LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kad raya. Show all posts
Showing posts with label kad raya. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Pavlova & Meringue Ghost

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Lunch kami hanyalah burger ayam Ramli dengan harga RM3.50 sebiji.Sedap dan murah.Pagi tadi Cm dan Liza ronda-ronda di Kedai Makcik,Bake With Yen dan Yummy.Bila dah penat singgah ke kedai Ramli Burger Bangi.Wah bagus sekali kedainya..bersih .Cm order 3 biji burger & sekotak susu..sebijik   untuk makan disitu kerana tak tahan perut dah mula berbunyi...sedap lain kali tak nak ke MC D dah..jimat hehe.
Selepas solat Zohor si adik minta Cm   buatkan Pavlova untuknya.Katanya dia nampak bua ceri dan stoberi dalam peti sejuk:)hehe dah pandai order!....Siap!pavlova yang sempoi sekali....

Bahan-bahannya:)

4 biji telur saiz A-asingkan kuningnya dan ambil  putihnya sahaja.
1 cawan superfine sugar.
1/2 tsp esen vanila.
1/2 tsp cuka putih.
1/2 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:

  • Pukul putih telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental .
  • Masukkan tepung jagung ,cuka dan esen vanila.Pukul lagi sekejap.
  • Alaskan dulang dengan baking paper.Tuangkan adunan dan bakar hingga masak.
  • Bila sejuk sapukan krim keatasnya dan hias dengan hirisan buah-buahan yang anda suka,Siap:)
Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba sila lah KESINI untuk lihat resepi dan videonya.


Ada rupa seperti hantu tak?hehe sebenarnya Cm tak pernah jumpa hantu seumur hidup ini dan tak mahu berjumpa pun:).Untuk menggembirakan hati si adik yang kena perintah "berkurung " hari ini Cm buatkannya Meringue Ghost.Wah bukan main sukanya dia.Katanya ada rupa Ghost yang terbang dalam cerita kartun kat tv tu hehe.

Bahan-bahannya:)

  • 4 biji telur grade A-asingkan-ambil putih telur sahaja.
  • 1 cawan gula halus.
  • 1/2 tsp esen vanila.
  • 1/2 tsp cream of tartar.
  • Coklat Chips untuk mata
Cara-caranya:)

  • Pukul telur putih hingga naik.
  • Masukkan cream of tartar dan esen vanila dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental.
  • Masukkan adunan dalam pipping beg .Picit ke atas dulang yang dialas dengan baking paper.
  • Letakkan matanya seperti gambar diatas.
  • Bakar hingga masak.
Sila ke SINI untuk melihat dengan lebih jelas cara-caranya.

Thursday, September 1, 2011

Maryam's First Eid

Maryam with daddy
Maryam with uncle
Maryam with pak busu:)
Selamat hari raya everyone:)


Maryam with grand uncle and aunty
Terima kasih Along Roz


Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya.





Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin Cm ucapkan kepada semua kawan kawan yang Cm sayangi.Minta dihalalkan segalanya.....mohon dimaafkan jika ada terkasar bahasa dan keterlaluan bicara.Kepada kawan-kawan yang akan balik kampung Cm doakan agar selamat sampai kekampung masing masing.Semoga segalanya dipermudahkan olehNya.......


Wednesday, November 3, 2010

Burger Timly

Assalamualaikum dan salam sejahtera....taadaaa...nak tayang burger yang seksi ni hehe.Ini lah menu makan malam kami anak beranak.Semasa meronda-ronda di blog TopsyTurvyMum semalam terserempak dengan Burger Timly ni...rasanya nama burger ni diambil dari penciptanya:)...nak minta izin dari TopsyTurvyMum nak C&P resepinya ya..terima kasih...terima kasih:)
 Lihatlah betapa "seksinys" burger Timly ni...pekena pulak dengan sos lada hitamnya..wow! hehe.Roti mil penuh  tu cm beli kat kedai je :)
buktinya.......yum yum:)


 Bahan-bahannya:)

2 cawan daging kisar(Cm guna ayam)
1 cawan breadcrumbs
1/2 cawan bawang cincang
2 bwg putih dicincang
1/4 cwn daun seleri -cincang
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan halus
1/2 sk paprika
1/2 sk lada sulah
2 sb worchestershire sauce
1 biji telur

