LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Kacang Panggang Ala Ala Kacang Pool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini tiba-tiba terasa nak makan baked beans yang di masak ala ala kacang pool.Kebetulan pagi-pagi lagi saya telah uli roti dan tunggu roti naik untuk di bakar dalam oven.Jadi saya keluarkan bahan-bahan untuk masak baked beans...jom kita tengok resipinya ya :)


Bahan-bahannya:)

1 tin besar kacang panggang.
1 labu besar bawang bombay.
3 ulas bawang putih.*
1 inci halia*
5 ulas bawang merah.*
1 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil serbukketumbar,
1 sudu makan serbuk kari daging.
2 tangkai akar pokok ketumbar.*
200 gm daging kisar.
Garam secukup rasa.
Sedikit serbuk lada putih.

Cili hijau /merah-potong.
Limau kasturi di belah dua.
Telur mata.
Daun ketumbar  dan daun bawabg potong halus.
sedikit bawang besar -cincang.

Cara-caranya :)

  • Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan serbuk ketumbar,kari dan jintan manis.masak sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air.Biarkan daging empuk.
  • Masukkan baked beans dan lenyek-lenyekkan dengan sudip agar kacang hancur.
  • Akhir sekali masukkan garam serta serbuk lada hitam.
  • Masak sehingga agak pekat.
  • Hidang bersama telur mata,hirisan cili masak dan cili hijau serta potongan limau kasturi dan hirisan daun bawang & daun ketumbar.
  • Jangan lupa roti bakar ya...Enjoy


Thursday, February 20, 2014

Daging Halia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Daging Halia.

Bahan-bahannya :

250 gm daging batang pinang-hiris nipis.
4 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 inci halia-tumbuk halus.
1 tsp lada sulah.
Sedikit kicap manis.
Sedikit sos tiram.
Sedikit minyak bijan.
Garam secukup rasa.
1 tbsp tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
2 inci halia-mayang halus.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Satukan daging,sos tiram,kicap manis,minyak bijan,halia tumbuk,bawang putih,garam dan serbuk lada sulah.Perapkan selama 15-20  minit.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis halia yang dimayang tadi hingga wangi.
  • Kemudian masukkan daging yang telah diperap .
  • Masak sehingga daging empuk jika perlu tambahkan sedikit air.
  • Apabila daging telah lembut masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga kuahnya agak pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Wednesday, February 19, 2014

Sup Sayur Timun Tua

Sup Timun Tua.

Bahan-bahannya:

1 biji timun tua-belah 4 dan buang bijinya & potong kecil.
4 ulas bawang pitih-ketuk.
70 gm daging-potong kecil.
Sedikit sos tiram.
Sedikit lada sulah.
Sedikit minyak jagung.

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak jagung.Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan daging.Kacau rata.Tuang kan air secukupnya.Biarkan mendidih dan daging lembut.
  • Masukkan timun,sos tiram serta serbuk lada sulah.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Nasi Beras Perang.

Dalam keadaan cuaca panas sekarang ,makanan bersup menjadi pilihan kami sekeluarga.Sup sayur timun tua ini menjadi kegemaran dan saya akan menyediakan 2 atau tiga kali  seminggu.

Thursday, September 5, 2013

Singgang Daging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bahan-bahannya:

300 gm daging batang pinang.
4 ulas bawang merah-mayang halus.
2 ulas bawang putih.-mayang halus.
4 hiris lengkuas.(hiris nipis)
3 hiris halia-mayang halus.
1 keping asam gelugur.
1/2 tbsp ketumbar biji-tumbuk kasar.
Air secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Daging dicuci bersih dan dihiris nipis.
  • Masukkan daging ke dalam periuk tanah.Isikan dengan  semua bahan-bahan yang di atas.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga daging empuk.Jika perlu tambahkan air sehingga daging betul-betul lembut.
  • Rasakan masin,manis dan masam kuahnya.
Sedap dimakan dengan nasi putih dan jangan lupa "gengnya" iaitu budu atau sambal belacan...Singgang daging jugak sedap dimakan jika dibiarkan semalaman.

Friday, March 22, 2013

Moi



Assalamualaikum an selamat sejahtera.

