LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, November 28, 2010

Sup Lima Warna

Salam dan selamat sejahtera.Semasa singgah di blog INI cm rasa sangat tertarik dengan resepi Tateishi Kazu's Miracle Vegetable Soup    .Beberapa hari cm dok baca berulang ulang dan ternyata ianya sungguh menarik minat Cm yang suka mencuba apa apa saja masakan atau resepi baru terutama yang ada kaitan dengan kesihatan.Maklum sajalah Cm ni orang veteran...sebenarnya tak kira veteran atau muda kesihatan amat penting.Kena jaga ya....kesihatan itu harta ya:)
Semasa singgah di Jusco puchong (IOI Mall) Cm beli lobak putih yang masih ada daunnya.(susah nak dapatkan daun lobak putih) Bahan bahan lain dah beli beberapa hari yang lalu...Cendawan, Kobo root,Karot dan Lobak putih tanpa daun.Cm suka dengan nama  Sup Lima Warna kerana lebih senang nak sebut:)..

Merah-karot
Hijau-Daun lobak putih
Putih-lobak putih
Kuning-Kobo root
Hitam-Cendawan Shitake

Apakah khasiat sup ni?sila baca DISINI .Hari ini merupakan hari pertama  jadi masih terlalu awal untuk nak bagi komen tentang kesannya.Insyallah akan Cm beritahu apa yang "terjadi' selepas  ini hehe.

Bahan-bahannya:
225 gm kobo root(Burdock Root)
450 gm lobak putih
225 karot
225 daun karot putih
3 biji cendawan shitake segar-jemur di panas matahari (cm jemur 1 hari)


Cara-caranya:
  • Kobo root,lobak putih,daun lobak putih dan karot dicuci hingga bersih.
  • Jangan dikupas kulit.Potonng seperti gambar diatas.Cendawan di belah -belah.
  • Guna periuk tahan karat .Masukkan 3 kali ganda air daripada sukatan berat sayur sayuran tadi.
  • Masak hingga mendidih.Kemudian kecilkan api dan renehkan selama 2 jam.
  • Sejukkan.Tapiskan dan simpan dalam peti sejuk.
  • Simpan dalam bekas kaca atau bekas tahan karat.
  • Cm minum 3 kali sehari.
Sukat air 3X ganda berat semua sayur sayuran
Guna periuk stainless steel
Masak hingga mendidih dan biarkan atas api yang kecil selama 2 jam

Tapiskan
Sedia untuk diminum.

*** Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba sendiri Sup Lima Warna ni sila baca dengan teliti blog INI dan ada di link ke blog yang satu lagi.Penerangan dengan sangat terperinci.Oh ya..rasa sup ini seperti sup lobak putih biasa.Walaupun tiada di bubuh garam atau gula tapi ada rasa manis...cm suka rasanya:)
**** Kobo Root ada dijual di Jaya Jusco,sangat murah satu paket mengandungi  2 batang berukuran 1/2 meter setiap batang dan   harganya 3 rm lebih.

11 comments:

  1. salam..
    kak.. kalau dah cba dua2 jenis.. teh n sup tu.. t kak review yer.. nak tau apa kesan nya laks kat kak...

    good luck...

    ReplyDelete
  2. I'll stay tune.I pun nak cuba but takut sangat with all the side effects tu.

    ReplyDelete
  3. salam makcik,
    woooo menarik sekali sup ini...

    ReplyDelete
  4. macam best la num sup neh! cam nk cuba jerk... leh kurus tak kak? hikhikhik....

    ReplyDelete
  5. Kita pun veteran gak tp asyik nk mkn sodap jer.... kat sini taktau mana nak cari bhn2 tu....

    ReplyDelete
  6. salam
    mesti banyak khasiatnya
    tu..sesuai nak kurus badan

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi CM! Sangat unik sup ini, saya tak pernah jumpa kobo root, teringin nak tahu rasanya macm mana ye? Setuju 100%, kesihatan to harta. Oh by the way, I think crostata = jam tart, so in BM, jadi Tat jem kot? :)

    ReplyDelete
  8. memang tak pernah tenguk sup mcm ni..memang bagus utk kesihatan bagi kita -kita ni kan..

    tenguk strawberry kat kek coklat tu..oohhh memang menggiurkan..

    ReplyDelete
  9. oh...resepi ini sgt sesuai utk saya yg tgh mengalami alergic2 gatal2 nih...insyaAllaha kan dicuba...thanks!

    ReplyDelete
  10. salam makcik...healthynya soup ni...ko root tu apa?

    ReplyDelete
  11. Tak pernah rasa lagi..mesti bagus untuk kesihatan kan..Tp..kalo ada lobak putih mesti pahit tu..heeee...

    ReplyDelete