Showing posts with label apa-apa je. Show all posts
Showing posts with label apa-apa je. Show all posts
Thursday, October 3, 2013
Ayam Goreng Kalasan Berseri / Tepung Oh Tepung...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kita dikejutkan dengan berita kematian 4 orang di Kedah akibat keracunan makanan di majlis kenduri kahwin.Ayam masak merah puncanya.Berita ini sungguh menakutkan Cm.Menyediakan makanan untuk 2000 tetamu bukan jumlah yang sedikit dan bukan kerja yang mudah.Tak tahu berapa ratus ekor ayam yang perlu di sediakan.Apabila memasak dalam jumlah yang begitu besar maka aspek kebersihan perlu di titik beratkan (Bila masak sedikit pun kebersihan di utamakan juga tetapi lebih senang di uruskan ).Tak tahu lah bagaimana silapnya sehingga berlaku perkara yang tidak siapa pun yang inginkan itu :(
Semasa anak menantu dan cucu balik bercuti minggu lepas Cm beli dua ekor ayam kampung untuk dimasak Ayam Goreng Kalasan Berseri .Alhamdulillah ayam kampung sangat sesuai dimasak begini kerana ayam perlu direbus terlebih dahulu dengan bumbunya sebelum di goreng.Ayam kampung isinya agak pejal dan jika direbus ianya tak cepat hancur..
Resipinya ada di Ayam Goreng Kalasan Berseri.Insyallah anak anak anda pasti menyukai ayam yang dimasak dengan cara ini.Serdak dari bumbu dan kelapa parut tu sedap dimakan ketika masih panas.Gaulkan dengan nasi panas memang "menyangkut" sekali :)
Tepung Gandum.
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/03/26/The-Little-Known-Secrets-about-Bleached-Flour.aspx
Jika ada masa silalah baca tulisan berkaitan dengan tepung gandum ini.Memang menakutkan.Mesti cari jalan atau pilih tepung gandum yang lebih sihat contohnya tepung gandum organik.Cm menggunakan tepung yang agak banyak setiap bulan kerana masak roti sendiri dirumah.
Wednesday, July 3, 2013
Acar Masak..Ramadhan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu depan umat islam mula berpuasa.Semoga kesihatan kembali normal setelah beberapa hari terbatuk-batuk.Orang lain masa jerebu hari itu batuk dan demam tapi Cm ni selepas jerebu baru lah batuk,selsema melanda.Alhamdulillah Allah bagi sakit yang sungguh minima berbanding dengan orang yang mengidap penyakit kronik yang sukar untuk sembuh.
Menjelang Ramadhan terkenangkan arwah ayah.Beliau orang yang paling sibuk untuk menyambut puasa.Beli lauk pauk dan barang-barang keperluan dapur.Sebelum tidur arwah ayah akan berpesan pada kami agar jangan lupa "pasang" niat...."Sahaja aku berpuasa sebulan,bulan Ramadhan kerana Allah Taala"...ha..ingat tu jangan lupa niat.Masih terngiang-ngiang ditelinga pesanan arwah ayah.
Cm jarang menulis tentang arwah ayah yang Cm panggil Wan,bukan tak ingat tetapi Cm buat-buat lupa agar tidak rasa terlalu sedih /merinduinya.Setiap kali selesai solat tidak pernah lupa untuk mendoakan agar rohnya ditempatkan di Syurga bersama-sama para Anbiya dan Syuhada.Semoga Allah ampuni segala dosa-dosanya.Semoga kami di ketemukan di Syurga..Insyallah.
Kami bangga dengan Wan yang buta huruf,tidak pernah besekolah seorang yang yatim piatu sejak umur 8 tahun tetapi mempunyai pandangan yang jauh tentang pendidikan anak-anak.Walaupun Wan hanya buruh kasar bergaji sekitar rm 3sehari pada tahun 1973 tetapi semua anak-anak Wan berjaya dalam pelajaran.Kehidupan kami bertambah baik sedikit demi sedikit.Wan pula sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupannya.
Kami selalu ketawa bila Wan buat lawak bila ada orang bercakap besar tentang kejayaan anak-anak mereka.Wan akan keluar ayat-ayat mautnya...hah Engineer?buleh muat dengan lori..Dokter?belana koknar kat rumoh nih hehehe.... Begitulah Wan..alfatehah.
Bahan-bahannya:
1 biji timun-buang biji dan potong nipis memanjang.
1 batang karot-potong kecik memanjang.
Sedikit bijan.
5 batang kacang panjang.-potong
6 ulas bawang putih-kupas biarkan sebiji sebiji.
3 tangkai cili kering.
4 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
Gula merah secukupnya.
