.
8 gm garam halus
2 tsp yis segera.
B
250 ml air.
C
25 gm lemak syuran.
D
150 gm bawang goreng-(Cm guna 100gm)
5 gm rosemary kering
E-tabur
Bawang besar potong bulat/nipis.
Rosemary kering.
Parsley kering
Rosemary segar.
Cara-caranya:
- Adun A hingga sebati.
- Masukkan B dan uli hingga menjadi doh.
- Masukkan C dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Kemudian masukkan D dan uli hingga sebati.
- Biarkan doh naik selama 45 minit.
- Bahagikan doh menjadi dua biji bebola bulat dan rehatkan doh selama 10 minit.
- Gulungkan doh memanjang seperti dalam gambar diatas dan susunkan kedalam dulang yang telah disapu dengan sedikit minyak jagung.
- Bila doh telah naik sapukan dengan telur dan taburkan dengan E.
- Bakar dengan suhu 190 darjah celsius sehingga masak...lebih kurang 20-25 minit.
Kami sekeluarga sangat suka roti Rosemary ni .baunya sungguh harum dan rasanya agak lain daripada roti biasa dan pastinya fresh dari oven...Selamat mencuba:)
bestnya..gebusss.
ReplyDeletesedapnya kak..suka tengok roti yg gebu2 ni....
ReplyDeletesemalam kpah meroti gak tapi kelamkabut terlupa yang tnb dah bagi surat perkeliling kata letrik putus dari pukul 11 pagi. Tak sempat roti nak kembang dah msukkan dalam oven. bantat terus. alahai....
ReplyDeleteko nak pindah mana pulak cm.
Eh... ko satu batch dengan zubaidah shufaat tak. dia tu pet sister kakpah masa sek dulu..
wahhhhh...gebusssnya roti tu....
ReplyDeletebuleh bukak kedai ni...makcik manggis Bakery
ReplyDeleteVery nice looking bread, Kak CM.Mesti sedap and harum with the rosemary and onion tu.
ReplyDeleteAssalam CM..
ReplyDeletesyoknyer ada fresh rosemary!!!!
Wah sedapnya terbau-baru sampai sini. Rosemary tu boleh tanam pakai pucuknya cacak dalam tanah jadi ada spare kalau takut mati.
ReplyDeletesalam kak cm.. maaf dlm resepi ada 2 kali telur..6 biji saja tauuu..silap awal pagi taipan nak cepat ke taman tadi ..ampunnn..kalu dua kali jadi 12 laaa byknyerrr
ReplyDeleteReally great that you plant your own herbs. Love your bread. I'm sure your whole house smells very nice. Nothing is better than homemade bread! Wish I can make bread like you! Thanks very much for sharing. Hope you have a wonderful day. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com
ReplyDelete