LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Saturday, July 2, 2022

Nasi Tumpang




Nasi tumpang makanan kegemaran semasa zaman kanak-kanak dulu. Apabila merantau keluar dari Kelantan agak susah nak jumpa orang jual, jadi pilihan yang ada kena masak sendiri.



Bahan-bahannya :

Nasi

2 cawan beras wangi

5 cawan air

Saya menggunakan periuk tekanan Philips . Masukkan beras dan air, guna butang rice 14 minit. Apabila masak, buka penutup dan kacau sehingga beras sebati. Tekan butang utk bake selama 20 minit dan kacau sehingga nasi likat, kental. Tutup periuk dan biarkan sekejap.

Lauknya:

4 keping Ikan tongkol.. Rebus dgn garam serta asam keping

8 ekor Udang

2 biji telur di dadar.. Potong kecil

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1 inci lengkuas*

5 tangkai cili kering*

200ml santan kotak

1 1/2 cawan air

3 sudu makan  rempah kari ikan

1 keping asam gelugur

Gula Melaka secukup rasa

Garam secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis

Serunding ikan secukupnya. 

Cara-caranya:

Kisar bahan-bahan yang bertanda *hingga halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah kari ikan. Tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air dan santan.

Bila mendidih masukkan asam keping, gula Melaka dan garam. Masukkan ikan dan biarkan mendidih sekali lagi. Akhir sekali masukkan udang. Bila udang sudah masak boleh di tutup api.

Jika suka boleh masukkan beberapa biji telur rebus. Boleh di makan dengan nasi dagang. 2 in 1 😀

Ada dua jenis cara nak buat kelongsong untuk nasi tumpang ni ya, ada yang panjang dan ada yg kelongsong biasa, saya suka buat kelongsong biasa kerana lebih senang untuk isi nasi nanti. 

Bentukkan kelongsong terlebih dahulu agar memperolehi bentuk kon yang cantik kemudian  baru di layurkan atas api agar daun pisang tidak rapuh semasa proses mengisi nasi dan lauk nanti.



Cara mengisi nasi dan lauk:

Mula-mula, masukkan sesudu nasi lembik ke dalam kelongsong, tekan2kan dengan sudu plastik kecil, masukkan serunding ikan, top up kan dengan nasi dan tekan2kan agar padat. Akhirnya masukkan ikan, udang serta telur dadar serta kuah gulai dan tutup dengan nasi lembik. Tekan biar padat dan tutup dgn kemas. Lakukan sehingga selesai. Bila sejuk nasi lembik akan mengeras seperti nasi himpit.

Selamat mencuba semoga bermanafaat. 

Thursday, September 22, 2016

Bubur Ayam

Satu lagi menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Saya letak resipi di sini agar anak-anak saya serta anak-anak di luar sana yang baru nak belajar memasak dapat jadikan panduan.Inilah masakan yang paling senang.Pejam mata pun boleh buat hehe.Guna periuk letrik atau guna Noxxa :) pada siapa yang ada periuk Noxxa la kan hehe.

Bahan-bahannya:)

1 pot kecil beras .
1 ketul dada ayam.
Garam secukup rasa.
Lada sulah,
1 ketul kecil halia-ketuk.
2 ulas bawang putih ketuk.

Geng-gengnya :)

Daun bawang,
Daun sup.
Kacang tanah goreng.
Telur masin rebus,
cili masak hiris.
Cili api hiris.
Ikan bilis goreng.
Limau kasturi,
Lobak asin.

  Cara-caranya:)


  • Rebus dada ayam dengan air yang mencukupi sehingga empuk.
  • Keluarkan dada ayam tadi dan siat-siat ambik isinya.
  • Tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk eletrik.Tambah air jika perlu.
  • Masukkan  beras yang siap di cuci dan toskan airnya.
  • Tekan butang congee.(boleh pejam mata dah lepas ni hehe)
  • Setelah masak bolehlah di hidangkan dengan kawan-kawannya di atas ya :)
*Kan makcikmanggis dah cakap pejam mata pun dan boleh masak bubur ayam ni.Selamat mencuba ya :)





Friday, April 4, 2014

Nasi Ayam Hainan.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selalunya jika kami makan di luar nasi ayam menjadi pilihan suami Cm  kerana tidak pedas  dan ada sup.Begitu juga dengan si Adik jika dia malas nak buat pilihan.Tetapi nasi ayam Hainan  kami tak pandang walaupun sebelah mata.Sebabnya ....sebab dah set di kepala ayam rebus mana lah sedap..nampak pun kurang menarik...hari ini Cm cuba mengubah apa yang ada dalam kotak fikiran kami selama ini....jika kita pandang negatif maka negatif lah jadinya....

