LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 26, 2010

Mantou Labu Coklat

Salam dan selamat sejahtera.Inilah  kuih untuk minum petang kami tiga beranak.Tadi semasa singgah ke blog Lena nampak mantou labu yang sungguh menarik.Kebetulan terdapat sebiji labu di dalam peti ais yang makin mengecil  kerana dah mula mengecut .... usianya dah lama didalam peti ais tu.:)..lebih baik digunakan secepat mungkin agar tidak membazir.
Rasa Mantou Labu ini  lebih kepada rasa roti tapi agak  lembab.Suami dan anak lelaki Cm cakap rasa seperti Pau hehe...juri Iron Chef ni:).Sebenarnya Cm telah kehabisan stok tepung pau jadi terpaksa guna tepung gandum biasa.Itulah sebab tekstur  Mantou ni agak kasar sikit.Lain kali kena guna tepung pau seperti resepi asalnya INI

Bahan-bahannya:
60 g gula halus
150 g tepung Pau (Cm guna tepung biasa)
90 g puree labu-labu dikukus dan dikisar halus.
10 g butter.
1 tsp double sction baking powder
1 tsp yis segera
Coklat secukupnya-caikan

Cara-caranya:
  • Satukan tepung gandum ,yis dan serbuk penaik.
  • Masukkan puree labu dan uli hingga lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Biarkan hingga doh naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk buang anginnya dan gelekkan nipis agak agak ketebalan yang dikehendaki.
  • Sapukan permukaan dengan coklat cair dan gulung hingga kemas.
  • Potongkan kepada 6-7 bahagian.
  • Letakkan diatas kertas minyak  dan biarkan ianya naik .
  • Kukus hingga masak:)
**Insyallah nak cuba sekali lagi dengan menggunakan tepung Pau seperti resepi asalnya.Terima kasih pada Lena dan Wendy kerana sudi berkongsi resepi ni:)mmmkoi....

11 comments:

  1. salam kak cm..puas ilah klik resepi ni pagi tadi..tapi keluar telur dadar ayam serama tu juga...hehehee tup2 ptg ni baru dipublishkan yeee hehehe
    mmg pandai kak jawab pantun..tak dak idea dah nak taipan..hikhikk jgn dilawan org berpengalaman..mmg kalah laa..

    mantou labu warna kuning
    intinya pula perasa coklat
    hai nak berpantun punyalah pening
    sampai ilah jadi terkulat-kulat...

    jom kak ikut ilah balik melaka..tgok kebun ilah..rindunyaaaa nak main tanah..malam ni kot balik..

    ReplyDelete
  2. Wow.....cantiknya warna. Saya suka makan labu. Looks very soft and moist. Mestilah sangat sedap dengan coklat. Tentu sedap juga sapu dengan kaya.....yum. Thanks very much for sharing. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  3. First time dengar Mantou Labu...I like labu...kena cuba try wat nih...

    ReplyDelete
  4. mama tak pandai masak nanti mai umah mama ajar mama masak ek.....mama follow...

    ReplyDelete
  5. I rasa you masak lebih banyak chinese stuff than me...lol.I masak lebih towards Malay food.Macam mana boleh terbalik ni,eh?I love all your entries though.

    ReplyDelete
  6. Salam CM. Labu + Ceklet.... mmg kombinasi yg best!

    ReplyDelete
  7. Salam makcik...makcik dah habis diet ke? Ni nampak jahat tapi bahan-bahannya "healthy juga ye! :)

    ReplyDelete
  8. ilahjy..dah sampai Melaka ke?cm dah buat kek strawberry tu tau..besar jugak kejadiannya hehe abih le diet ku...

    MaryMoh..apa khabar your dad?semoga cepat sembuh..my son makan mantou ni dgn kaya:)

    Mamawana..terima kasih mamawana..eh cm ni ak pandai memasak..belajar belajar dan suka kongsi resepi:)marilah kita sama sama belajar ya:)

    ReplyDelete
  9. Shereen..hehe sebenarnya my hubby suka masakan cina sebab tu Cm selalu masak .Kadang kadang jadi ..adakalanya gagal:(

    Along Roz..anak kecik dan hubby suka:)

    Tummy dear..hehe makcik diet "pengelat"tak tahan godaan terutama nasi...perut asyik panggil nasi..nasi...memang bahan-bahannya "jahat" hehe

    ReplyDelete
  10. cm, baru cakap nak buat, sudah buat. Saya fikir mungkin boleh kurangkan itu labu sikit jika dough itu terlalu basah dan mungkin gelek lebih lama. Happy baking!!

    ReplyDelete
  11. hehe tak tahan tengok mantou yg cantik didapur lena..ya lain kali kena kurangkan labu dan guna tepung yang betul..thanks dear:)

    ReplyDelete