LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label teh. Show all posts
Showing posts with label teh. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Teh Tarik

Petang-petang begini sedap jika dapat pekena teh tarik dengan karipap goreng.Cm ingin  berkongsi resipi teh tarik yang sungguh enak sekali.....tak perlu ke kedai mamak ya.Anda boleh menikmati teh tarik di rumah bersama-sama   keluarga.

Bahan-bahannya   .(Sumber asal KakZai Greenwood Park)

(untuk satu teko sedang)

4 tbsp serbuk teh Boh.
3 tbsp serbuk teh cap masjid.
2 tbsp serbuk milo.
Secubit garam.
1/3 cawan susu cair)
Susu pekat manis secukup rasa.(Terpulang pada selera masing-masing).
Cara-caranya:


  • Satukan kedua-dua jenis serbuk teh kedalam periuk yang sesuai.Masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih.Kecilkan api dan biarkan serbuk teh betul-betul kembang.
  • Tapiskan kedalam teko yang sesuai.
  • Masukkan susu cair,milo,garam dan susu pekat manis .
  • Kacau hingga rata.Tuangkan  air panas mendidih jika bancuhan agak  pekat.Tambah mengikut kesesuaian selera masing-masing.
  • Boleh lah lakukan proses "menarik" teh ke dalam gelas yang sesuai....boleh tunjukkan kehebatan masing masing :).....
Pekena teh tarik dengan karipap panas......yum yum....cuba lah:)
Selamat mencuba:)...cuba jangan tak cuba....

Saturday, April 16, 2011

Nasi Goreng

Salam dan selamat sejahtera.Cuaca  redup je hari ini dan ada tanda-tanda hari nak hujan.Lupa pulak nak tengok ramalan kaji cuaca kat tv malam tadi.asyik dok tengok berita terutama perkembangan pilihan raya Sarawak yang berjalan pagi ini.Selamat mengundi pada sahabat-sahabat Cm yang berada di Sarawak.Jangan lupa keluar awal  mengundi tunaikan tanggung jawab sebagai pengundi ya.
Sebenarnya hari ini Cm menjalankan operasi membersih dan mengemaskini dua peti sejuk kat dapur tu.Satu untuk barang barang basah yang digunakan setiap hari dan yang satu lagi untuk simpan bahan-bahan baking Cm.Masyallah banyak juga barang-barang yang dan luput tempoh.Lain kali kena beli dalam skala yang sangat minima.Jangan tamak nanti membazir....membazir adalah amalan syaitan...ingat tu Makcikmanggis ya:) kadang kadang bila ke Yummy Bangi mata jadi silau melilau.Semua benda nak beli terutama tepung.Segala jenis tepung nak diangkut sampai Pakcik geleng kepala hihi.Kesian pakcik:)
Dalam banyak banyak barang dalam freezer terdapat satu tupperware nasi sejuk yang telah Cm bekukan beberapa minggu lepas.Tak ada tarikh luput ya..sendiri bikin.Jadi Cm gorengkan nasi tu dengan rencah-rencah yang ada kat dalam peti ais,Beberapa batang crab sticks,10 ekor udang dan sekor udang galah zaman perang Jepun hehe.Maka jadi lah nasi goreng.Sedap pulak tu(puji)
Tak payahlah letak resepi ya.Jika nasi goreng camni semua orang tahu nak masaknya.Cm hanya tumis guna bawang putih je.Tanpa cili atau bahan-bahan lain.Kemudian masukkan segala rencah dan tuangkan sedikit sos tiram,sos ikan ,kicap cap kipas udang,garam,gula dan lada hitam.Masukkan nasi.Gaul hingga sebati....Nampak tak potongan timun kat atas tu?hmmm itu lah timun hasil dari kebun mini kami.Tetapi agak pelik rupanya sebab berlubang di tengah-tengahnya.
Ini lah timunnya.Agak lain dari biasa sebab ada lubang ditengah-tengahnya.Ok Cm nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan bloggers yang sudi bagi awards kat Cm ni.terima kasih ya.Sebenarnya Cm segan nk terimanya kerana blog Cm ni hanya biasa biasa je.Rasanya jika tanya orang kat luar sana tu kenal tak blog Jom masak Jom makan ni...rasanya boleh dihitung dengan jari je tapi walau bagaimana pun Cm amat-amat menghargainya.Alhamdulillah.Sebenarnya Cm berblog sekadar suka-suka.Nak simpan segala resepi sebagai kenangan buat anak-anak Cm yang di kasihi.Mana lah tahu bila Cm dah tiada lagi ..bila mereka terkenangkan bondanya,boleh lah lihat kat dapur ni:) disamping itu jangan lupa mendoakan pada yang telah tiada..(apa apalah Cm ni kan)
Inilah poskad dari Nieza...terima kasih dan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 ya..masih baru lagi ni.Cm bakal menyambut Ulangtahun perkahwinan yang ke 30 tahun pada bulan Jun ni...hmmm dah nak jadi nenek ..insyallah rasanya hadiah yang paling bermakna sekali.... mendapat cucu pertama ketika menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 30 thn hehe(berangan ni)
Dari love
Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah bagi awards .Cm minta maaf sebab ada yang tak sempat Cm ambik.Bila nak ambik dah lupa blognya..ada yang Cm dah saved tapi lupa nak tulis dari siapa..alamak orang tua memang camni la...maaf banyak-banyak dan jutaan terima kasih semua.....Terima kasih daun keladi.Ceria-ceria selalu:)