Cuka secukupnya.( Cm guna cuka kurma)
Garam secukup rasa.
2 inci halia.
Secubit kapur sireh.
1 inci kunyit hidup.
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara-caranya:

- Rendam kacang panjang.timun dan karot dengan air kapur sekejap.
- Kisar bawang merah,cili kering,halia,kunyit dan 3 ulas bawang putih hingga hancur.
- Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
- Masukkan gula merah,garam dan cuka.Kacau rata.
- Kemudian masukkan sayur-sayuran dan 6 ulas bawang putih.
- Masak sehingga layu.Rasa masam,manis dan masin.Biar seimbang.Taburkan bijan.kacau hingga rata.
Thursday, June 13, 2013
Monday, June 10, 2013
Pulut Tai Tai / Pulut Tekan.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Semalam Cm ada bercerita tentang kaya karamel yang di masak untuk dimakan bersama Pulut Tai Tai salah satu menu Cina Peranakan.Pokok bunga telang di kebun Cm sentiasa menghasilkan bunga jadi untuk tidak membazir Cm gunakan sepenuhnya.Bunga telang ni boleh di jadikan salad ,campur dengan sayur-sayuran lain.Sungguh menarik warnanya.Adakalanya Cm masukkan ke dalam minuman sebagai warna semula jadi..menarik :)..suka sangat melihat warna biru dalam minuman.
Pagi semalam Cm memasak 3 jenis kuih untuk sesi bergambar dengan akhbar New Straits Times untuk edisi sisipan STREETS hari selasa ,besok :)...ngeee hehe ...Just for fun :)p ..jangan lupa beli Nst esok ya hehe.
Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan beras pulut-rendam sekejap.
1/2 cawan santan pekat.
1 cawan santan cair.
10 kuntum bunga telang -masak dengan sedikit air sehingga keluar warnanya.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan-simpulkan.

- Gaul pulut bersama santan cair & daun pandan dan kukus sehingga lembut.
- Keluarkan dari pengukus .Masukkan santan pekat bersama garam gaul sehingga rata.Sudukan air bunga telang ke atas pulut .Biarkan bertompok-tompok agar warnanya tidak sekata.
- Kukus lagi sehingga masak.
- Tekan-tekan pulut sehingga padat dan rata.Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.
Nota:
Sukatan santan bergantung pada jenis pulut yang kita gunakan.Adjust mengikut keadaan.
Sukatan santan bergantung pada jenis pulut yang kita gunakan.Adjust mengikut keadaan.
Wednesday, December 5, 2012
Monday, August 20, 2012
Monday, August 6, 2012
Sambal Petai & Balik Kampung.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cm minta maaf banyak-banyak sebab akhir-akhir ini tiada resipi yang menarik untuk dikongsi bersama.Kesibukan yang tidak dapat dielakkan.Tidak dapat nak berjalan-jalan ke dapur kawan-kawan.Insyallah jika ada masa terluang pastinya Cm akan menziarahi dapur kawan-kawan yang Cm kasihi.:)
Sambal Petai.
Gambar di ambil dalam keadaan tergesa-gesa,comot sana sini.Dalam kepala ni macam-macam berfikir..berputar-putar...Cucunda Cm Aqeel telah dimasukkan semula ke hospital.Kesian baby Aqeel...tolong doakan untuk Aqeel ya.Hasbunallah.......pada Mu kami berserah dan bertawakkal.
Semoga baby Aqeel kembali sihat.Ujian dan dugaan yang kami hadapi membuatkan kami lebih dekat denganNya.Terasa Dia lebih hampir agar kami dapat berbisik mohon pertolongan dan kekuatan.Pada siapa lagi untuk kami berserah kecuali kepada yang Maha Esa.......
Setiap kali balik kampung kami akan singgah di pasar pagi Bentong.Seronok kerana semua sayur sayur kampung ada di jual disana.Petai menjadi pilihan Cm.
Asam keping.cili api,petai...
Meriah dan kebanyakan peniaganya adalah warga emas.
Sotong Kering.
Ayam Kampung.
Ikan haruan.
Halia Bukit Tinggi yang terbaik di Malaysia.
Thanks to our CoPilot:)

Monday, July 30, 2012
Aqeel & Ifftar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah kami panjatkan seribu kesyukuran pada Allah Taala kerana Cucu kami Aqeel telah selamat kembali kerumah setelah hampir dua bulan berada di NICU Hospital Putrajaya ( lahir tidak cukup bulan.)Aqeel merupakan cucu kami yang kedua selepas Maryam.
