LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Telur Mata Yang Cantik.

Sebelum ini telur mata yang saya goreng kurang cantik.Bahagian kuningnya selalu tidak terletak di tengah-tengah dan ada kalanya terkeluar dari putihnya.Walaupun tidak menjejaskan rasa samada cantik ke tidak tetapi bagi seorang food blogger mesti saya mahukan foto telur mata yang saya ambil cantik dan menarik.

Sebelum itu saya ingin ucapkan terima kasih pada rakan fb saya Mamak Haji tukang masak terkenal tu.Banyak yang saya belajar dari beliau.Mamu tak pernah lokek dengan ilmu.Semoga Mamak Haji memperolehi kesihatan yang baik dan rezeki yg melimpah ruah.Amin.

Bagaimana nak dapatkan telur mata yang cantik?
Saya ikut petua Mamak Haji dengan mengasingkan telur putih dan kuningnya.Saya panaskan kuali nonstick yg bersaiz paling kecil dan letakkan sedikit minyak masak.Apabila kuali telah panas baru masukkan putih telur.Biarkan sekejap baru masukkan telur kuningnya.Guna sudu dan letakkan perlahan-lahan di tengah-tengah telur putih .Kecilkan api dan biarkan telur kuning masak atau setengah masak mengikut selera masing masing.Jika perlu boleh tutup dengan tutup periuk.
Walaupun nampak sungguh senang tetapi kadang-kadang kita tidak terfikir caranya.
Selamat mencuba .....

Monday, June 30, 2014

Udang Goreng Dengan Telur Asin.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ramadhan Kareem buat semua sahabat muslimin dan muslimat.Hari ini masuk hari ke dua kita berpuasa.Semoga diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna..Insyallah.Kali ini Cm hendak berkongsi satu resipi mudah yang menjadi kegemaran anak-anak.

Udang Goreng Dengan Telur Asin.

Bahan-bahannya:

300 gm udang yang bersaiz besar.
1 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih.
2 biji telur.
2 biji telur masin.
Serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
6 biji cili api.(jika suka  pedas boleh tambah cili)
2 tangkai daun kari.
Sedikit minyak masak.

Cara-caranya:


  • Bersihkan udang.Buang kulit serta  kepalanya tetapi tinggalkan  sedikit bahagian ekornya.Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Ketepikan.
  • Cili api di belah dua.
  • Telur masin direbus dan di lenyek halus.
  • Bawang besar di hiris nipis.
  • Bawang putih di tumbuk halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih,cili api dan daun kari sehingga wangi.
  • Masukkan udang dan tumis sehingga masak.Masukkan garam,serbuk lada sulah serta sedikit gula.Gaul rata.
  • Ketepikan udang ke sisi kuali .Masukkan telur dan telur asin ke dalam minyak tumisan tadi dan masak sehingga telur keras,Kacau kacaukan dan gaul dengan udang sehingga rata.
  • Masak sehingga kering airnya.
  • Siap untuk di hidangkan dengan nasi panas..

Wednesday, June 4, 2014

Kaswi Pandan Lemak Manis.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kaswi Pandan.(resipi asal dari Myresipi)

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum.
1 cawan tepung ubi.
1 cawan santan kelapa(cair)
2 cawan air .
5 helai daun pandan.
3 helai daun suji (pandan serani)
1/2 cawan gula pasir.
1 biji telur.
Secubit garam.
Sedikit air kapur.
1 biji kelapa parut putih +sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Daun pandan digunting kecil dan kisar dengan 2 cawan air,Tapis ambil jusnya.
  • Satukan tepung gandum dan tepung ubi dalam mangkuk yang sesuai.
  • Tuangkan santan,air daun pandan,garam,gula ,air kapur dan telur.Gaul sehingga sebati.
  • Tapiskan adunan.Tuangkan ke dalam jug.
  • Panaskan pengukus dan  aturkan cawan apam .Panaskan sekejap kemudian tuangkan adunan sehingga penuh.
  • Kukus sehingga masak.
  • Biarkan kuih sejuk baru keluarkan dari acuan.
  • Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa parut.Kukus sekejap.
  • Salutkan kuih dengan  kelapa parut,Sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah saya suka rasa kuih kaswi ini.Ada rasa lemak dari santan dan telur  serta  manis dan harum bau pandannya.Saya kurangkan gula kerana kami tidak suka jika kuih rasa terlalu manis.
Wahhhh gembira tak terkira apabila kuih kaswi Lemak Manis ini mendapat sambutan dari suami dan anak bongsu saya.Si kecil tak perlu cakap apa apa .... saya dah tahu dia sukakan kuih ini apabila dia habiskan satu pinggan besar hehe.

