LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kentang. Show all posts
Showing posts with label kentang. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Kroket Kentang.

Petang tadi Cm tak sempat nak poskan ke "dapur"  kuih minum petang kami kerana selepas siap memasak kuih Kroket Kentang ni Cm bergegas ke Klang untuk menziarah bonda tercinta.Semasa gambar ni di ambil kuih masih panas  berasap kerana baru siap di goreng.Kroket kentang ni menjadi kegemaran anak dan ayah.Entah berapa biji mereka makan..seronok melihat mereka berdua makan dengan berseleranya :)



Inti

Bahan-bahannya:

300 gm daging kisar.
1 labu bawang besar-dadu halus.
3 tbsp thicken cream.
1 tbsp tepung gandum-bancuh dengan sedikit air..
1 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 kiub perisa daging.
1 batang karot-dadu kecil.
50 gm keju parut.

Sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu.
  • Masukkan daging cincang dan gaul hingga sekata.
  • Masukkan karot,lada hitam,garam,kiub perisa daging dan gula.Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan cream.Masak sehingga inti pekat.
  • Sejukkan inti sebelum digunakan.

Doh Kentang.

Bahan-bahannya:

150 gm tepung gandum.
600 gm kentang lenyek.
25 gm air.
1/2 tsp garam.
Sedikit gula.
1/2 tsp ajinomoto -optional.(tak letak)
35 gm butter.
2 biji telur.
50 gm keju parut.

1 biji telur pukul ringan dan serbuk roti secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:


  • Didihkan air dan masukkan butter,
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau .Adunanan  kelihatan  berderai-derai.
  • Masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  • Sejukkan sekejap sebelum di simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
  • Sementara itu kentang  direbus sehingga empuk.Toskan airnya.
  • Lenyek kentang sehingga hancur (ketika masih panas)dan masukkan keju parut,garam,gula dan ajinomoto.Gaul sehingga sebati.
  • Campurkan adunan kentang dengan adunan tepung yang disimpan dalam peti sejuk tadi.Gaul sehingga sebati.Jika doh terlalu lembik boleh tambahkan dengan sedikit tepung gandum.
  • Ambilkan sedikit adunan dan bentukkan bulat bulat mengikut saiz yang dikehendaki.leperkan dan masukkan inti.Tutupkan kemas kemas dan bentukkan sedikit lonjong.
  • Celupkan ke dalam adunan  telur dan golekkan ke atas serbuk roti sehingga sekata.
  • Goreng dengan api yang sederhana  sehingga perang.
Kroket Kentang ini sedap dimakan ketika masih panas kerana  ianya ranggup di bahagian luar dan sangat lembut dan moist didalam.

Wednesday, March 6, 2013

Bergedil Daging.


Semalam Cm janji nak melawat dapur kawan-kawan tetapi selepas solat isyak Cm terus "pengsan" hingga ke subuh.Masyallah betapa nikmatnya dapat tidur dengan lena.Sudah lama Cm mengalami masalah tidur yang tidak sempurna sehingga si Adik  cakap mata Cm ni dah jadi mata panda.....Walau macamana sekali pun Cm memandang  masalah ini secara positif.Mungkin Allah nak mengingatkan Cm agar lebih melakukan ibadat solat malam.....atau amalan ibadah  yang lain......Insyallah.....Semoga diberikanNya kesihatan yang baik dan berpanjangan.....

Ok ....jom lihat resipi simple dari dapur Cm.Seorang teman fb nakkan resipinya.......

Bahan-bahannya:

4 biji kentang  -kupas &potong kecil  dan  goreng hingga perang.
1 cawan bawang goreng.
1 tangkai daun ketumbar.-hiris nipis.
2 tsp serbuk rempah sup atau kurma atau pun kuzi.
200 gm daging.
Sedikit serbuk lada putih.
Garam dan gula secukup rasa.
1 biji telur untuk salut.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:


  • Kisar daging hingga hancur .Cm guna food processor.
  • Masukkan kentang,garam,gula dan bawang goreng.Kisar hingga hancur.
  • Keluarkan dan masukkan hirisan daun ketumbar.Gaul hingga rata.
  • Bentukkan adunan menjadi bebola kecil.
  • Celup kedalam telur dan goreng hingga perang.
  • Siap.....sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.
Hari Isnin baru ni Cm menerima tetamu yang sungguh istimewa dari Kebun Sungai Buloh.Cm dah lama mengikut perkembangan Tukang Kebun  Sungai Buloh semasa Tukang kebun berada di Kebun Adelaide lagi...pembakar semangat untuk berkebun :)...dan gambar dibawah ni adalah Tukang Kebun Ilhan :)
Terima kasih Ilhan kerana bawa banyak pokok benih untuk TokNah :)..opps kat belakang tu Abby sedang tidur.

Monday, November 26, 2012

Kentang Goreng Ala Ala Kfc



Bahan-bahannya:

Kentang.
Tepung gandum.
Baking Powder.
Baking soda.
Garam.
*Jika guna tepung serbaguna tak perlukan baking powder dan baking soda.

