LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, July 22, 2012

Sambal Ayam Penyet.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Alhamdulillah.Cm dah siap masak untuk berbuka hari ini.Sementara menanti waktu berbuka Cm nak letak resipi sambal ni.Setiap kali Along bawa Cm makan ayam penyet(Along peminat tegar)Selalunya rasa tak kena dengan selera.Kadang-kadang terlalu tawar ayamnya atau terlalu masin sambalnya.Ada masa sakit perut selepas makan sambal ayam penyet tu:(..Cerewet kan.

Jadi jika nak makan sedap dan berpuas hati Cm masak sendiri.Resipi asalnya sambal dikisar atau tumbuk kasar tetapi Cm lebih suka jika di kisar halus.Terima kasih Madiha.Resipi Madiha ni Cm dah guna berulang ulang kali.Memang kena dengan selera.

Untuk memudahkan kerja bolehlah di buat sambal ini sehari lebih awal jika bercadang nak makan nasi ayam penyet sebab cara membuat sambalnya agar rumit sedikit.Bahan-bahan mentah perlu di goreng dengan minyak terlebih dahulu.

Bahan-bahannya:

10 biji cili merah.
10 biji cili api..jika suka pedas boleh tambah lagi.
10 biji bawang merag-hiris kasar.
3 biji bawang putih.
5 biji buah tomato.
garam dan gula merah secukup rasa.
2 tbsp ikan bilis-goreng garing.
1 ketul kecil belacan.

Cara-caranya:

Panaskan minyak dah goreng bahan-bahan di atas hingga layu kecuali garam dan gula.Masukkan dalam pengisar &sedikit air  dan kisar hingga halus.Masukkan garam dan gula merah secukup rasa.Kemudian panaskan sambal hingga masak,Biar sambal betul-betul  masak agar tak sakit perut nanti.



10 comments:

  1. Selamat berbuka puasa CM. Biasanya kalau dibiarkan dulu sambal tu selepas masak, memang meresap segala rasa, lebih sedap dinikmati!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    selamat berpuasa dan berbuka
    kak..harapan semuanya sihat

    ReplyDelete
  3. Assalam kak nah selamat menyambut ramadhan almubarak buat akak sekeluarga
    Ayam penyet belum pernah rasa hehehe jakun kan

    ReplyDelete
  4. as salam cm...lame x singgah sini.harap cm sihat & selamat berpuase ye.
    sy kerap juga makan ayam penget di terminal bas cyberjaya sebelah pejabat pos, suke betul sy dgn sambalnye.nak tanye dgn pakcik tu tp mane mungkinlah kot dia akan bg resepinye kan hihiii tp mmg sy suke dgn sambal dia dan ayamnye sgt beraroma.klu pegi pejabat pos, mesti singgah makan sbb bau ayam gorengnye yg wallah!

    ReplyDelete
  5. Nak cuba sambal ni. Makan kat kedai sambalnya pedas sangat. Mau sakit perut dibuatnya..
    Cucu dah sehat cm? Dah keluar hospital?

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan CM...
    owwww cam tu yer buat sambal ayam penyet... boleh cuba ni

    ReplyDelete
  7. salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat CM n keluarga,

    kak rose pun suka sangat dengan sambal ni... dah buat awal2 untuk persediaan posa, simpan dalam fridge... nak nnti tinggal panaskan n ngap. senang keja kan!

    ReplyDelete
  8. Asslmkum CM.
    Senang ja rupanya nak buat sambal ayam penyet.
    Kalau makan kedai harga boleh tahan juga. Buat sendiri lg berbaloi kan.

    Selamat berpuasa CM dan selamat berbuka puasa ya

    ReplyDelete
  9. Salam makcik.. tak pernah cuba sambal begini tapi tentu enak sekali!
    Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  10. nanti tunggu tekak saya sudah sembuh, saya nak try ini recipe, saya suka sangat makanan pedas, ini gam saya, hehehe..

    ReplyDelete