Psttt hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 33 tahun.Hmm terasa sangat tua bila lihat angka 33 ini.Tiada majlis atau makan malam special... cukuplah sekadar memanjatkan doa pada Allah taala agar kami  dikurniakan kesihatan yang baik ,ditambahkan iman serta rezeki yang penuh berkat.Kami berdoa agar jodoh kami kekal hingga ke syurga.Hidup dengan penuh kasih sayang.....Doakanlah untuk kami berdua ya.......

Friday, February 21, 2014

Thai Son-In-Law Eggs / Khai Luk Khoei

Menu yang murah dan ringkas.Rasanya  masin ,manis,pedas  dan masam.Ratah  begitu saja pun sedap.Itulah gambaran yang  dapat saya  bayangkan..... saya peminat telur tegar hehe.. .masa saya kecik kecik dulu saya suka makan nasi berlaukkan   telur mata kerbau dengan budu atau kicap ,hiris cili api..Masyallah sedap sungguh makan nasi bertambah-tambah dan tak perlu lauk lain lagi :)

Resipi asal saya ambil dari dapur Tummy...mana lah Tummy ni lama betul tak dengar berita.Terima kasih banyak-banyak  dan minta maaf lah sebab makcik ubahsuai sikit resipinya .

Khai Luk khoei.

Resipi asal : Tummy

Bahan-bahannya:

6 biji telur-rebus hingga masak dan kupas kulinya.
3 ulas bawang merah-mayang halus.-jadikan bawang goreng.
3 ulas bawang putih-tumbuk halus.
3 tbsp gula melaka.
3 tabsp sos ikan.
5 tbsp air asam jawa.
1 tbsp kacang tumbuk.
1 biji cili masak .(jika suka pedas ganti denga 5-6 biji cili api)-cincang halus.
Sedikit tepung gandum.

Tabur.

Daun ketumbar .(tak letak sb tak ada)
Daun bawang.(ganti)


Cara-caranya:


  • Kupas telur dan golekkan ke atas tepung gandum ketika telur masih basah.Goreng telur sehingga perang (golden brown)-Telur dibelah dua dan susun dalam pinggan yang sesuai.
  • Satukan air asam jawa,sos ikan dan gula melaka.Kacau sehingga sebati.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga perang.
  • Masukkan campuran air asam jawa  serta cili  dan kacau rata.
  • Masukkan kacang tanah dan gaul sebati .
  • Tuangkan ke atas telur tadi dan tabur dengan daun ketumbar ,daun bawang serta bawang goreng.

Friday, September 6, 2013

Roti Naik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

400 gm tepung roti.
100 gm tepung gandum.
11 gm yis segera.
1 biji telur.
1 tsp garam.
180 gm gula perang.
250ml air.
100 gm butter.
2 tbsp susu tepung.
1 tsp essen vanilla.

Untuk Glis

1 biji kuning telur.
1 tbsp susu segar.

Tabur:

Sedikit gula pasir.


  • Satukan tepung,gula ,garam,yis,telur dan air ke dalam mangkuk pengadun.Uli hingga sebati.
  • Masukkan butter dan uli sehingga elastik/kenyal.
  • Keluarkan doh ke atas papan pencanai dan uli sekali  lagi dengan  tangan ,tabur 3-4 tbsp tepung gandum kerana doh ini sangat lembut.Uli sehingga doh betul-betul kenyal.Biarkan doh naik sehingga double saiz asal.
  • Tumbuk doh untuk  keluarkan angin.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bebola  kecil seberat 50 gm setiap satu.Bulat-bulatkan.

  • Aturkan ke atas dulang yang  telah di sapu dengan sedikit butter.

