Terima kasih buat sahabat cyber Cm Sonia kerana dah lama Cm tanda nak buat pandan kaya resepi Sonia.Alhamdulillah.Cantik dan nampak licin tiada ketul ketul seperti kaya karamel tempohari.Thanks Sonia:).Cm masukkan kedalam bekas kecik-kecik agar senang untuk digunakan.Kaya homemade tak tahan lama jika disimpan diluar kena simpan dalam peti ais setiap kali lepas digunakan.(Cm buat dua adunan.)
Bahan-bahannya:
3 biji telur grade A
250 gm gula pasir.
350 ml santan.(1/2 biji kelapa parut)
10 helai daun pandan-potong kecik-kecik
Cara-caranya:
- Kisar daun pandan dan kelapa parut dalam blender dan masukkan air jadikan 350ml .Tapiskan..
- Masukkan telur dan gula kedalam blender dan kisar hingga sebati.
- Satukan semua bahan bahan diatas kedalam kuali yang sesuai dan masak dengan menggunakan api yang perlahan.
- Hendaklah dikacau selalu agar kaya tidak hangus.
- Masak hingga kaya pekat atau mengikut citarasa anda.
- Biarkan ianya betul betul sejuk baru masukkan kedalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.

