LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, March 4, 2010

Kuih Ang Koo

Asalamualaikum dan selamat petang.Petang ni cm minum teh O dengan kuih Ang Koo.Ini kuih tradisi kaum tionghua.Rasanya lebih kurang kuih koci cuma dia kurang lemak sebab tak ada santan......kira sihat la sikit .....semasa buat kuih pau semalam ada lebih inti kacang merah jadi daripada tersimpan dalam peti sejuk lebih baik habiskan......Jadi terfikir la pulak nak buat kuih ni yang menjadi kegemaran suami cm....bila suami suka makan kira bonus la bagi tukang masak.....belum kena puji lagi.....selalunya suami cm bagi markah hehe .

Jom lihat apa bahan bahannya :)

A 250 gm tepung beras pulut
3 sudu makan gula
 75 gm keledek yang telah di lenyek halus
1-2 tbsp minyak jagung
2 tbsp tepung ubi

B 150 ml air
pewarna merah dan kuning
minyak jagung secukupnya
daun pisang secukupnya-potong bulat dan sapu dgn minyak jagung

C Inti kacang merah secukupnya

Cara-caranya:
  • Masukkan A dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan minyak masak dan air .Uli hingga sebati tetapi pastikan adunannya tidak melekat di tangan.Bahagikan kepada dua bahagian.Satu diwarnakan merah dan satu lagi diwarnakan kuning
  • Kemudian ambilkan sedikit adunan dan leperkan,letakkan inti di tengah-tengahnya dan tutup dengan rapi agar inti tidak terkeluar.Bulat-bulatkan.
  • Letakkan sedikit tepung ubi pada acuan kuih Ang Koo.Masukkan adunan tadi dan tekan-tekan biar padat
  • Sapukan sedikit minyak pada daun pisang.Ketukkan acuan keatas daun pisang sehingga adunan tu keluar.
  • Kukus kuih Ang Koo selama 5 minit dan buka penutup kukus kemudian kukus lagi hingga masak tapi jangan di tutup supaya corak Kuih Koo nampak cantik.
  • bila kuih dah masak sapukan sedikit minyak jagung agar nampak lebih berkilat.
Untuk rujukan sila ke SINI ,

8 comments:

  1. oh sudah lama tidak makan kuih ini!

    ReplyDelete
  2. CM..besuk buat kuih ape pulak kite nak singgah numpang sekaki..

    ReplyDelete
  3. Hi KakCM...I just love this kuih! ;)

    ReplyDelete
  4. salam cikmanggis..kita x pernah rasa lg kuih ni tp nengokkan resipinyer tu mesti sedaapkan! almaklum ler ada tepung pulut..feveret tu..hehe!

    ReplyDelete
  5. dear 3 hungry tummies...sedap kan?ni nyonya kuih ...saya sangat suka!!!

    ReplyDelete
  6. salam datin..mana ni..penat kita tunggu pagi tadi..ingat nak singgah

    ReplyDelete
  7. salam inahar..ya ke..rasanya macam kuih koci giteww

    ReplyDelete