LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label agar-agar. Show all posts
Showing posts with label agar-agar. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Jelly Buah Buahan Konnyaku

Salam dan selamat Sejahtera.....


Selamat hari Malaysia dan selamat hari merdeka.Sempena hari Malaysia Cm buat jelly yang sungguh simple ni:)....Konnyaku..tak payah lah resepi ya sebab bila guna jelly  ni dah siap ada resepi kat pembungkusnya...Cepat dimasak sedap dimakan:)
Cm guna buah kiwi...jadi ada rasa masam masam manis .Bila makan tu..sejuk tekak dan rasa kesegaran buah kiwi.Terpulanglah jika nak guna buah buahan lain.
Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tuesday, September 13, 2011

Puding Kasih Bertaut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari tu singgah kat dapur Nor ganu dan sangat tertarik nak buat agar agar Puding Kasih Bertaut.Semasa Rayyan datang berhari raya sabtu lepas Cm cuba buat puding ni tapi tak secantik yang kat dapur Nor tu.Ada masalah sikit masa nak buat Agar agar santan yang pelbagai bentuk tu.Agar agar melekat pada acuan.Jadi tak dapat lah agar agar santan yang cute seperti yang Nor buat tu:(
Lihatlah comot sikit kan....tapi tak apa lain kali kena lebih berhati hati.Sangat sedap jika makan setelah disimpan dalam peti sejuk...sejuk tekak semasa menelannya :)..Nor akak minta Izin nak C & P resepinya ya:)..terima kasih Nor...   Minta dihalalkan ya:)


Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

Wednesday, August 3, 2011

Jeli Si Buah Naga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.....


Bangkit sahur agak lewat dan kelam kabut kerana tak dengar bunyi jam loceng dan hp.Nasib baik semua dah ada  cuma nak panaskan je ..... sediakan minuman panas......semasa balik kampung hari tu Cm ada beli 2 biji buah naga yang agak besar saiznya.Si adik tak mau makan jadi Cm "ubah suai"  buah tu:) dan guna tektik "menipu" si adik dan ternyata berjaya hehe.Cm "tukarkan" buah naga tu jadi jeli:)..silap mata:)

Anak-anak dan bapa suka Jeli Si Buah Naga ni.Hampir licin dikerjakan ......Bahan-bahannya:..............

1/2 biji buah naga warna merah(hampir 1/2 kg beratnya)
Sedikit air.untuk blend buah naga.
2 tbsp gula pasir.
1 peket Konnyaku jelly powder(250 gm)
1200 ml air.
1 tbsp biji selasih-rendam sekejap hingga kembang
Cara-caranya:

Panaskan 1200 ml air dan masukkan jeli powder sedikit demi sedikit hingga habis satu peket.Kacau hingga rata dan biarkan ianya mendidih.Masukkan buah naga & biji selasih  dan biarkan atas api selama 3-4 minit.Matikan api dan masukkan malik asid yg terdapat bersama peket jeli tadi.Kemudian tuangkan kedalam acuan yang anda kehendaki......Siap.

Selamat berpuasa buat kawan kawan semua   semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah taala.

Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil, Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )

Friday, July 15, 2011

Puding Tembikai

Salam dipetang jumaat yang mulia ini.Semoga kawan-kawan berada di dalam kandungan sihat walafiat.Alhamdulillah rasa lebih sihat dari semalam dan batuk pun dah mula kurang.Betapa nikmatnya sihat... Alhamdulillah.....alhamdulillah.....

 Puding tembikai ni dah lama buat tapi tak sempat nak letak resepinya kerana kesibukan menjaga Cucu ku Maryam...atas permintaan adik Cm jadi hari ini Cm letak gambar dan resepinya..kira siaran tertunda la ya...


Bahan-bahannya(Sumber rujukan Nieza, Norma , Knor Ganu, )

15 gm agar-agar serbuk.
2 keping roti gardenia.
6 cawan air.
1 1/2 cawan gula.
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 tbsp butter.
1 tsp esen vanilla.
Cincau potong secukupnya.
Pewarna hijau dan merah.
Cara-caranya:

  • Masakkan agar agar bersama air dan gula.Masaka hingga gula hancur.
  • Sementara itu rendam roti dalam susu cair -carik-carikkan roti tu.Kemudian blend roti tadi dengan susu pekat manis hingga sebati.
  • Masukkan kedalam adunan agar agar tadi dak kacau hingga sebati.
  • Masukkan butter dan esen vanilla.Masak hingga pekat sedikit.
  • Ambil satu cawan adunan agar agar tadi dan warnakan dengan pewarna hijau untuk kulit tembikai.Tuangkan kedalam bekas yang sesuai.Biarkan agak agak keras sedikit.
  • Kemudian ambil 3/4 cawan warna asal dan tuang keatas adunan warna hijau dan biar sekejap agak-agak keras seperti lapisan hijau.
  • Akhir sekali warnakan adunan selebihnya dengan warna merah dan tuangkan keatas lapisan kedua tadi.Taburkan dengan potongan cincau sebagai biji tembikai.Biar agar-agar  sejuk baru masukkan kedalam peti sejuk .Bila telah betul-betul keras  bolehlah dihidangkan.


*harap Sensei in the House berpuas hati ya..Cm dah letak resepinya ni....sori ya sb agak comot sikit potongan tembikai ni  ....Omatase  Shimashita:)
 Maaf ya Maryam pun nak tumpang sekaki ni.....sejak rambut dah tak ada ni bukan main kuat tidurnya hehe.