Hari ini kami berbuka puasa bersama Papatok dan Mamatok Aqeel dari Jb.Mereka berdua datang dari jauh semata-mata nak melihat Aqeel buat pertama kalinya kerana semasa didalam NICU pelawat tidak dibenarkan sama sekali kecuali ibu dan bapa pesakit sahaja.
Al;hamdulillah kami dapat berbuka bersama-sama,Tok Abah membaca doa selamat ringkas buat Aqeel.Semoga Aqeel sihat dan menjadi anak yang soleh.Cm hanya memasak Nasi Arab serta Rendang Daging.Mamatok & Papatok yang membawa Nasi Beringin dan beberapa jenis lauk pauk yang di tempah khas dari Muar.Alhamdulillah.Terima kasih pada Mamatok dan Papatok....Semuanya sedap-sedap belaka.
Nasi Beringin.
Nasi dan lauk pauk yang didatangkan khas dari Muar.
Tuesday, July 17, 2012
.Lihatlah Dengan Matahati.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tidak ada perkataan yang dapat Cm gambarkan di sini untuk membayangkan bagaimana perasaan gembira dan teruja apabila dapat bertentang mata dengan penulis kesayangan Cm Pn.Roza,penulis buku Bukan Sekadar Resipi.Pagi pagi lagi kami(Cm dan Suami) bertolak dari Putrajaya ke Uitm Shah Alam untuk menghadiri majlis pelancaran buku Pn.Roza dan Prof.kamil agar kami tidak terlewat.Alhamdulillah Cm sempat sampai sebelum majlis bermula dan sempat pula menghulur buku di atas agar ditanda tangan oleh penulis.Terima kasih Pn Roza:)dan terima kasih Prof Kamil.....
Sungguh teruja.....
Prof dengan Peminat-peminatnya:)
Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk bersama-sama dalam majlis ilmu bersama Prof Kamil dan Pn Roza.Kepada kawan-kawan yang ingin mendengar Tazkirah dari Prof .Cm link kan seperti dibawah.
http://youtu.be/EFWJjGXTWkQ
http://youtu.be/HRr1Q_SnRBo
http://youtu.be/dBJ8N9cj_B8

Monday, June 4, 2012
Pulut Semangat.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ulang Tahun.
4 hb.jun 2012 genap lah 31 tahun usia perkahwinan kami.Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa.Satu jangka masa yang panjang tapi kami lalui dengan gembira dan penuh kesyukuran.Tak banyak onak atau duri yang perlu kami redah...,...segalanya berjalan dengan lancar hari demi hari ,bulan berganti tahun kami hadapi dengan penuh rasa keinsafan serta berkasih sayang keranaNya dan selalu berserah kepadaNya.Jika terdapat kesulitan kami menadah tangan memohon pertolongan dariNya......Alhamdulillah kerana segalanya di permudahkan .
Pulut Kuning.
Masa kecik-kecik dulu jika kami lulus periksa,mak akan masak pulut kuning.tiada lauk yang special cuma dimakan dengan hirisan telur dadar.Pulut yang emak masak memang sedap dan tahan hingga seminggu lamanya .Takkan basi.Cm pula suka makan pulut kuning dengan gula.
Cm teringin nak hias pulut kuning seperti Kak wan buat:)tapi bahan-bahan yang ada hanya lah telur ayam dan telur puyuh .Mommy Maryam cakap pulut kuning Cm kali ini macam zoo hehe.Selamat hari jadi buat Maryam..besok genap 1 tahun umurnya.
Bahan-bahannya:
1 kg beras pulut
1/2 tbsp serbuk kunyit.
1 1/2 cawan santan pekat.
2 tsp garam.
Cara-caranya:
- Rendam beras pulut dan serbuk kunyit selama 2-3 jam.
- Toskan airnya.
- Kukus sehingga pulut lembut&masak.
- Apabila masak,keluarkam pulut dari pengukus dan gaul bersama santan dan garam sehingga rata.
- Kemudian kukus lagi pulut sehingga betul-betul masak.
- Apabila masak,buka penutup kukusan dan biarkan diatas api selama 10-15 minit.
- Siap untuk di hidangkan bersama rendang atau kuah kari.
** Sedap juga bila di lapis dengan serunding daging.
Sunday, June 3, 2012
Kenduri Kahwin Di Al-Rawsha Restaurant kg.Pandan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sepanjang dua minggu cuti sekolah ini Cm banyak menerima jemputan ke majlis Kenduri Kahwin.Malam ini kami baru balik menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak lelaki kawan baik Cm di Restaurant Al-Rawsha Kampung Pandan.Alhamdulillah kenduri ini agak special kerana bukan makan nasi beriani atau nasi minyak tetapi nasi Arab.:)
Sempat "posing" walaupun dalam gelap hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)