LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Puding Raja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Puding Raja / Royal Puding Pahang.


Jala Mas.


5 biji kuning telur di buang tali pusatnya.
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul.
Kelongsong daun pisang - potong sedikit  hujung kelonsongnya

Cara-caranya:


  • Satukan gula dan air dalam periuk yang sesuai.Masukkan daun pandan.Masak sehingga mendidih.Keluarkan daun pandan.
  • Kacau kuning telur sehingga sebati dan tapis.
  • Isikan sedikit kuning telur ke dalam kelongsong daun pisang dan kirai ke dalam air gula yang sedang mendidih tadi.Kirai seperti membuat roti jala tetapi dalam bentuk bulatan.
  • Biarkan telur dalam air gula selama 1-2 minit dan keluarkan dengan menggunakan chopstick atau pun garfu pun boleh.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.(dalam 3-4 kali)..ketepikan jala mas yang sudah siap.


Pisang Goreng.

Pisang yang sesuai untuk buat puding raja ni adalah pisang lemak manis tapi sukar sikit nak cari pisang lemak manis di tempat Cm , ganti dengan pisang emas.

Bahan-bahannya:

Pisang emas.
Sedikit butter.

Cara-caranya:

Panaskan butter dalam kuali yang tidak melekat.Masukkan pisang dan panggang sehingga pisang masak.Ketepikan.(resipi asal..pisang digoreng dengan minyak penuh)


Sos Kastad.

Bahan-bahannya:

1 biji telur.
400ml susu cair.
1 cawan air.
1 helai daun pandan di siat siat dan simpul.
Sedikit essen vanilla.
1 tbsp gula pasir-terpulang pada selera masing-masing tetapi saya lebih suka jika sos kastad ini tidak terlalu manis kerana pisang dan jala mas tu dah manis.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas dan masak dengan api yang sderhana.Sentiasa kacau sehingga mendidih.Matikan api dan biarkan sejuk baru masukkan ke dalam peti ais.


Bahan-bahan hiasan.

Buah prune-potong mengikut selera masing-masing.
Kismis.
Ceri merah dan hijau-belah 4.
Gajus di goreng sekejap,


Cara-cara menghidang Puding Raja


  • Aturkan pisang  dalam bekas yang sesuai terlebih dahulu.
  • Kemudian letakkan jala mas sehingga menutupi pisang.
  • Aturkan buah prune,ceri merah,ceri hijau,kismis dan biji gajus mengikut kreativiti masing-masing.
  • Akhir sekali curahkan sos kastad yg telah disejukkan tadi ke atasnya.

Nota: Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Tahrunnisah Jali kerana sudi berkongsi resipi Puding Raja di Facebook.Diubah suai mengikut  selera sendiri.Cm suka lebihkan bahan-bahan hiasannya terutama prune dan kismis serta biji gajus....kelebihan memasak sendiri.Selamat mencuba ..Insyallah pasti tidak mengecewakan.Sedap!!... sesedap namanya :)

Sunday, June 16, 2013

Bingka Roti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jika ada lebihan roti dalam peti sejuk jangan di buang ya.Jangan membazir.Roti keras tu boleh di buat cucur,breads crumbs dan bingka .Kena rajinkan diri sikit je ..sikit bukan banyak ya hehe kerana nak buat bingka roti sungguh mudah.

Berpandukan resipi Myresipi ini Cm ubah suai sikit dengan apa yang ada di dalam peti sejuk Cm yang padat dan sarat ni....pagi tadi ada orang dah komplen katanya banyak benar benda nak expired dalam peti sejuk ni.Setelah di periksa ada roti gardenia putih,whole meal dan 3 biji roti burger yang dah kejung...ada buah ceri dan kismis.


Bahan-bahannya:

4 keping roti putih.
3 keping roti wholemeal.
3 biji roti burger.
2 biji telur grade double A
3/4 cawan brown sugar.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
200 ml santan kotak.
2 1/2  hingga 3 cawan air panas.(adjust mengikut kesesuaian ya jika perlu boleh tambah lagi air)
Sedikit buah ceri
Sedikit kismis.
Sedikit minyak masak untuk di sapu pada loyang.