Hari ini kami hanya tinggal berdua sahaja kerana si Adik ke rumah kawan baiknya dan bermalam di sana jadi Cm hanya masak 2 keping paha ayam untuk makan tengahari dan malam kami...Hmm si adik dah besar dan mula belajar kuatkan kepak untuk persediaan terbang  meninggalkan "sarang"..kakak-kakaknya serta si Abang mula tinggal di sekolah berasrama penuh ketika memasuki form 4....

Cepatnya masa berlalu terasa terdengar-dengar  si adik menangis kerana enggan  untuk ke sekolah. setiap pagi......katanya I hate school......eh nostalgia pulak...dah lari dari tajuk ni hehe.
Ayam.

2 keping paha ayam.
3 inci halia-ketuk.
3 ulas bawang putih-ketuk.
1/2 biji timun tua-Saiz kecil je ya.
1/2 batang dahan seleri-potong kecil.
5 cawan air /secukupnya/adjust mengikut kesesuaian.
Garam secukup rasa.

1 bekas air ais.
Sedikit minyak bijan.

Nasi.

2 cawan beras basmati.
1 tbsp minyak jagung.
2 ulas bawang putih.-ketuk
2 inci halia.-ketuk
Garam secukup rasa.
Air rebusan ayam secukupnya.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Ayam

  • Ayam direbus bersama halia , bawang putih ketuk serta batang seleri.
  • Masukkan garam dan lada sulah.
  • Bila ayam hampir masak masukkan potongan timun tua.
  • Keluarkan ayam dan terus masukkan kedalan air ais.Biarkan sekejap.
  • Toskan ayam dan sapukan dengan sedikit minyak bijan.

Nasi


  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia.
  • Masukkan beras dan dikacau-kacau sekejap.
  • Tuangkan air rebusan ayam dan masak nasi seperti biasa.
  • Jangan lupa masukkan garam dan daun pandan.



Cili Sos

 6 biji cili masak.
1 inci halia.-tumbuk.
2 ulas bawang putih-tumbuk.
2 biji limau kasturi..
Sedikit gula Melaka.
Garam secukup rasa.


  • Kisar cili masak,halia dan bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur.
  • Masukkan gula Melaka,garam dan perahan limau kasturi.
  • Masak sehingga pekat.
Sos kicap.

2 ulas bawang putih.-tumbuk halus.
3 tbsp kicap manis.
3 tbsp sos tiram.
Sedikit garam dan gula.
1/2 tbsp  tepung jagung.
1/3 cawan air.

Satukan semua bahan-bahan diatas dan masak sehingga pekat.




Tauhu Lembut.

Tauhu di potong kiub dan di tabur dengan sedikit tepung.Goreng sehingga perang.

Sup.

Ambil lebihan  air rebusan ayam tadi dan adjust rasa garamnya.Masukkan sedikit lada sulah.


(Siaran Tertunda)

Wednesday, March 5, 2014

Bubur Nasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini Cm masak bubur Nasi ,senang dan ringkas.Masukkan beras (cuci dulu),halia diketuk,bawang putih 3-4 ulas ,sedikit garam dan air secukupnya ke dalam periuk & perlahankan api dan tunggu sehingga nasi menjadi bubur.Jika keras tambahkan air mendidih...senang kan...
Inilah kawan-kawan bubur nasi kali ini.Cakoi,daun sup & daun bawang,cili potong,ikan bilis goreng dan kacang tanah,bawang putih & bawang merah goreng serta halia goreng.
Jika suka boleh tambah sedikit kicap dan lada sulah.Terpulang pada selera masing-masing.
Bawang Goreng, Halia Goreng.
 & Kacang tanah goreng.


