LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Kacang Panggang Ala Ala Kacang Pool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini tiba-tiba terasa nak makan baked beans yang di masak ala ala kacang pool.Kebetulan pagi-pagi lagi saya telah uli roti dan tunggu roti naik untuk di bakar dalam oven.Jadi saya keluarkan bahan-bahan untuk masak baked beans...jom kita tengok resipinya ya :)


Bahan-bahannya:)

1 tin besar kacang panggang.
1 labu besar bawang bombay.
3 ulas bawang putih.*
1 inci halia*
5 ulas bawang merah.*
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbukketumbar,
1 sudu makan serbuk kari daging.
2 tangkai akar pokok ketumbar.*
200 gm daging kisar.
Garam secukup rasa.
Sedikit serbuk lada putih.

Cili hijau /merah-potong.
Limau kasturi di belah dua.
Telur mata.
Daun ketumbar  dan daun bawabg potong halus.
sedikit bawang besar -cincang.

Cara-caranya :)

  • Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan serbuk ketumbar,kari dan jintan manis.masak sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air.Biarkan daging empuk.
  • Masukkan baked beans dan lenyek-lenyekkan dengan sudip agar kacang hancur.
  • Akhir sekali masukkan garam serta serbuk lada hitam.
  • Masak sehingga agak pekat.
  • Hidang bersama telur mata,hirisan cili masak dan cili hijau serta potongan limau kasturi dan hirisan daun bawang & daun ketumbar.
  • Jangan lupa roti bakar ya...Enjoy


Thursday, September 3, 2015

Minuman Yang Menyegarkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ada menanam beberapa pasu pokok pudina.Alhamdulillah semuanya hidup subur.Selalunya saya masukkan ke dalam teh O dan minum ketika teh masih panas.Sedap betul ... saya letak sedikit gula ...manis buah kata orang tu kan.

Kali ini saya ubah sikit bahan-bahannya untuk minuman sejuk sesuai sangat dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini.

Bahan-bahannya:
(Untuk 1 jug saiz sederhana)

Daun pudina secukupnya.
1 biji lemon.
3-4 tbsp madu.
Kiub ais secukupnya.
Cara-caranya:


  • Lemon di potong nipis.Beberapa keping
  • Selebihnya di perah untuk jusnya.
  • Ambil beberapa tangkai daun pudina.Masak dengan 2 gelas air sehingga mendidih.Sejukkan &masukkan 3 -4 tbsp madu dan kacau hingga sebati.
  • Tuangkan air rebusan pudina ke dalam jug dan tambah dengan air sejuk secukupnya &tambah dengan jus lemon.
  • Masukkan daun pudina yang segar serta hirisan buah lemon.
  • Letakkan  kiub ais secukupnya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Thursday, April 26, 2012

Chia Seed Ciabatta Bread

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sahabat.

Ramai kawan-kawan Cm yang memperkenalkan diet yang sihat apabila mengetahui Cm mempunyai masalah  uric acid yang tinggi dan Cm rasa bersyukur kerana mempunyai sahabat yang perihatin.Selain dari Pn .Neo,Ibu stephy jugak ada mempunyai petuanya tersendiri.Dia menggalakkan Cm mengambil 1 tbsp Organic  Extra Virgin Olive Oil setiap pagi.Katanya amalkan selama tiga bulan dan cuba lihat hasilnya.sambil itu hendaklah berpantang dari mengambil makanan yang mengandungi purin yang tinggi.


Chia Seeds.

Semalam Liza membawa Cm ke kedai yang menjual Chia Seeds( setelah berminggu-minggu Cm mencarinya).Harganya agak mahal tapi tak apalah kerana Cm ingin mencubanya.Apabila dicampur dengan minuman rasanya seakan-akan biji selasih.sedap.:)...Kepada kawan-kawan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang  khasiat Chia seeds ,sila ke SINI.


Chia Seeds Ciabatta Breads.

Hari ini Cm nak berkongsi satu resepi roti yang sihat.Cm tambahkan dengan Chia Seeds.Roti ciabatta ni berbentuk leper seperti tapak selipar sebab tu di kenali sebagai roti selipar atau Ciabatta dalam  bahasa Itali.....Jom kita lihat apakah bahan-bahannya:)

Bahan-bahannya:


Starter:

1/2 cawan air.
3/4 tepung roti.
1/2 tsp yis.

Satukan semua bahan-bahan diatas ke dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap ,biarkan  selama semalaman di suhu bilik.