Cuaca hari ini sungguh panas dan tekak sentiasa haus.Rasanya tidak sesuai untuk menu yang bergoreng ,pedas atau berminyak.Jadi untuk makan tengahari kami nanti Cm hidangkan bubur nasi daging.Ini menu kegemaran suami Cm.....
Bahan-babahanya:

2 cawan beras.
2 litre air.-jika perlu boleh tambahkan air panas semasa memasak.
sedikit garam.
3 keping hirisan halia.
1 batang karot-potong dadu.
1 cawan daging-potong kiub.
4 ulas bawang merah-hiris dan goreng untuk dijadikan bawang goreng.
1/2 cawan kacang tanah.
2 ulas bawang putih.

Hiasan & tabur.
Bawang goreng.
Daun bawang potong kecil.

Cara-caranya:

Cuci beras dan masukkan kedalam periuk bersama air,daging,bawang putih,halia,kacang tanah  dan garam.Masak sehingga beras kembang.Kemudian masukkan karot.Biarkan mendidih diatas api sehingga menjadi bubur.Jika nampak terlalu pekat tambahkan air panas.

Cm suka bubur yang agak cair tapi terpulanglah pada selera masing-masing.Jika ingin kan perisa bolehlah di masukkan satu ketul kiub  pati ayam kedalam bubur daging ini.

Last sekali apabila bubur dah masak bolehlah masukkan bawang goreng dan sedikit lebihan minyak goreng bawang tadi agar bubur bertambah wangi.Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan bersama-sama sayur ,telur masin atau apa-apa saja  yang anda suka :)


Selamat menjamu selera semoga rezeki yang kita hidangkan untuk anak-anak atau untuk  keluarga kita semuanya dari  rezeki yang halal dan penuh keberkatan...Bismillah......

Wednesday, March 6, 2013

Bergedil Daging.


Semalam Cm janji nak melawat dapur kawan-kawan tetapi selepas solat isyak Cm terus "pengsan" hingga ke subuh.Masyallah betapa nikmatnya dapat tidur dengan lena.Sudah lama Cm mengalami masalah tidur yang tidak sempurna sehingga si Adik  cakap mata Cm ni dah jadi mata panda.....Walau macamana sekali pun Cm memandang  masalah ini secara positif.Mungkin Allah nak mengingatkan Cm agar lebih melakukan ibadat solat malam.....atau amalan ibadah  yang lain......Insyallah.....Semoga diberikanNya kesihatan yang baik dan berpanjangan.....

Ok ....jom lihat resipi simple dari dapur Cm.Seorang teman fb nakkan resipinya.......

Bahan-bahannya:

4 biji kentang  -kupas &potong kecil  dan  goreng hingga perang.
1 cawan bawang goreng.
1 tangkai daun ketumbar.-hiris nipis.
2 tsp serbuk rempah sup atau kurma atau pun kuzi.
200 gm daging.
Sedikit serbuk lada putih.
Garam dan gula secukup rasa.
1 biji telur untuk salut.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya:


  • Kisar daging hingga hancur .Cm guna food processor.
  • Masukkan kentang,garam,gula dan bawang goreng.Kisar hingga hancur.
  • Keluarkan dan masukkan hirisan daun ketumbar.Gaul hingga rata.
  • Bentukkan adunan menjadi bebola kecil.
  • Celup kedalam telur dan goreng hingga perang.
  • Siap.....sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.
Hari Isnin baru ni Cm menerima tetamu yang sungguh istimewa dari Kebun Sungai Buloh.Cm dah lama mengikut perkembangan Tukang Kebun  Sungai Buloh semasa Tukang kebun berada di Kebun Adelaide lagi...pembakar semangat untuk berkebun :)...dan gambar dibawah ni adalah Tukang Kebun Ilhan :)
Terima kasih Ilhan kerana bawa banyak pokok benih untuk TokNah :)..opps kat belakang tu Abby sedang tidur.

Wednesday, August 29, 2012

Rendang Tok Manggis :)p


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat tengahari dan salam  buat semua kawan-kawan yang dikasihi.......masih dalam mood raya?atau mood open house?Semasa Cm kanak kanak dulu raya hanya sehari saja .Lepas tu masing masing berpuasa enam.Bila dah tua tua begini dan berhijrah ke KL ,raya sehingga sebulan hehe...tapi Cm macam biasa saja.Tak pernah "over-over"Bersederhana sebaik baiknya dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan.