  • Bawang merah dan bawang putih di kupas dan di hiris nipis.Gaulkan dengan sedikit tepung gandum dan goreng hingga garing.
  • Halia tua dikikis kulit dan dimayang halus memanjang.Taburkan dengan sedikit tepung gandum dan goreng sehingga ranggup.
  • Kacang tanah di goreng dengan minyak.
  • Gaulkan semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan simpan dalam botol yang kedap udara.

** Halia goreng boleh lihat di dapur AlongRoz.

Wednesday, December 18, 2013

Nasi Labu & Ayam Panggang.

Nasi Labu.
Resipi asal: Dapur Cikmanggis.

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmathi.
4 ulas bawang putih.-tumbuk halus.
1 inci halia.-tumbuk halus.
2 tbsp udang kering.-tumbuk halus.
1/2 biji labu-potong kiub.
1/2 tsp lada sulah.
Garam secukup rasa.
Minyak jagung untuk menumis.

Sayur atau ulam.

Salad.
Timun.
Buah tomato.
daun pasli

Tabur

Bawang goreng.

Sos

Sos cili Thai.


Cara-caranya:


  • Cuci beras dan toskan.
  • Panaskan minyak jagung dan tumis bawang putih,halia dan udang kering sehingga wangi.
  • Masukkan labu dan beras.Gaul sehingga rata.
  • Kemudian masukkan garam dan lada sulah.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan 4 cawan air dan tanak nasi sehingga masak.

Ayam Panggang.

Resipi asal: Mommy Maryam.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam-belah dua.
1 ketul kecil halia.
Garam secukup rasa.
Sedikit lada sulah.


Bahan-bahan untuk disapu pada ayam

1 ketul kecil gula Melaka.
2 tbsp kicap manis.
1 tbsp kicap cair.
2 tbsp sos tiram.
Sedikit garam.
2 inci halia.
4 ulas bawang putih.

Cara-caranya:

  • Ayam direbus dengan halia,bawang putih,garam dan lada sulah sehingga masak.Toskan airnya.
  • Masukkan ayam ke dalam oven dan panggang sehingga kulitnya kering.
  • Sementara menungga ayam dimasak sediakan baha-bahan sapuannya.
  • Tumbuk halia,bawang putih sehingga lumat.Masukkan gula merah,garam,lada sulah,kicap manis dan kicap cair serta sos tiram.
  • Hamcurkan dengan menggunakan alu lesung sehingga sebati.
  • Keluarkan ayam dan sapu bahagian atas sehingga rata.Bakar sehingga perang.
  • Keluarkan ayam dan terbalikkan.Sapu dibahagian bawahnya sehingga sekata dan panggang lagi ayam sehingga kedua belah bahagian berwarna perang keemasan.

Hidang ayam panggang bersama Nasi Labu.Hias dengan daun pasli dan bawang goreng.Jadikan air rebusan ayam tadi  sebagai sup.Potong timun dan buah tomato serta daun salad untuk sayurnya.Kali ini Cm tak buat sos tetapi hanya menggunakan sos cili Thai.Alhamdulillah.Semoga rezeki ini di berkati olehNya.Insyallah.

Friday, November 22, 2013

Nasi Goreng.

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Pagi -pagi lagi Cm dah masak nasi goreng.Sebelum solat subuh Cm tenggekkan 2 pot nasi .Usai solat subuh terus masuk dapur dan goreng nasi.Kesian si adik katanya perutnya kempis setiap kali makan bihun sup hehe.Jika masak bihun sup hanya Abah saja yang nampak gembira dan tersenyum.Siap pesan sup lebih dan sayur mesti banyak ...baik....siap ...hehe.

Kali ini Cm masak nasi goreng yang tiada nama .Habis kan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk.Jom lihat bahan-bahan yang ada dalam nasi goreng ini .....