  • Sapukan dengan bancuhan kuning telur dan susu segar pada permukaan roti.
  • Kemudian taburkan dengan sedikit gula pasir.Biarkan doh naik.

  • Bakar sehingga masak.Pastikan oven di panaskan terlebih dahulu ya.
  • Apabila roti telah masak sapukan dengan sedikit butter ketika roti masih panas.
Alhamdulillah rotinya sungguh gebu dan halus sungguh texturenya serta sungguh sedap.Makan ketika masih panas lagi la sedap.Terima kasih pada Ros Jintan Manis kerana Cm ambil idea serta  rujukan dari resipi beliau.

Friday, August 30, 2013

Menu Simple....Sambal Ikan Kering Dan Telur dadar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dah jemu dengan lauk pauk raya...rendang ayam,kari ayam,kerutuk daging/ayam,kurma ayam dll....Jom kita cuba lauk yang simple tetapi boleh gerenti anda akan tambah nasi 2-3 kali hehe.


Sambal Ikan Kering.

Bahan-bahannya:

1/2 peket ikan kering.
8 biji cili kering.
Sedikit belacan.
10 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:


  • Bawang merah,bawang putih,belacan dan cili kering dikisar halus-ketepikan.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan kering sehingga garing-ketepikan.
  • Keluarkan separuh dari  minyak goreng ikan kering tadi  dan dalam kuali yang sama tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan  sambalnya betul-betul masak.
  • Masukkan asam keping,garam dan gula melaka secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan ikan kering dan gaul rata.

Telur Dadar.

Bahan-bahannya:

4 biji telur.
1 biji cili hijau-potong bulat.
1 biji cili masak-potong bulat.
1/2 biji buah tomato-dadu.
1/2 labu bawang besar-cincang.
1/2 tsp lada hitam.
1/2 biji lada benggala hijau-dadu
1/2 biji lada benggala kuning -dadu
1 tbsp mayonis.
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya.

Cara-caranya:

  • Pecahkan telur ke dalam bekas yang sesuai.Masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali minyak masak.Pukul ringan dengan garfu sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali.
  • Masak dengan api yang perlahan ,apabila hampir masak balikkan perlahan-lahan agar kedua-dua bahagian telur masak dengan sekata.
Jangan lupa gandingkan lauk di atas dengan ulam-ulaman seperti kacang botor,timun,daun selom,pucuk gajus dll.Semalam Cm makan bersama dengan sayur peria.Alhamdulillah.lauk ayam atau daging boleh tolak ketepi hehe.

Sunday, July 28, 2013

Lemak Cili Padi Telur Itik.




Masak Lemak Cili Padi Telur Itik.
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan.

Bahan-bahannya:

6 biji telur itik.
3 batang serai di titik.
2 helai daun kunyit -disiat siat.
1 liter santan cair.
400 ml santan pekat.
1 keping asam gelugur.
15 biji belimbing buluh.
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan tumbuk:

1 genggam cili padi kampung.
3 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci kunyit hidup.

Cara-caranya:

Satukan bahan-bahan tumbuk bersama santan cair dan serai ketuk  ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji.Pastikan ianya tidak melekat di antara satu sama lain ya.

Bila telur telah masak bolehlah masukkan santan pekat,belimbing buluh,daun kunyit,asam keping ,garam serta sedikit gula.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan.

Saturday, July 27, 2013

Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbuka  puasa jika tak makan nasi kerabu rasa seperti ada yang tak lengkap sama seperti tanpa  buah kurma .Jika nak kan nasi kerabu yang sedap mesti memasak sendiri di rumah.....kalau beli tu faham-faham sajalah.Susah nak jumpa yang sesuai dengan selera.

Jadi kebetulan semalam semua anak-anak balik berbuka puasa dengan kami kecuali Zuhri yang tidak pulang bercuti pada tahun ini.Walaupun kepenatan tetapi puas hati kerana dapat memasak nasi kerabu sendiri.Bekalan bunga telang sentiasa ada di dalam freezer jadi warna nasi kerabu kali ini agak "mewah" dengan warna biru :)... Suami Cm  yang tak banyak komen pun cakap..wah birunya ..heheh.
Kali ini ulam-ulamannya pun banyak.Cm memang tak suka jika makan nasi kerabu berulamkan kobis.Semalam ulamnya ,ada pucuk serai kayu,daun tenggek burung,kacang botor,daun kesum,bunga kantan,tauge,kacang panjang,daun selom  dan timun.Kira lengkap la.