Semalam Cm beli 1 kg daging batang pinang dan hari ini Cm tambah dengan 1/2 kg hati lembu.Cm dah lama tak makan daging atau hati (tak pernah makan hati sb Cm orang yang sgt ceria)     disebabkan masalah kesihatan tetapi Cm masak rendang tok untuk anak anak dan niat dihati nak sejuk bekukan separuh .Mana lah tahu jika ada tetamu yang singgah tanpa notis hehe.Dapat lah Cm tanakkan nasi dan panaskan rendang Tok.Jika dapat bagi tetamu makan terasa sangat berpuas hati dan seronok...tetapi Angah dah warning..katanya rendang ni tak kan sempat nak di frozenkan hehe.

Bahan-bahannya:

1 kg daging batang pinag -potong kiub sederhana saiznya.
1/2 kg hati lembu-potong kiub.
20 tangkai cili kering.
3 labu bawang besar.
20 biji bawang merah.
5 hirisan/keping lengkuas.
5 hirisan/keping halia.
1 ketul sedang  kunyit hidup.
2 tbsp rempah kari.
1 keping asam gelugur.
1/2 biji kerisik.
1 tbsp ketumbar biji.
1 tbsp jintan manis.
1 tbsp jintan putih.
2 biji santan pekat.-anggaran 2 1/2 cawan.
6 batang serai.-ambil bahagian bawah untuk dikisar dan 2 batang bahagian atas dititik.
3 helai daun limau purut-mayang halus.
1/2 helai daun kunyit-mayang halus.
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.


Cara-caranya:


  • Bawang besar,bawang kecil.cili kering,halia,lengkuas dan kunyit dikisar halus.
  • Jintan manis,jintan putih dan ketumbar di goreng tanpa minyak hingga wangi.kemudian dikisar kasar.
  • Masukkan daging dan hati kedalam kuali dan tuangkan bahan-bahan kisar dan rempah jintan manis,jintan putih,ketumbar dan serbuk kari.Gaulkan hingga sebati.
  • Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk.Jika perlu tambahkan sedikit air.
  • Bila daging dan empuk boleh lah masukkan santan,hirisan daun limau purut,daun kunyit,serai ketuk ,asam keping,kerisik ,gula melaka dan garam secukup rasa.Seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
  • Akhir sekali masukkan kerisik.Masak dengan api yang sederhana dan sentiasa mengacaunya agar rendang tidak cepat hangus.
  • Masak sehingga rendang kering.Mengambil masa agak-agak 2 1/2 jam atau lebih.Kena banyak bersabar ya:)




Wednesday, January 4, 2012

Spaghetti Bebola Daging.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Selamat tengahari dan selamat menjamu selera.Hari ini hari pertama persekolahan 2012.Anakanda Cm segak berpakaian uniform putih dan hijau ke sekolah .Cm ada bagitau yang si adik  dah dewasa dan kena belajar bersungguh sungguh..beliau  mengangguk-angguk tanda faham......apabila sampai di pagar sekolah katanya tak payah hantar sehingga kedalam sekolah sebab dia dah besar dan jangan cium didepan kawan-kawan...hanya salam dan cium tangan saja tau hikhik....
Sebagai tanda sokongan sebab si adik dah " dewasa" Cm tunaikan permintaannya nak makan Spaghetti Bebola Daging apabila balik dari sekolah nanti:)..makanan kegemarannya.....

Bahan-bahan untuk Bebola Daging:

400 gm daging kisar.
4 keping roti putih.
1/2 cawan susu segar.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
3 tbsp cheese parut.
garam secukup rasa.
1 tangkai daun ketumbar.-cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 ulas bawang putih-cincang.

Cara-caranya:

  • Rendam roti dengan susu hingga lembut.
  • Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati.
  • Bentukkan seperti bebola .
  • Aturkan diatas dulang dan bakar dalam oven hingga masak.

Bahan-bahan untuk Sos:


1 labu bawang besar dicincang .
3 ulas bawang putih-cincang.
1 tin Sos Spaghetti  tomato Prego tradisional.(300gm)
1 tangkai daun ketumbar.
garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk lada hitam.