Bahan-bahannya:

3 cawan nasi.
1 tbsp udang kering.-tumbuk halus.
2 ulas bawang merah-mayang dan jadikan bawang goreng.
4 ulas bawang putih-tumbuk halus.
Sedikit sos tiram.
1/2 tsp lada sulah.
3-4 biji cendawan tiram-siat-siatkan.
Garam dan gula secukup rasa.
1 biji cili masak potong bulat.
5 biji kacang buncis-potong serong.
Sedikit tauge.
2 helai daun limau purut,
Sedikit hirisan bunga kantan.
2 biji telur.
1 tangkai daun ketumbar.-siat-siatkan.
Sedikit minyak untuk menumis.


Hiasan.

Bawang goreng.
Hirisan buah peria.
Serunding daging.
Keropok.
Limau kasturi.
Sambal pedas.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng bawang merah tadi dan tumis bawang putih dan udang kering sehingga wangi.
  • Masukkan cendawan,cili masak ,daun limau purut ,kacang buncis dan bunga kantan.kacau sehingga sekata.masukkan sos tiram,lada sulah ,garam serta gula.Kemudian masukkan telur dan di gaul sehingga telur masak.
  • Masukkan nasi ,bawang goreng,daun ketumbar  dan kacau sehingga mesra.Last sekali masukkan tauge.kacau sekejap dan siap untuk di hidangkan.

Pagi ini teringin pulak nak minum kopi o tanpa gula dalam cawan antik yang memang menggamit memori.Di Kota Baharu jika kopi o ais di panggil Kopi O Beng....Teh Ais..Teh Beng...Milo Ais..Milo Beng.hehe.
Ini lah bangku tempat Cm "pukul" gambar makanan setiap kali nak buat post kat dapur Jom Masak Jom Makan Makan yang terletak di luar rumah.Sayang pulak pada bangku tua pemberian seorang kawan ini.

Wednesday, October 30, 2013

Nasi Parpu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhir-akhir ni jarang makan nasi.Menu bertukar ganti dari laksa ke bihun,kemudian roti dan pasta.Pastu balik makan roti jadi akhirnya beras tidak di usik.Apabila buka bekas beras ...alamak.dah ada kutu beras.Jadi hari ini Cm masak nasi berperisa dengan beras basmathi yang lama tersimpan ....

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmathi-rendam 1/2 jam dan toskan.
2 inci kulit kayu manis.
1 helai daun salam.
1/2 tsp serbuk ketumbar.
1/2cawan daun pudina-cincang.
1/2 cawan daun ketumbar-cincang.
1 inci halia-tumbuk
1 tbsp perahan jus lemon.
Bawang goreng secukupnya.
2 ulas bawang putih-tumbuk
4 ulas bawang merah.,-mayang halus.
1/2 cawan yogurt.
2 tsp serbuk cili.
Minyak jagung untuk menumis.
Garam secukup rasa.

1 1/2 cawan kacang dhal.
1 tsp serbuk cili.
1/2 tsp serbuk kunyit.
Sedikit garam.


  • Didihkan air dalam periuk.Masukkan beras dan garam.Masak sehingga 90 peratus masak.
  • Rebus dhal dengan garam,serbuk kunyit dan serbuk cili.Jangan terlebih  masak.-Toskan.
  • Panaskan minyak dalam periuk nonstick.Tumis kulit  kayu manis ,daun salam,buah pelaga,bunga lawang,halia,bawang putih.Gaul hingga mesra dan wangi.
  • Kemudian masukkan serbuk ketumbar,serbuk cili,yogurt,daun pudina dan daun ketumbar serta garam.Akhir sekali masukkan kacang dhal.Kacau sehingga rata.Biarkan mendidih dan agak kering sikit airnya
  • .Masukkan 1/2 daripada beras rebus tadi.Taburkan dengan bawang goreng dan tuang beras yang selebihnya.Taburkan dengan bawang goreng serta jus lemon.Tutup periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga masak.
  • Bila nasi dah masak kaup balikkan nasi agar bahagian yang berperisa dibawahnya 
Nasi dhal ni sedap di makan  dengan sambal belacan dan salad sayur sayuran,

