LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, July 29, 2013

Sira Labu Dan Ikan Masin Bulu Ayam Goreng Ranggup.

Bahan-bahannya:

1/2 biji labu (saiz kecil)
1/2 buku gula melaka.
6 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
Sedikit air.
Sedikit kapur.

Cara-caranya:


  • Kupas kulit labu dan potong mengikut selera masing-masing.Bersihkan.
  • Rendam dengan air dan masukkan sedikit kapur.Rendam selama 10 minit.Bilas dan toskan.
  • Masukkan labu ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan sedikit air dan masukkan gula melaka,daun pandan dan bunga cengkih.
  • Masak sehingga labu empuk dan kuahnya likat.Sedia untuk di hidangkan.
Ikan Masin Bulu Ayam.

Bahan-bahannya:

Ikan masin bulu ayam.
Tepung gandum secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

Cuci ikan masin dan toskan dalam tapis.Kemudian taburkan tepung gandum dan gaul hingga sekata.Panaskan minyak dan goreng hingga ranggup.
Selamat berbuka puasa Cm ucapkan semoga ibadah puasa kita di terima olehNya.Insyallah.

3 comments:

  1. Selamat berbuka puasa, CM ! Semoga semua sihat2 belaka. Wow...that pumpkin dessert looks so tempting. Slurppp...
    Hope you're having a lovely evening.
    Kristy

    ReplyDelete
  2. Oooo... nak cuba goreng ikan masin bulu ayam style CM, tapi alahai... kena balik kg dulu baru boleh jumpam ikan masin bulu ayamlah pulak! Simpan dulu resepinya... tq CM.

    ReplyDelete
  3. Labu ada ni CM, boleh cuba resepi ni.. Tergoda jer tengok tu ;)

    ReplyDelete