Cara-caranya:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  • Masukkan sos Prego dan kacau rata.
  • Masukkan 1/2 tin Prego air dan biarkan mendidih sekejap.
  • Kemudian masukkan bebola daging tadi dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan sedikit garam,serbuk lada hitam dan gula mengikut selera masing masing.Jika selera kami anak beranak memang suka kuah yang agak manis.. atau .seimbangkan rasa manis..masin dan masam....Taburkan dengan sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan bersama Spaghetti....


Komen:Ini adalah Spaghetti ala ala  tekak melayu hehe.Jika orang putih makan hmm tak tahu lah apa dorang komen.....komen kami anak beranak "Fuyoo"(bangga) sedap giler:)p...suami kasi 90 markah !hihi.

**Petang nanti Cm cuba balas komen kawan kawan ya sebab sekejap lagi nak ambik orang "dewasa" dari sekolah..selamat mencuba resepi ini:)bye..bye...

Friday, November 11, 2011

Roti Gulung Serunding Daging.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


11.11.2011 satu tarikh yang cantik dan unik sekali.Tetapi pada  diri Cm tiada apa-apa yang menarik pada hari ini.Hanya sekadar angka-angka yang cantik.Hari ini sama saja dengan semalam atau minggu lepas atau bulan lepas.....Cm menjalani kehidupan seperti biasa dengan doa agar sentiasa didalam rahmatNya.Umur yang diberkati,...rezeki yang halal dan sentiasa redha akan ketentuanNya....


Petang tadi Cm masak roti gulung serunding  untuk minum petang .Tetapi kerana saiz roti yang agak besar rasanya besok kami akan bersarapan dengan roti yang sama...Mungkin makan tengahari pun dengan roti juga hehe..pengsan lah orang kat rumah Cm ni kena makan roti:)



Bahan-bahannya:)

195 gm tepung roti.
90 gm tepung gandum.
6 gm yis segera.
30 gm gula halus.
12 gm susu tepung.
60 gm telur.
6 gm garam.
65 gm air.
75 gm water roux
Serunding daging secukupnya.
1tangkai daun bawang-potong kecil
Bijan untuk tabur,
Mayonis untuk sapu.




Cara-caranya:

  1. Satu kan semua bahan-bahan di atas kecuali butter dan bahan-bahan tabur,Uli selama 40 minit.(Cm guna KA selama 25-30  minit)
  2. Bentukkan 4 segi dan letak diatas dulang yang disapu dengan sedikit butter,
  3. Biarkan doh naik selama 30-40 minit.
  4. Cucuk-cucuk dengan garfu dan sapukan dengan sedikit telur.Kemudian taburkan bijan serta  hirisan daun bawang.
  5. Bakar hingga masak.
  6. Keluarkan dari oven .Sapukan dengan sedikit mayonis dan taburkan dengan serunding daging.Kemudian gulung kemas-kemas.
  7. Potong mengikut saiz yang dikehendaki .Sapukan hujung roti dengan mayonis dan celup dengan serunding.Lakukan proses yang sama pada kedua-dua belah hujung roti.(Serunding daging yang Cm guna agak kasar jadi tidak melekat dengan sempurna)
 Komen:Cm memang suka roti yang begini.Bau daun bawang dan bijan sungguh harum apabila dibakar dalam oven.Tetapi saiz yang agak besar agark sukar  untuk menggulungnya.Jika kawan-kawan ingin mencubanya eloklah dibahagikan doh kepada dua bahagian supaya dapat saiz yang sederhana besarnya.

Penghargaan:Terima kasih buat AYIN kerana berkongsi resepi yang enak ini.Jika kawan-kawan inginkan resepi roti atau pau sila lah ke dapur AYIN:)Makasih Ayin:)

    Sunday, November 6, 2011

    Daging Singgang/Selamat hari Raya Aidil Adha:)/Maryam

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



    Selamat hari Raya korban buat kawan-kawan yang beragama islam.Alhamdulillah pagi tadi kami anak beranak dapat menunaikan solat sunat  Aidil Adha di surau yang berhampiran dengan rumah Cm.Pada kali ini anak-anak dan menatu serta cucu dapat beraya bersama kecuali Zuhri berada di Cork Ireland.Salam aidil Adha buat anakanda Zuhri yang dirindui

    Apabila lihat daging ni Cm teringat cerita dalam sebuah buku yang berjudul Jenaka Sufi yang suami Cm beli untuk anak-anak semasa mereka masih bersekolah rendah.Tapi sayang buku itu telah hilang semasa kami berpindah rumah dari Johor ke K.L dulu.Sesiapa yang pernah baca buku ini tentu kenal dengan watak Mullah Nasyaruddin yang lucu itu.....Sedara mara Abu Nawas:) wataknya.

