LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 17, 2011

Ikan Masak Pindang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jika nak kuruskan badan elok lah makan makanan atau lauk seperti ini.Tiada lemak..tak perlu menumis.Main lebur je dalam periuk.Cm memang suka masakan yang begini.Teringat masa kecik-kecik dulu,mak selalu masak rebus-rebus je.Wan(ayah) Cm memang suka sangat masakan asam rebus dan singgang...Semoga Wan cepat baik....ayah Cm dah lama uzur kerana sakit tua tetapi sehari dua ni beliau asyik demam je....Jom kita lihat bahan-bahannya....

Bahan-bahannya:

3 keping ikan merah atau ikan jenahak.
8 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam biji -ketuk kasar
1 sudu teh halba biji
1 keping asam gelugur
Beberapa biji cili api.
1 buku kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:

  • Perapkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
  •  Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit hingga hancur.
  • Didihkan 2 cawan air(jika suka kuah lebih tambahkan air).
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk,lada hitam dan halba serta kiub ikan bilis.
  • Kemudian masukkan ikan dan masak hingga mendidih baru masukkan asam keping,gula ,garam dan cili api.
  • Perlahankan api dan biarkan mendidih sekejap.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
** Jika suka pedas masa makan tu picit-picitkan cili api dalam kuah..baru ada ummph:)

Psttt...pssttt...masih dengan gambar cucu Cm ni hehe..jangan marah ya:)..semasa Cm mandikan maryam pagi tadi dia tak mahu bangun hingga dalam besin mandi masih tidur.rasa lucu sangat bila mandi pun tak mahu bangun.jika malam tidur seperti tu alangkah bagusnya:)




17 comments:

  1. cutenya boleh tido masa mandi. Senang Atiqah nak belajar macam mana nak mandikan baby, tak bergerak ;-). Masak lemak tu pun lebur-lebur je kan.

    ReplyDelete
  2. First time tido dalam besin.Cm masih tak percaya Atiqah nak mandikan Maryam..takut terlepas kedalam besin..ya..masak lemak keledek pun main lebur je..senang dan sedap.Partnernya samada ikan masin atau sambal belacan atau pun budu..boleh pensan hehe

    ReplyDelete
  3. bagus kan msk rebus-rebus gini CM kalau setiap hari saya mkn gini sure leh kurus tapi tu la godaan mkn berlemak yg thn tu...hehe suka tgk maryam tido...mandi pun tido ke?...senangnya tido..comel sgt:)

    ReplyDelete
  4. kapah kalau masak lauk ni, tak payah makan nasi.akan ikan dan hirup kuah nya je.

    comel tul si maryam..

    ReplyDelete
  5. mak mas suka masak gini...
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  6. Amboi2 syiook nya bb Maryam ni titun.... rasa nak tumpang sekaki lak...hehehe

    ReplyDelete
  7. alololololo.... makcik tunjuk muka bb tu dekat2 kita geram lah! sbb tak dpt nak cium2 dia! suke sgt cium bb eeeeeeee...geram betul! comellllllll!!! nanti bb dtg siam tauu! auntie nak dukung2 :D lauk org pantang mmg sedap kita suke sbb main rebus2 jerrr sedapppp!

    ReplyDelete
  8. Saya memang suka masakan macam ni boleh hirup kuah dia.

    Semoga bapa cm cepat sembuh.

    Geram tengok Maryam jelesss....

    ReplyDelete
  9. Kak CM,
    I suka sangat masak pindang..lama dah tak makan..I think the last time I makan when I was in pantang also.This is one of my lauk pantang selain asam rebus,sup ikan kurau tauhu,kuah lada etc.Kak CM, pindang ni sama ke dengan singgang?We nyonyas panggil pindang aje and i was wondering if pindang and singgang lauk yang sama.
    Geram I tengok baby Maryam!!

    ReplyDelete
  10. Comelnyer baby maryam...geram tengok..masa ni sume baby baik jer..tido jer..kalo dah besar macam dak Ryan tu, sume nk diusik...hehehe...

    LAuk kegemaran saya tu, tp suami saya tak suka, katanya lauk hospital/makanan orang sakit..

    Mak mertua saya pun selalu masak pindang gitu, kononnya nk turunkan kolesterol ler..tp dah bertahun makan cenggitu, idak jugak kurus, kolesterol pun tak turun juga.. baik ler saya ni, diet dua tiga bulan dh kurus..gamaknya orang tua payah nk kurus kot yer...hahaha....

    ReplyDelete
  11. Baby is adorable. Your ikan masak pindang looks divine! Salivating already! hehe

    ReplyDelete
  12. ilah dah mula makan rebus2 kak sejak kolestrol dah naik semula setelah tak mkn ubat 2 bulan lepas..
    ala cucu kitaaaa tidoq dlm ayaq??? sah2 la mlm tak tido mcm kak najihah yg sulung tuuu mlm jaga sampai penuh kain lampin 1 baldi huhuuuu baru dia tido semula masa tu tak de lampin pakai buang lagi...adaaa tapi tak reti nak guna lagi...

    ReplyDelete
  13. Hari ni hampa, pak nelayan balik tak bawa apa-apa. Semoga esok ada ikan nya. Bahan tu je takde. CM nanti email alamat rumah kat Diana nanti saya kirim benih sunflower (diana.demiyah@gmail.com).

    ReplyDelete
  14. masakan yg ringkas namun sedap dan berkhasiat ..kan

    comelnya si maryam, lena sungguh nampaknya

    ReplyDelete
  15. CM, I think one day you're going to miss your grandchild dearly when she's moving home with her mom after her confinement. She's really adorable. So geram! Saya pun nak cium dia-lah! :o)
    Kristy

    ReplyDelete