Doh:

1/2 cawan air.
1 tbsp susu tepung.
2 tbsp olive oil.
1 1/2 cawan tepung roti.
1/2 tsp garam halus.
1 tsp gula.
1 1/2  tbsp chia seeds(1/2 cawan Chia Seeds +2 cawan air disimpan dalam peti sejuk semalam)
1/2 tsp yis.


Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan-bahan di atas(Starter & Doh) kedalam mangkuk pengadun. 
  •  Uli sehingga sebati dan doh kental.
  • Biarkan doh sekejap,lebih kurang 10-15 minit.
  • Kemudian bahagikan doh kepada  3 bahagian.Doh agak lembut dan melekit jadi taburkan sedikit tepung semasa membentuk menjadi leper dan memanjang seperti tapak selipar.
  •  Aturkan ke atas dulang pembakar dan biarkan doh naik sehingga double dari saiz asal.Tabur dengan sedikit Chia Seeds jika suka.
  •   Bakar hingga kuning keemasan

Selamat mencuba ya....Rasa roti Ciabatta ni kenyal-kenyal dan lembab.Mungkin  pengaruh daripada Chia seeds menyebabkan ianya "Moist". Hari ini Cm buat dua adunan jadi hasilnya agak lumayan.Cara menyimpannya senang je,balut roti dengan cling wrap dan simpan dalam freezer.Keluarkan 20 minit sebelum digunakan.

***Resepi asalnya Cm ambik kat SINI

Tuesday, April 24, 2012

Ayam Gamat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sahabat.

Minggu lepas Pn.Neo datang melawat Cm apabila beliau dapat tahu yang  Cm kurang sihat.Seperti biasa,beliau tidak akan datang dengan tangan kosong......mesti ada buah tangan,Kami berkawan hampir 31 tahun lamanya terasa akrab lebih dari adik beradik sendiri.Semasa Cm dalam pantang bersalinkan Mummy Maryam 27 tahun yang lalu beliau lah yang menjaga Cm .....Semoga Allah membalas kebaikan Pn Neo dengan pahala yang berlipat kali ganda..kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,....

Pisang emas dibawa belayar.
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar.
Hutang budi dibawa mati.


Gamat.

Pn.Neo membawa 2 keping paha ayam kampung dan 15 ekor gamat.Katanya gamat adalah kiriman dari anak perempuannya A untuk Cm.Terima kasih A...terharu sekali kerana "ingat" pada Cm.A seorang gadis yang sungguh cantik:).....katanya gamat baik untuk mengubati sakit lutut Cm ni.

Inilah rupa gamat kering,Pertama kali melihatnya rasa "ngeri" nak makan,Terbayangkan macam-macam tetapi mengenangkan ianya "ubat" maka kena gagahi juga:)


Untuk membersihkan gamat kering ini agak rumit juga tetapi Pn Neo telah  tunjukkan cara-caranya,


  • Rebus sekejap,
  • Apabila  airnya  hampir mendidih, padamkan api,
  • Angkat dan biarkan ianya sejuk,
  • Kemudian simpan didalam peti sejuk selama satu malam.


.Belah perutnya dan buangkan segala isi perutnya,Jika gamat masih keras,rendam lagi dengan air dan simpan didalam peti sejuk,Keluarkan dan cuci sehingga betul-betul bersih dan lembut seperti foto diatas.


Bahan-bahannya:





5 ekor gamat-dipotong dua,
1 ketul kecil halia-mayang halus,
3 ulas bawang putih-dipotong nipis.
4 ulas bawang merah-hiris nipis,
1 dahan daun ketumbur-dikerat-kerat,
4 ketul kecil isi ayam-potong kiub(Terpulang pada selera masing-masing)
Sedikit sos tiram,
sedikit minyak bijan.
Sedikit kicap pekat,
Sedikit kicap manis.
Sedikit serbuk lada hitam.






Cara-caranya:



  • Panaskan sedikit minyak jagung,
  • Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga naik baunya,
  • Masukkan ayam dan gamat,Tumis 1/2 masak.
  • Masukkan sedikit air,sos tiram,kicap manis,kicap cair,serbuk lada hitam dan minyak bijan,
  • Masak sehingga ayam empuk,Jika sukakan kuahnya lebih boleh tambahkan sedikit air,
  • Akhir sekali masukkan keratan daun ketumbar,kacau rata.Siap untuk dihidangkan,