LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 17, 2013

Bingka Ubi Kayu Ala Nyonya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ubi kayu menjadi kegemaran Cm sejak dulu lagi.Tak kira lah di masak dengan apa cara sekali pun memang Cm suka.Rebus dan dimakan dengan sambal tumis pun sedap.Untuk menu berbuka puasa kami hari ini Cm masak kuih Bingka Ala Nyonya.Mendapat "Ilham" dari SINI dan SINI.Terima kasih Cik Cek dan En.Mat.

Satu resipi yang sungguh senang."Leburkan " semua bahan-bahannya dalam mangkuk.Kacau dan bakar...

Bahan-bahannya:

650 gm ubi kayu parut.
1 cawan kelapa parut.
250 ml air.
2 tbsp kelapa parut.
Sedikit garam.
230 gm gula halus.
1 tbsp tepung kastad.
Sedikit esen vanilla.
2 tbsp butter-cairkan-sejukkan.
Sedikit pewarna kuning.
2 biji telur.
Sedikit bijan untuk tabur.

Cara-caranya:


  • Panaskan oven.
  • Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
  • Kisar 1 cawan kelapa parut dengan 250 ml air sehingga hancur.Tuangkan semuanya ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan yang lain tak perlu tapis ya.
  • Kacau sehingga rata dan gula larut.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang.
  • Taburkan sedikit bijan dan  bakar sehingga masak.


Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong ya..jangan tiru Cm ni yang tak sabar nak potong kuih  dan nak ambil gambar jadi hasilnya potongan yang tak lawa :)

6 comments:

  1. Nampaknya bahan lebur tu jadi bingka ubi yang sangat sedap!

    ReplyDelete
  2. suka bingka ubi.....sedappppp

    ReplyDelete
  3. Salam CM.. ermapun suker gak makan bingka ubi lagi satu lepat ubi.. nyamannyer.. dapat ubi rebus ngan sambal tumispun suker gak he he he anak ubi tullah kan? ha ha ha

    ReplyDelete
  4. apa kabar cm. lama tak datang menegur ni. sehat? Kpah tertunggu2 gak cm dtg masa kenduri rumah kpah haritu. Maybe lain kali...

    ReplyDelete
  5. Salam cm...sedapnya...saya suka kuih yang dibuat dari ubi.

    ReplyDelete
  6. UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

    ReplyDelete