    Pada suatu hari Mullah membeli daging di pasar.Dalam perjalanan pulang dia berjumpa dengan seorang kawannya .Mullah beritahu yang dia ingin memasak daging  dan meminta resepi dari sahabatnya itu.Maka sahabatnya memberi resepi yang Mullah inginkan.Tiba-tiba datang se ekor gagak yang sungguh besar dan menyambar daging yang di pegang oleh Mullah.Dengan kuat Mullah menjerit "Wahai gagak yang Jahat engkau telah mencuri daging ku".lalu sahabatnya berkata"Apa yang kamu nak masak sebab daging kamu telah dicuri?" Mullah Nasyaruddin berkata"Tak apa ..tak apa...burung itu tak dapat makan daging yang sedap sebab RESEPI masih dengan saya"...hehe....itu lah ceritanya.
    Daging Korban diatas Cm masak Singgang.Alhamdulillah anak-anak kata sungguh sedap sebab dagingnya masih segar.Setelah dimasak daging  sungguh lembut dan resepinya pun  mudah.Jom kita tengok apakah bahan-bahannya.

    Bahan-bahannya:)

    500 g daging lembu segar.-potong nipis.
    1 tbsp biji ketumbar,
    4 ulas bawang putih.
    1 inci kunyit hidup.
    1 inci lengkuas.
    1/2 tbsp lada hitam(biji)
    1 keping asam gelugur.
    1/2 kiub perisa ayam.
    garam secukup rasa.

    Cara-caranya:)

    • Lengkuas,kunyit,bawang putih ,ketumbar dan lada hitam ditumbuk kasar.
    • Masukkan daging kedalam periuk dan rebus dengan bahan-bahan tumbuk tadi hingga empuk.
    • Kemudian masukkan asam keping,garam dan kiub ayam.Masak lagi hingga mendidik.
    • Untuk kuahnya agak-agak agar jangan terlalu banyak takut hilang rasa manis dagingnya.
    • Sedap dimakan bersama nasi panas:)

    Maaf ya Cm nak tempek gambar cucu Cm ni:) sekarang dah boleh meniarap dan dah mula nak ke depan.Dah pandai golek-goleh maknanya tak boleh duduk atas katil sorang-sorang:)












    Saturday, September 10, 2011

    Rendang Daging Ala-Minang

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


    Pagi pagi tadi Cm ke pasar mengambil ketupat palas yang Cm tempah dengan Mek.Malam tadi dah siap buat Rendang Minang yang diajar oleh Datin El untuk dimakan dengan ketupat ni...sedap....Semasa Cm tinggal di Gombak dulu jiran jiran semuanya orang Minang jadi dah biasa makan rendang yang dimasak bersama cili api.Sedap dan pedas berapi:).Oleh kerana suami dan anak anak tak tahan dengan pedas Cm ubah suai sikit bahan-bahannya...bubuh sedikit cili api tetapi lebihkan cili kering.

    Bahan-bahannya:

    1 kg daging lembu.(potong kiub)
    15 ulas bawang merah.
    3 ulas bawang putih.
    1 inci halia.
    2 inci lengkuas.
    1 inci kunyit hidup.
    10 tangkai cili kering.
    10  biji cili api(Cm bubuh 5 biji)
    1 kg santan pekat.
    2 batang serai-ketuk.
    1 helai daun kunyit.
    2 helai daun limau purut.
    1 keping asam gelugur.
    Gula dan garam secukupnya.
    Cara-caranya:

    • Kisar semua bahan-bahan diatas( kecuali santan,daun limau purut,serai,daun kunyit,asam keping,santan dan garam serta gula) hingga hamcur.
    • Perap bahan-bahan kisar bersama daging -ketepikan.
    •  Masak santan dalam kuali hingga jadi tahi minyak.
    • Masukkan daging dan masak hingga empuk.Masukkan garam,gula,asam keping,serai  dan daun limau purut serta daun kunyit.
    • Masak rendang hingga pekat atau terpulang pada selera masing masing..ada orang suka berkuah sedikit dan ada orang suka kering.