Thursday, August 29, 2013

Nasi Goreng Cili Api

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

4 cawan nasi sejuk.
2 biji telur.
20 biji cili api.(Jika suka pedas boleh tambahkan lagi cilinya)
2 tsp serbuk belacan.
6 ulas bawang putih.
Garam dan gula secukup rasa.
1 tsp serbuk lada hitam.
Sedikit sos tiram.
Sedikit tempe-potong kecil dan goreng garing.
4 batang kacang panjang.-potong kecil.
Ikan masin  secukupnya.
Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:


  • Cili api dan bawang putih ditumbuk halus.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga garing-ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan masin dan tumis bahan-bahan tumbuk serta belacan sehingga naik baunya.
  • Masukkan kacang panjang,gula ,garam,serbuk lada hitam dan tempe.Gaul rata.
  • Pecahkan dua bikji telur,sos tiram dan gaul sekata.
  • Masukkan nasi dan masak sehingga bahan-bahannya sebati dan seimbangkan rasanya.
  • Biarkan nasi diatas api sekejap sambil di balik-balikkan.
  • Hidangkan  bersama ikan masin.
Bismillah.....selamat menjamu selera.Semoga Allah memberkati rezeki ini dan berhentilah  sebelum kenyang.

Saturday, July 27, 2013

Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbuka  puasa jika tak makan nasi kerabu rasa seperti ada yang tak lengkap sama seperti tanpa  buah kurma .Jika nak kan nasi kerabu yang sedap mesti memasak sendiri di rumah.....kalau beli tu faham-faham sajalah.Susah nak jumpa yang sesuai dengan selera.

Jadi kebetulan semalam semua anak-anak balik berbuka puasa dengan kami kecuali Zuhri yang tidak pulang bercuti pada tahun ini.Walaupun kepenatan tetapi puas hati kerana dapat memasak nasi kerabu sendiri.Bekalan bunga telang sentiasa ada di dalam freezer jadi warna nasi kerabu kali ini agak "mewah" dengan warna biru :)... Suami Cm  yang tak banyak komen pun cakap..wah birunya ..heheh.
Kali ini ulam-ulamannya pun banyak.Cm memang tak suka jika makan nasi kerabu berulamkan kobis.Semalam ulamnya ,ada pucuk serai kayu,daun tenggek burung,kacang botor,daun kesum,bunga kantan,tauge,kacang panjang,daun selom  dan timun.Kira lengkap la.

Nasi.

Bahan-bahannya:

5 cawan beras basmathi.
7 cawan air (bergantung pada jenis beras)
5 helai daun limau pulut.

Cara-caranya:

Tanak nasi seperti biasa.Masukkan daun limau purut.Pastikan nasi tidak lembik kerana nasi kerabu lebih sedap jika nasinya berderai.

Sambal Kelapa.

Bahan-bahannya:

1 biji kelapa parut-ambil yang putihnya.
2 ekor ikan kembung-rebus telebih dahulu.
1 batang serai.-racik halus.
1 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah.
1/2 tsp lada hitam.
1/2 inci halia.
gula melaka secukup rasa.
garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kelapa parut sangai sekejap hingga kering.
  • Tumbuk serai,bawang putih,bawang merah,halia ,gula melaka,garam dan lada hitam sehingga lumat.
  • Tumbuk isi ikan hingga hancur.
  • Tumbuk ringan kelapa parut jangan hancur sangat ya.
  • Gaulkan bahan-bahan tumbuk dengan kelapa.
  • Seimbangkan rasanya.Cm sukakan sambal kelapa ni manis sedikit.
  • Sedia untuk di gunakan.
Ulam.

Kacang botor.
Daun selom.
Pucuk serai kayu (pucuk salam)
Kacang panjang.
Tauge.
Daun tenggek burung.
Bunga kantan.
Daun kesom.
Timun.


Cara-caranya:

Mayang halus ulam-ulaman di atas.

Budu Tumis 

Bahan-bahannya:

1/2 biji kelapa parut-ambil santan pekatnya.
1 batang serai-ketuk..
1 keping asam gelugur.
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia.*
4 tangkai cili kering.*
1/2 biji buah limau purut.
2 helai daun limau purut.
3 ulas bawang merah.*
4 tbsp budu.
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam dan gula melaka secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan santan,serai,daun limau purut,buah limau purut,asam keping dan budu.
  • mask sehingga mendidih.Last sekali masukkan sedikit garam dan gula melaka.
  • Siap.


