Salam dan selamat sejahtera.Hari ini dapur Cm tak berasap.Sarapan pagi agak lewat jadi kami 3 beranak skip makan tengahari kerana masih kenyang.Pukul 6.pm kami menuju ke Bandar .Baru Bangi sebab suami nak makan di restoran kegemarannya.Mana lagi kalau bukan restoran Haji Mohd Chan.Cm dan si Adik ikut je.Seperti biasa pelanggan memang penuh tapi alhamdulillah ada satu meja kosong.Kami terus ambik tempat.
Yang tak bestnya kami duduk sebelah meja orang yang merokok.Dua orang perokok tegar,Tak tahu lah bagaimana mereka berdua ni tak ada perasaan langsung,perasaan belas kesian terutama pada anak lelaki cm ni yang terbatuk batuk kerana tak tahan dengan asap rokok.Kami anak beranak memang memang alah pada asap rokok semput rasanya.....Cm nampak mereka berdua ni bersambung sambung rokok.sambil makan hisap rokok..yakkk....apa rasanya nasi goreng campur asap rokok?.....hais hilang selera makan ku:(
.......ok lah Jom lihat apa yang kami bertiga makan.....
Ini menu yang cm pilih.Sedap dan sangat banyak.memang tak habis makan.Nasib baik si adik tolong habiskan...
Lupa pula apa nama menu ini.
Ini pula menu pilihan suami cm.Nasi itik bersama semankuk kecil sup dan sepiring sos cili.
Nasi ayam pilihan si adik....nasi ayam&sup&sos cili.
Tauhu kukus
Rojak buah..sedap tapi si adik dan suami cm tak suka sebab katanya pedas.(pedas sikit je)
.Yang Best....Makanannya sedap dan layanannya bagus serta cepat.Tak perlu tunggu lama.
Yang tak best.....Tak tahan dengan asap rokok,pelanggan terlalu ramai jadi agak sesak dan sangat bising.Mungkin sb kami makan di bahagian bawah,Dulu semasa makan ditingkat atas agak selesa tapi tetap sesak kerana pelanggan sentiasa ramai.Terpaksa menunggu untuk dapatkan tempat duduk.