Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jika nak kuruskan badan elok lah makan makanan atau lauk seperti ini.Tiada lemak..tak perlu menumis.Main lebur je dalam periuk.Cm memang suka masakan yang begini.Teringat masa kecik-kecik dulu,mak selalu masak rebus-rebus je.Wan(ayah) Cm memang suka sangat masakan asam rebus dan singgang...Semoga Wan cepat baik....ayah Cm dah lama uzur kerana sakit tua tetapi sehari dua ni beliau asyik demam je....Jom kita lihat bahan-bahannya....
Bahan-bahannya:
3 keping ikan merah atau ikan jenahak.
8 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam biji -ketuk kasar
1 sudu teh halba biji
1 keping asam gelugur
Beberapa biji cili api.
1 buku kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
- Perapkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit hingga hancur.
- Didihkan 2 cawan air(jika suka kuah lebih tambahkan air).
- Masukkan bahan-bahan tumbuk,lada hitam dan halba serta kiub ikan bilis.
- Kemudian masukkan ikan dan masak hingga mendidih baru masukkan asam keping,gula ,garam dan cili api.
- Perlahankan api dan biarkan mendidih sekejap.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Psttt...pssttt...masih dengan gambar cucu Cm ni hehe..jangan marah ya:)..semasa Cm mandikan maryam pagi tadi dia tak mahu bangun hingga dalam besin mandi masih tidur.rasa lucu sangat bila mandi pun tak mahu bangun.jika malam tidur seperti tu alangkah bagusnya:)