LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, August 16, 2011

Kambing Panggang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera........................


Hari ni dah 16 hari berpuasa.Tak lama lagi hari raya akan menjelma.Semoga dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan ibadah  sehingga ke penghujung Ramadhan nanti.Insyallah.
Daging kambing panggang ni zuhri yang masak.Berpeluh-peluh kat dapur tu semalam.Baunya semerbak.Setelah Cm nyalakan dapur arang Zuhri ambil alih tugas  memanggangnya.Daging kambing ni telah diperap dan disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu..Jom kita lihat bahan-bahannya ya:)

5 keping daging kambing(Cm beli kat Cold Storage yg telah siap di potong)
1 ketul kecik halia(agak-agak)-tumbuk
Garam secukupnya.
3 ulas bawang putih-tumbuk
1 tbsp sos tiram.
 2 tbsp sos bbq
1 tbsp sos perasa maggi.
3 tbsp sos lea perrins.
2 tbsp sos lada hitam.
Minyak zaitun secukupnya untuk sapuan semasa memanggang nanti.
Cara-caranya:
Perap daging kambing dengan bahan-bahan diatas beberapa jam.Simpan dalam peti sejuk.Kemudian panggang hingga masak.Hidang bersama sos bbq,mayonis dan cili sos.

Dimakan bersama makroni.

Labu panggang.

Selamat mencuba ya:)

5 comments:

  1. biru mata ekau semalam ek cm haha..
    sempat lagi tu manggang kamben..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tapi saya tak boleh makan b/p...

    ReplyDelete
  3. ibundo..hehe lepas makan ala barat ni tetiba cakap omputih:)

    ReplyDelete
  4. Zaitun..zai..Cm ambik bau je sb bp jugak:)..anak anak yang minta kamben panggang ni.Mak dan ayah ambik bau.

    ReplyDelete
  5. Amboi, rasa nak makan daging kambing juga. Dah lama tak sentuh daging kambing. I love having lamb chop with mint sauce. Salivating already lol!
    Kristy

    ReplyDelete