Nasi.

Bahan-bahannya:

5 cawan beras basmathi.
7 cawan air (bergantung pada jenis beras)
5 helai daun limau pulut.

Cara-caranya:

Tanak nasi seperti biasa.Masukkan daun limau purut.Pastikan nasi tidak lembik kerana nasi kerabu lebih sedap jika nasinya berderai.

Sambal Kelapa.

Bahan-bahannya:

1 biji kelapa parut-ambil yang putihnya.
2 ekor ikan kembung-rebus telebih dahulu.
1 batang serai.-racik halus.
1 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah.
1/2 tsp lada hitam.
1/2 inci halia.
gula melaka secukup rasa.
garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kelapa parut sangai sekejap hingga kering.
  • Tumbuk serai,bawang putih,bawang merah,halia ,gula melaka,garam dan lada hitam sehingga lumat.
  • Tumbuk isi ikan hingga hancur.
  • Tumbuk ringan kelapa parut jangan hancur sangat ya.
  • Gaulkan bahan-bahan tumbuk dengan kelapa.
  • Seimbangkan rasanya.Cm sukakan sambal kelapa ni manis sedikit.
  • Sedia untuk di gunakan.
Ulam.

Kacang botor.
Daun selom.
Pucuk serai kayu (pucuk salam)
Kacang panjang.
Tauge.
Daun tenggek burung.
Bunga kantan.
Daun kesom.
Timun.


Cara-caranya:

Mayang halus ulam-ulaman di atas.

Budu Tumis 

Bahan-bahannya:

1/2 biji kelapa parut-ambil santan pekatnya.
1 batang serai-ketuk..
1 keping asam gelugur.
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia.*
4 tangkai cili kering.*
1/2 biji buah limau purut.
2 helai daun limau purut.
3 ulas bawang merah.*
4 tbsp budu.
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam dan gula melaka secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan santan,serai,daun limau purut,buah limau purut,asam keping dan budu.
  • mask sehingga mendidih.Last sekali masukkan sedikit garam dan gula melaka.
  • Siap.


Ikan Celup tepung.

8 ekor ikan selayang.*
3 keping asam gelugur.*
Sebesar ibu jari lengkuas.*
Sedikit garam.*
Sedikit gula melaka.*
Air secukupnya.*

Bahan-bahan salut.

1 cawan tepung beras,
1/2 cawann tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1/2 tsp garam.
Secubit kapur.
Air secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan bertanda * dalam periuk dan rebus sehingga ikan masak.Toskan airnya.
  • Bancuh bahan-bahan salut seperti adunan untuk menggoreng pisang.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan ikan ke dalam adunan di atas dan goreng sehingga garing.
Keropok.

  • Goreng lebihan adunan bahan-bahan salut seperti menggoreng tempeyek.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.Sedia untuk digunakan.
Telur masin rebus.
Budu Secukupnya.

 **Nasi kerabu sedap dimakan bersama ayam atau ikan percik,daging bakar dan keropok ikan.

Thursday, July 11, 2013

Kuih Seri Muka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berpuasa Cm ucapkan pada muslimin dan muslimat semua.Semoga ibadah puasa kita diterima olehNya.Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas Cm berazam untuk tidak ke Pasar Ramadhan.Insyallah.Makanan yang dimasak sendiri dengan penuh kasih sayang lebih berkat:)

Pokok bunga telang yang Cm tanam berbunga dengan lebatnya.Jadi setiap hari Cm kutip dan simpan dalam freezer.Sayang jika tidak di petik kerana bunganya  tidak dapat bertahan lama.Hanya sehari sahaja dia kembang,besoknya sudah kecut.Cm guna air bunga telang  untuk mewarkan pulut bahagian bawah kuih seri muka  ini.

