LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, July 30, 2012

Aqeel & Ifftar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah kami panjatkan seribu kesyukuran pada Allah Taala kerana Cucu kami Aqeel telah selamat kembali kerumah setelah hampir dua bulan berada di NICU Hospital Putrajaya ( lahir tidak cukup bulan.)Aqeel merupakan cucu kami yang kedua selepas Maryam.

Hari ini kami berbuka puasa bersama Papatok dan Mamatok Aqeel dari Jb.Mereka berdua datang dari jauh semata-mata nak melihat Aqeel buat pertama kalinya kerana semasa didalam NICU pelawat tidak dibenarkan  sama sekali kecuali ibu dan bapa pesakit sahaja.

Al;hamdulillah kami dapat berbuka bersama-sama,Tok Abah membaca doa selamat ringkas buat Aqeel.Semoga Aqeel sihat dan menjadi anak yang soleh.Cm hanya memasak Nasi Arab serta Rendang Daging.Mamatok & Papatok  yang membawa Nasi Beringin dan beberapa jenis lauk pauk yang di tempah khas dari Muar.Alhamdulillah.Terima kasih pada Mamatok dan Papatok....Semuanya sedap-sedap belaka.







Nasi Beringin.

Nasi dan lauk pauk yang didatangkan khas dari Muar.


10 comments:

  1. CM congratulations on your 2nd grand kid. Glad that everything is fine now. Take care & selamat berpuasa.
    Kristy

    ReplyDelete
  2. Salam. Tahniah CM atas kelahiran cucu kedua! Saya pun nenek kpd dua orang cucu lelaki.

    ReplyDelete
  3. alhmdulillah kak nah..akhirnya cucu kita pulang kerumah dgn sihatnya.. lama kan kak nah 2 bulan tuuu... anak kawan ilah lahir 6 bulan duduk di sepital 3 bulan majikan depa bayar 130ribu..kos rawatan mahal sbb paru2 dia belum kembang lagi... sepital kerajaan tolak.. nasib baik sepital swasta nak..dan majikan pula baik... sekarang anak dia dah masuk 2 tahun kalu tak silap..masuk NT9 kalu tak silap..*BABY AJAIB*.. ilah tak tgok pun.. kim slam dgn mama papa aqeel...tahniah..aminnn

    ReplyDelete
  4. Salam CM.. Alhamdulillah semua selamat n Aqeelnampak sihat n tomei.. wah bertuah.. cucu pertama Maryam kedua Aqeel merasa ader cucu perempuan n lelaki.. Tahniah buat CM keluarga.. semoga semua yang baik2 ajer..
    Meriahnyer set nasi beringin tu.. cam boleh wat kenduri doa selamat.. meriah n seronok tgk.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...alhamdulillah dan tahniah cucu cm Aqeel telah kembali ke rumah.Tentu meriah ditambah dengan kehadiran besan cm.

      Sedapnya menu2 yang dihidangkan.

      Delete
  5. Alhamdulillah cm.
    Nampaknya aqeel sihat. Syukur kepadaNya.

    ReplyDelete
  6. Aqeel dah nampak montel berisi dah. Yeah:). Makin meriah dan penuh bermakna Raya nanti.

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera CM, tahniah dapat cucu nombor 2. Thankfully Aqeel dapat kembali ke rumah.

    Selamat menunaikan ibadah puasa CM :) (Saya tak pernah cuba Nasi Beringin. Teringin jugak...)

    ReplyDelete
  8. salam makcik manggis... lama tak ke sini
    tahniah dengan kehadiran cucu baru, walau dah lama di hosp
    rupa² anak² makcik kawan adik saya! :)

    ReplyDelete