    Nota: Terima kasih pada Rayyan kerana datang beraya rumah Tok mama:)terima kasih pada Mama Rayyan..Ayah Rayyan dan Opah Rayyan....selamat hari raya......

    Tuesday, August 16, 2011

    Kambing Panggang

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera........................


    Hari ni dah 16 hari berpuasa.Tak lama lagi hari raya akan menjelma.Semoga dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan ibadah  sehingga ke penghujung Ramadhan nanti.Insyallah.
    Daging kambing panggang ni zuhri yang masak.Berpeluh-peluh kat dapur tu semalam.Baunya semerbak.Setelah Cm nyalakan dapur arang Zuhri ambil alih tugas  memanggangnya.Daging kambing ni telah diperap dan disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu..Jom kita lihat bahan-bahannya ya:)

    5 keping daging kambing(Cm beli kat Cold Storage yg telah siap di potong)
    1 ketul kecik halia(agak-agak)-tumbuk
    Garam secukupnya.
    3 ulas bawang putih-tumbuk
    1 tbsp sos tiram.
     2 tbsp sos bbq
    1 tbsp sos perasa maggi.
    3 tbsp sos lea perrins.
    2 tbsp sos lada hitam.
    Minyak zaitun secukupnya untuk sapuan semasa memanggang nanti.
    Cara-caranya:
    Perap daging kambing dengan bahan-bahan diatas beberapa jam.Simpan dalam peti sejuk.Kemudian panggang hingga masak.Hidang bersama sos bbq,mayonis dan cili sos.

    Dimakan bersama makroni.

    Labu panggang.

    Selamat mencuba ya:)

    Friday, June 3, 2011

    Daging Masak Kandar


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


    Dulu dah pernah masak daging kandar ni dan semuanya suka.Suami Cm makan bertambah-tambah siap tanya apakah bahan-bahan untuk masak Daging Kandar ni hehe...mana pernah tanya sebelum ni jadi tipu-tipu Cm cakap lah bahan-bahannya ...jawabnya..ooo...ooo...Sekarang dah  tahu ke ?....hmmm tak..:)
    Cm nak minta izin ambik resepi dari dapur Nieza nuuun jauh kat Helsinki Finland.Minta dihalalkan ya Nieza hari ni tak larat nak tulis resepi jadi Cm C&P dari dapur Nieza..makasih yang:).Asalnya mutton masak kandar tetapi Cm tukar ke daging lembu:)Sedap sekali:...

    Source: Nurniezza.blogspot.com
    Bahan-bahan
    1/2 kg tulang rusuk kambing(Cm guna 1 kg daging lembu)
    15 biji cili kering dimesin atau boleh juga gunakan serbuk cili
    2 labu bawang merah besar dimesin
    1 labu bawang merah besar dipotong halus
    3 ulas bawang putih dimesin
    1 inci halia dimesin
    1 s/kjintan manis dimesin
    1 s/k jintan putih dimesin
    3 kuntum bunga lawang
    2 inci kulit kayu manis
    1/2 cawan kicap pekat
    1 s/k gula merah
    2 s/b kerisik
    3 keping asam keping 
    3 s/b rempah kari daging
    2 s/b sos tomato
    3 s/b sos cili
    2 s/b sos tiram
    2 s/b plain yogurt
    2 biji ubi kentang dipotong 4
    1 biji buah tomato dipotong 4
    1 kiub daging
    garam secukup rasa
    Minyak masak..saya campurkan dengan  mentega sikit

    1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
    2. Masukkan daging kambing  dan biarkan sehingga daging empuk. Jika kuah kering tambahkan air.
    3. Bila sudah lembut masukkan ubi kentang dan masak lagi sehingga ubi lembut dan masukkan kicap, kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
    4. Masukkan lebihan bawang yg diblender dan hirisan bawang besar tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub daging dan  perisakan garamnya.
    6. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.