Ikan Celup tepung.

8 ekor ikan selayang.*
3 keping asam gelugur.*
Sebesar ibu jari lengkuas.*
Sedikit garam.*
Sedikit gula melaka.*
Air secukupnya.*

Bahan-bahan salut.

1 cawan tepung beras,
1/2 cawann tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1/2 tsp garam.
Secubit kapur.
Air secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan bertanda * dalam periuk dan rebus sehingga ikan masak.Toskan airnya.
  • Bancuh bahan-bahan salut seperti adunan untuk menggoreng pisang.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan ikan ke dalam adunan di atas dan goreng sehingga garing.
Keropok.

  • Goreng lebihan adunan bahan-bahan salut seperti menggoreng tempeyek.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.Sedia untuk digunakan.
Telur masin rebus.
Budu Secukupnya.

 **Nasi kerabu sedap dimakan bersama ayam atau ikan percik,daging bakar dan keropok ikan.

Thursday, June 20, 2013

Lontong Jawa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi tadi  Cm belajar satu lagi  resipi baru dari Bibik..Selama ini Cm selalu nampak di pasar tani ada peniaga yang menjual "nasi himpit" dalam gulungan daun pisang.Teringin nak buat  sendiri dan hari ini tertunailah hasrat dihati.


Bahan-bahannya:

3 cawan beras-cuci bersih.
4 cawan air.
Daun pisang secukupnya.
Pencungkil gigi secukupnya.

Cara-caranya:


  • Beras dimasak seperti biasa tetapi lebihkan air agar sedikit lembik.Sukatan air sebenarnya bergantung pada jenis beras tetapi jangan terlampau lembik ya.Sedang-sedang je.
  • Apabila nasi masak sejukkan sekejap agar senang untuk membalutnya.
Cara-cara membalut:

Sendukkan sedikit nasi dengan menggunakan senduk plastik yang tak melekat.Padatkan serta bentukkan lonjong seperti ini.



Gulung dengan kemas dan sematkan dengan pencungkil gigi di hujungnya.

Tekan-tekankan bahagian hujung yang satu lagi agar nasi menjadi lebih padat dan semat dengan lidi.Lakukan proses yang sama sehingga selesai dan rebus selama 1 jam.

Setelah masak toskan airnya dan biarkan sejuk baru di potong.

Wah baunya sungguh harum dan nasinya pun lembut.

Alhamdulillah sedap dimakan dengan sayur lodeh dan sambal ikan bilis.Raya tahun ini nampak gayanya Cm akan ucapkan selamat tinggal pada nasi himpit segera yang menggunakan plastik :)

Thursday, April 18, 2013

Nasi Kerabu Kuning

Salam dan selamat petang.


Semasa Cm tinggal bersama keluarga di kampung dulu,jiran jiran kami ada yang berketurunan Cina Siam.Masih ingat lagi nama-nama diorang..Mek Bunga,Mek Tuan,Mek Teok,Wee Chian.Che Arun.........yang paling rapat dengan keluarga Cm adalah Mek Teok.....Masyarakat Cina Thai di Kelantan bercakap dalam longat Kelantan,cara hidup pun hampir sama dengan masyarakat melayu Kelantan....dan mereka makan budu macam Cm ni hikhik.

Jika memasak nasi kerabu mereka lebih suka masak nasi kerabu kuning.Jadi hari ini Cm masak nasi kerabu kuning untuk mengembalikan ingatan semasa berjiran dengan kawan-kawan yang berketurunan  Cina Siam dulu...Dimana kah  mereka sekarang......rindunya ....

Jika makan nasi kerabu Cm suka makan dengan ulam yang banyak.Ulam yang wajib ada ialah  daun kesom,tauge ,bunga kantan dan timun.Jika tak ada terasa tak lengkap.

Nasi.

Bahan-bahannya:

2 cawan beras,
Air secukupnya.
2 helai daun limau purut.
1/2 tsp serbuk kunyit.

Cara-caranya:

Masak nasi seperti biasa dengan menggunakan periuk elektrik.

