LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, November 27, 2010

Kek Strawberry




Taaadaaa!!!!makcikmanggis tayang kek strawberry petang ni ya:)..Salam dan selamat sejahtera....Sudah lama "berniat" nak buat kek Buah Strawberry yang terdapat di blog ilajy...maka petang ni tertunailah hasrat dihati:)
Saiz kek yang agak besar ......tak tahu lah macamana nak habiskan kek ni sebab semua orang berdiet kecuali si adik dan abah.Nampak gayanya kena suruh Angah bawa ke tempat kerjanya besok.Terima kasih ilahjy kerana sudi berkongsi resepi ini.Tak susah nak buat ..main campak campak je insyallah jadi:)Tapi bahan bahannya agak "Jahat" sikit bagi orang yang berdiet(tiru ayat Tummy)..takut kempunan jadi Cm makan juga sikitttt je.
Bahan-bahannya:
250 g butter
2 cawan gula halus
2 3/4 cawan tepung gandum
5 biji telur
1 tsp soda bicarbonat
1 tsp perisa strawberry
sedikit pewarna merah
10 biji buah strwberry
1/4 cawan air untuk blend buah strawberry.
Coklat cair secukupnya
Buah strawberry secukupnya untuk hiasan.




Cara-caranya:
  • Kisar buah strawberry dengan 1/4 cawan air hingga hancur dan sukat jadikan 1 1/2 cawan puree strawberry.(jika kurang tambahkan sikit air)
  • Sapukan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Ayakkan tepung bersama  soda bicarbonat-ketepikan
  • Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi hingga kembang.Masukkan perasa strawberry.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan puree strawberry dan kacau dengan senduk kayu hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu adunan warna asal dan satu lagi warna merah
  • Tuangkan adunan kedalam loyang berselang seli seperti membuat kek marble.
  • Bakar hingga masak.
  • Bila kek telah sejuk curahkan coklat cair dan hiaskan dengan buah srawberry mengikut cita rasa masing masing.Selamat mencuba
Kek yang belum dihias dengan coklat cair
Selamat berhujung minggu:)

28 comments:

  1. OMG!!! No words to say kak! I'm speechless over those yummy red berries!!! The cake is soooooo inviting ya ;)

    ReplyDelete
  2. opahhhh... tinggalkan darwish punyer dua potong yer! darwish da gosok gigi la.. mama suh tdo awal...apesal ntah!

    ReplyDelete
  3. Love..strawberry dan coklat memang ngam hehe

    ReplyDelete
  4. Hana & Darwis..opah tahuuuu ..mesti ada udang di sebalik batu tu kihkih

    ReplyDelete
  5. fuh.. mmg mengancam la kek ni..stoberi, coklat, kek..waduh..tak tahan sungguh.. teringat plak mesin putar coklat akak tu..bila nk beroperasi lagi? ada stoberi lagi tak??

    ReplyDelete
  6. Noorma..memang stoberi,coklat dan kek ni kamcing hehe...sekali sekala je guna sebab tak ada "pelanggan kecuali bila ada kenduri:)

    ReplyDelete
  7. cm, kek ini nampak sunggug cantik dan saya rasa gabungan strawberry dengan coklat memang menarik.

    ReplyDelete
  8. lena...terima kasih:),rasa masam buah strawberry dan manis coklat membuatkan rasa kek ini lebih segar.

    ReplyDelete
  9. Awww.... tak thn nengok stoberi tu.... kita kat sini takda stoberi, camna nak cuba ni... hanto je lah kek CM tu ke sini, ramai yg menunggu... liana dh siap nganga mulut...hehe. Nanti amik award dari along ya (tgh menaip lagi ni)

    ReplyDelete
  10. salam mak cik...
    wala rajinnya mak cik buat keik..
    cantik pula keiknya...

    ReplyDelete
  11. terbang mlm ke dapur cikmanggis...wah! sedapnya kek itew!!...nak kutip buah stoberi la bawa blk...hehe

    ReplyDelete
  12. salam makcik,
    kite sama baby Irdina datang nak tumpang makan nih..hehehe

    ReplyDelete
  13. Ting tong cikmanggis!!
    Ada lagi tak kek ni...kita datang nak amik yg sepotong tu hihi

    ReplyDelete
  14. wahhh..i luv both..choc & stroberi...hmmm yummie:)

    ReplyDelete
  15. AlongRoz..ala cian Liana...sori la jauh betul nak gi hantar nanti datang kl opah buatkan untuk liana hehe:)

    ReplyDelete
  16. deetha..nak tong seng kambing!!!hehe kita tukar dgn kek ya:)

    ReplyDelete
  17. Nieza..wah sejuk sejuk pun sempat singgah ke dapur cm ni hehe dah masuk musim sejuk kan?

    ReplyDelete
  18. Achik..alhamdulillah jangan lupa letak gambar Irdina besar besar kat dapur achik ya:)

    ReplyDelete
  19. Tim..hehe ambik ambik yang sepotong tu untuk tim tau :)

    ReplyDelete
  20. salam cik... mai la anto kat utm sket kek ni... kat library ni sejuk smp ke tulang dah... asyik lapo jek... huhu

    ReplyDelete
  21. Lia..ala ciannya manja ku ini hehe..jauh tu nak pi jalan semarak..bape kali tol tu hihi.Selamat maju jaya ya:)semoga berjaya dalam mengejar impian dan cita cita

    ReplyDelete
  22. fuiyooohh cikmanggis..ni mmg betui2 menggoda kalbu uhuksss...kita pong tgh diet nih..camno gayo nk membaking lg ke??? adoyaai..tunggu berat turun 2 kg br leh wat kek stoberi nih..hehee!! lebiuuu..

    ReplyDelete
  23. inahar..haha kena tunggu turun 2 kg?alamak banyak tu..1 kg dah la hihi.

    ReplyDelete
  24. salam kak cm cyg.. ilah baru balik dari melaka nieee baru sampai buka je tenet nampak la blog kak ilah terus buka..wah dah jadi dah kek ni..mmg besar kak.. tapi anak2 ilah suka kejap jer habis tapi 3hari laa kak hahahaaa...

    ReplyDelete
  25. eh dah sampai kl ya..hehe jangan lupa siar gambar kebun ilah ya:)terima kasih sebab sudi kongsi kek strawberry ni.

    ReplyDelete