Cara-caranya:


  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil di tekan-tekan dengan sudu agar air meresap sekata,
  • Biarkan sekejap sehingga roti lembut baru di ramas sehingga hancur.masukkan santan.
  • Kemudian masukkan telur,tepung gandum,essen vanilla,gula dan garam.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur dengan potonga buah ceri dan kismis.
  • Bakar sehingga masak.
  • Tunggu sehingga sejuk baru di potong..Enjoy :)

Selamat mencuba :)..Jika sedap beritahu kawan dan Jika tak sedap beritahu Cm ya Pinjam kata-kata kakwan Citarasa wan.Jangan marah ya Kak wan :)

Saturday, July 21, 2012

Strawberry Snow Pudding

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sekejap lagi muslimin dan muslimat semua akan berbuka puasa.Semua makanan yang dimakan terasa sedap apabila kita berpuasa.Itulah nikmat puasa.Cm sediakan puding strawberry untuk berbuka hari ini.Minggu lepas Maryam ke Cameron Highland dan Mommy Maryam bawa balik banyak buah strawberry untuk Cm.Terima kasih:)
Si Adik makan strawberry begitu saja dan ada lagi lebihan buah dalam peti sejuk jadi Cm masak Snow Pudding.Tak tahu lah apa rasanya ..kena tunggu selepas berbuka puasa baru dapat beri komen:)..Terima kasih pada K1 yang femes tu:)kerana tidak pernah lokek berkongsi resipi.Sayanggg kak One!!..The one And Only....
Bahan-bahannya:

Lapis Susu.


12 gm serbuk agar-agar.
100 gm gula.
500 ml susu segar.
250 ml UHT whipped Cream.
1 tsp essen vanilla.


Lapis Strawberry.

15 gm serbuk agar-agar.
400 gm buah strawberry segar dan 100 ml air-kisar.
200 ml air.
150 gm gula.
3 biji putih telur.

Buah Strawberry secukupnya untuk hiasan.



Cara-caranya:

Lapisan susu.

Satukan serbuk agar-agar,gula,essen vanilla dan susu segar ke dalam periuk.kacau hingga rata.Masak hingga mendidih.Angkat dan masukkan whipped cream.Kacau hingga sebati.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Tuangkan 1/2 adunan  kedalam loyang berukuran.9"x6"x3" yang dibasahkan terlebih dahulu.Adunan 1/2 lagi dibiarkan diatas api .Apabila keras cakar-cakar sedikit dengan garfu di permukaannya.


Lapisan strawberry.

Pukul putih telur hingga kental.Masak agar-agar,gula dan air hingga larut.Masukkan jus strawberry,biarkan suam sikit baru campurkan dengan putih telur.Campur sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.Tuangkan adunan strawberry keatas lapisan susu.Sebelum tu letak potongan buah strawberry mengikut kreativiti masing masing.Hias mengikut citarasa sendiri.

Apabila lapisan Strawberry beku,tuangkan 1/2 lagi adunan susu tadi ke atasnya.Masukkan dalam peti sejuk.Tunggu pudding betul-betul keras baru di potong.


Sunday, November 13, 2011

Kuih Nian Gao

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Lihat lah ikan Carp Cm ni sepatutnya sepasang tetapi kerana tak sabar untuk keluarkan dari acuan ketika masih panas maka se ekor  ikan telah terjatuh ke atas meja dan terus penyet...sayangnya:(.Tinggal se ekor tanpa teman).Bagi masyarakat cina kuih Nian Gao ni tidak asing lagi  buat  mereka terutama bila tiba musim  perayaan tahun baru cina.
Apa bila melihat kuih ini anak bongsu Cm terus menjerit"eee tak mau makan..tak sampai hati nak makan...comelnya ikan ni"hehe.Terima kasih pada Lena dari blog frozen wing kerana berkongsi resepi yang sungguh menarik ini.Dah lama Cm nak cuba tapi sukar untuk dapatkan acuannya.

Bahan-bahannya:

200 gm tepung pulut.
100 gm tepung gandum.
25 gm tepung beras.
160 gm gula pasir.
400 ml santan kelapa.
150 ml air.
1 tbsp minyak jagung,
sedikit pewarna oren.
Cara-caranya:

  1. Ayak tepung  pulut,tepung gandum dan tepung beras.Ketepikan.
  2. Masak gula dengan 150 ml air hingga larut.Sejukkan.
  3. Masukkan 3 jenis tepung dan minyak jagung kedalam mangkuk .Masukkan santan sedikit demi sedikit kacau hingga sebati kemudian masukkan air gula dan kacau lagi agar sebati.Tapiskan.
  4. Ambik satu senduk adunan dan warnakan dengan warna oren.
  5. Sapukan sedikit minyak pada acuan.Masukkan sedikit adunan warna oren dan kukus selama 3-4 minit .Kemudian curahkan adunan warna asal kedalam acuan.Kukus hingga masak.
  6. Biarkan kuih betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan.