Saturday, March 5, 2011

My Darling

Salam dan selamat sejahtera.Wah lama  tak letak apa apa n3 dalam blog Jom masak Jom Makan Makan ni.Cm terlalu sibuk hingga terasa masa sangat pendek...rasa seperti tiap tiap hari hanya ada 12 jam je bukan 24 jam hehe.
Ini gambar Angah :)

Petang tadi Along  scan gambar gambar lama ...bila melihat gambar-gambar ni terasa bagaikan mimpi...anak anak semuanya dah besar dan ada yang akan dan telah pun keluar dari "nest" dan Cm pun akan jadi nenek tak lama lagi..........insyallah .Angah pulak akan melangsungkan perkahwinan bulan depan.

Angah,Atiqa dan  Abang bergambar bersama-sama sepupu-sepupunya.
Along dan angah.
Abang dan adik:)
Abang:)
Adik:)

Sunday, February 20, 2011

Paste Segera& Jimat Masa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sejak akhir-akhir ini  rasa tak cukup masa je.Mana nak kemas rumah,nak hantar anak sekolah,nak pi pasar,nak masak ...nak itu dan nak ini......Jadi untuk jimatkan masa dan tenaga buruh yang empat kerat ni Cm mengambil beberapa langkah yang tak berapa nak bijak  pstt puji sikit hehe .Cm siapkan awal awal bahan-bahan @ rempah ratus  yang nak digunakan .
Sebagai contohnya cili kering kat atas ni....Rendam cili kering kemudian rebus sekejap.Toskan air dan kisar hingga hancur.Kemudian masukkan sedikit garam dan masak hingga pekat.Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.bila nak guna senduk je:)cepat...(Jimat beberapa minit nih)
Selalunya jika masakan melayu bahan bahannya lebih kurang saja.Ubah suai sikit sikit je.Contohnya paste yang Cm buat kat atas ni.Jika nak masak rendang tambahkan daun kunyit,kerisik dan  daun limau purut.Dan jika nak masak asam pedas tambahkan sedikit belacan dan daun kesom.....Jika rasa  nak masak lemak udang pun boleh jugak.Masukkan santan dan daun kunyit fresh ....pi mai pi mai tang tu jugak:)....Jom kita lihat bahan bahannya:

10 biji cili api. (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
30 biji cili kering
80 gm halia
80 gm kunyit hidup
80 gm lengkuas.
15 batang serai.-Cm mmg suka serai
4 labu bawang besar.
30 ulas bawang merah.
10 ulas bawang putih
3 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
  • Kisarkan semua bahan -bahan diatas kecuali asam keping hingga lumat
  • Panaskan minyak dan tumiskan hingga wangi.Masukkan garam dan gula serta asam keping.
  • Masak hingga agak pekat atau jika suka boleh masak sehingga kering.(yg kat atas ni Cm termasukkan daun kunyit awal awal)
  • Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan  dalam freezer.
 Bawang putih pun Cm blend banyak-banyak dan simpan dalam freezer.Bila nak masak keluarkan 1/2  jam awal .Insyallah jimat masa dan tidaklah terkejar-kejar......Sekadar ingin berkongsi pengalaman bagi yang tiada pembantu rumah.:)..

Sunday, September 19, 2010

Bye my dear Son!


Hantar si abang balik ireland (klia)...5pm besok akan sampai ke destinasinya..Insyallah.

Sunday, September 12, 2010

2nd raya & sepupu



Salam semua.Rasanya masih ramai yang berada dikampung halaman beraya dengan sanak saudara.Tahun ni kami beraya di Kl je.Minggu depan Si Abang dah kena balik ke Ireland sebab cutinya dah habis(3 bulan) masa berlalu begitu pantas tak perasan dah 3 bulan Si Abang berada bersama kami.

Tiap-tiap kali hari raya saudara mara sebelah suami akan datang berkunjung.Yang paling gembiranya anak-anak kecil.Sementara orang dewasa sibuk berborak si anak kecik pulak sibuk berlari lari..lompat sana..lompat sini.seronok melihat telatah mereka...sebab tu rumah cm ni tiada hiasan yang antik-antik,rumah yang sangat lapang agar anak-anak dapat bermain dengan selesa tanpa risau ada hiasan yang akan terjatuh atau pecah.

Hari ini ada beberapa jemputan yang perlu dihadhiri...ada majlis akad nikah dan ada majlis rumah terbuka.Sebenarnya badan pun dah mula rasa lain macam sebab terlebih makan daging dan makanan yang berlemak.Minggu depan kena mula puasa enam.....kena jaga kesihatan.Liza kawan cm pernah cakap..masa makan sedap telah tamat.Di usia emas ni kena makan makanan yang sihat walaupun agak sukar dimusim perayaan begini...tetapi at least kita kena cuba:)


Thursday, August 5, 2010

Lunch

Salam dan selamat petang.Hari ni tiada resepi...jom lihat apa yang cm masak untuk lunch tadi....Jom masuk ke dapur kesayangan cm ni:)
Pagi-pagi lagi sudah siap ke pasar.Siap perapkan ayam untuk digoreng,siang sayur,siang cendawan untuk digoreng dengan telur.Kemudian sudah renehkan sup tulang ayam dan kupas petai untuk buat sambal petai.Cm adalah satu satunya peminat petai dalam rumah ni hehe..anak-anak selalu cakap .Busuknya petai ni mama!!!...sampai hati dorang kata busuk..Punya lah sedap:)..gara-gara teringin sambal petai kat blog SONIA pagi-pagi lagi cm ke pasar cari petai.

Gagal  program diet ku gara-gara sambal petai ni (pstt memang dah lama gagal)

Perapkan ayam bersama garam,serbuk kunyit,halia,bawang putih,serai,serbuk cili dan kiub ayam maggi kemudian goreng hingga perang..yum yum
Cendawan goreng dengan telur.Tumiskan bawang besar,masukkan cendawan.Pecahkan telur+garam+ lada hitam.
sayur buncis& carrot.
Sup