LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label keledek. Show all posts
Showing posts with label keledek. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Kuih Bom

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi-pagi lagi Cm telah sediakan bahan-bahan untuk buat kuih bom.Rancangan asalnya hendak guna keledek tetapi keledek pula tak ada jadi Cm ganti dengan labu.Pertama kali buat  kuih bom guna labu,bimbang jugak takut bom meletup nahas nanti hehe.Alhamdulillah semasa  menggorengnya Cm telah bersedia dengan perisai bimbang akan berlaku letupan hehe tetapi cantik kejadiannya.Tidak meletup.Kira berjaya :)

Kuih Bom @ Golek Lengo.

Resipi asal : AlongRoz.

Bahan-bahannya:

80 gm keledek-kukus hingga empuk dan lenyek halus.
120 gm tepung pulut.
20 gm tepung gandum.35 gm gula kastor.
Secubit garam.
100 ml air.
Bijan secukupnya untuk salut.
Inti kelapa.


Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali bijan dan intinya.
  • Gaul sehingga menjadi doh yang licin.
  • Bahagikan menjadi 12 ketul.
  • Leperkan dan isikan dengan inti kelapa.Tutup dengan kemas dan bentukkan menjadi bebola.
  • Golekkan dengan bijan.
  • Goreng sehingga perang.

Tadi Cm buat dua adunan dan Cm dapat 25 biji untuk di frozenkan.Senang bila rasa nak makan kuih bom keluarkan 1 jam awal dari freezer dan goreng seperti biasa.Terima kasih Gert kerana ajar Cm cara-cara nak sejuk bekukan kuih bom ni.

Jika ada yang ingin menggantikan keledek dengan labu ,kena kurangkan air kerana labu agak berair setelah  di kukus.Kena pandai-pandai adjust la ya.Terima kasih banyak banyak pada AlongRoz kerana banyak kali Cm guna resipi ini.Alhamdulillah sungguh berpuas hati.

Inti Kelapa.(AlongRoz)

Bahan-bahannya:

50 gm gula Melaka.
50 gm gula pasir.
50 ml air.
150 gm kelapa parut.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula dan air sehingga mendidih.Masukkan daun pandan dan kelapa parut.masak perlahan-lahan sehingga kering.sedia untuk di gunakan.


**** Ada kawan Cm tanya samada bubuh labu atau keledek lebih sedap...sebenarnya letak keledek lagi sedap.Kuih bom yang letak labu kena goreng dengan berhati hati kerana walaupun bahagian luarnya telah masak tetapi dalamnya belum .Jika diberi pilihan Cm akan guna resipi asal dari AlongRoz.Lebih senang dan sedap.

Wednesday, November 20, 2013

Moi Keledek Unggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jangan pandang sebelah mata bila nampak bubur ni ya.Jka kena gaya makan semangkuk ..nak dua mangkuk tetapi harus ingat berhenti sebelum kenyang :)Jom kita lihat resipinya.......

Bahan-bahannya:

2 cawan beras wangi.-cuci &toskan.
1/2 cawan hirisan daging.
Garam secukup rasa.
3 ketul keledek unggu-potong kiub.
3 ulas bawang putih-ketuk.
1 ketul kecik halia-ketuk.
1/2 tsp serbuk lada sulah.
Air secukupnya.



Hiasan:

Bawang goreng.
Daun sup dan daun   bawang.
Sambal udang kering.
Ikan bilis goreng.




Cara-caranya:

  • satukan beras,daging,halia,bawang putih,garam dan lada sulah ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan air secukupnya.
  • Masak sehingga menjadi bubur .Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas sehingga mendapat kepekatan yang diinginkan.
  • Akhir sekali masukkan kiub keledek dan masak sehingga keledek empuk.
  • Jangan masuk terlalu awal ,nanti keledek akan hancur.
  • Hidang bersama sambal udang kering,bawang goreng,daun bawang dan daun sup serta ikan bilis goreng.


Selamat menjamu selera ...rezeki  yang datang dari sumber yang halal itu penuh dengan keberkatan.Insyallah.




Friday, June 29, 2012

Kuih Cucur Badak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat petang:) makan kuih apa hari ini? soalan bila tiada idea nak tulis  hehe.Cucur Badak adalah kuih kegemaran diri sendiri....Lima biji sekali makan je terutama sekali bila intinya pedas.Lagi pedas lagi sedap.

Memang unik nama  kuih muih orang melayu :)..Contohnya...Cucur Badak,Badak Berendam,Kuih Anak Dara Dua Sebilik,Kuih Ketayap,Kuih Tahi Itik,Kuih Belebab,Kuih Seri Muka dan banyak lagi .......Ada sesiapa yang boleh beritahu nama kuih yang paling ganas?hehe..Kuih Lompat Tikam:)...