Komen:..Rasanya se akan akan kuih lapis tapi  kenyal seakan akan  dodol .Membuatnya tak susah hanya perlukan acuannya dan bahan-bahannya sangat senang.Insyallah Cm akan buat lagi pada Tahun Baru Cina ini:)pastinya ikan Carp yang ada teman hehe.Selamat mencuba.

Saturday, September 17, 2011

Jelly Buah Buahan Konnyaku

Salam dan selamat Sejahtera.....


Selamat hari Malaysia dan selamat hari merdeka.Sempena hari Malaysia Cm buat jelly yang sungguh simple ni:)....Konnyaku..tak payah lah resepi ya sebab bila guna jelly  ni dah siap ada resepi kat pembungkusnya...Cepat dimasak sedap dimakan:)
Cm guna buah kiwi...jadi ada rasa masam masam manis .Bila makan tu..sejuk tekak dan rasa kesegaran buah kiwi.Terpulanglah jika nak guna buah buahan lain.
Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tuesday, September 13, 2011

Puding Kasih Bertaut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari tu singgah kat dapur Nor ganu dan sangat tertarik nak buat agar agar Puding Kasih Bertaut.Semasa Rayyan datang berhari raya sabtu lepas Cm cuba buat puding ni tapi tak secantik yang kat dapur Nor tu.Ada masalah sikit masa nak buat Agar agar santan yang pelbagai bentuk tu.Agar agar melekat pada acuan.Jadi tak dapat lah agar agar santan yang cute seperti yang Nor buat tu:(
Lihatlah comot sikit kan....tapi tak apa lain kali kena lebih berhati hati.Sangat sedap jika makan setelah disimpan dalam peti sejuk...sejuk tekak semasa menelannya :)..Nor akak minta Izin nak C & P resepinya ya:)..terima kasih Nor...   Minta dihalalkan ya:)


Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

Friday, July 15, 2011

Puding Tembikai

Salam dipetang jumaat yang mulia ini.Semoga kawan-kawan berada di dalam kandungan sihat walafiat.Alhamdulillah rasa lebih sihat dari semalam dan batuk pun dah mula kurang.Betapa nikmatnya sihat... Alhamdulillah.....alhamdulillah.....

 Puding tembikai ni dah lama buat tapi tak sempat nak letak resepinya kerana kesibukan menjaga Cucu ku Maryam...atas permintaan adik Cm jadi hari ini Cm letak gambar dan resepinya..kira siaran tertunda la ya...


Bahan-bahannya(Sumber rujukan Nieza, Norma , Knor Ganu, )

15 gm agar-agar serbuk.
2 keping roti gardenia.
6 cawan air.
1 1/2 cawan gula.
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 tbsp butter.
1 tsp esen vanilla.
Cincau potong secukupnya.
Pewarna hijau dan merah.
Cara-caranya:

  • Masakkan agar agar bersama air dan gula.Masaka hingga gula hancur.
  • Sementara itu rendam roti dalam susu cair -carik-carikkan roti tu.Kemudian blend roti tadi dengan susu pekat manis hingga sebati.
  • Masukkan kedalam adunan agar agar tadi dak kacau hingga sebati.
  • Masukkan butter dan esen vanilla.Masak hingga pekat sedikit.
  • Ambil satu cawan adunan agar agar tadi dan warnakan dengan pewarna hijau untuk kulit tembikai.Tuangkan kedalam bekas yang sesuai.Biarkan agak agak keras sedikit.
  • Kemudian ambil 3/4 cawan warna asal dan tuang keatas adunan warna hijau dan biar sekejap agak-agak keras seperti lapisan hijau.
  • Akhir sekali warnakan adunan selebihnya dengan warna merah dan tuangkan keatas lapisan kedua tadi.Taburkan dengan potongan cincau sebagai biji tembikai.Biar agar-agar  sejuk baru masukkan kedalam peti sejuk .Bila telah betul-betul keras  bolehlah dihidangkan.


*harap Sensei in the House berpuas hati ya..Cm dah letak resepinya ni....sori ya sb agak comot sikit potongan tembikai ni  ....Omatase  Shimashita:)
 Maaf ya Maryam pun nak tumpang sekaki ni.....sejak rambut dah tak ada ni bukan main kuat tidurnya hehe.

Sunday, March 6, 2011

Puding Mangga Lemak Manis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Beberapa hari ini cuaca agak panas tiba tiba teringin pulak nak makan puding yang berperisa buah buahan.Pagi pagi lagi sebelum bertolak ke masjid UIA Gombak untuk menghadiri majlis akad nikah anak lelaki kawan kami,cm telah ke dapur Ika nak cari jika ada resepi yang Cm maksudkan tu:)....memang tak mengecewakan.....terjumpa resepi puding mangga diatas:)..terima kasih Ika dan cepat cepat lah buka dapur Ika ni ya.....minta izin nak C & P ya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku">>kita gantikan dgn serbuk agar2
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan...tak letak sb mangga dah habis.
Daun pudina untuk hiasan
ARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...