 Tumis Budu:

5 tangkai cili kering.-jika suka pedas boleh tambah cili kering ya :)
6 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 hiris halia.
3 tbsp budu.
Gula dan garam secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
Sedikit Gula melaka.
1/2 biji kelapa ambil 1 cawan santan.
2 helai daun limau purut.
1 batang serai-ketuk.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Kisar bawang putih,bawang merah,cili kering dan halia sehingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.Masukkan  serai serta budu.Masak sehingga agak pekat.
  • Kemudian masukkan santan,gula melaka,gula,garam ,asam keping dan daun limau purut.
  • Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit.Seimbangkan rasa garam dan gulanya.


Sambal Kelapa.

Bahan-bahannya:

1 biji kelapa-goreng tanpa minyak sehingga agak-agak perang.
1 batang serai.
4 ulas bawang merah.
3 ekor ikan kembung direbus dan diambil isinya sahaja.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam food processor.Kisar hingga semua bahan-bahannya sebati.(express ni )

Air Lada.

20 biji cili api.
Sedikit garam.
Sedikit Cuka.
1/3 cawan air masak.

Cara-caranya:

Kisar sehingga halus.


Ikan Goreng Tepung.

Ikan kembung dimasak dengan sedikit air,garam dan asam keping.Apabila ikan telah masak toskan airnya.
Bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air,garam dan serbuk kunyit.Agak-agak seperti bancuhan untuk goreng pisang.Celup ikan dan goreng hingga perang atau sehingga garing seperti goreng pisang.

Solok Lada.-Sila klik DISINI.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .


Wednesday, April 17, 2013

Nasi Himpit Kelantan's style :)

Selamat petang semua :)

Wah...meriahnya apabila melihat kibaran bendera parti parti yang bertanding pada pilihanraya kali ini..Selamat mengundi semua.Jangan lupa untuk mengundi dengan bijaksana.Undi dengan fikiran yang waras ya :)...ingat tu undi dengan berhemah dan bukan atas perasaan emosi  semata mata..Semoga Allah melindungi Malaysia bumi tercinta ini dari segala musibah............

Setiap kali menjelang hari raya Nasi Himpit menjadi salah satu hidangan wajib bagi keluarga kami.Emak lah orang yang paling sibuk menyiapkan semua juadah.Dia tak suka masak nasi himpit segera yang dalam peket plastik tu.Katanya tak sedap.Memang betul nasi himpit yang di masak sendiri memang amat berbeza rasanya dan baunya .Jika tak percaya bolehlah cuba dan lihat perpezaannya.

Nasi himpit atau nasi kapik perlu dihimpit dengan benda berat agar nasi menjadi padat.Selalunya emak menggunakan lesung batu atau tong beras atau apa apa saja yang berat.Orang yang berbadan besar atau gemuk selalu kena usik oleh adik beradik kami  agar tolong himpit atau duduk atas nasi himpit hehe.

Baha-bahannya:

3 cawan beras.
9 cawan air.
Daun pisang secukupnya.
Loyang /bekas yang sesuai.
Periuk nonstick.

Cara-caranya:

  • Masak nasi seperti biasa.Apabila air hampir kering hendaklah kecilkan api dan tutup periuk.
  • Apabila nasi telah masak hendaklah dikacau-kacau nasi dengan sudip dan tutup kembali periuk.
  • Biarkan selama 5-10 minit dan kacau lagi kemudian tutup periuk dan ulangi proses yang sama selama 3-4 kali.Apabla nampak nasi agak kering dan berketul- ketul melekat pada sudip boleh lah di pindahkan kedalam loyang yang di alas dengan daun pisang.
  • Tuangkan nasi kedalam loyang dan tekan-tekan dengan menggunakan sudip.Tutup permukaan dengan daun pisang dan tekan dengan menggunakan tangan.
  • Akhir sekali letak tudung periuk atau pinggan yang rata di atas permukaan yang dialas dengan   daun pisang dan tindih dengan benda berat.Cm guna botol air mineral yang besar :)
  • Apabila nasi telah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk sekejap.Siap untuk di potong.



Homemade nasi himpit ni sedap dimakan dengan sambal kelapa special yang agak manis .




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .