LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 1, 2012

Sambal Kering Cornflakes Ikan Bilis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat petang semua!!Makcik Manggis sibuk terlampau ni hehe.... Tipu je...semakin lama semakin buntu nak masak apa untuk anak-anak berbuka atau bersahur.Alhamdulillah Si adik sungguh bersemangat sekali berpuasa.Tiba waktu bersahur ,apabila terdengar suara Cm dia terus bangkit.......


Sebenarnya kami suami isteri mula mendidik anak anak bersolat ketika usia masih kecil.Berpuasa pula kami ajar & didik  perlahan-lahan.Insyallah ..anak-anak tiada masalah untuk berpuasa apabila mereka tidak meninggalkan solat lima waktu.Secara peribadi Cm percaya setiap muslim yang tidak mengabaikan Solat fardhu .Insyallah mereka akan berpuasa di bulan Ramadhan kecuali ada halangan kesihatan dll.

Ok..satu lagi menu sempoi dari dapur makcik Manggis.Kepada sesiapa yang tidak ada masa atau nak cepat bolehlah mencuba resipi ini.jom kita lihat resipnya ya....

Bahan-bahannya:

3 cawan Cornflakes.
1 cawan ikan bilis-goreng garing.
15 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 cawan badam-goreng sekejap.(boleh ganti dgn kacang tanah)
10 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah lagi.
Sedikit belacan.
1/2 cawan bijan-tabur di atasnya.(Cm tak letak sb tak ada)
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Bawang merah,bawang putih,belacan dan cili kering di kisar halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga betul-betul masak..
  • Masukkan gula merah(Lebihkan kerana lebih sedap jika agak manis),garam dan asam keping.
  • Masukkan ikan bilis,cornflakes serta badam.gaul hingga rata.
  • Untuk peringatan:guna minyak yang agak banyak semasa menumis  agar sambal betul-betul kering dan masak...selamat mencuba dan selamat berbuka puasa..





11 comments:

  1. Wah..special menu nih..kte bese bt gn kentang...sedap2..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya resepi.... kalau saya ni ratah-ratah sampai habis ni CM!

    ReplyDelete
  3. Asslmkum cik manggis. Sue dtg ni nak join mkn cornflakes pedas tu. Good idea la kak, dah mcm sambal goreng ikan bilis ja. Ratah mcm tu ja pun sedap ni. ;)

    ReplyDelete
  4. Salam makcikkkkkk!!! salam winduuuu :D ecece... rindu ni sbb tu nak dtg sini mintak sambal kompleks tuu, tak pernah buat tp dah boleh agak mesti sedap sbb kompleks kan sedap kita mmg antu kompleks biasa mkn gitu jer dgn milo :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak nah ni kalau dapat asyik menyungah aje la tak berhenti

    ReplyDelete
  6. Hehe kentang diganti dengan cornflakes ye? Brilliant!
    Makcik sekeluarga sihat sihat belaka?

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan CM, sedapnya tgk cornflakes bilis ni..pernah mkn tapi tak pernah buat lagi.

    Tahniah yer CM dpt cucu lagi tu...lama saya tak bw tu yg byk tertinggal ceter:)

    ReplyDelete
  8. Salam CM...simple tp nampak sedap.Pasti jg kesukaan anak2 nih!Atie minta izin copy resepi kerabu manggis ya.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. salam rindu CM..wah menarik resipi nih..wat kudapan ni mmg syok! alhamdulillah baby aqeel dh balik umah..moga kesihatan aqeel sentiasa sihat sejahtera ye cm..amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...simple tapi sedap,Makan dengan nasi panas berkuahkan kicap huhu...

      Delete
  10. Minta laluan admin:
    Nikmati hot cornflakes/cornflake pedas homemade resipi ummi, lawati blog kami di www.resipiummi.blogspot.com. Terima kasih.

    ReplyDelete