Cara:
1. Gaul semua bahan kecuali telur hingga rata
2. Masukkan sedikit demi sedikit telur yg telah dipukul sambil gaul sampai agak2 dah boleh lekat
3. Ambil sedikit kemudian leperkan seperti daging burger.
4. Goreng dalam sedikit minyak.
Sos Lada Hitam:)
Bahan:
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 sb marjerin
1/2 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
3/4 cawan air
2 sb sos lada hitam
1 sk lada hitam- tumbuk (tambah lagi kalau kurang pedas)
1sb kicap
1sk tpg jagung- bancuh dg sedikit air

Cara:
1. Panaskan marjerin, tumis bawang hingga layu
2. Masukkan kiub ayam, susu segar, air, sos lada hitam, lada hitam dan kicap.
3. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Kalau kurang rasa, tambahlah garam dan gula. Masak sampai pekat.

Friday, August 13, 2010

Puteri Ayu

Salam dan selamat sejahtera.Jom kita berbuka dengan Puteri Ayu!!Lama betul tak buat kuih ni.Dulu-dulu ada orang panggil Kuih Tiwul ayu....tak tahu apa maksudnya Tiwul tu:)
Jom lihat resepinya ya..tak larat nak membebel panjang-panjang...cuaca sangat panas ni...adoii....

Bahan-bahannya:)

5 biji telur saiz kecil
250 gm tepung gandum
250 ml santan(cm guna santan kotak)
300 gm gula pasir
2 tsp ovalete
1 tsp baking powder.
pewarna hijau
2 tsp pandan paste.

Kelapa putih secukupnya digaul dengan sedikit garam dan tepung jagung.
Cara-caranya:
  • Panaskan pengukus.
  • Pukul telur ,gula dan ovalete hingga putih & gebu.
  • Masukkan tepung(ayak dgn baking powder),pandan paste,pewarna hijau.Pukul hingga sebati.
  • Masukkan santan.Pukul lagi.
  • Masukkan sedikit kelapa kedalam acuan dan kukus sekejap.
  • Keluarkan acuan dari pengukus dan isikan dgn adunan tadi,
  • Kukus hingga masak-lebih kurang lima minit...oh ya jangan lupa sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum digunakan agar tak melekat
  • Biarkan kuih sejuk baru keluarkan dari acuan..siap untuk dihidangkan:)
 ** resepi asal cm ambik kat SINI  selamat mncuba dan selamat berbuka puasa ya:)

Wednesday, July 7, 2010

Roti jala & Kuah Durian


Bahan-bahan untuk roti Jala:
2 cawan tepung gandum.
2 cawan air
secubit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:
Masukkan semuanya kedalam blender dan blend hingga sebati  kemudian tapis dengan penapis agar tiada terdapat ketulan yang akan tersekat pada lubang acuannya nanti. Perapkan selama 1/2 jam.Tuangkan kedalan acuan roti jala dan kirai keatas kuali non stick.Guna api yang perlahan.bila  masak boleh digulung atau lipat mengikut selera masing-masing.

Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing.
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.Siap untuk dihidangkan.

 

                                                                                                                                                    
 
Boleh juga dimakan bersama rendang atau kari ayam & daging.

**Resepi asal untuk roti jala boleh didapati kat blog ika...terima kasih ika pastinya cm akan merindui ika:(

Friday, September 18, 2009

Jom punggah kad raya!!!

Kad raya dari Inahar Kad raya dari Masz73 Kad raya dari Watie Kad raya dari Soda Kad raya dari Hanna kad raya dari Ummi Salam semua,selamat hari raya untuk semua kawan-kawan,maaf zahir dan batin semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.jangan lupa jaga makan,berhati hati memilih makanan dimusim perayaan ni......ingat tu!!! Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menghantar kad raya pada cikmanggis...malam ni baru sempat memunggah kad kad raya tu...terima kasih ya!!

Friday, September 11, 2009

Terima kasih

kad dari kzai dari chikmi Kad raya dari Inahar kad dari Aymy kad dari kzai

Sunday, September 6, 2009

Terima Kasih Maria dan Moon

Terima kasih Maria atas ingatan tulus ikhlas mu itu..ni kad raya pertama yg cm terima.Cm pun nak ucapkan selamat hari raya buat maria seisi keluarga.Maaf zahir bathin Terima kasih buat Moon kerana bg award pada cm sebagai permulaan perkenalan ini.Doa cm agar perkenalan di alam cyber ni akan berkekalan.