LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Pizza Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kenapa saya panggil Pizza Malaysia?....sebab saya buat mengikut selera saya yang suka rasa pedas.Selera orang Malaysia .Memasak untuk keluarga sendiri tak perlu terikat sangat dengan resipi tetapi kita kena sesuaikan dengan selera mereka.Hasilnya tidak mengecewakan ....

Pizza Malaysia.

Inti:

Bahan-bahanya:

1 tbsp minyak masak.
1 biji bawang besar-cincang.
2 ulas bawang putih-tumbuk.
1 biji buah tomato -cincang.
1 tsp oregano (saya cincang beberapa helai daun oregano dari kebun saya)
1 tsp basil (saya cincang beberapa helai daun basil dari kebun saya)
2 tsp gula.
Sedikit garam dan lada sulah.
1/2 botol kecil sos pasta.
5 keping cendawan tiram-siat-siatkan.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
  • Tuangkan sos pasta,buah tomato,daun oregano,daun basil  serta cendawan.Gaul rata.
  • Kemudian masukkan gula,garam serta lada sulah.Masak sehingga pekat.Ketepikan.

Topping.

Bahan-bahannya:

250 gm cheese mozzarella.(jika suka keju lebih tambahkan keju)
1 tin kecil tuna dalam air.-toskan air dan hancurkan isi tuna dengan garfu.
1 potongan kecil  nenas-potong kiub.
Beberapa tangkai daun basil.
Beberapa helai daun oregano-hiris.
1 biji buah tomato-hiris.
Beberapa biji cili api.





Bahan-bahanya:

Doh

3 cawan tepung gandum.
2 tsp yis segera.
1 cawan air suam.
1/2 tsp garam.
4 tbsp minyak(saya guna minyak zaitun)

250 gm keju mozzarella jika mahukan stuffed crust.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer dan uli sehingga sebati .
  • Biarkan doh naik kembang dan bahagikan kepada dua bahagian.
  • Bulat-bulatkan.Gelekkan mengikut ketebalan yang anda suka
  • Letakkan keju parut di bahagian tepi doh dan gulung doh ke bahagian dalam.Kemaskan.(untuk dapatkan stuffed crust)
  • Letakkan  tuna,nenas,buah tomato,daun oregano,basil .
  • Aturkan cili api sebiji-sebiji (jgn potong)
  • Akhir sekali taburkan  keju parut dan biarkan doh rehat sekejap sebelum di bakar.



Wednesday, October 10, 2012

Pizza Puff

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.



Selamat petang.Kadang -kadang buntu fikiran tak tahu nak masak apa untuk minum petang.Beli lagi senang tetapi rumah Cm ni jauh dari tempat orang jual kuih...kena naik kereta ke Uniten Bangi baru jumpa kuih..hai memang malas.....tak sanggup kerana kuih 3 biji nak keluar ruamah....memang tak sanggup.

Jom kita pakat -pakat masak sendiri..lebih sihat dan kebersihan terjamin.Insyallah dan memasak dengan penuh kasih sayang sambil bersalawat ke atas nabi.....oh ya resipi ni Cm telah ubah suai mengikut keperluan atau selera sendiri dan dengan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk....Resipi asal DISINI.


Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan tepung gandum.
2 cawan susu segar.
2 biji telur.-whisk.
Garam secukup rasa.
1/2 tsp baking powder.
1/3 kiub perisa ayam.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
4 batang sosej ayam-potong nipis.
4 batang jejari ketam-racik halus.
Sedikit daun ketumbar-mayang halus.
1 cawan keju parut -mozarella.

Sos Pizza secukupnya dalam botol..(Panaskan)

Paper cups secukupnya.


Cara-caranya:



  • Satukan semua bahan-bahan kering kedalam mangkuk yang sesuai.
  • Tuangkan susu dan telur ,kacau hingga sebati.
  • Masukkan keju parut,sosej dan jejari ketam serta daun ketumbar.Gaul hingga sebati dan perapkan selama 10 minit.
  • Masukkan adunan kedalam cawan kertas sehingga penuh dan bakar hingga masak & perang.
  • Hidangkan bersama sos pizza yang dipanaskan terlebih dahulu.


Saturday, March 3, 2012

Roti Ala-Ala Sunflower Pizza:)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berhujung minggu buat teman-teman yang Cm sayangi.Semoga sentiasa berada didalam kandungan sihat walafiat semuanya.Jika kita ditimpa musibah atau sakit dan kita bersabar atas ujian itu  maka Allah akan membalas sama seperti orang yang keluar berjihad....Kita berikhtiar kemudian bertawakal kepadaNya.....

Hari ini Cm masak roti ala ala pizza lagi  kerana nak habiskan simpanan cheese lebihan pizza hari tu...Kali ini Cm ambik resepi dari SINI...nak cuba kelainan.Seperti biasa isi pizza tidak terikat sangat dengan resepi.Main taram je asalkan sedap.Macam nasi goreng ...kita campak aja apa apa bahan yang ada janji boleh makan.:)

Bahan-bahan untuk kulitnya:)

3 cawan tepung roti.
3tbsp minyak zaitun.
1/2 tsp garam.
2 tbsp gula halus.
2 tsp yis segera.
1 cawan air.

Keju yang dipotong kiub kecil secukupnya(Untuk buat kelopak pizza)

Cara-caranya:)


  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun dan uli hingga sebati & elastik.Diamkan sehingga doh kembang menjadi dua kali ganda dari  saiz asal.
  • Tumbuk buang angin dan bahagikan doh kepada 2 bahagian.bulatkan kemudian gelek agar muat diletakkan atas pan pizza berukuran 10 inci..Ratakan biar kemas.
  • Kemudian ambilkan doh yang satu lagi agak-agak saiz ibu jari dan masukkan potongan kiub cheese dan balut hingga kemas.Bentukkan sedikit membujur dan atur dikeliling pan pizza seperti gambar di bawah.
  • Lakukan sehingga selesai.



  • Lepas tu sapukan permukaan doh  dengan sos tomato atau sos pizza atau terpulang dengan selera masing masing.
  • Taburkan sedikit keju parut .Kemudian baru  taburkan isi pizza hingga sekata.
  • Akhir sekali taburkan lagi  keju parut dan potongan buah zaitun jeruk dan biarkan doh naik baru dibakar hingga masak.

Bahan-bahan Inti:)
(Blackpepper Chicken & sosej)

250 gm isi ayam yang di panggang dan di siat-siat(Cm guna dada ayam)
200 gm daging ayam cincang(Cm guna Jenama Ramli)
4 ketul sosej ayam-potong nipis.
1 ketul kiub ayam.
2 tbsp sos lada hitam.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
1 tbsp sos tiram.
1 labu bawang besar-dadu.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:)


  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga wangi.masukkan daging ayam cincang dan dada ayam.Kacau hingga rata.
  • Masukkan sos tiram,sos lada hitam.kiub ayam dan serbuk lada hitam. seimbangkan rasanya mengikut selera masing-masing.Gaul hingga rata.
  • Masak hingga kering airnya.Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Baha-bahan topping:

Keju parut secukupnya.
Beberapa biji buah zaitun jeruk di potong nipis.