Cara-caranya:

Potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.agak-agak macam kentang kat Kfc tu la ya:)
Kemudian rebus dengan sedikit garam  hingga 1/2 masak dan toskan.Gaul dengan tepung yang di ayak dengan sedikit  baking powder dan baking soda.



Akhir sekali di goreng hingga garing atau perang keemasan.

Kentang goreng yang ranggup di luar dan lembut didalam :)

Wednesday, July 11, 2012

Dadar Lapis Ayam Berkeju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Inilah menu makan malam Si Adik.Katanya dia dah makan nasi di sekolah petang tadi jadi tak mau makan nasi dah..........menu yang sungguh simple tetapi mengenyangkan....Alhamdulillah.

Bahan-bahannya:

Dadar.

2 cawan tepung gandum.
2 1/2 cawan air,
1 biji telur.
Setitis pewarna kuning.
Secubit garam.,

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan di atas kedalam blender.Blend hingga sebati.Jika adunan nampak agak pekat tambahkan sedikit lagi air.Adunan dadar ni lebih cair sedikit dari INI dan di dadar lebih nipis.Se elok eloknya guna kuali yang tidak melekat.Dadarkan sehingga selesai dan ketepikan.

Inti.

1 keping dada ayam-ambil isinya dan kisar.
1 labu bawang besar.-cincang.
2 ulas bawang putih-cincang.
1 tsp rempah kerutub atau rempah kari daging.
Gula dan garam secukup rasa.
1 tbsp sos spaghetti segera.
Daun sup,daun bawang dan cili masak untuk hiasan.
1 biji kentang-dadu kecil.
Keju parut secukupnya.
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.Masukkan rempah kerutub atau rempah kari dan sedikit air.Kacau hingga rata.Kemudian masukkan sos spaghetti ,garam dan gula.Masak sehingga inti agak kering dan kentang empuk.




Cara-cara untuk membakarnya:

Letakkan sekeping dadar atas dulang yang sesuai.Letakkan inti di atasnya ,ratakan..Kemudian taburkan dengan keju parut.Tutup dengan sekeping dadar dan ulangi proses yang sama sebanyak 4 keping dadar semuanya.Akhir sekali tutup dengan sekeping dadar dan tabur dengan keju parut secukupnya.Bakar sehingga permukaan dadar nampak garing atau keemasan warnanya.

**Hias dengan potongan daun bawang,daun sup dan cili potong.


Saturday, August 22, 2009

Bergedil daging

Bahan-bahana:) 6 biji kentang sederhana besarnya 200 gm daging cincang 10 ulas bawang merah 1 tangkai daun sup 1 tangkai daun bawang 1 tangkai daun ketumbar 1 sudu kecil rempah beriani 1/2 sudu kecil lada hitam garam secukup rasa 2 biji telur-pukul sedikit dgn garfu minyak masak secukupnya Cara-caranya:) Kupas kentang-potong 4 bahagian dan goreng sampai kuning,kemudian tumbuk kentang goreng hingga lumat.Mayang bawang merah dan goreng hingga garing(bawang goreng) -ketepikan. Satukan kentang dan bawang goreng dalam satu bekas dan masukkan daging cincang, rempah beriani,garam dan lada hitam gaul rata.Potong daun bawang ,daun sup dan daun ketumbar ,masukkan kedalam kentang tadi dan gaul lagi hingga sebati. Bulat-bulatkan adunan tadi mengikut saiz yang anda inginkan.Celup kedalam telur dan goreng sampai masak.Guna api yang sederhana agar bergedil masak dengan sempurna.

Friday, July 31, 2009

menu semalam

Salam semua!!salam satu Malaysia:)....semalam tak sempat nak masukkan foto masakan cikmanggis.Seronok sangat dengan kedatangan mengejut datin el.....hari ni dah cuti pula datin..... Semalam cm masak bubur lambuk(permintaan suami),permintaan anak-anak pulak nasi putih,ayam goreng,masak tempoyak udang,ikan dan sayur.Layan je selera anak-anak sementara mereka ada di rumah....anak lelaki yang besar masih cuti,bulan september baru berangkat ke Ireland....jika dah tak ada kat rumah..rindu-rinduan la maknya... Kita tengok gambar je lah ya..tak payah resepi semua orang tahu buat ni... Udang masak tempoyak Roti bakar sapu kaya dan milo kegemaran si kecik(anak bongsu) walaupun dah besar nampak kecik je! guna piping bag & nozel..paip kan kentang lenyek kedalam mangkuk yang berisi inti pai baru bakar sampai masak. Yang ni pai kentang kegemaran suami cikmanggis..selalunya malamnya cikmanggis buat pai ni..bangun pagi-pagi esok panaskan untuk sarapan suami sebelum kepejabat. Ini pulak sirap merah..sirap orang kenduri..tp sekarang macam-macam minuman kat kenduri kahwin. Ini bubur lambuk..rasanya Nor terengganu tahu ni..dalam bubur ni ada bawang putih,bawang merah,halia,kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,budu,pucuk paku dan isi ikan bakar serta sedikit santan