Kenapa tanam sayur lobak putih sampai 3 batas?takkan nak makan lobak ni hari hari.Sebenarnya pada bulan Disember yang lepas Cm masak Sup Lima Warna .Banyak khasiatnya jadi Cm nak cuba amalkan meminum sup lobak putih ni.Masalahnya agak sukar untuk dapatkan Lobak putih yang ada daunnya jadi Cm semaikan benih lobak putih dan semuanya tumbuh dengan subur.....
Besok pagi pagi terpaksa ke pasar untuk dapatkan satu lagi bahan iaitu Cendawan Shitake.Pertama kali Cm minum sup sayuran ini tiada apa apa kesan sampingan jadi bolehlah diamalkan selalu....ok jom kita lihat pula menu untuk malam ini.
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap -potong dua.
1 biji buah tomato.-belah empat.
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai-dipotong nipis memanjang.
3 biji cili api-ketuk
2 inci halia
3 tangkai daun ketumbar.
7 biji asam boi
1 tbsp sos ikan
2 tbsp kicap manis
1 tbsp sos tiram
1/2 tbsp tepung jagung-bancuh dgn sedikit air.
1 biji limau nipis.
sedikit garam dan gula.
sedikit minyak bijan.
Sedikit Bunga kobis,karot(tak bubuh),cili masak.
Cara-caranya:
- Bawang putih,bawang merah dan halia ditumbuk kasar.
- Ikan dibersih dan digaul dengan bahan-bahan yg ditumbuk tadi.
- Masukkan dalam bekas yang sesuai.Masukkan semua bahan bahan diatas kedalam bekas ikan kecuali limau nipis dan Kukus hingga masak.(tinggalkan 1/2 daripada daun ketumbar untuk hiasan)
- Bila dah masak perahkan asam limau dan taburkan dgn daun ketumbar dan cili potong.
- Sedap dimakan ketika ianya masih panas.