 ***Semasa timbang serbuk agar agar tadi Cm terlebih sukatannya jadi puding mangga ni agak pejal :(...lain kali kena hati hati semasa sukat agar agar serbuk ni....

Thursday, August 12, 2010

Puding Kastad Jagung

Salam ramadhan semua.Apa khabar?hari ni tak sempat nak ziarah blog kawan-kawan kerana sangatlah sibuk...ada urusan rumah yang perlu dibereskan.Alhamdulillah dah dua hari kita berpuasa badan pun dah mula rasa ringan..seronok sangat.....jika hari-hari biasa tak dapat tahan selera makan tapi bulan puasa ni alhamdulillah.

Seperti tahun-tahun yang lepas menu berbuka kami adalah paling minima & sederhana.Kurma adalah menu wajib setiap kali berbuka.Nasi,lauk dan sayur serta buah-buahan.Minuman pula kadang-kadang jus buah-buahan ,sirap  atau minuman panas.Bersahur pula hanya panaskan lauk-lauk yang baki je jika tak ada baki  cm gorengkan mee atau nasi.Kadang-kadang si kecik ni makan bijirin dan susu segar.

Petang ni cm masak puding Kastad jagung.Kuih yang sangat simple.Jom kita lihat resepinya:

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastad.
1 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak+air jadikan 4 1/2 cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin(jagung cream)
Cara-caranya:)
  • Masukkan 4 1/2 cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.
  • Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya  tidak berketul-ketul.
  • Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan  hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus)
  • Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong:)

Sunday, June 21, 2009

Donat terbakar

I dont like donat "terbakar"....anak lelaki kecil cikmanggil merungut lagi hari ni,dah beberapa hari dia tak mau makan nasi jadi pening kepala ku ni nak fikir apa "benda"nak dimasak setiap hari.Donat adalah salah satu kuih kegemarannya.Masa menggoreng donat tadi..tiba-tiba hujan renyai-renyai,cm bergegas keluar rumah nak tarik ampaian masuk ke garaj kereta..donat dalam kuali "terbakar"..sebenarnya bukan terbakar tapi dark brown je selalunya kita goreng dengan hati-hati golden brown..cantik cam big apple donat:).......dan saiz donat cm buat agak kecil..mini donat. Untuk diri sendiri tertarik dengan puding marble roti kat blog Hana jadi cikmanggis buat jugak,Rasanya kurang ummp sebab terlebih letak coklat emulco rasa cam "berkimia" pulak.......entah lah semuanya tak kena hari ni....bukan salah resepi tapi salah diri sendiri yang tak focus...

Monday, June 15, 2009

Tak mahu makan nasi

Puding kastad peach Kuey tiew udang Bila ajak makan nasi anak lelaki bongsu cikmanggis mencebik mulut,dia cakap tak ada selera.Risau jugak sebab kat sekolah pun dia tak makan apa-apa,hanya minum air kotak.Agaknya cuaca panas ni membuatkan hilang selera.Jadi petang ni cikmanggis masak kuey tiew goreng dan buat puding kastad peach...harap-harap si kecik ni mau makan lah lepas mengaji quran sekejap lagi....Rasanya semua orang tahu buat puding ni tapi cikmanggis nak tempekkan jugak...hehe Bahan-bahan untuk puding kastad peach kuahnya;) 1 tin susu cair 1 tin buah peach yang slice 1 1/2 tin air (guna tin susu cair tadi) 4 tbsp tepung kastad 1 biji telur 1/2 cawan gula (ikut selera masing-masing,jika suka manis,lebihkan sukatan gula) Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk( kecuali buah peach).Kacau sampai gula dan telur sebati baru naikkan keatas api.Kacau dengan api yang perlahan.Bila dah mendidih matikan api baru tuangkan satu tin buah peach kedalamnya.ketepikan. Bahan-bahan untuk kastad:) 1 cawan tepung kastad 6 cawan air Bancuh tepung kastad dengan air sampai sebati.Nyalakan api.Kacau bancuhan kastad tadi sampai pekat.Kecilkan api dan kacau lagi sampai kastad tu berkilat.Masukkan kedalam acuan yang anda suka.Bila telah sejuk bolehlah dihidangkan bersama kuahnya tadi...dalam kaeadaan cuaca yang panas sekarang ni,lebih sedap bila simpan dulu dalam peti sejuk;)