LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Thursday, December 3, 2015

Rock Melon Frozen Milk And Honey

Pencuci mulut yang sungguh ringkas tetapi rasanya  amat enak sekali.

Bahan-bahannya:)

Buah rock melon...skop dengan penyedok buah tembikai.Masukkan ke dalam kulit melon dan sejukkan dalam freezer 5 hingga 10 minit.

Susu segar...masukkan ke dalam bekas air batu berbentuk bulat dan bekukan.

Honey.

Cara-caranya:

Keluarkan buah rock melon tadi.Isikan dengan ketulan susu segar.Letakkan honey secukup nya dan siap untuk di hidangkan.

Tuesday, December 23, 2014

Puding Raja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Puding Raja / Royal Puding Pahang.


Jala Mas.


5 biji kuning telur di buang tali pusatnya.
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul.
Kelongsong daun pisang - potong sedikit  hujung kelonsongnya

Cara-caranya:


  • Satukan gula dan air dalam periuk yang sesuai.Masukkan daun pandan.Masak sehingga mendidih.Keluarkan daun pandan.
  • Kacau kuning telur sehingga sebati dan tapis.
  • Isikan sedikit kuning telur ke dalam kelongsong daun pisang dan kirai ke dalam air gula yang sedang mendidih tadi.Kirai seperti membuat roti jala tetapi dalam bentuk bulatan.
  • Biarkan telur dalam air gula selama 1-2 minit dan keluarkan dengan menggunakan chopstick atau pun garfu pun boleh.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.(dalam 3-4 kali)..ketepikan jala mas yang sudah siap.


Pisang Goreng.

Pisang yang sesuai untuk buat puding raja ni adalah pisang lemak manis tapi sukar sikit nak cari pisang lemak manis di tempat Cm , ganti dengan pisang emas.

Bahan-bahannya:

Pisang emas.
Sedikit butter.

Cara-caranya:

Panaskan butter dalam kuali yang tidak melekat.Masukkan pisang dan panggang sehingga pisang masak.Ketepikan.(resipi asal..pisang digoreng dengan minyak penuh)


Sos Kastad.

Bahan-bahannya:

1 biji telur.
400ml susu cair.
1 cawan air.
1 helai daun pandan di siat siat dan simpul.
Sedikit essen vanilla.
1 tbsp gula pasir-terpulang pada selera masing-masing tetapi saya lebih suka jika sos kastad ini tidak terlalu manis kerana pisang dan jala mas tu dah manis.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas dan masak dengan api yang sderhana.Sentiasa kacau sehingga mendidih.Matikan api dan biarkan sejuk baru masukkan ke dalam peti ais.


Bahan-bahan hiasan.

Buah prune-potong mengikut selera masing-masing.
Kismis.
Ceri merah dan hijau-belah 4.
Gajus di goreng sekejap,


Cara-cara menghidang Puding Raja


  • Aturkan pisang  dalam bekas yang sesuai terlebih dahulu.
  • Kemudian letakkan jala mas sehingga menutupi pisang.
  • Aturkan buah prune,ceri merah,ceri hijau,kismis dan biji gajus mengikut kreativiti masing-masing.
  • Akhir sekali curahkan sos kastad yg telah disejukkan tadi ke atasnya.

Nota: Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Tahrunnisah Jali kerana sudi berkongsi resipi Puding Raja di Facebook.Diubah suai mengikut  selera sendiri.Cm suka lebihkan bahan-bahan hiasannya terutama prune dan kismis serta biji gajus....kelebihan memasak sendiri.Selamat mencuba ..Insyallah pasti tidak mengecewakan.Sedap!!... sesedap namanya :)

Tuesday, July 1, 2014

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali Ramadhan Cm selalu berazam untuk Pasar Ramadhan Sifar dan Sifar pembaziran.Alhamdulillah walaupun tidak berjaya seratus peratus tetapi Cm rasa amat  berbangga kerana hampir berjaya.Semua yang dihidangkan adalah hasil titik peluh sendiri yang penuh kasih sayang....kasih sayang?...ya kita akan pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah  selamat ,bersih dan halal.

