LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, July 21, 2012

Strawberry Snow Pudding

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sekejap lagi muslimin dan muslimat semua akan berbuka puasa.Semua makanan yang dimakan terasa sedap apabila kita berpuasa.Itulah nikmat puasa.Cm sediakan puding strawberry untuk berbuka hari ini.Minggu lepas Maryam ke Cameron Highland dan Mommy Maryam bawa balik banyak buah strawberry untuk Cm.Terima kasih:)
Si Adik makan strawberry begitu saja dan ada lagi lebihan buah dalam peti sejuk jadi Cm masak Snow Pudding.Tak tahu lah apa rasanya ..kena tunggu selepas berbuka puasa baru dapat beri komen:)..Terima kasih pada K1 yang femes tu:)kerana tidak pernah lokek berkongsi resipi.Sayanggg kak One!!..The one And Only....
Bahan-bahannya:

Lapis Susu.


12 gm serbuk agar-agar.
100 gm gula.
500 ml susu segar.
250 ml UHT whipped Cream.
1 tsp essen vanilla.


Lapis Strawberry.

15 gm serbuk agar-agar.
400 gm buah strawberry segar dan 100 ml air-kisar.
200 ml air.
150 gm gula.
3 biji putih telur.

Buah Strawberry secukupnya untuk hiasan.



Cara-caranya:

Lapisan susu.

Satukan serbuk agar-agar,gula,essen vanilla dan susu segar ke dalam periuk.kacau hingga rata.Masak hingga mendidih.Angkat dan masukkan whipped cream.Kacau hingga sebati.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Tuangkan 1/2 adunan  kedalam loyang berukuran.9"x6"x3" yang dibasahkan terlebih dahulu.Adunan 1/2 lagi dibiarkan diatas api .Apabila keras cakar-cakar sedikit dengan garfu di permukaannya.


Lapisan strawberry.

Pukul putih telur hingga kental.Masak agar-agar,gula dan air hingga larut.Masukkan jus strawberry,biarkan suam sikit baru campurkan dengan putih telur.Campur sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.Tuangkan adunan strawberry keatas lapisan susu.Sebelum tu letak potongan buah strawberry mengikut kreativiti masing masing.Hias mengikut citarasa sendiri.

Apabila lapisan Strawberry beku,tuangkan 1/2 lagi adunan susu tadi ke atasnya.Masukkan dalam peti sejuk.Tunggu pudding betul-betul keras baru di potong.


18 comments:

  1. salam ramadhan buat opah CM dari darwish skluarga... cun sungguh la puding stoberi akak nih.. dulu bukan main duk tayang stoberi berberi-beri.. skrg nih hanya mampu lap air liur ajer.. sedey beno bunyinyer.. hihihi...

    dah dua mlm jd penunggu kat ghumah dgn darwih n dania.. hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Hana.Selamat berpuasa kita ya:)Tak pe tak pe..dulu dah puas makan stoberi kan..bagi peluang kat Opah plak ya hehe.

      Akak baru sekali Pi terawih sebab sakit lutut tak bleh berdiri semalam.Insyallah mlm ni harap harap dapat pi Surau:)

      Delete
  2. salam kenal......
    kak....sedap dan mengamcam betul pulak di bulan puasa ni....!!!!!mesti cuba.... ni...he...heeeee.....!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jua dari Cm...bahagian stoberi yang sedap sebab ada rasa manis manis masam gitu.

      Delete
  3. This sound like a good dessert for buka puasa , Selamat meyambut Hari Ramadan.

    ReplyDelete
  4. Salam kak
    selamat menyambut ramadan dan selamat berpuasa....terliur tgk gambo puding tu, sib baik tgk lps bukak puasa, kalo idak, dah meleleh dah air liur....heheheh

    ReplyDelete
  5. wah....bestnyer... like Like Like

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam CM,
    adededeeehhh...merah menyala strawberrynya di kelilingi snow... menggoda selera!

    ReplyDelete
  7. salam kak nah..kerjatangan yg amat menarik kak...resepi berkurun disimpan entah bila nak buat..rajeen betul akak ilah sorg nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ilah..mulanya ingatkan susah jadi akak simpan je resipinya.Bila dah buat ok je..cuba lah :)

      Delete
  8. belum makan lagi? i'm sure pudding strawberry kak ini sedap, also very pretty. Also want to take this opportunity to wish kak cm , selamat berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puding ini rasa manis manis masam.Ok.Sedap tetapi kena sejukkan dulu dalam peti ais sebelum potng..Terima kasih my dear Lena:)

      Delete
  9. Selamat Berpuasa CM! Whoa...your strawberry pudding looks remarkable luscious. Wish I can have some too. haha...
    Have a great week ahead.
    Kristy

    ReplyDelete