Bahan-bahannya:

500 gm keledek.
1-1 1 /2 cawan tepung gandum.
2 tbsp tepung kanji.

Cara-caranya.

Keledek di kupas kulitnya dan di rebus dengan sedikit garam hingga empuk.
Kemudian lenyek hingga hancur.
Masukkan tepung kanji dan gaul hingga sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga dapat dibentukkan bulat-bulat
Leperkan doh dan masukkan inti kelapa,
Tutup kemas-kemas agar tidak terkeluar semasa menggorengnya nanti.
Goreng dengan minyak yang banyak dengan menggunakan api yang sederhana agar kuih masak dengan cantik dan sekata.



Untuk resepi Intinya sila KESINI.

Friday, January 6, 2012

Kuih Keria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kuih keria menjadi kesukaan kami anak beranak.Membuatnya tak lah sukar cuma bila nak sira gulanya tu perlukan kemahiran sikit.Kita kena tahu bila masa nya yang sesuai atau  perlu dimasukkan kuih keria ke dalam air gula agar gulanya kelihatan seakan akan kristal bila siap .Bagi Cm semuanya ni dilakukan dengan  Trial and error....pernah gula hangus dan pernah pula  gula keras berketul-ketul:)....

Bahan-bahannya:)

250 gm keledek.
50 gm tepung gandum.
15 gm tepung pulut.
Secubit garam.
1 tbsp air(Cm tak bubuh)


1/3 cawan gula*
5 tbsp air.*

*Masak gula atas api yang perlahan.Bila agak agak sirap dah hampir pekat baru masukkan kuih keria.Kacau perlahan-lahan agar gula terbentuk seperti kristal dan sekata  melekat pada kuih.

Cara-caranya:)

  • Keledek di rebus hingga empuk dan di lenyek sampai  hancur.
  • Masukkan tepung gandum,tepung pulut dan garam.Uli hingga sebati.
  • Keledek yang Cm guna ini agak lembut jadi Cm tak masukkan air.
  • Bila dan sebati ambil doh dan bentukkan jadi bebola.Kemudian leperkan.Buat lubang di tengah-tengahnya seperti bentuk donat.
  • Goreng hingga warna perang.Toskan minyaknya.
  • Kemudian Sira dengan air gula sehingga gula terbentuk seperti kristal seperti gambar diatas.
  • Untuk proses menyira ini perlukan kemahiran dan dapat mengagak agar gula tidak hangus.
Komen:kuih kegemaran kami sekeluarga.Terima kasih pada Sonia kerana Cm ambil resepi dari dapurnya.


Selamat berhujung minggu semua:)

Wednesday, July 7, 2010

Sandwich Tuna & Kuih Keria

Sandwich Tuna & Green Tea-jika agak-agak rasa malas untuk buat kuih minum petang bolehlah cuba sandwich ni tapi jika rajin sikit..boleh cuba buat kuih keria yang kat bawah tu :)
Bahan-bahannya:
1 buku roti
1 tin tuna flakes.
1/2 labu bawang besar cincang
1/3 tsp serbuk lada putih.
Sedikit gula.
3 tbasp mayonnaise.
sedikit butter untuk disapu pada roti.
salad,timun & buah tomato.
Cara-caranya:
  • Gaulkan tuna bersama mayonnaise,gula,lada putih dan bawang cincang.
  • Sapukan roti dengan sedikit butter dan isikan dengan bancuhan tuna.
  • Susunkan salad,potongan timun dan potongan buah tomato.
  • Gulungkan kemas-kemas & potong 3 dan cucuk dengan penyucuk sate.Siap:)
Bahan-bahannya:)
250 g keledek
50 g tepung gandum.
15 g tepung pulut.
secubit garam.
sedikit air bergantung pada jenis keledek yang digunakan.
Cara-caranya:
  • Rebus keledek hingga empuk jangan lupa masukkan sedikit garam.
  • Lenyek hingga hancur dan masukkan tepung pulut dan tepung gandum.
  • Uli hingga rata dan bentuk kan seperti dalam foto diatas.
  • Goreng hingga perang dan sira dengan gula..
*Masakkkan 1/3 cawan gula dengan 3 tbsp air hingga pekat.masukkan kuih yg di goreng tadi dan kacau perlahan-lahan hingga terbentuk biji biji halus gula di keliling kuih.Siap:)

**cm tak guna air semasa mengadun doh keria ni sebab jenis keledek yang digunakan sangat lembut.keledek yang berwarna kuning.....Terima kasih pada Sonia.Resepi asalnya sila klik DISINI