Cm suka makan kuih seri muka tetapi selalu gagal menghasilkan kuih yang cantik terutama bahagian atasnya.Ada masa terlalu lembik dan ada kalanya keras kejong.Hari ini sekali lagi Cm mencuba satu resipi baru yang Cm ambil kat SINI.Alhamdulillah pertama kali berpuas hati...seronok sangat-sangat terima kasih pada Pn.Bdaria dan minta maaf banyak-banyak sebab Cm ada ubah suai  sedikit ..sana sini mengikut selera sendiri..Jom kita lihat resipinya ya :)

Bahan-bahannya:

Lapisan Bawah.

500 gm beras pulut-rendam lebih kurang 1 jam.
250 ml santan.
250ml air.
1 1/2 tsp garam.
10 kuntum bunga telang-tumbuk hingga hancur dan masukkan 3 tbsp air.-tapis.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam loyang( 10 x10 x 2) kecuali bunga telang.
  • Kukus sehingga masak.
  • Renjiskan air bunga telang dan kukus lagi sekejap.
  • Keluarkan loyang dari pengukus dan tekan-tekan pulut sehingga padat.

Bahagian Atas:

Bahan-bahannya:

A

250 gm gula pasir.
80 gm tepung kastad.
400 ml santan pekat.
400 ml air.
10 helai daun pandan

B

3 biji telur.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:

  • Kisar daun pandan dengan 400 ml air hingga hancur-tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahan A sehingga sebati.Ketepikan.
  • Pukul ringan telur dengan garfu.Masukkan garam.Kacau hingga rata.
  • Satukan A dan B .Kacau hingga sebati kemudian tapiskan.
  • Masukkan adunan ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sambil sentiasa mengacaunya.
  • Apabila adunan agak-agak pekat tp jangan sampai mendidih ,tuangkan ke atas permukaan pulut tadi.
  • Kukus sehingga masak.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah di potong.


Selamat mencuba dan Insyallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.Selamat berbuka puasa :)


Thursday, June 20, 2013

Lontong Jawa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi tadi  Cm belajar satu lagi  resipi baru dari Bibik..Selama ini Cm selalu nampak di pasar tani ada peniaga yang menjual "nasi himpit" dalam gulungan daun pisang.Teringin nak buat  sendiri dan hari ini tertunailah hasrat dihati.


Bahan-bahannya:

3 cawan beras-cuci bersih.
4 cawan air.
Daun pisang secukupnya.
Pencungkil gigi secukupnya.

Cara-caranya:


  • Beras dimasak seperti biasa tetapi lebihkan air agar sedikit lembik.Sukatan air sebenarnya bergantung pada jenis beras tetapi jangan terlampau lembik ya.Sedang-sedang je.
  • Apabila nasi masak sejukkan sekejap agar senang untuk membalutnya.
Cara-cara membalut:

Sendukkan sedikit nasi dengan menggunakan senduk plastik yang tak melekat.Padatkan serta bentukkan lonjong seperti ini.



Gulung dengan kemas dan sematkan dengan pencungkil gigi di hujungnya.

Tekan-tekankan bahagian hujung yang satu lagi agar nasi menjadi lebih padat dan semat dengan lidi.Lakukan proses yang sama sehingga selesai dan rebus selama 1 jam.

Setelah masak toskan airnya dan biarkan sejuk baru di potong.

Wah baunya sungguh harum dan nasinya pun lembut.

Alhamdulillah sedap dimakan dengan sayur lodeh dan sambal ikan bilis.Raya tahun ini nampak gayanya Cm akan ucapkan selamat tinggal pada nasi himpit segera yang menggunakan plastik :)

Monday, June 17, 2013

Bingka Ubi Kayu Ala Nyonya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ubi kayu menjadi kegemaran Cm sejak dulu lagi.Tak kira lah di masak dengan apa cara sekali pun memang Cm suka.Rebus dan dimakan dengan sambal tumis pun sedap.Untuk menu berbuka puasa kami hari ini Cm masak kuih Bingka Ala Nyonya.Mendapat "Ilham" dari SINI dan SINI.Terima kasih Cik Cek dan En.Mat.

Satu resipi yang sungguh senang."Leburkan " semua bahan-bahannya dalam mangkuk.Kacau dan bakar...

