LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 3, 2014

Kuih Bom

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi-pagi lagi Cm telah sediakan bahan-bahan untuk buat kuih bom.Rancangan asalnya hendak guna keledek tetapi keledek pula tak ada jadi Cm ganti dengan labu.Pertama kali buat  kuih bom guna labu,bimbang jugak takut bom meletup nahas nanti hehe.Alhamdulillah semasa  menggorengnya Cm telah bersedia dengan perisai bimbang akan berlaku letupan hehe tetapi cantik kejadiannya.Tidak meletup.Kira berjaya :)

Kuih Bom @ Golek Lengo.

Resipi asal : AlongRoz.

Bahan-bahannya:

80 gm keledek-kukus hingga empuk dan lenyek halus.
120 gm tepung pulut.
20 gm tepung gandum.35 gm gula kastor.
Secubit garam.
100 ml air.
Bijan secukupnya untuk salut.
Inti kelapa.


Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali bijan dan intinya.
  • Gaul sehingga menjadi doh yang licin.
  • Bahagikan menjadi 12 ketul.
  • Leperkan dan isikan dengan inti kelapa.Tutup dengan kemas dan bentukkan menjadi bebola.
  • Golekkan dengan bijan.
  • Goreng sehingga perang.

Tadi Cm buat dua adunan dan Cm dapat 25 biji untuk di frozenkan.Senang bila rasa nak makan kuih bom keluarkan 1 jam awal dari freezer dan goreng seperti biasa.Terima kasih Gert kerana ajar Cm cara-cara nak sejuk bekukan kuih bom ni.

Jika ada yang ingin menggantikan keledek dengan labu ,kena kurangkan air kerana labu agak berair setelah  di kukus.Kena pandai-pandai adjust la ya.Terima kasih banyak banyak pada AlongRoz kerana banyak kali Cm guna resipi ini.Alhamdulillah sungguh berpuas hati.

Inti Kelapa.(AlongRoz)

Bahan-bahannya:

50 gm gula Melaka.
50 gm gula pasir.
50 ml air.
150 gm kelapa parut.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula dan air sehingga mendidih.Masukkan daun pandan dan kelapa parut.masak perlahan-lahan sehingga kering.sedia untuk di gunakan.


**** Ada kawan Cm tanya samada bubuh labu atau keledek lebih sedap...sebenarnya letak keledek lagi sedap.Kuih bom yang letak labu kena goreng dengan berhati hati kerana walaupun bahagian luarnya telah masak tetapi dalamnya belum .Jika diberi pilihan Cm akan guna resipi asal dari AlongRoz.Lebih senang dan sedap.

6 comments:

  1. Salam cm...belum pernah makan kuih bom labu selalu gunakan tepung pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try Zai tapi selera Cm lakan..suka lagi yang keledek

      Delete
  2. Seeing your kuih bom I tak tahan I pun buat today ha ha but the kuih lembik sikit as I put too little tepung but still taste good :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ari tu I teringin nak makan kuih Ang Koo bila lihat Gert buat dan terus bikin the nextdaynya

      Delete