Sebagai contoh hari ini Cm teringin sangat nak makan kuih sagu yang berwarna merah tu tapi bila teringat pesanan suami agar dikurangkan segala bentuk pewarna tiruan di dalam makanan  jadi Cm tukar kepada pewarna asli gula Melaka.Insyalla rasanya lebih sedap dari yang warna merah tu.Tak dapat rasa sebab berpuasa..

Sagu Gula Melaka.

Resipi asal : Kak Pau.

Bahan-bahannya:

A
1 cawan sagu mata ikan.
2 cawan air.
B
1/2 cawan gula Melaka (racik halus)
1 cawan air.
1 helai daun pandan.
C
1 biji kelapa parut (putih)
1/2 sudu teh garam.

Cara-caranya:

  • Rendam sagu dengan 2 cawan air.Pastikan sagu terendam.Jika tak, tambah sedikit lagi air.
  • Masak gula melaka dengan 1 cawan air  dan daun pandan sehingga larut.Tapis dan tuangkan ke dalam loyang sagu tadi.

  • Kukus sagu selama 20 minit atau sehingga masak.



  • Sejukkan kuih sagu sebelum di potong dan digaulkan dengan kelapa parut.
  • Kelapa parut di kukus sekejap dan di gaul dengan garam ya.
Alhamdulillah dengan modal yang tidak sampai 8 rm Cm dapat satu loyang besar kuih sagu ini.Dapat untuk berbuka dan moreh .Memasaknya sangat senang.Resipi asal menggunakan gula merah sebanyak 1 cawan tetapi Cm telah kurangkan separuh  mengikut citarasa sendiri....Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Thursday, June 5, 2014

Cendol

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera,

Cendol

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.
2 tsp air kapur.
6 cawan air.

Ketulan air batu secukupnya.

Cara-caranya:


  • Daun pandan di gunting kecik dan kisar dengan 6 cawan air sehingga hancur.Tapiskan .
  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam periuk yang sesuai dan masak dengan api sederhana.Sentiasa kacau agar adunan tidak berketul ketul.
  • Apabila adunan mula mendidih dan nampak likat perlahankan api.Sentiasa kacau.


  • Kecilkan api dan tutup periuk 3-4 minit.Kemudian kacau lagi sehingga adunan berkilat dan naik wapnya.
  • Bila adunan nampak  seperti  foto di atas ,ianya sedia untuk di masukkan kedalam acuan cendol.Pstt sila abaikan periuk belanga di bahagian belakang tu ya.Cm tak sempat nak kemas sebab waktu berbuka dah dekat tp cendol dalam proses di atas dapur  lagi  hehe.
  • Isikan satu mangkuk air dengan ketulan air batu.Masukkan adunan ke dalam acuan cendul dan tekan perlahan-lahan sehingga selesai.
  • Inilah hasilnya.Jika kawan-kawan ingin mencuba bolehlah guna 1/2 daripada resipi ini ya.Cm harap kawan-kawan dapat beritahu Cm samada berpuas hati atau tidak dengan resipi ini.Nanti dapatlah kita perbaikinya.

Cm suka cendol di campur dengan susu cair dan sirap gula Melaka.Terpulanglah jika ada yang suka campur dengan santan.Sesuaikan dengan selera masing masing.Selamat mencuba ...

Monday, November 11, 2013

Bubur Ca Ca Keladi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Gara-gara kepingin bubur ca ca dari dapur AlongRoz maka hari ni pagi pagi lagi tadaaaaa....dah siap bubur ca ca.:)....Petang nanti tak payah sibuk-sibuk nak fikir apa nak masak untuk minum petang.Satu ketika dulu bubur ca ca yang lemakkk dan manisss memang menjadi pilihan kami suami isteri.Bubur Ca Ca yang mantap  dan power gitu hehe tetapi sekarang sudah "insaf" dan kembali ke pangkal jalan.Sayangilah  diri anda dan orang tersayang jagalah kesihatan......