Friday, March 25, 2011

Telur Dadar Sayuran.

Salam dan selamat sejahtera.hari ini hanya tinggal kami tiga beranak je kat rumah .Atiqa dan suami telah ke Penang sebelum subuh lagi memandu kereta ke utara kerana nak cari rumah .Suaminya dapat kerja di penang.Sunyi pulak sebab dah lama mereka berdua jadi "penganggur"alhamdulillah bila dapat offer kerja "bertalu-talu" datangnya.rezeki anak yang dikandung tu agaknya:).Syukur pada Allah Taala.

Oleh kerana  tak ramai orang  untuk makan tengahari, Cm hanya masak sup ikan merah dan telur dadar sayuran...oh ya Cm ucapkan jutaan terima kasih pada kawan-kawan yg sudi singgah ke dapur cm ni.Insyallah Cm akan balas komen yang ditinggalkan nanti ya....dan akan buat lawatan balas bila "misi" Cm ni selesai.Ada "Mission Imposible" hehe....

Ibu dan ayah pastinya sangat suka makan telur dadar yang begini tapi si anak kecik akan bermasam muka bila nampak sayur-sayuran dalam telur ni:)semalam Cm tunjukkan Ilhan sedang minum jus peria pada anak Cm dan dia terbeliakkan mata terkejut bagaimana ilhan boleh minum hehe.
Bahan-bahannya:
3 biji telur
1/2 labu bawang besar-dadu
4 biji kacang panjang.
4 pokok daun kucai.
1/2 biji cili masak.-hiris nipis
1/2 cawan tauge.
garam secukup rasa.
sedikit lada hitam.
Cara-caranya:
  • Sayur dipotong kecil
  • Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas dan gaul hingga rata.
  • Panaskan kuali non stick saiz yang paling kecik.Masukkan sedikit minyak jagung,
  • Sendukkan adunan telur kedalam kuali dan masak hingga perang.
  • Balik balikkan agar ianya masak dengan sekata.Siap:)

Sunday, July 18, 2010

Teh Tarik

Teh tarik dah naik harga?jangan susah hati.Ini lah masanya kita pekena teh tarik dirumah bersama keluarga tersayang secara tak langsung  dapat mengeratkan lagi kasih sayang :).Cm selalu mengendap bila mamak buat teh tarik...kita boleh buat lebih sedap dari kat kedai mamak tu.....Rahsianya mesti masakkan serbuk teh bersama air hingga mendidih.Biarkan serbuk teh benar-benar kembang. Pastikan teh mesti pekat . Tapis kemudian campurkan sedikit susu segar atau susu cair kemudian tambahkan dengan  susu pekat manis mengikut selera masing-masing.Jika suka manis boleh lebihkan susu pekat manis tu.Lepas tu tarikkk....siap...dijamin sedap,bersih dan pastinya jimat:)