LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes Dengan Kastad Durian.(II)

Untuk Resipinya sila ke Sini ya :)..percubaan kali kedua dengan sukatan menggunakan timbang digital yang lebih tepat kerana resipi ini hanya menghasilkan 9 biji cupcakes sahaja.

Hasilnya Alhamdulillah ..sungguh berpuas hati.Kali ini Cm guna kastad durian...memang teramat sedap :) tetapi kepada kawan-kawan yang tak gemar durian bolehlah guna kastad biasa ya...

Resipi ini Cm ambil dari dapur Sonia.Terima kasih Sonia :)


Durian Kastad (Filling)

Bahan-bahannya:

3 tbsp gula halus.
1 tbsp tepung gandum.
1 tbsp tepung jagung.
1 biji telur
1 cawan susu segar.
1 tbsp butter.
2 tbsp isi durian.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati (Kecuali butter).Kemudian tapiskan ke dalam periuk.Semasa menapis hendaklah dilenyek lenyekkan isi durian agar hancur melalui penapis.

 Masukkan butter dan masak dengan api yang sederhana .jangan lupa ya, hendaklah sentiasa mengacau agar kastad tidak berketul-ketul dan hangus.Kacau sehingga masak.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum di paipkan ke atas kek.

Alhamdulillah sungguh berpuas hati.Resipi ini pastinya akan jadi kegemaran Cm....jangan terkejut jika ada lagi n3 resipi yang sama :)

Monday, December 10, 2012

Mini Hokkaido Chiffon Cupcakes.




Sumber ;Sonia Nasilemak Lover

Bahan-bahannya:

3 biji  kuning telur.
20 gm gula halus.
35 gm minyak jagung.
70 gm tepung cake.
60 gm susu segar.

3 biji putih telur.
25 gm gula halus.



Filling Kastad:Sumber myresipi.

1 biji telur.
1 tbsp tepung gandum.
1 tbsp tepung jagung.
1 tbsp butter.
3 tbsp gula halus.
1 cawan susu segar.

Cara-caranya:


  • Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk.Pukul hingga sebati.
  • Masukkan minyak masak,susu dan tepung.Pukul hingga sebati.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang lain ,pukul putih telur dan gula halus hingga kental dan bertanduk.
  • Kemudian masukkan putih telur kedalam mangkuk yang mengandung tepung tadi.Kacau menggunakan whisk perlahan-lahan,Kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan kedalam piping beg dan isikan kira-kira 3/4 kedalam  bekas cupcake.
  • Bakar hingga masak.
Filling Kastad.

  • Satukan bahan-bahan untuk filling.Kacau rata dan tapiskan kedalam periuk.Masak dengan api yang perlahan sambil sentiasa mengacaunya sehingga masak.
  • Sejukkan.Kemudian isikan kedalam piping beg yang dipasangkan nozel.
  • Cucuk permukaan kek dan paipkan kastad kedalamnya.
  • Akhir sekali taburkan dengan gula ising..

Selamat malam dan selamat beradu ya :)

Friday, May 7, 2010

Chocolate Cupcakes

Bahan-bahannya: 50 gm serbuk koko 240 ml air panas 175 gm tepung gandum-all purpose 2 tsp baking powder 1/2 tsp garam 1/2 tsp soda bicarbonate 113 unsalted butter 200 gm gula castor 2 biji telur grade A 2 tsp essen vanilla. Cara-caranya:
  • Panaskan oven 190 darjah celcius.
  • Bancuh serbuk koko dengan air panas hingga sebati.sejukkan.
  • Ayakkan tepung,garam ,baking soda dan baking powder.
  • pukul butter dan gula hingga kembang.Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
  • Masukkan bancuhan serbuk koko dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan dalam cawan kertas muffin 2/3 adunan.Bakar hingga masak selama lebih kurang 10 minit.
  • Sejukkan dalam suhu bilik sebelum hiaskan dengan icing.
Chocolate Fudge frosting Bahan-bahannya: 120 gm coklat masakan 150 gm unsalted butter-dalam suhu bilik. 160 gm gula icing 1 1/2 tsp essen vanila Cara-caranya:
  • Cairkan coklat dengan kaedah double boiled dan biarkan sejuk.
  • Pukul butter hingga kembang baru masukkan gula dan pukul lagi hingga ringan.
  • Masukkan coklat cair dan pukul hingga berkilat.
  • Masukkan essen vanila dan kacau rata.
  • Hiaskan cakes dengan cara sapuan guna spatula atau guna pipping bag.
Selamat mencuba.Resepi asalnya sila klik DISINI