Bahan-bahannya:

1 cawan bubur ca ca kering.
1/2 biji keladi-potong kiub.
1 buku kecil gula melaka-sesuaikan dengan selera masing-masing.
3 tbsp biji sagu.
1/2 tin susu cair.
6 cawan air.
1/2 tsp garam.
1 helai daun pandan.

  • Masak keladi.biji sagu  dengan bubur caca kering sehingga kembang .
  • Masukkan gula melaka,garam,daun pandan dan susu cair.
  • Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat sedikit.
  • Siap untuk di hidangkan.

Monday, July 29, 2013

Sira Labu Dan Ikan Masin Bulu Ayam Goreng Ranggup.

Bahan-bahannya:

1/2 biji labu (saiz kecil)
1/2 buku gula melaka.
6 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
Sedikit air.
Sedikit kapur.

Cara-caranya:


  • Kupas kulit labu dan potong mengikut selera masing-masing.Bersihkan.
  • Rendam dengan air dan masukkan sedikit kapur.Rendam selama 10 minit.Bilas dan toskan.
  • Masukkan labu ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan sedikit air dan masukkan gula melaka,daun pandan dan bunga cengkih.
  • Masak sehingga labu empuk dan kuahnya likat.Sedia untuk di hidangkan.
Ikan Masin Bulu Ayam.

Bahan-bahannya:

Ikan masin bulu ayam.
Tepung gandum secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

Cuci ikan masin dan toskan dalam tapis.Kemudian taburkan tepung gandum dan gaul hingga sekata.Panaskan minyak dan goreng hingga ranggup.
Selamat berbuka puasa Cm ucapkan semoga ibadah puasa kita di terima olehNya.Insyallah.

Thursday, July 18, 2013

Kuih Som Som.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbulan-bulan lamanya Cm dan  suami mencari benih pokok  Suji atau Pandan Serani tetapi gagal.Ramai yang tidak kenal.Cm pun tahu kewujudan pokok Pandan  Serani ini dari Bibik yang menjaga Aqeel cucu Cm tu.Katanya di Indon mereka gunakan untuk mewarnakan kuih muih seperti Kuih Som Som,Buah Melaka  dan Cendol.Tak perlu menggunakan pewarna tiruan yang ternyata tidak baik untuk kesihatan .

Alhamdulillah ada hamba Allah yang sangat baik hati dan sudi mengirim keratan pokok Pandan  Serani ini pada Cm tanpa mengenakan apa-apa bayaran melalui pos laju.Terharu sangat-sangat kerana kami belum kenal hanya kawan di fb je.Allah sajalah yang dapat membalas budi baik Puan R itu.Terima kasih.

Inilah rupanya daun Pandan Serani.Sebelum di tanam Cm ambil sedikit daunya untuk mewarnakan  Kuih Som Som  ini.Cantik hijaunya apabila dikisar ,gabungan daun pandan biasa dan daun pandan serani menghasilkan warna hijau yan cantik.Tak perlu tambahan pewarna tiruan dan  baunya pun sangat wangi..Mudah-mudahan pokok ini akan berkembang biak dan akan Cm panjang-panjangkan kepada sesiapa yang berminat.

Kuih Som Som.

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras.
1 1/2 tbsp tepung ubi.
Sedikit kapur.-bancuh dengan sedikit air.
1 biji kelapa parut ambil yang putihnya.
5 cawan air.
Secubit garam.
1 cawan air.
4 helai daun pandan.
5 helai daun  pandan serani .

Cara-caranya:


  • Kisar daun pandan dan daun pandan serani dengan 1 cawan air-tapiskan.
  • Kisar kelapa parut dengan 5 cawan air sehingga hancur-tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahannya hingga sebati dan tapis.
  • Dengan menggunakan periuk yang tidak melekat masak atas api yang sederhana.
  • Sentiasa mengacau adunannya tanpa henti sehingga adunan berkilat dan keluar wap.
  • Sejukkan dalam bekas  pilihan anda.Apabila sejuk boleh lah simpan dalam peti sejuk.