Bahan-bahannya:

650 gm ubi kayu parut.
1 cawan kelapa parut.
250 ml air.
2 tbsp kelapa parut.
Sedikit garam.
230 gm gula halus.
1 tbsp tepung kastad.
Sedikit esen vanilla.
2 tbsp butter-cairkan-sejukkan.
Sedikit pewarna kuning.
2 biji telur.
Sedikit bijan untuk tabur.

Cara-caranya:


  • Panaskan oven.
  • Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
  • Kisar 1 cawan kelapa parut dengan 250 ml air sehingga hancur.Tuangkan semuanya ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan yang lain tak perlu tapis ya.
  • Kacau sehingga rata dan gula larut.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang.
  • Taburkan sedikit bijan dan  bakar sehingga masak.


Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong ya..jangan tiru Cm ni yang tak sabar nak potong kuih  dan nak ambil gambar jadi hasilnya potongan yang tak lawa :)

Sunday, June 16, 2013

Bingka Roti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jika ada lebihan roti dalam peti sejuk jangan di buang ya.Jangan membazir.Roti keras tu boleh di buat cucur,breads crumbs dan bingka .Kena rajinkan diri sikit je ..sikit bukan banyak ya hehe kerana nak buat bingka roti sungguh mudah.

Berpandukan resipi Myresipi ini Cm ubah suai sikit dengan apa yang ada di dalam peti sejuk Cm yang padat dan sarat ni....pagi tadi ada orang dah komplen katanya banyak benar benda nak expired dalam peti sejuk ni.Setelah di periksa ada roti gardenia putih,whole meal dan 3 biji roti burger yang dah kejung...ada buah ceri dan kismis.


Bahan-bahannya:

4 keping roti putih.
3 keping roti wholemeal.
3 biji roti burger.
2 biji telur grade double A
3/4 cawan brown sugar.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
200 ml santan kotak.
2 1/2  hingga 3 cawan air panas.(adjust mengikut kesesuaian ya jika perlu boleh tambah lagi air)
Sedikit buah ceri
Sedikit kismis.
Sedikit minyak masak untuk di sapu pada loyang.

Cara-caranya:


  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil di tekan-tekan dengan sudu agar air meresap sekata,
  • Biarkan sekejap sehingga roti lembut baru di ramas sehingga hancur.masukkan santan.
  • Kemudian masukkan telur,tepung gandum,essen vanilla,gula dan garam.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur dengan potonga buah ceri dan kismis.
  • Bakar sehingga masak.
  • Tunggu sehingga sejuk baru di potong..Enjoy :)

Selamat mencuba :)..Jika sedap beritahu kawan dan Jika tak sedap beritahu Cm ya Pinjam kata-kata kakwan Citarasa wan.Jangan marah ya Kak wan :)

Wednesday, April 10, 2013

Telur Dadar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aikk telur dadar pun nak letak kat blog ?..tak apa ..yang simple tak semestinya tak sedap.Jika tak percaya boleh cuba :).....Ini pun masakan Kelantan juga tau :)

Jika ada anak-anak kita yang baru nak belajar memasak atau ada antara kita yang nak tukar citarasa  kelainan telur dadar,bolehlah mencuba resipi Cm ni.Insyallah anda pasti sukakannya.Baunya sungguh wangi.. kombinasi kelapa dan bahan-bahan rencah tu sungguh serasi dengan telur .Dalam kata mudah ianya "Ngam" dengan telur.:)

Bahan-bahannya:

4 biji telur.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
3 tangkai cili kering.
1 hiris halia.
1/2 tsp lada hitam( biji.)
3 tbsp kelapa parut.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Tumbuk cili kering,lada hitam,bawang merah,bawang putih dan halia sehingga hancur.
  • Masukkan kelapa parut dan garam ,tumbuk biar sebati.
  • Pecahkan telur dan pukul ringan dengan garfu.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan dikacau rata.
  • Panaskan minyak  dalam kuali.
  • Tuangkan bancuhan telur ke dalam kuali.Guna api yang perlahan,Tutup kuali dgn penutupnya.
  • Balikkan telur dadar agar ianya masak sekata.
  • Siap.

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .