LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 3, 2011

Jeli Si Buah Naga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.....


Bangkit sahur agak lewat dan kelam kabut kerana tak dengar bunyi jam loceng dan hp.Nasib baik semua dah ada  cuma nak panaskan je ..... sediakan minuman panas......semasa balik kampung hari tu Cm ada beli 2 biji buah naga yang agak besar saiznya.Si adik tak mau makan jadi Cm "ubah suai"  buah tu:) dan guna tektik "menipu" si adik dan ternyata berjaya hehe.Cm "tukarkan" buah naga tu jadi jeli:)..silap mata:)

Anak-anak dan bapa suka Jeli Si Buah Naga ni.Hampir licin dikerjakan ......Bahan-bahannya:..............

1/2 biji buah naga warna merah(hampir 1/2 kg beratnya)
Sedikit air.untuk blend buah naga.
2 tbsp gula pasir.
1 peket Konnyaku jelly powder(250 gm)
1200 ml air.
1 tbsp biji selasih-rendam sekejap hingga kembang
Cara-caranya:

Panaskan 1200 ml air dan masukkan jeli powder sedikit demi sedikit hingga habis satu peket.Kacau hingga rata dan biarkan ianya mendidih.Masukkan buah naga & biji selasih  dan biarkan atas api selama 3-4 minit.Matikan api dan masukkan malik asid yg terdapat bersama peket jeli tadi.Kemudian tuangkan kedalam acuan yang anda kehendaki......Siap.

Selamat berpuasa buat kawan kawan semua   semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah taala.

Tiga orang yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin Yang Adil, Orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan doa orang yang dizalim…..diangkat oleh Allah di atas awan pada hari qiamat dan dibuka baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “ Demi kemuliaanKU pasti AKU menolong engkau walaupun hanya menunggu masa sahaja”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan an-Nasai dan Ibn Majah )

19 comments:

  1. Salam CM cayang. Nanti jangan lupa hanto sepring kat Along ya. Ni Along hanto pai labu.... hehe

    ReplyDelete
  2. Wow cikmanggis, warna merah ni sangat vibrant! I am very sure this will taste as good as it looks. Come to wish you Happy Ramadan!

    ReplyDelete
  3. salam kak...sedapnya buah naga.dibuat jelly pulak...:)

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan~wow~ sedapnye nmpak~anak mesti suke ni..hihi jln2 cari resepi utk buka.. the colour very superb la~

    ReplyDelete
  5. perrhhh...merah.....
    mengancammmm...
    menawan hati....

    ReplyDelete
  6. Salam Cik Manggis....Sue tak boleh tgk benda colour merah2 ni time pose...terliur..teringat air sirap saja..ngeeee...
    Cik manggis..Selamat Berpuasa ya...(^_^)

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan CM:)
    Selamat berpuasa dan beribadah.

    Tak tahan kalau tgk jelly kaler merah ni. Masa kecik suka sangattt.

    ReplyDelete
  8. kak CM... pandai silap mata ehh? biji selasih tu mesti nak silap mata takmo bagi ketara sgt nampak biji2 buah naga tu kan? memang pandaiii... hehehe.. yang penting apa yg kita buat habis betul tak?

    ReplyDelete
  9. amin..selamat berpuasa.

    mari berdoa byk2 =) tq atas perkongsian hadith ^^

    ps: famili tun pun xsuka mkn buah naga. hihi.. kurang rasa. len kali dpt buah naga wat jeli jugak lah =)

    ReplyDelete
  10. Homekreation..ya..baik ini lah namanaya ukhuah dan berkat Ramadhan..masak satu jenis kuih dapat makan 2 jenis.Selamat berbuka Along dan seisi keluarga.

    ReplyDelete
  11. Quay PoCooks...terima kasih ya..Cm dan siap masak biskut resepi Quay Po Cooks...Gua de che zuo pie a six poo...Kam Xia:)

    ReplyDelete
  12. quinnie...selamat berpuasa..anak anak suka jeli ni.

    ReplyDelete
  13. aesh came...anak anak suka warna merah ni.Lagi pun ini kaler semula jadi...

    ReplyDelete
  14. ibh..hehe jika nampak jeli merah ni terkenang kenduri kawen kat kampung hidang agar agar merah..terima kasih ibh:)

    ReplyDelete
  15. TopsyTurvyMom...terima kasih Tim..Cm pun nak ucapkan selamat berpuasa buat Tim sekeluarga.


    Anak-anak suka warna merah ni..mak pun suka jugak:)

    ReplyDelete
  16. Madiha..hehe silap mata David Cooperfield gitu...anak anak tak suka buah naga ni katanya rasa pelik.Bila jadi jeli dorang tak perasan pun..tertipu hehe.

    ReplyDelete
  17. selamat berpuasa Tun..masak apa hari ni?Cm rasa nak goreng mihun je:)

    ReplyDelete
  18. Nak sikit....sedapnya untuk berbuka puasa.

    ReplyDelete