Sila abaikan rupa kuih ini kerana Cm tak sabar nak ambil gambar.Tak sempat nak tunggu betul-betul sejuk telah di keluarkan dari bekasnya :(

Sirap Gula Melaka.

Bahan-bahannya:

1 buku gula Melaka.
1 cawan air.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan hingga agak pekat.Siap untuk dihidangkan bersama Kuih Som Som.Sedap dimakan setelah di sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu.





Tuesday, July 2, 2013

Cendol - II



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat tengahari .Sejak akhir-akhir ini cuaca extra panas jadi jangan lupa minum air lebih ya.Dari  semalam tekak mulai perit dan hari ini Cm dah mula batuk-batuk.Harap tak berpanjangan la.Orang tua macam Cm ni jika batuk memang ada masalah besar :(

Hari ini sekali lagi Cm masak cendol tetapi dengan menggunakan resipi yang berbeza dan acuan yang berbeza..Alhamdulillah sungguh berpuas hati jika di bandingkan dengan acuan yang terdahulu.Acuan yang baru ini lebih besar tetapi mempunyai lubang yang lebih kecil dan cantik..Resipi asalnya Cm ambil DISINI.


Bahan-bahannya:

1/2 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung Hong Kwee hijau.
3 cawan air daun pandan-(5 helai daun pandan di kisar dengan 3 cawan air.)


Air ais yang mencukupi.

Cara-caranya:


  • Satukan tepung beras,tepung hong kwee dan air daun pandan ke dalam periuk nonstick.
  • Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah dikacau tanpa henti sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Masukkan air ais ke dalam mangkuk.
  • Curahkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam mangkuk ais.

Sangat berpuas hati.Cendolnya pun tak cepat patah atau hancur walaupun dikacau kacau dengan senduk.Seronok betul :)



Resipi yang menggunakan tepung Hong kwee hijau lebih wangi dan setelah dimasak adunannya lebih lembut.Selamat mencuba :)




Sunday, June 30, 2013

Tako ( Thai Pudding With Coconut Topping)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat petang semua :) Cm dah siap masak kuih Tako,satu lagi kuih dari negara jiran.Pertama kali Cm mencuba kuih kegemaran kami sekeluarga.Dulu pernah cuba buat casing /kotak dari daun pandan tetapi gagal kerana Cm main taram je ikut suka sendiri,Ada lobang di tengah-tengahnya serta bentuk yang herot merot :(.

Kali ini Cm belajar dengan berpandukan step by step dari beberapa buah blog Thai.Alhamdulillah berjaya akhirnya walaupun tak berapa cantik.Nak cantik nampak gayanya botak lah pokok pandan kat tepi rumah ni.Terima kasih pada Puan Neo kerana bawakan daun pandan untuk Cm tengahari tadi.Alhamdulillah.Rezeki.
Thanks to  Wendy kerana berkongsi resipi kuih Tako ini.Cm selalu singgah ke  dapur Wendy jika ingin mencari resipi masakan Cina tetapi kali ini dapat pulak resipi  masakan Thai .

Bahan-bahannya:

Lapisan Pandan:

25 gm tepung Hong kwee.
250 ml air perahan daun pandan.
40 gm gula pasir.
3 biji sengkuang Cina-cincang kasar.


Lapisan Santan:

15 gm tepung hong Kwee
125 ml air.
125 ml santan.
Secubit garam.
40 gm gula pasir.


Cara-caranya:


  • Sediakan bekas /casing dari daun pandan.Cm bentukkan dengan menggunakan daun pandan yang berukuran  7 inci.Jadi saiz kuih Tako ini agak kecil.
  • Satukan semua bahan-bahan untuk adunan pandan ke dalam periuk non stick.Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah sentiasa kacau sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Sudukan ke dalam  bekas daun pandan agak-agak 1/2 bahagian.
  • Kemudian satukan bahan-bahan bahagian santannya pula.Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat,
  • Tuangkan ke atas permukaan adunan pandan tadi .Biarkan adunan sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Siap untuk di hidangkan.



