LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 3, 2013

Kroket Kentang.

Petang tadi Cm tak sempat nak poskan ke "dapur"  kuih minum petang kami kerana selepas siap memasak kuih Kroket Kentang ni Cm bergegas ke Klang untuk menziarah bonda tercinta.Semasa gambar ni di ambil kuih masih panas  berasap kerana baru siap di goreng.Kroket kentang ni menjadi kegemaran anak dan ayah.Entah berapa biji mereka makan..seronok melihat mereka berdua makan dengan berseleranya :)



Inti

Bahan-bahannya:

300 gm daging kisar.
1 labu bawang besar-dadu halus.
3 tbsp thicken cream.
1 tbsp tepung gandum-bancuh dengan sedikit air..
1 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 kiub perisa daging.
1 batang karot-dadu kecil.
50 gm keju parut.

Sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu.
  • Masukkan daging cincang dan gaul hingga sekata.
  • Masukkan karot,lada hitam,garam,kiub perisa daging dan gula.Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan cream.Masak sehingga inti pekat.
  • Sejukkan inti sebelum digunakan.

Doh Kentang.

Bahan-bahannya:

150 gm tepung gandum.
600 gm kentang lenyek.
25 gm air.
1/2 tsp garam.
Sedikit gula.
1/2 tsp ajinomoto -optional.(tak letak)
35 gm butter.
2 biji telur.
50 gm keju parut.

1 biji telur pukul ringan dan serbuk roti secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:


  • Didihkan air dan masukkan butter,
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau .Adunanan  kelihatan  berderai-derai.
  • Masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  • Sejukkan sekejap sebelum di simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
  • Sementara itu kentang  direbus sehingga empuk.Toskan airnya.
  • Lenyek kentang sehingga hancur (ketika masih panas)dan masukkan keju parut,garam,gula dan ajinomoto.Gaul sehingga sebati.
  • Campurkan adunan kentang dengan adunan tepung yang disimpan dalam peti sejuk tadi.Gaul sehingga sebati.Jika doh terlalu lembik boleh tambahkan dengan sedikit tepung gandum.
  • Ambilkan sedikit adunan dan bentukkan bulat bulat mengikut saiz yang dikehendaki.leperkan dan masukkan inti.Tutupkan kemas kemas dan bentukkan sedikit lonjong.
  • Celupkan ke dalam adunan  telur dan golekkan ke atas serbuk roti sehingga sekata.
  • Goreng dengan api yang sederhana  sehingga perang.
Kroket Kentang ini sedap dimakan ketika masih panas kerana  ianya ranggup di bahagian luar dan sangat lembut dan moist didalam.

3 comments:

  1. CM, lapar! Bab kentang-kentang ni PH kena postpone dulu. Susah lah bila berdiet ni. Sekali jenguk dapur kawan-kawan, lemah semangat dibuatnya. Sobs...

    ReplyDelete
  2. Oh ini mesti laju Rayyan dan Ilhan makan juga.

    ReplyDelete