Kali ini  sambutan yang diterima sungguh baik,hilang dalam beberapa minit je jadi Insyallah Cm tanda resipi ini untuk Ramadhan yang akan datang  tidak lama lagi :) pening la makan Tako hari-hari .

Sunday, June 23, 2013

Cendol / Lod Chong.( I )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ramadhan datang lagi,kedatangan mu ku tunggu dengan penuh rasa gembira dan debaran.Lebih kurang 15 hari lagi umat islam akan menyambut bulan puasa dan ramai yang telah mula melatihkan diri berpuasa sejak bulan Rejab lagi.

 Alhamdulillah.Saat yang paling manis sekali apabila tiba waktu berbuka yang menandakan kita telah berjaya menahan lapar dan dahaga selama sehari suntuk...jangan salah faham ya berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja  tetapi menjaga tuturkata..pandangan dan pendengaran.Banyakkan berzikir dan membaca Al Quraan.Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..Amin.



Setiap kali bulan puasa  Cm jarang ke pasar Ramadhan.Kami berbuka seadanya sahaja .Itulah permintaan suami yang selalu menasihati kami anak beranak agar jangan membazir dan jangan menjadikan bulan puasa sebagai pesta untuk makan-makan.Selalunya kami berbuka puasa dengan buah tamar ,minuman panas dan sejuk serta nasi.

Sekali sekali Cm akan sediakan sejenis kuih tetapi selalunya suami akan menjamah kuih selepas solat terawih.Cendol salah satu kegemaran suami dan anak-anak.Tahun ini insyallah Cm akan cuba buat cendol sendiri :)

Cendol : Sumber KakBesah.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung beras.
3 cawan air daun pandan.(10 helai daun pandan di kisar dengan 3 cawan air)
1/2 tsp kapur -bancuh dengan 2 tbsp air.
Sedikit pewarna hijau-optional.
2 tbsp penuh tepung ubi.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas hingga sebati dan tapiskan.
  • Tuangkan ke dalam periuk non stick dan masak dengan api yang sederhana.
  • Sentiasa mengacaunya agar tidak berketul-ketul.
  • Masak sehingga mendidih dan adunan menjadi licin serta bersinar,
  • Sementara itu masukkan air dan sedikit ketulan air batu ke dalam bekas yang sesuai.
  • Sendukkan adunan kedalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang mengandungi air batu tadi.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk di hidang mengikut citarasa masing masing.
  • Ada yang suka makan bersama santan,gula melaka dan kacang merah serta durian.
Inilah acuan cendol yang Cm gunakan.Tetapi lubangnya agak besar jadi hasil cendol kali ini lebih besar saiznya . Selamat mencuba .

Thursday, April 4, 2013

Sira Pisang/ Pisang Sira.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm nak berkongsi dan abadikan satu resipi mudah dengan kawan-kawan di dapur Makcikmanggis ni.Jika ada kawan-kawan yang berpuasa  khamis hari ini, bolehlah masak pemanis mulut ini   untuk berbuka puasa.Cepat dan senang,tak sampai 15 minit dah siap.

Bahan-bahannya:

4 biji pisang -Cm guna pisang abu.
1 ketul kecil gula melaka (agak-agak)
1/4 cawan gula pasir.
5 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
1/2 cawan air.

Secubit kapur.
Cara-caranya:


  • Kupas pisang dan dibelah dua.
  • Rendam dengan air kapur sekejap dan toskan.
  • Masak gula merah,gula pasir,daun pandan,bunga cengkih dengan  1/2 cawan air sehingga larut dan likat.
  • Masukkan pisang dan masak sehingga air gula meresap kedalam pisang.
  • Guna api yang pelahan untuk mengelakkan dari hangus.


Sunday, July 1, 2012

Banana & Ice Cream.

Assalamualaikum dan delamat sejahtera.


Selamat berhujung minggu semua.......Tiba-tiba Cm rasa nak makan Pisang Dengan Ice Cream.Terpanggil-panggil dan tidak dapat ditangguh-tangguh lagi.Pagi tadi makan nasi lemak yang dibeli oleh menantu Cm tetapi rasa tak berapa kena dengan sambalnya atau mungkin selera Cm yang meragam selepas demam beberapa hari.Hidung pun tersumbat dan suara masih lagi kedengaran seperti Rock kapak punya orang......Boleh lah ganti Ella jika berterusan macam ni hehe.
Cm mengajak Si adik menemani Cm untuk beli ais krim berperisa Vanilla..ke station Petronas..tak ada...ke Pasaraya Darusallam pun tak ada....akhir sekali jumpa kat Speed Mart.banyak dugaan  betul hanya untuk dapatkan Ice Cream perisa Vanilla.....

Bahan-bahannya:

Ais Cream Vanilla.
Pisang berangan atau apa-apa je pisang yang sesuai.
Madu.
Sedikit Butter.
Tepung jagung.

Cara-caranya:

Pisang dibuang kulit dan di belah dua.Bancuhkan sedikit tepung jagung.Celupkan pisang kedalam bancuhan tepung jagung.Bancuhan jangan pekat ya..agak-agak melekat pada pisang je bukan seperti adunan untuk goreng pisang.

Panaskan butter dalam kuali non stick.Goreng pisang hingga masak dan warna keeamasan.Sejukkan dulu baru di hidangkan dengan ice cream,.

Cara untuk menghidangnya: Aturkan pisang ke dalam pinggan atau piring.Skopkan Ice cream,Picitkan sedikit madu keatas Ice Cream. dan pisang.Siap:)......

Selamat berhujung minggu:)

Tuesday, December 20, 2011

Kek Durian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Sekarang ini musim durian.Semasa balik Pahang  minggu lepas Cm beli 2 longgok durian(10 biji) dengan harga  Rm 15 sahaja.Cm kopek  ambil isinya dan simpan dalam freezer....boleh buat macam macam  projek dengan isi durian tu:)



Lihatlah betapa enaknya kek durian ni:) aikkk ada yang tutup hidung?hehe maaf lah ya Cm memang minat sangat dengan Raja Buah ni.....tak kira lah makan begitu saja atau dijadikan bahan untuk kek dan kuih muih....Rupa kek durian yang Cm buat ni tak cantik tapi rasanya mantap:)Sedap!!!Tak percaya? boleh cuba...Jom lihat resepinya....



Untuk kek Span.

5 biji telur.
160 gm gula halus.
15 gm ovalette.
125 gm tepung gandum.
1 tsp baking powder.
40 ml air.
75 gm melted butter.



Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga gebu.Kemudian masukkan butter.Pukul lagi hingga kental.Tuang kedalam loyang  bulat  berukuran 9".Bakar hingga masak dan keluarkan serta merta dari loyang apabila kek telah masak.Sejukkan atas redai.


Puree Durian.

200 gm isi durian.
60 gm gula.
120 ml air.

3 tbsp gelatine.
6 tbsp air.

160 gm whipped cream.


Hiasan:

150 gm whipped cream.




Cara-caranya:
  • Masukkan durian,gula dan air kedalam periuk.Masak hingga hancur.
  • Panaskan gelatine dengan 6 tbsp air dengan cara double boiler hingga hancur.
  • Tuangkan ke dalam paste  durian.Kacau hingga rata.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian di kacau bersama dengan 160 gm Whipped Cream hingga sebati...untuk di sapu pada kek seperti gambar dibawah.
  • Sebahagian lagi di ketepikan untuk di curah ke atas kek yang telah siap nanti.
  •  Potong kek kepada 2 bahagian.Potong secara mendatar.
 Sapukan krim durian pada kek dan katup dengan kek yang sekeping lagi tadi.Simpan dalam peti sejuk sehingga krim keras.Keluarkan kek dan sapu dengan Whipped cream.Akhir sekali curahkan paste durian keatas kek.Simpan sekejap di dalam peti sejuk agar senang untuk di potong.


Lihatlah betapa sedapnya Topping durian tu:)...yum yum...


Komen:)..no komen hehe....terlampau sedap!
Rujukan..buku Penyediaan kek kreatif oleh  Alex Goh